Assalamualaikum wbh kawan-kawan
Shopping
Kak PB, pegi tak warehouse sale MyDear hari tu. Saya semalam baru pegi kak. Tu pon sebab adek saya bawakan. Seb baik dia rajin melayan kakok dia nih. Thanks dek, luv u. Tengahari baru pergi ke sana. Niat adalah untuk beli bouncer untuk baby my cousin nih. Cousin aku nih sebaya, memang rapat dari kecik, she has suffered 3 miscarriages and 1 stillborn kalau tak silap, Isnin lepas selamat deliver. Selama-lama ni scan, doc dok cakap maybe girl. Cuma kendian2 ni tak sure pulak. She already has 2 girls. Aku pon dah belikan rompers untuk baby girls yang super cute. Sekali keluarnya boy. Happy giler diorang, makcik aku masa call pon siap nangis gembira sangat. So kenalah aku gi tukar rompers tu.
Memula pergi MyDear dulu. Dekat jek dengan rumah mama ni. 5 minit kot sampai. When it mentioned warehouse sale, memang bebetul dalam warehouse. Kedainya dekat area bengkel dan kilang-kilang. Cuma semalam diorang tambah canopy2 sikit untuk display barang. Sebenarnya banyak barang-barang, cuma sebab gaya display tu macam warehouse, so cam tak teruja sangat. Ce kalau kedai yang dihias kiut-kiut cam kedai2 baby biasa, sure lagi banyak habis duit. Barang-barang memang murah. Bantal nursing cam Mawar beli tu 60, Carters rompers set tu 29 je kot, baby wrap yang selalul 49.90 - 59-90 tu 25 jek. But baju-baju, towel2, dan swaddle2 gitu tak banyak sangat for new born, utk toddlers banyakla. Maybe jugak kalau aku gi awal-awal sale, ada banyak pilihan utk baju. Rompers tu aku beli di kedai lain after discount is RM 42 errrkk..
Anyways, aku beli bouncer ni. Tak dapekla nak beli yang ada vibration dan lagu-lagu tu sebab budget limited, yelah aku ni kan gaji less than half sekarang ni, dah le banyak dah berhabis hari tu beli bralah, maternity skirtlah dan tah haper-haper lagi. So boleh beli ni jelah. I think i got a good bargain gak.
Dalam website harganya RM99.90, I bought them for RM72. Aku dok belek-belek macam-macam lagi, adek aku cakap, sabor kok, nanti-nanti mesti ada sale lagi. Nanti kita datang lagi. Hahahha. Lepas tu kami gi tukar rompers yang aku beli hari tu. Tukar dari yang baby girl punya ke baby boy.
Nasib baik aku tak terbeli apa-apa yang lain lagi. Sebelum ni aku dah beli the following.
Walaupun bra tu ialah nursing bra, tapi sangatla selesa materialnya masa pregnancy ni. So aku beli jugak. Walaupun meronta-ronta nak shopping mender lain, aku sabor jekla kan. Next maybe beli baju kurung/kebaya maternity nak buat raya. Maybe esok leh gi MumDream kat Bangi tu untuk survey. Semangat kan, sebab aku rasa bulan puasa cam tak larat jek nak carik-carik. Owh must remember untuk beli waist extender tu, nak gi kenduri lagi. Ramai betul orang kawin right before puasa ni, boleh tahan ke tuh? Muahahhaa. Baju kurung Pahang masih muat, tapi kainnya definitely tak muat lah.
Balik rumah
Aku tengah packing ni. Malam ni, aku dan Ed akan balik for good ke rumah kami. Dah hampir 2 bulan aku dok rumah mama. Mixed feeling jugak nak balik ni. Seronok nak balik rumah sendiri. Tak seronok, sebab nanti tinggal berdua jek, dan kekadang sorang-sorang bila Ed balik lambat. Pastu kat sini, ramai orang, adek aku dan anak sedara aku ada, even though mama dan baba selalu gak takde. Pastu, Ed pon rileks sikit, sebab tak perlu pikir pasal belikan lunch dan dinner aku sebab adek aku or baba ada. Tapi nak buat camana kan, next week aku dah masuk opis balik, after 6 months bercuti. Kenala balik rumah. Nak berulang daripada rumah mama ke office, jauh dan jem. So taklehla.
