Thursday, July 19, 2012

Post Cervival Cerclage Surgery

Assalamualaikum wbh,

Sorilah lama tak update. Komen korang pon aku tak jawab. Sorri ek. Aku takde mood sangat nak update sebenarnya. Tapi tau korang tunggu gak perkembangan aku dan baby kan. Yelah ramai yang sayang kat my baby ni. Cenna and baby sayang korang jugak. 

Okay aku citer jelah ye. Aku surgery hari Sabtu 14 Julai pukul 4 petang. Asalnya aku, Ed dan adek nak balik Kuantan weekend ni. Takpelah Allah lebih mengetahui. So doc datang pagi-pagi suruh aku start puasa start pukul 9 pagi, dan soh makan breakfast kenyang-kenyang. Aku ikut jelah. Pukul berapa entah, Ed balik rumah kejap, katanya nak buat laundry dan nak amek barang aku. So aku pesan kat dia, kena sampai hosp sebelum pukul 2 petang. 

So at 12 gitu dah ada nurse yang masuk dan prep kan aku. Masukkan jarum, untuk later masukkan drip, check bp aku, dan fetal heartbeat,tukar baju utk ke OT dan err ada lagilah. At 3.30 gitu nurse bawak aku ke OT. Seb baik Ed sempat sampai sempatla aku salam-salam dia.  Sejuk giler OT tu, dah la gaun OT ni pendek dari gaun hosp biasa. Entah berapa kali nurse suruh aku check form, nama, procedure, bila last makan, signature. Argghh. 

At 4 sharp, Dr.Wong sampai, and later pakar bius pon sampai. Jantung aku laju giler, aku rasa dah cam selaju heartbeat baby dah. Aku transfer ke meja OT tu. And they balut bahagian badan aku dengan selimut tu, macam strap. Kemudian dr bius masukkan ubat melalui jarum td dan pasang oxygen mask. Mask tu tak best langsung. Rasa suffocate sangat. Tapi sempat 3x sedut jek sebab aku terus out lepas tu. Sedar-sedar,tekak aku perit, sebab maybe aku muntah. Dan nurse sedang rush pakaikan panty dan maternity pad kat aku. Aku pasrah jek apa diorang nak buat masa tu sebab aku tengah separa sedar. 

They wheeled me off to the ward. Aku belek jam, eh lama jugak dekat 2 jam. Kata 15 minit jek. Masa tu aku tengah sakit sangat, kaki aku lenguh gile, dekat peha tu. Perut pon sakit sangat. Dekat bawah tak terasa sangat sebab lenguh tu lebih dari segalanya. Tak lama mak aku sampai dengan 2 org staff dia, adek aku sampai dengan tunang dia dan anak buah aku. Tapi aku tak sempat nak layan sangat sebab I am so in pain masa tu. They stay for 15 minutes je kot, sebab maybe nampak aku tengah sakit sangat, Ed pon cakap aku baru sangat keluar OT. Elok je diorang keluar, aku muntah lagi sekali. Nurse kata gastrik juice je keluar sebab aku dah tak makan dari pagi kan. And the nurse helped clean it up, and clean me up as well. Aku tanya nurse, nak kencing boleh tak, dia kata boleh. Masa tu baru ler, terasa pedih giler kat bawah tu. 

Lepas aku peed, the nurse masuk bilik air sekali, sebab takut aku pitam, sebab lemah sangat, aku tanya dia, banyak giler bleeding ni nurse, normal ke nih? Sebab aku wipe, and wipe, and wipe, and wipe, darah tak henti-henti keluar. Darah merah camtu lah. Ada blood clot sekali. Risau aku. Dia kata, memang normal on first day after surgery. Lepas she helped me dressed, pakai maternity pad sumer, aku baring balik. Eii pesal la diorang bagi pakai maternity pad yang ada loop ni. Dahla takde pelekat. Macam zaman mak-mak kita sangat pad tu tau. Tak selesa aku. Bila gi toilet, asyik nak terjatuh dalam bowl jek. Aku dah le kepala tingtong, tak alert sangat, hishhh. 

