Monday, July 2, 2012

Double wedding and lepas geram

Semalam pergi wedding cousin Ed. Double wedding. Aku ni tak kisah pergi wedding, but when Ed said my mom in law ajak pergi awal which is to arrive as early as 10.30 am, aku  dah tak keruan dah. Ed kalau pergi wedding rumah sedara mara dia akan sebok rewang, so aku left to fend for myself for 3-4 hours. Dengan keadaan aku yang sangat cepat penat, dan hanya tidur 2 jam hari sebelumnya memang aku dreaded sangat nak pergi. 

Alhamdulillah, tak jadi pergi awal, pasal mom in law pon pergi lambat. So kami sampai before pukul 12 gitu. I shouldn't have worried so much. Everybody was super nice to me. Semua makcik-makcik excited, hugged and kissed me sesambil gosok-gosok perut aku (siap teraba my boobs sekali, seb baik aku tak terlatah kat situ,  muahahah). Aku pakai baju kurung pahang. Still fits, but you can definitely see the baby bump lah. 

Semenjak aku pregnant memang aku tak pernah lagi pergi kenduri or berjalan ke rumah Ed's uncles and aunts ni. Memang jumpa belaka lah semalam, and apparently semua dah tahu aku pregnant, dan nak jumpa sangat katanya. So the aunties and cousins, pon sebokle peluk dan congrats me, sambil usik-usik perut. Ya Allah, I was grinning from ear to ear masa tu. Semua pesan jaga diri baik-baik dan sebagainya. Yelah bila 9 tahun menunggu dan akhirnya pregnant, semua orang pon excited sekali. Alhamdulillah, syukurlah atas doa-doa diorang tu.

Seronok pulak kenduri kali ni. Sebelum ni bila kenduri diorang asing-asingkan lelaki dan perempuan tu yang aku jadik malas nak gi kenduri tu. Dahla bukan kenal sangat orang, pastu terkulat-kulat aku makan sini, ed makan kat sana. Serius bosan tau makan sorang-sorang macam tu. Awkward gila. Tapi kali ni boleh jek makan sesama. Susah kan, kalau orang bawak anak kecik, bapak ko makan sorang2 kat sana. Anak2 semuanya melekat dok dengan emak. Camne maknya nak makan?

Yang best jugak, sebab kebetulan, mak mertua dan kakak ipar2 pon sampai serentak. So adalah jugak kawan nak sembang bila Ed gi tolong-tolong kejap. So the wedding was a nice one. Dedulu lagi aku dreaded nak pergi wedding. Orang tanya2 bila nak ada anak tu memang confirm la kan, tapi soalan-soalan susulan dan suggestion-suggestion yang tak perlu tu yang bosan tu. Malas aku nak kenang-kenang. Buat sakit hati jek. Memang dulu, waktu paling aku horror ialah, kenduri kawen, kenduri aqiqah dan raya. Hanya orang yang pernah melaluinya jek tau betapa stressnya time-time nih. Kekadang aku pelik dengan komen-komen orang ni, memang trying to be friendly ker, nak share info ker or ko rasa ko superior dari orang? Hisshh tak baik aku ni.

Tadi aku pergi bank kejap dengan mama. Lepas tu mintak mama berhenti dekat kedai Fabulous Mom sebab nak beli mender. Aku beli barang aku. Tapi, kali ni dapatla aku lepas geram beli rompers baby untuk cousin aku yang bakal czer pagi esok. Hehehe. Nak beli untuk baby sendiri, Ed dan mama cakap tunggu after 6-7 months dulu, makanya cekna engko nih bertahan jelah. Bila dapat tau cousin aku nak czer pagi esok, terus aku gi beli rompers Carters tu. Comel nya. Tengok tadi receiving blanket pon comel, semua comellah senang cerita. Sabor cekna, sabor. Esok ajak mama gi Sale MyDear pulak dekat Puchong ni, nak beli baby bouncer utk baby cousin aku nih. Sesambil tu boleh aku jamu mata kan..kan..kan..

oklah korang. Nanti2 aku update lagi. Kalau aku terbeli apa2 dekat sale tu errrr, aku citer. hahaha. Eh lupa pulak nak cakap, aku akhirnya habis ganti puasa. Ikutkan aku, last 2 weeks aku nak puasa direct jek, tapi sebab Ed cakap seminggu puasa maksimum 2 hari jek, aku pon ikut jelah. Kesian kat baby, katanya. Bukak puasa tadi aku masak nasi tomato, daging beriani, ayam berempah, dan papadom. Mama pulak tambah udang masak pedas. Aku memang selalu tag team masak dekat rumah mama ni. Selera gila aku makan. Kali ni sure naik gilalah weight aku. Memang selera dah start membuak-buak sekarang ni. Seram pulak aku menengok perut aku nih haaa.  Oklah korang, kali ni memang kena benti betul-betul. Dah lenguh belakang menaip. Assalamualaikum.

