Monday, June 18, 2012

Ganti puasa dan berangan.

Assalamualaikum wbh, 

Masih lagi bersiaran dari rumah sendiri. Pagi esok baru ikut Ed gi office and he will drop me at mama's. By end of this month gamaknya, aku balik rumah sendiri for good dah kot, kalau Dr kata aku okey dah. Harap-harap semuanya okey in my next checkup, sebab aku pon dah nak start kejer balik early July nanti. Minggu tu aku dah kena start bawak balik kereta. Dah lebih 4 bulan aku tak bawak kereta semenjak aku start treatment ni. Harap aku tak rasa kecut perut bila start driving semula. 

Ed keluar sekarang ni, belikan makanan untuk aku bersahur. Kesian dia penat. Balik kerja, belikan makanan untuk aku berbuka, pastu uruskan kereta dia yang rosak, siap kena tolak dan kena tow pulak tu. Hmmm. Oh ya, hari ni aku ganti puasa. Iyer, aku memang gini dah masa-masa kecederaan baru nak ganti puasa. Amy, jangan cubit aku! Tetiap tahun Amy nak cubit aku sebab aku lambat ganti puasa, hehe. Adek aku pon tanya gak, yang tak ganti puasa masa belum start treatment tu kenapa? Hahaha. Takde jawapan. Ingatkan masa treatment memula tu nak ganti, sekali kena amek jab dan pakai ubat insert tu berbulan-bulan camner nak ganti kan. So sekarang nilah baru terhegeh-hegeh ganti puasa. Padan muka aku. 

Start last week aku dah ganti puasa. Last week dapat 2 hari campur hari ni 3 harilah aku dah ganti. Alhamdulillah. 2 more days, lepas tu raya sekejap hehe. First day ganti puasa memang melepek, ko. Tidur dan tidur, dan tidur. Aku bangun untuk solat dan mengaji jek kejap. Entah-entah tak mandi pon hari tu muahahha. Apa nak jadik. hari kedua puasa ok sikit. Memang aku gigih bangun bersahur sebab tau sangat aku ni mudah gastrik kan. Alang kan tak pregnant pun aku gigih sahur ni pulak tengah pregnant ni. Sebelum start puasa memang siap-siap beli ubat gastrik. Mahalnya lah. RM 7 sebijik. 7 bijik RM49. Cukup utk seminggu. Tapi kena gak beli sebab nak puasa. Malam sebelum nak puasa tu aku banyakkan minum air. Masa sahur aku makan ubat, makan sikit (walaupun tak selera) dan minum banyak gila air, sampai rasa nak terjeluek aku minum air. Lepas subuh, ngaji sikit kemudian sembang-sembang dengan adek pasal bola. Tak lama lepas tu, tido. Takpelah, ini pon persiapan dan training untuk puasa dalam bulan puasa yang tak lama dah ni. Semoga aku diberi kekuatan untuk puasa penuh. Baby, ok je kan baby kat dalam tu? 

Rabu ni ada farewell lunch untuk boss aku. Sedih gak dia resign. Walaupun kekadang geram dengan dia, tapi bab aku nak buat treatment ni dia sangat understanding dan supportive walaupun dia lelaki. Kalau tak kerana dia support application aku, takde nyer HR nak allow aku cuti ni. Dah ler department aku tak cukup orang. So Rabu ni tak puasalah. Khamis baru puasa balik, dan hopefully it's the last day. Kengkawan opis siap nak pick up aku kat rumah mama tu sabo jelah. baik gila diorang ni. Punyalah nak jugak aku join sama the lunch. Tak sempat gayanya aku nak beli hadiah kat boss ni.

Semalam aku buat soto tulang. Lama nya tak masak kat rumah sendiri ni. Buat nasi impit dan kemudiannya rebus tulang. Tak larat nak buat bergedil. Makan gitu jek. Kesian Ed, aku tak reti budget sebab dah lama tak masak, tak cukup nampaknya dia makan. Sampai ke hari ni dia dok sebok cakap, Sedapnya sup tulang com buat, muahhahaa. Kesian, my Ed.  Aku pon macam tak puas makan, muahhahaa. Takpelah nanti kita buat lagi ok babe, kali ni kita buat complete punya  ada bergedel dan sambal kicap ok. Oh ya dan suun goreng. Makkk terliur pulak bila tulis cam tuh muahhahaa. Gambar nantilah aku letak, sebab aku tak bawak balik kabel BB. Ni pon pakai netbook Ed ni. Kecik gila keyboardnya tak best menaip. Hahhaa. 