After that, aku dah terasa perut aku memang tak sedap. Rasa cam period pain yang sakit sangat dan nak terbuang air besar pon ada. Memang crampy sangat rasanya Bila nurse datang aku tanya dia, boleh gi buang air besar tak? Dia cakap jangan, you tengan contraction tu. Tak boleh, tak boleh, esok baru boleh. Gitu ke rasa contraction? Perggghh. Diorang datang check fetal heartbeat every hour masa tu. Heartbeat baby memang tinggi sikit aku tengok. Selalu dia dalam 150-160 gitu. Malam tu, heartbeat dia, between 187-almost 200 bpm. Baby tak selesa yang sayang. Ed cakap suruh tidor, tapi aku tak leh tidor, sakit sangat. Masa ni  aku dah mintak pain killer. Bila nurse cakap pain killer tu boleh menyebabkan  muntah aku terus tak jadik.

Aku sebenarnya rasa dah nak gastrik masa tu. Tapi takut nak makan sebab aku malas nak muntah. Dalam pukul 10 malam aku mintak air kosong dengan Ed satu dua teguk. Lepas tu aku minum teh hijau tu pulak. Aku tau tak elok sangat minum teh hijau tu pasal angin kan, tapi teh tu ada masam-masam sikit, tak le loya. Kemudian aku makan honey dew dua tiga potong. At 11 gitu baru aku berani makan. Masa ni another nurse datang bagitau the pain killer tadi, ialah combination of ubat tahan muntah, dan pain killer, sepatutnya tak menyebabkan aku muntah. So I took it. Alhamdulillah, dia datang explain sebab, the pain killer really helped with the pain. Masa ni diorang pasang machine CTG kat aku untuk monitor fetal heartbeat dan jugak contraction aku. Aku tengok contraction pain aku masa tu reached 19 percent gak. Org kata masa nak bersalin leh reach 100% ye, maaaaakkkk...

At 12.15 mindnite gitu, Dr.Wong datang visit aku. Giler dedicated kan dia nih. Dia check aku tanya aku bleeding tak? Aku cakap aku bleeding banyak giler. Dia explain aku bleeding banyak giler, sebab masa dia nak buat cerclage tu, he found a polyp. Besar jugak about an inch gitu. So he tied the polyp, buat cerclage and later remove the polyp. Disebabkan aku tengah pregnant he connot remove the polyp 100%, Sebab bahaya dekat sangat dengan uterus dah. Dekat dengan baby. So tangkai polyp tu masih ada, menyebabkan aku akan bleeding for quite some time. NI bukan polyp yang dia nampak masa aku buat treatment tu. Itu dalam rahim. Ni kat luar. Memang masa scan tak nampak sebelum ni. No wonderla lama aku kat OT tu, dan aku bleeding cam nak giler nih. Dan yang tak bestnya, polyp tu boleh grow balik, sebab tangkainya masih ada, dan boleh grow during this pregnancy sebab masa pregnanct nilah polyp suka grow sebab banyak hormon. Adoila..Katanya cerclage tu ok, takde masalah. Nicely done katanya, sabo jelah. After he left, aku berjaya tidur thanks to the pain killer. 
Ni gambar cerclage yang paling tak mengerikan sekali. Ada yg cam seram sikit.

Esoknya dan seterusnya memang diorang monitor the amount of blood yang keluar. Siap selak panty aku pon ada. Adoila. Monitor bp dan temp aku serta monitor heartbeat baby. Heartbeat baby esoknya kembali normal, alhamdulillah. Syukur sangat.Dan diorang bagi ubat mudah utk buang air besar, dan hari-hari akan tanya, dah membuang ke tak. Dia tak mo kena meneran sbb tak elok dalam condition aku ni.

Selasa malam aku discaj dari hospital. Aku dpt MC 2 bulan. Bedrest. Nurse pesan, hanya gerak untuk pegi toilet jek. Makan pon atas katil katanya. Adess. Kalau ada rasa contraction, or air ketuban leakage ke kena datang hosp cepat. Lepas makan monitor baby movement, mesti at least 10 times. Pasang cerclage ni ada possibility kena infection, yng boleh menyebabkan all the above, so kena hati-hati dan alert. 80% orang yg buat cerclage have successful delivery, tapi ada jugak yang tak. Aku sekarang kategori high-risk pregnancy due to incompetent cervix so tak boleh amek mudah. 

