Friday, June 29, 2012

Was that you?

Assalamualaikum wbh, 

Aku ada follow up checkup for my asthma dekat Ampang Putri semalam. Memula mama yang akan hantar aku sebab Ed ada urusan lain. Tapi Ed being Ed, tanak nyusahkan mama, dia gi kerja, lepas tu amek aku di Puchong, hantar ke Ampang Putri dan buat urusan dia. Tengahari tu dia siap call aku lagi nak fetch me lepas siap urusan dia. Ke sana ke mari pakcik tu. Kesian aku nengoknya. Tapi tengahari tu mama yang amek aku.

Dekat hospital, doc tanya aku ada rasa baby kicking tak? Aku cakap aku tak sure sangat. Kekadang aku rasa cam ada poking gitu. Tak pernah lak aku rasa cam butterfly flutters like people say tu kan. Tapi mungkin jugak angin jek, hahaha. . Entah. Doc kata untuk anak first maybe rasa lambat sikit dalam 20-22 weeks baru rasa. Tak kisahla, janji baby sihat kan. Doc juga ingatkan aku continue utk amek inhaler, to prevent asthma attack yang mungkin akan worsen as the baby grows bigger and heavier nanti. Kalau masa tu kena asthma attack yang teruk boleh menyebabkan preterm-labor. Ei takut. So aku kenala pakai balik the inhaler walaupun dengan berat hati. 

Masa dekat Sunway pon sonographer dan doc ada tanya dah rasa baby kicking tak. Aku jawab tak. Masa scan tu, memang ada time yang baby dok kicking and poking dalam scan tu, tapi aku tak rasa apa pon. Memang belum timenya lagilah kot. Atau depends on position jugak, entah.

Kelmarin pagi rasanya, lepas subuh, aku baring balik. Punyalah sakit dan tegang perut aku. Baring sakit, mengiring sakit, ke kanan sakit, ke kiri sakit, sampai taktau nak buat camana dah. Berair gak mata masa tu, Dok mengaduh-ngaduh sikit masa tu, sakitnya kat belah kanan. Kalau ikut scan, tu belah kepala baby, sebab baby dok menelentang across gitu. Aku cakap dekat Ed, agaknya baby dok menggeliat-geliat or tengah pusing-pusing kepala kot, sambil mata aku berair dan aku dok adjust posisi baring to ease the pain. Pastu Ed gosok-gosok perut aku dekat belah kanan tu. He said.

Baby, baby dok diam-diam ye baby. Mama sakit tu. Syian mama. 

Sambil-sambil gosok-gosok perut aku. Tak sampai 10 saat lepas tu. The pain eased and just  stopped. Masyallah. Tataulah whether it is kebetulan ke apa kan. Terus aku boleh tidur lepas tu. Hehe, baby, dengar cakap ayah ye? Bagusla baby ni. 

Aku notice jugak, kalau aku baring dekat Ed masa Ed mengaji surah Luqman ke surah Yusuf ke seseminggu dua ni, mesti akan rasa cam the baby poked me. Memang every time Ed mengaji jek, akan rasa gitu. Apart from that I can feel it sometimes, kalau aku baring mengiring. Was that you, baby? Baby suka dengar ayah mengaji ye? Alhamdulillah, bagus anak mama ni. Nanti kita mengaji sama-sama okay.

Okey, korang layan jelah aku ni ye. Aku bukan tau symptoms or signs of baby movement. Ni based on apa yang aku rasa jek. Kalau false pon takpe, small-small things like this makes me really happy. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas nikmat Mu ini. Ya Allah peliharalah anak dalam kandungan ku ini, permudahkanlah urusan kehamilanku dan kalahirannya nanti Ya Allah. Hanya padaMu tempatku bermohon.

20 comments:

  1. seronoknya bila di ingat kenangan semasa peknen
    tak boleh dijual beli kenangan itu
    enjoy yr journey .okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,

      Tulah sebabnya aku log jek, semua yang aku experience throghout my pregnancy ni. Buat kenangan, dahla lama tunggu kan.

      Delete
  2. k.ina pun, kalau dtg sakit kembung perut tu, pusing situ, pusing sini, mcm2 try utk hilang rasa sakit tu... Mesti k.ina usap2 perut sambil cakap2 kat dia... Lps tu, biasanya ok lah... Hehe. Ada member k.ina cerita, dia dah mggu last2, dah kena tahan msk wad, pastu baby dia songsang, dia usap2 perut dia sambil bercerita apa hati dia rasa pd baby tu, pastu kekuasaan Allah, bila scan, kdkn baby tu dah ok, alhamduliLlah bersalin normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, kuasa allah kan. Tu lah, kekadang memang rasa uncomfortable sikit, bila usap2, pujuk2 baby tu, ok sikit. Alhamdulillah, hebatnya kuasa Allah kan. Tak care kak.