20 comments:

  1. Aku baru je g fab mom tu ahad lepas shoping bra...! Best!aku suka..bra bf cecantik ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pegi fab mom, shopping bra gaks. Aku beli gak bf bra tu selesa la weh. Hahaha. Cantik2 kan. Kain dia best sebab cotton gitu kan.

      Delete
    2. Ko invite la aku ke blog ko hehehe. Email add aku gemarena70s@yahoo.com.my

      Delete
    3. Ok.aku lama tak update pun..hukhuk..

      Delete
  2. Aku pon nk gi sana, dee la rekemen ni. Tiheee. Aku pon pernah melaluinyer takut nk gi kenduri rs rendah diri bagai. Sedey bile teringt :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko gi cawangan mana punya? Tulah, sedih kan, kekadang mender2 gitu yg menyebabkan malas gi kenduri bagai. Bukanlah anti sosial sangat. Wei updatela blog, cerita perkembangan.

      Delete
    2. Mood blogging tah kemana arena, aku cam down sket laaa lama sgt dia xde. Bygkan puasa kk sorg2. Aku dh laa x lalu mkn, mkn teruk selera aku huhu

      Btw aku dh bli bj nagndung td, finally. Oh dh bli mittens n booties gak comei2 la geramm

      Delete
    3. Alaa syiannya ko, puasa pon sorang2 nanti. Ko gi berbuka dengan SIL ko okeh. Nanti syahdu sangat tak selera nak berbuka, dahla puasa. Nanti cuba2 update ok, nanti ada gak kenangan masa pregnant. Baru best nak baca2 balik.

      Laaa baru beli bj ngandung? Aku dah berzaman beli. Masa 3 months dah beli kot. Ada yang terus boleh pakai. Ada yang langsung takleh lagi, sebab besor benor especially seluar tu. patutnya aku beli waist extender jek dulu, hampesss..

      Oh dah beli mittens and booties? Aku kan, menahan jek napsu nak membeli tu, sabo cekna, sabo..

      Delete
  3. Salam. Jumaat baru ni, alang2 dah smpai kl, k.ina g fabulous mum dkt puchong.... Mmg best btl bra dia. Selesa. Rugi beli 2 je. Lps ni nak kena g kuantan lah beli lg. Skrg ni hari2 buka blog ni bak tgk update x blog... Hepi sgt2 dgr citer psl baby ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. K ina,

      Saya pergi Fab mom dekat Puchong jugak. Dah 2 kali pegi. Best kan bra tu. lembut. Tempat lain harga 39.90. Kat fab mom ada discount kan so dpt dalam 32++ gitulah. Saya dah borong. Hopefully boleh pakai sampai lepas deliver. Ada beli saiz besar sikit, kot2 la bengkak ke apa kan. tapi memang best. design cantik2 lak tuh hehhee. Thanks kak for being happy for me.

      Delete
  4. Nak pergi mydear sale lepas waktu kerja (ptg ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PB, saya nunggu jek berita cousin saya tu deliver boy ke girl, sebab dia tak sure sangat. Once tau jek, saya akan pegi mydear sale tu. Mintak2 adala mender yang nak dicari tu, hehehe. Kalau terserempak dengan akak, kot2la saya pergi belah petang gak, tegur2 la ek. (hahah sure saya segan2 gitu hehehe)

      Delete
    2. arena ,


      tegur akak tau ...

      Delete
  5. wah happy baca :)
    mmg sakit ati kalau gi kenduri makan asing2
    anak2 aku ofkos melekat ngan aku ..kalau yg besar boleh aku suh ikut ayahnya.yg kecik konfem ngan aku..nak makan pun x selera sbb dia bukan nak makan..tp nak main kerusi meja.huhu..last makan kenduri kat pahang last month

    alhamdulillah..kali ni ko seronok pegi kenduri.takde lagi suara2 negatif yg menyakitkan telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leceh kan kalau gi makan asing2 ni. Nak gilir2 pegang baby pon payah aku rasa. Tulah, ada sedikit kelegaan di situ. Takpelah aku pikir positif jelah kan.

      Delete
  6. kalau kat kl, macam-macam boleh beli untuk maternity dan untuk baby, kalau kat ipoh ni yang ada pun scarlet je, brand jusco..

    bestnya cekna, beli jangan tak beli tau :)

    enjoy the moment tau, lama akak tak tinggal komen, busy, end of semester, banyak keje nak buat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kat kl ni memang spoilt for choice. Tapi saya rasa nanti saya akan banyak beli online jugak kot. Sebab banyak gak antara kedai2nya jauh2. Malas nak pegi. Saya pon beli baju brand scarlet jugak kak, hehhe. Ok jugak baju2 maternity nya.

      Delete
    2. Ummi, kalau kat ipoh ummi cakap mcm tu, trg niiii lagiiiilah... x ada comp nak invest kat sini agaknya...hehe

      Delete
  7. Akak kenduri yang asing, kami bahagi bahagi anak... hehehe... ok la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa la bahagi2 kan. Kan senang kalau makan sekali.

      Delete