That means, no more work for me, no more driving, no more pegi kenduri or whatever. Jangan berangan nak gi baby expo or whatever. Aku beli online je nanti hahahha. Dr. Wong macam cool jek, cakap boleh buat activity cuma jangan buat heavy lifting gitu. But the nurses semua cakap don't take risk. Yelah aku rest berbulan kat rumah mama hari tu, bawak kereta 5 hari dan gi kerja 3 hari terus bleeding dan kena surgery kan. Kawan aku pon cakap, 4 bulan je cekna, ko tunggu nak pregnant 9 tahun, kan. Lepas habis MC ni amek jek unpaid leave. Tak lama dah, tolak puasa dan raya kejap je. So aku ikut jelah nasihat semua orang. Walaupun aku seronok gi kejer hari tu, tapi I wont risk it for my baby. Lepas ni kejer la balik kan. Aku rasa when the baby arrives, takde nyer aku semangat nak kejer sangat. Ulit baby lagi best kan, hehehe. 

Anyways, here I am at home, menaip atas katil ni. Masih lagi di rumah sendiri. Probably akan ke rumah mama, start Ramadhan nanti sebab kesian dekat Ed. At least kat sana, sahur dan berbuka dan settle. Lepas tu, dia leh terus gi Terawikh dengan aman. Takyah pikir sape nak basuh pinggan dan kemas semua. Hmmmm tak tau lagi camner. Of course dia suka lagi dok kat rumah sendiri kan. But kat rumah mama, ada extra help. We'll see howlah.

Sepanjang aku kat sepital, memang hari-hari Ed tidur sepital, memalam datang lepas amek baju dekat rumah. Dan esoknya pagi-pagi buta gerak pergi kerja dari hospital. Bacakan Quran, buat solat hajat semua. Penat aku nampak dia. But he never complains. Adek aku pon rajen gak. hari-hari datang bawak makanan. Dan on the last day tu, dia datang hospital tolong packing barang sebelum Ed sampai malamnya untuk bawak aku balik. Thanks you guys. I love u both. 

Oklah, nanti aku buat entry lain lak. Thanks for your du'as. I really need them.

31 comments:

  1. I doakan u n baby selamat. Janfan lupa byk2 berzikir n berselawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks CK. Doakan ye. Insyallah akan sentiasa berzikir, doa dan selawat.

      Delete
  2. Cek Na.. hope everything turns out well.. Ngeri baca citer u too. but that is all sacrifices of a mother. U take care ok!

    Mommy Rizq

    ReplyDelete
    Replies
    1. MR, thanks sis. Tulah kan whatever it takes la for this baby kan. I am sure other mothers would do the same for our baby kan.

      Delete
  3. as salam... semoga tabah n kuat.. take care... semoga ibu n baby selamat... aamiin

    ReplyDelete
  4. dgn sangat tekun aku baca entri ko ni..

    Sakit contraction mcm gitu la.. bertalu2.. bih kurag cam period pain yg very very severe. Hope u get well soon n bnyk2 rest ok.. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan cenna n family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joe,

      Hahah, teringat aku jawab merepek-repek sms ko. memang tingtong kepala aku masa tu. Cam tu ek contraction, takotttt.. Hahaha. Malas pikir dulu. Selamat menyambut Ramadhan to you too, and for other as well.

      Delete
  5. Replies
    1. Thanks dee. Ko pon take care ok. Dah tak lama kan.