Tapi aku rasa ni pon masa yang tepat untuk aku balik. Allah dah rancang yang terbaik untuk aku. Memang seseminggu dua ni, aku rasa bertenaga sikit, maybe sebab dah agak selera makan. Masak pon dah makin kerap. Dah selera sikit, so adala tenaga kan. Oh ya, semalam aku buat chicken porridge. Tak sure anak-anak buah aku suka ke tak, yang aku pasti, adek aku memang suka. Nasib baik aku buat banyak, semua bebudak tu makan bertambah-tambah belaka. Si Bulat siap tengah-tengah malam buta gi kat bilik aku cakap, Cenna baby nak nasi bubur yang sedap tu. Hahaha. Pandai sangat nak jek aku budak nih.
Banyak juga barang-barang nak kena bawak balik. Maklumler, aku banyak beli maternity wear masa dekat rumah mama ni. Beranak sikitla barang-barang aku. Pastu every time balik rumah ada jek barang-barang aku dan Ed amek. Haa, jenuhla nak ngangkut balik ni.
Murah rezeki
Mama cakap baby dalam perut aku ni murah rezeki, sebab apa-apa mender yang aku mention jek, selalunya aku dapat. Walaupun takdela aku mengidam ke apa kan. Contohnya aku pernah mentioned kat mak aku pasal buah delima dan kerang besar, tak pepasal mak aku dekat Jengka nun jumpa buah delima dan bila gi Pasar Borong kelmaren jumpa pulak kerang besar yang berbulu tu. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi.
Pastu semalam, adek aku bawak balik sekotal lagi cherries, bakal mak mertua dia bagi. Yummm. 2 kg ko. Berapa ratus la agaknya tu. hari tu aku nampak dekat Cold Storage, dalam segenggam gitulah dekat RM90 dah. Mahal giler kan. Sedap sangat.
Drive
Semalam first time aku bawak kereta balik, amek my niece balik Tusyen. memula tu mintak Ed amekkan tapi dia penat sangat dan baru sangat sampai dari main badminton. So aku gilah amek. Ok jek, lagipun malam drive takde kereta banyak sangat dan jem kan. So insyallah should be ok. Si Ed risau gak aku drive tapi dia memang ngantuk mata tak leh bukak dan masa tu. Siap doa-doa aku selamat drive pergi dan balik. Siap pesan dekat Olyn, jangan kasi cekna bawak laju, which Olyn dokle remind aku bila aku terlaju sikit. Hahaha, sabo jelah.
Baby fair
Owh, aku dok browse semalam. Ada another baby fair this coming August. Details are taken from mamafc.com
What : International Baby Expo (IBEX)
Where : Kuala Lumpur Convention Centre
Date : 10th - 12th August 2012
Time : 10:30am - 9:00pm
Admission : Entrance is FREE
Where : Kuala Lumpur Convention Centre
Date : 10th - 12th August 2012
Time : 10:30am - 9:00pm
Admission : Entrance is FREE
Bulan puasa ko. Adeh. Tapi rasa cam nak pegi. Entahla larat tak. 2nd week of puasa gitulah kot. Sure ramai gila orang kan. Tapi tulah aku pikir aku nak start shop at least after raya, which masa tu dah masuk 7 months. Masa ni aku emm maybe 6 months plus kot. Tapi member aku pesan gak, lambat2 sangat karang tak larat jalan pulak. Takpelah we'll see how lah.
Hah amek ko, entry panjang lebar dan bercampur-campur. Oklah korang, aku nak sambung packing. Pastu nak makan lunch. Next update will be from the comfort of my own home. Take care. Salam.
Note : Cuba tengok ticker tu. Alhamdulillah, I have reached the 20th week. Syukur sangat. Esokla aku buat entry pasal 20 weeks pregnant nih.
Baca entry ni boleh terbayang wajah ceria cenna...haishhh aku first pregnancy pun gigih gak gi warehouse sale ni...and kedai kedai baby n mum. masuk anak kedua x koser dah...mana nampak kat memana shopping complex or kedai rembat jer..nak nak sekarang ni, mana ade leisure time nak belek belek dah...dapat tgk survey sikit sikit dah rembattt jerrr hehehe...so enjoy your moment deary. Duit ko bukan duit org lain dont worry as long as you happy :-)
ReplyDeleteKo tau tak, sebab buah laici dan cherry ko lah aku pun terikut sama..gigih pi cari gak..mujurlah pasr mlm kat umah ni every friday ada jual buah buah laici, cherry, kiwi, buah sedap sedaplah..dulu mas musim laici everyweek aku beli, yaya pun suka koooo...berebut rebut makan.now dah abis musim katanya lastweek dah x de..dah tersangkut beli seedless grape..mahal jugak tapi dah yaya nak layankan jekla..crunchy best betul, tapi cherry mmg mahal, meleleh gakla airliur x mampu nak beli hahhahaha..penangan cenna la nih.
