Monday, June 25, 2012

Baby ticker, masak-masak dan makan-makan

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

Hehe, akhirnya aku letak jugak the baby ticker kat sebelah tu. Punyalah nervous, nak letak baby ticker pon takut. Siang tadi aku pergi checkup kat hospital. Update pasal checkup tu, nanti aku buat esoklah. Penat sikit hari ni. Suffice to say, outcome of the checkup tu menyebabkan aku rasa maybe dah masanya aku overcome my fear and letakkan baby ticker tu. Baby, dah besar ye kat dalam tu? 

Anyways, aku malas nak nulis pepanjang so ni aku upload some of the pics of aktiviti masak-masak aku sepanjang aku pregnant ni. Very minimal aku masak, tapi kekadang aku masak gaks sebab aku err tak lalu makan, makanan kedai. eh gambar ni tak semua aku masak, ada gak yang gambar makan kat kedai, baru perasan hehehe.  Sebab dah malas nak menaip, here goes. 

Blueberry Oreo Cheesecake

Kek ni, anak buah aku yang Form 3 tu buat. Masa ni aku baru dok rumah mama dalam 2-3 hari gitu. Aku cuma duduk dan guide jek dia buat. Masa  aku tengah bleeding teruk tu. So memang tak buat apa-apa. Gigih dia buat sebab takde tools. Nak hancurkan biskut oreo tu pon pakai alu lesung tu, tau tak? Hahahha. And nak pukul the butter, sugar, cream dan cream cheese tu pon pakai whisk ajer. Memang manual gila.  Hebat tak? Hasilnya? Sedap. Kejap jek habis. 
Black pepper steak

Oriental chicken
Ni aku makan dekat Windmill Restaurant dekat Plaza Masallam Shah Alam. Ada sijil halal lagi.  Aku gatal gi order black pepper steak, padahal aku tengah tak tahan pedas. Last2 makan sikit jek, tukar dengan chicken oriental adek aku. Aku suka chicken orientalnya. Saladnya jek soggy sikit. Macam nak gi lagi jek. Adek, jom gi!

Soto tulang
Haaa ni soto yang aku still owe Delinn resepinya. Ala Delinn tak yah letak resepi la, sebab aku buat kuahnya cam sup tulang jek. Soto simple tak cukup bahan, takde bergedil takde sambal kicap. Tapi Ed punyalah suka. Tak cukup dia makan hari tu. Syian dia. Aku tak buat semula lagi ni. Tunggu balik rumah dulu baru buat kot.
Nasi impit dekat Satay Ukay


Atas ni ialah Satay UK or Ukay gitulah, dekat restoran Urat keting dekat Seksyen 7 Bangi. Aku kalau makan sate memang gi sini lah. Walaupun tinggal di Kajang aku dah tak pegi sangat satay famous di Kajang tu. Satay famous tu drylah, cuma kuahnya sedap la kan. Nasi impit kat sini dibalut dengan daun pisang, so bila potong ada green tint cam lemang tu lah. Ala cam makan lontong jawa yang ori, nasi impit dia kan bungkus dalam daun pisang ni. lembut jek, best.
Baked macaroni
Ni tatau berapa kali dah aku buat semenjak dok rumah mama ni. Memang popular demand. Kalau buat 3 casserole pon, kejap jek habis. Bebaru ni buat lagi, sebab adek request. Aku buat chicken chop gak, gambar takde. Hantar satu casserole kat anak buah aku si Olyn. Memang licin, siap tak cukup lagi. Kena buat lagila gamaknya. 


Assorted buns. Lama dah tak buat. Teringin pulak hari tu. So aku buatla roti nih. Tak buat pizza, sebab lambat. So buat mini sausage roll, roti prune dan roti cheese. Abaikan jelah rupa roti yang tak comel dan tak komersial tu. Takat utk tekak aku dan family aku, lepasla. Sekejap jek habis. Lama sangat tak buat, lembik sikit dohnya, so aku kena adjust2 sikit. Anak buah aku si kakak, tolong buat sekali, so sekejap jek siap. Tak buat banyak pon dalam 400gm je kot. So bakar 3-4 kali siapla. Kalau ada oven besar boleh bakar dua layer, lagi ler sekejap siap. Bakal adek ipar pon merasa gak. Nak belajar buat katanya, hehehe. Boleh-boleh. Takde hal.Gambo semua pakai BB jek. Tak bawak kamera lain, dan tak daya nak alih2 makanan letak dalam pinggan cantik dan adjust lighting. Kalau kat rumah sendiri leh la buat gitu. Kat sini, asal boleh jelah.

Ada lagi beberapa projek masak yang tak jadik-jadik lagi ni. Aku nak masak nasi tomato dengan lauk-pauknya tapi mama dan baba takdela pulak. Tak bestla takat aku, Ed dan adek jek makan. Tak berbaloi penat. So kena tunggu diorang balik Puchong dulu baru buat. Lagipun kalau mama ada nanti dia tambah lauk-lauk lain lagi. Best. Untuk Along ku di Notts sana, tabahlah ye nengok makanan ni, hehe. 

8 comments:

  1. suka tgk gambar makanan ;)
    yey..dah ada baby ticker..nak malu apa
    setiap yg berlaku dalam hidup kita adalah pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,

      Bukan malu la babe. Risau dan takut nak letak. Trying very hard to think positive. So now, aku letak jelah utk kasi semangat kat diri aku sendiri,

      Delete
    2. Kasi semangat kat diri sendiri, pikir positif dan berdoa jelah banyak2

      Delete
    3. betul..doa lebih2 semoga selamat sepanjang perjalanan ini
      amin

      Delete
  2. Great to know both mommy and baby are doing well...Gambar food ko? Mmg yummy !!!! Buat aku tetiba rasa lapo tapi jam baru kul 11.40..ayoyoyoo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, thanks sis. Aku sendiri tengok soto tu rasa cam teringin nak makan hahaha.

      Delete
  3. Alolo nape baru nak letak ticker beb? Dun worry aku rs insyaallah smooths semenye aminnnn. Rajin ko msk, aku x lalu sungguh mkn, msk bodo2 je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah risau la wei. Tapi aku kena overcome my fear ni and think positive that insyallah onwards ni akan dipermudahkan. Aku ni rajen gak pasal ada ramai orang kat rumah mama ni. Makan reramai so semangat la sikit. Kalau makan sorang2 jawabnya roti, nugget dan scramble egg je kot, heheh.

      Delete