      Delete
  6. as salam..sy pun mcm u gak cuma sy wat cerclage masa 13weeks..usia kandungan kita pun sama...sy still keja tapi risau gak kos b4 this sy kehilangan bb dah 3x ada yg 5bln dan 6 meninggal masa lahir dan yg last 7bln bb idup 2 ari jer dlm incubator yg ketiga-tiga ni sy warded dr 4bln lg tapi tak d rezeki..mengandung kali ni sy tawakal dan beserah jer sy dah usaha kena keja gak kos yg dulu sy dah byk ambik cuti ..apa pun allah maha mengetahui apa yg terbaik utk kita..sy doakn moga awk n bb selamat amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      Amin. Owh buat cerclage awal2 ye. Alaa sedihnya miscarry 3 babies tu. Masa warded sebelum ni, ada pakai cerclage tak? Doc kata apa yang menyebabkan miscarriege tu. Takutnya. Memang serba salah, nak cuti panjang ni kan. Saya doakan semua urusan pregnancy u akan smooth, dan kita sama2 selamat deliver our healty babies. Take care ok.

      Delete
    2. sy dah ada anak yg sulung lelaki dah sklh pun..masa anak 2nd sy gugur 5bln kos bleeding bb kuar idup tapi meninggal kos kecik sgt tapi uri tak keluar so kena wat dnc..pastu anak ke3 servic dah open at 16weeks dan wat cerclage warded terus tapi leaking masa 5bln doc syak servic sy lemah kesan dr dnc yg 2nd tu..sebab tu bila sy pregnant lg dok kata tak yah tunggu terus ikat awal2.. skrg memang risau giler tapi doa je la dok kata dah masuk 7bln ke atas insyaallah bb leh survive kalau tebesalin awal..

      Delete
    3. Laa, dah pasang cerclage at 16 weeks pastu leaking amniotic fluid? Sedihnya sis. Semoga tabah ok. Saya doakan kita sama2 dipermudahkan urusan mengandung dan bersalin lepas ni, insyallah. Bulan puasa ni kita sama2 giatkan berdoa ye sis.

      Delete
  7. Cenna, teringat masa operate bersalin arwah alisa.camtula aku masa nak kena opearte tu gigil gigil meangis bagai mmg drama lah..yerla doc asyik cakap..high risk sebb bp very very high, apa apa tawakal aduih, lepas operation sakitnya ya azab lagi..kan? Bila pkbalik..itulah kenangan menjadi ibu. Pengorbanan kita demi yg tersayang. Redhalah dgn kesakitan tu dear, moga dgn kesakitan itu menjadi penghapus dosa kita insyaAllah.

    Bila ko citer bab kena gas tu, dan muntah lepas operation teringat kat arwah alisa..since dia kan dah few times kena masuk OT room, so bila nak kena sedut gas tu mmg dia mengamuk sakan, dan struggle laa..mungkin x bestkan? Mesti x best...sabar jekla kuat semangat jugak anak aku tu..syahdu pulak.

    Selamat berpuasa cenna, bersabarlah dgn bedrest tu...berkorban demi si kecik comey tu okay..jgn reajin nak masak ke zpe ke during puasa...pls la bertahan ok...tak lama lagi tu. Take care dan kuatkan semangat..i know it will not be easy but u can do it!

    Kim salam kt baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg x best pon. Aku pernah rasa. Pas sedar dr bius, suara takde, mata kabur. Pastu muntah. Scary, ibile pikir2 balik. Hopeless je, serah diri kt Doktor huhu

      Delete
    2. Itulah arwah Alisa memang kuat semangat. Kita yang orang tua ni pon lom tentu kuat nak hadapip ujian dia kan. Tulah aku kena bersabar untuk bedrest ni. Tak lama dah (ayat pujuk-pujuk hati, heheh)

      Hopefully, aku boleh bersalin normal lepas bukak cerclage tu. Kalau boleh taknak caesar. Mawar, ko caesar anak first, lepas tu semua normal ek?

      LF, lepas sedar memang meloya weh. Tak best.

      Delete
  8. Aku doakan ko dan baby sentiasa dalam keadaan sihat...ko jaga diri leklok...relax...Sikit je lagi tu...Hugs hugs !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLM

      Thanks babe, tulah trying hard to relax and bed rest ni. Bosan jugak sket2 hahaha.