Nanti jgn lupa tgk citer citer kelakar yg boleh gelak gelak, tgk gambar yg cantik cantik tau, nanti baby kuar mood baik dan happy jer hehehhe..
Babe,
DeleteSebab first time nilah semangat nih. Tapi yang kat KLCC august nanti tataulah kan, pasal masa tu aku a bit heavier dan bulan puasa lak tuh. Tak pastilah ed rajin tak nak neman aku. Namanya aku nak drive all the way from bangi nih tataulah larat tak. Maybe boleh mengendeng kat mama mintak mama bawakkan hihi. Amboih dah plan tuh.
Actually laici tu sangat sedap. Nak2 pulak kalau sejuk, cuma aku ada rasa sikit semput bila makan. So ko kena kurangkan makan laici tu nanti yayan wheezing. seedless and crunchy grape tu sedap giler kan. Mahal sikit tapi sangat sedap. Nanti nak carik gak la kat pasar malam.
Citer2 kelakar? Hmmm buat masa ni cam takde interest nengok citer kelakar. Tengok gambar cantik2 dan baby comel2 ek/ Wokeys will do.
Sekrg aku byk beli brg online jer laaaa
ReplyDeleteAku pun dah banyak bookmark online baby and mommies shop ni. Kotla dah malas or tak larat, online shopping it is la kan.
DeleteKERANG BESAR BERBULU?
ReplyDeletecaner rupa dia?aku rasa cam tak penah tengok la
org kata kalau gi beli masa wholesale mmg berbaloi
aku penah gi sekali je bonia wholesale..mmg berbaloi sgt
tapi lamaaaaaaaaaaaa dulu la
cekna..
Deletecamner nak buat supaya org jgn copy entri?
dah cuba byk kali x jadi pun ;(
Cam kerang biasala, tapi saiz 2-3 kali ganda dan dekat shell tu cam ada bulu2 sikit. Cuba ko google ada orang letak gambar kerang tu rasanya.
DeleteTulah cuma kekadang tempat wholesales or warehouse ni punyala ramai orang kan. But kalau larat harganya aku rasa berbaloi. Especially kalau ko beli banyak.
Tanak kasi orang copy. Aku guna script, anti right hand click. Aku pon dah ingat2 lupa. Nanti aku tengok balik. Ko dah berjaya buat ke belum nih?
kerang berbulu?? what is tat??
ReplyDeleteCuba ko google babe. Memang ada image kerang berbulu nih. Malas nak letak kat blog. Tak mengiurkan hehehe. Tapi rasa sedap weh. untuk penggemar kerang la.
DeleteAku nk gi la mumsdreams tu, takat bangi leh aa digagahkan drive sorg2. Xde mood sgt nak kuar, aku rs sbb xde geng kot, and tkde driver :p
ReplyDeleteAkan ku update blog ku, beware sesilap bk cite merempan. Huhu.
DeleteDah gi Mumsdream. Habis beratus-ratus di situ. Aku dah beli baju raya maternity, yea..yea.. suke..dan beli skirt haper tah. Seluar kerje je tak berjaya beli. Adess. Update blog tu ok.. merempan pon merempan laaa.. Orang pregnant dibenarkan merempan sikit2 hahaha.
DeleteKerang berbulu tu aku tak boleh nak makan..besau sangat haha..
ReplyDeleteKellymom tu sama ngan aku punya!!! tengah pakai pung!!! selesa sangat kan..pastu sebab paded sket jadi bila lps pam/susukana anak tak la nampak nipple tersembul. baru ni ada sale 30% off kat fabmom kuantan..ku rembat lagik le..
Cekna..letak a gambar mu kat private blog sana..
Memang best kellymom tu. Tapi bila paded, breast cam besar sikit lak nampaknya. Untuk maternity seswai la kan.
DeleteGambar, heheh, nanti aku letak gambar pakai kebaya maternity masa gi kenduri hari tu awwww..
Cekna ade private blogg huhu
ReplyDeleteKasi sini email, nanti aku invite..
Deletelilth_fair@yahoo.com. Tq arena
DeleteBra ko ngan aku sama!
ReplyDeleteYelah kan, designnya itu2 je kan.. so ko punya, aku dengan angah punya sama hehehe..
DeleteArena, awat k.ina try masuk blog lg 1 tu, x dpt? Rasanya emel dah betul
ReplyDeleteKak ina, agaknya saya terdelete masa buat housekeeping readers hari tu. Kasi email, nanti saya invite balik..
Deleteaku dah add ko ke blog aku tau....
ReplyDeleteThank you, nanti aku cekidout.. Busy sikit sebab dah masuk opis nih..
DeleteEmail k.ina: ina.wuh@gmail.com
ReplyDelete