      Delete
  3. Yup agree dgn irfa... Enjoy the moments... Nanti mungkin u akan dpt detect certain2 routine baby yg biasanya jadik @ the same time everyday & biasanya bila dah keluar pun dia akan ulang routine tu for the first few Weeks/months... cth cam my girls ada yg suka tendang2 dari lepas maghrib sampai tgh mlm... Bila kuar pun punyala aktif dari maghrib sampai tgh malam... Ada gak yg dlm perut dok sedu je selalu... Lahir pun asyikla sedu tiap2 hari...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh the baby may probably stick to the same routine. Wokeys let see baby camner nanti ek. Nanti boleh rasa sedu ek. Hihihi..

      Delete
  4. hey sis, aku suka bila baca part ko kata, bila Ed ngaji je baby poking. sebak plak, sebak sebab am happy for u both. and praying all goes well sehingga ke hari nya. amin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin,

      Thanks a lot dear. Yup, memang baby tu kalau dengar Ed ngaji akan active sikit. Tadi aku soh ed baca bacaan dalam solat kuat sikit, sebab masa maghrib tu, perut aku mengeras sangat. So aku baring dekat belakang Ed sambil gosok-gosok perut. Dengar jek suara Ed, the baby calms down, dan perut aku terus lega. Hebatnya kuasa Allah.

      Delete
  5. bila dah sampai stage ni rasa lebih happy kan...suka borak dgn baby..love that moments..dulu pun selalu perut mengeras dan ala ala contraction mintak tlg ayah dia usap usap...pastu kejap je dah back to normal, mmg baby leh dgr cakap dan usapan kita yg kat luar ni...hebatkan kuasa Allah...syukur at last dapat jugak cheNa feel the moment :-)

    happy for u dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, trying to think positive dan enjoy all the new experiences ni. Best sangat kan. Syukur sangat Allah bagi peluang pada aku untuk rasa semua ni. Tulah, memang baby dalam perut ni selalu calms down when he hears Ed's voice. Either calms down or takut kat ayah hahahah.

      Delete
  6. Masa I pregnant dengan my boys dulu memang lasak gila..rasanya 5 months above boleh rasa diorang dok somersault kat dalam tu...Kadang-kadang I baring tengok TV, I letak the remote on my tummy, the baby boleh kick sampai remote jatuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish sampai jatuh remote tu! tulah, saya rasa 2-3 minggu lagi akan dapat feel the baby dah kot. Perut ni semenjak balik checkup hari tu, besar sangat dah rasanya. Macam tiba2 membesar dengan rapidnya.

      Delete
  7. Aku dah dpt feel the kick since 17w. X lama lg turn ko ler, skang aku ssh tido sbb terjaga ngn movement dia heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ker, aku tak sure, sometimes aku feel cam poking gitu. But tak sure lah. Takpe, tak lama dah tu kot.

      Delete
  8. Alhamdulillah..syioknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

      Delete
  9. Gerakan baby kekadang dikelirukan dengan rasa gerakan angin dalam perut. Kekadang rasa macam meletup letup gitu... Just FYI...

    So, kalau peknen... mungkin apa yang arena rasa itu adalah gerakan baby dah... tapi makin dia besar... makin ketara... sehingga perut kita boleh herot petot... dan akan nampak siku atau lutut atau kepala dia dok bergerak gerak dari kulit luar perut kita... hehehehe....

    Dan beware... kekadang menyakitkan.... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak, saya rasa tak lama lagi saya boleh distinguish la kot camner rasanya. Sekarang ni macam keliru sikit2. Doc kata maybe after 20 weeks sehingga 22 weeks nanti. Tapi masa scan memang nampak activela baby tu. Owh sampai boleh nampak siku or lutut dia? wow!

      Delete
  10. Haah..betul kata kak wani..nnt bila dah masuk 7-9 bulan ko pegang perut dah boleh rasa mana lutut mana siku baby. pastu sekali dia gerak memang senget benget perut haha..mcm ombak. aku masa tu dah tak boleh tidur telentang..tak boleh napas. dan bila tidur mengiring, kena sort of angkat perut dan alihkan kalau kita nak berkalih badan..kengkadang sakit gak bila baby gerak..nak terkencing pun ada..bila qiqi dah besar ni ehhh ras anak berbaby lagik hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manela reply aku nih. Dah 3 kali rasanya aku reply pakai ipad. Tapi tak jugak kuar2. Grrrrr..FUhh camtu eh, bila we become heavier pregnant. Now ada gak rasa2 bila duduk, bila mengiring. Baring memang sakit bontot, pesal tah. Thanks for sharing. Mau menambah umat Muhammad saw kah Ngah? Hehehe.

      Delete