      Delete
  9. ngeri lak baca tp syukur semuanya dah okey
    dah..duk je diam2 jgn nak buat itu ini okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah puan. Saya akan cuba untuk tak buat mender2 sangat walaupun ada sikit bosan. Untuk this precious baby, whatever it takes la kan.

      Delete
  10. take care arena. ikhtiarnya dengan bedrest. kalau dah takdir Allah punya kuasa. tapi insyaAllah Allah beri apa yang kita hajati. kat spital derang memang akan suruh kita pakai yang loop sebab senang exit kalau ada emergency or procedure senang sebab tak yah pullout underwear kan. tapi second reason maybe sebab cost factor. nanti kalau ko time bersalin nanti, make sure ko beli disposable underwear baru ko boleh pakai dengan maternity pad yang pelekat punya. cuma kadang2 doktor complain susah selak sebab kena sarung. kalau tengah sakit dia nak suruh ko angkat ponggong pun susah. tu yang loop lagi senang nak check. aku penah tolong satu auntie yang struggling pakai loop ni. tapi nyesal tolong sebab semak samun dia punyalah tebal... ahkak nak muntah! makcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks babe. Owh itulah purpose loop tu, snenag diorang nak tarik dan tengok. Baik, saya akan beli disposable underwear with maternity pad yang berpelekat. Muahahhaa, nak gelak pasal ko tolong aunty tu. Kakkaka.

      Delete
  11. cekna... aku dah nmpk ape hikmahnya Allah minta ko tunggu 9 thn untuk dapatkan baby..sebenarnya Allah sangat2 sayangkan ko.... semoga ko dipermudahkan dalam semua hal.... Amin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin,

      Memang Allah sayangkan kita. Kita jek kadang2 alpa sangat, tak ingat Allah, kan.

      Delete
  12. Salam arena... selamat berposa esok. Akak dok KLIA ni, gigih bukak blog nak baca entry arena... hehehe...

    "Masukkan jarum, untuk later masukkan drip, check bp aku, dan fetal heartbeat,tukar baju utk ke OT dan err ada lagilah. "

    Akak rasa cam tau jer apa dia yang "err ada lagilah" tuh... hahahaha... tapi cam malu jer nak cakap.... muahahaha...

    Pasal constraction rasa cam nak terbuang air besar tu... memang gitu ler rasanya tapi... ada lebih skit bila anak pertama tu... abis sakit semua pinggang... rasa cam nak tercabut pinggang...

    Tapi, akak masa si Najmi, rasa macam nak terkencing... so, rasanya depend pada baby tekan area mana kot... entah la...

    Harap harap arena berjaya tidor atas katil saja... hehehe... jangan nangis kalau bosan tau... nanti anak cengeng macam amalia... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer kak exactly mender yang malu nak citer tu lah yang berlaki sebab tu malas nak citer. Malas nak ingat pon ye. Itulah mak-mak punya pengorbanan, kena suffer indignity gitu semasa pregnant dan bersalin. Hmmm.

      Gitu ek contraction. Takottttt.. Heheheh. Baik saya cuba tak cengeng dan kuat nangis kak. Nangis ni selalu kalau ada problem dengan pregnancy ni jek. Time2 lain dah stabil sikit emosi nih, hehe.

      Delete
  13. kak..semoga akak n bby sihat...

    ReplyDelete
  14. salam..saya pun sama mcm akak jgak..cervical cerclage at 21w..saya tepaksa amek unpaid leave sbb ofis tinggi sangat 3 tingkat n x lift.kejapun memang banyak..risau ngan baby dlm perut jer..kena selalu beware..tkut ada infection n rajin minum air..by the way,saya dah 29w...mudah mudahan suma selamat la yer ..Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sorry lambat balas komen you. Baru perasan. Owh u pon pasang cerclage at 21 weeks jugak ye. Risau kan. Risau pasal infection gak ni, sebab macam banyak discharge lepas pasang cerclage ni kan. U dah 29 minggu dah? Alhamdulillah, dah nak lepas critical phase dah tu. Saya doakan kita sama-sama selamat deliver our healthy babies yang comel tu. Take care ok.

      Delete