Oklah, kalau dok rumah rajen gila update blog, nanti dah masuk kerja gamaknya kurang update, tengokle tahun lepas seminggu 1 entry jek. Nasib baik dapatla dua entry. 

Note : Siang tadi sepetang berangan beli barang bersalin dan barang baby. Best betul berangan ni. Penuh dah bookmark aku nih dengan online baby shop. Bestnyaaaa. Sabor cekna sabor. Hahaha. 

Note 2 : baru kejap tadi aku dah berangan nak beli maternity maxi gaks. Ok ke tak beli online, comel sesangat geram aku nengok. Comel la kat patung tu pakai kan, kat body aku lom tau lagi. Muahahha.

12 comments:

  1. Camne nak buat soto? Bunyi mcm sedap je soto ko tu. i love soto. Soto yg sedap lah hahahah. Ajarrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delinn,

      Nak resepi soto ker? Adeh takut laks nak ajar. Ada dua version, version malas dan version rajen, hahaha. Nanti aku tulis kalau rajen okeh. Aku sangat suka soto okeh. Soto yang sedap laa. Aku selalu baca korang makan soto Wak lemon tu. Teringin nak cuba.

      Delete
  2. kak pB dok berangan jugak ...

    Verangan nak beli preasure cooker yang macam Arena pakai tu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe,

      Kak, saya buat soto tu pakai pressure cooker tu lah. Memang lembut dagingnya. Best. Hari ni atau esok nak masak nasik tomato dalam tu. Hehehe.

      Delete
  3. Aku pun puasa ganti...melepekkkkkk..selalu poser hari isnin dan seminggu sekali jer yg mampu sebb aku cepat pening kepala durig puasa x tahancamna nak ngadap kijer kan plus bfkan aryan si debab tu.anther 2 days to go...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mawar,

      Aku tinggal sehari jek lagi nak puasa. Ed tak bagi dah puasa minggu ni. kesian kat baby katanya. Minggu depan pulak. Iyer pening giler kepala aku puasa nih. Lepas berbuka makin sakit kepala aku. So after solat maghrib tu tido jek. Kalau bulan puasa aku cam tuh gaks, tak terawikh kat masjid la pulak karang. Hopefully I feel better nanti.

      Delete
  4. jgn lupa masukkan namaku as 1 of ur potential kedai..ekeke..speacilaist in cloth diapers..plus aku bagi khidmat nasihat lagi..ekekekeke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Nanti kalau aku dah start membeli aku buzz ko okeh.

      Delete
  5. Memang aku nak cubit pipi tu! Eyyyy. Per salahnya ganti sesiap masa bulan Ramadhan tu...tengok ni dah terkejar2. Heheh. So maknanya ko ada kat office la time aku menaip comment ni kan? Aku makan meehoon goreng yg beli sesiap pagi tadi je..sian aku tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amy,

      Hahha, dah agak dah. Selalunya masa Syawal tu, aku sedang gastrik, so aku tak gantila. Tapi that does not means that bulan2 lepas2 syawal tu takleh mula sikit2 kan hahaha. One more day to go. Ingat nak puasa hari ni. Ed tak kasik, kesian kat baby katanya. So next week one more day, insyallah.

      Delete
  6. suka baca semua yg ko tulis ni
    nanti hati2 drive ye
    beli jgn tak beli baju baby tu..nanti dah sarat nak berjalan cari baju baby pun dah x larat

    ReplyDelete
  7. Irfa,

    Insyallah akan hati2 bila drive nanti. Nanti aku kasi tau apa aku plan nak beli dan bila. Excited, hari2 dok surf kedai baby online hahaha. Bestnya barang2 baby sekarang ni comel sangat2.

    ReplyDelete