Monday, August 6, 2012

Percayalah, it's never too late..

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

Hari ni dah hari ke 17 puasa kan. Sekejap jek dah nak habis dua pertiga  Ramadhan. Aku alhamdulillah, dalam melepek-lepek ni, berpuasa lagi. Tolak sehari hari tulah kan. Syukur sangat. Weight aku turun la pulak dalam sekilo dua gaks. Kalau dulu memang melompat la kalau turun weight kan, now risau pulak. Maybe bila berbuka tu banyak minum jek dari makan, entahla. Harap-harap baby sihat. Baby sehari dua ni macam tak aktif sangat. Dia kicking jugak, tapi tak sekuat sebelum Ramadhan bebaru ni. So aku pon countla the movement, alhamdulillah cukupla kiraan tu. Risau lebih mama kamu ni, baby. 

Aku sekarang dok tadarus dengan Ed. Dokle tadarus benor. Kami akan sambung-sambung baca Quran. Oklah tahun ni, not bad, bergerak agak lajulah jugak mengaji tu. Idokle sehari sejuzuk, memang takde can boleh qatam by habis Ramadhan, but insyallah kalau consistent, before aku deliver, patutnya boleh qatam. Patutnyalah. Harap-harap lepas Ramadhan, semangat tetap membara. Sebelum Ramadhan ada mengaji gak, but baca surah-surah tertentu jek like Yassin, Maryam, Yusuf, Yunus, At-Taubah, Luqman and the likes. Bulan Ramadhan ni, start from Al-Baqarah balik.

Aku rasa faktor penyumbang kepada the speed that Ed and I recites the Quran ialah improvement from my side. Okeh terlebih dahulu, ini bukan entry riak, nauzubillah, ini ialah sharing of my journey dalam memperbaiki bacaan Al-Quran. Aku pon tengah belajar lagi ni, korang. Moga yang merangkak-rangkak baca Quran cam aku akan inspired jugak untuk take some actions to improve kan. 

Aku rasa banyak kali kot pernah aku cerita, masa mula-mula kawen dulu antara perkara pertama Ed buat ialah suruh aku baca Al-Fatihah. Katanya dah jadi tanggungjawab dia untuk dengar dan betulkan bacaan Quran aku, apatah lagi Fatihah tu bacaan wajib dalam solat. Lepas tu adala aku mengaji sikit-sikit. Aku selama ni ingat bacaan aku ok, sebab aku rasa cam lancar jek. Sekali lepas baca, Ed cakap, Com kena carik cikgu ajar mengaji. Kalau nak boleh belajar dengan mak. Pengsan. Idokle aku nak belajar mengaji dengan mak mertua aku kan, walaupun dia ustazah. Memang mengajar mengaji pon kat kampung. Aku taknak, malu. Malu tak bertempat gitula aku nih, masa tu.

Lepas-lepas tu aku makin nervous nak ngaji depan Ed. Bila nervous lagi merangkak-rangkak membacanya. Pastu Ed ni kalau mengajar ngaji err garang sikit. Bergenang air mata gakla, hahahha. So aku selalu baca pelan-pelan jek kalau dia ada, sbb sure kena tegur punya, hahaha. Patutnya amekla kesempatan belajar kan, tapi aku put-off sikit sbb dia cam tegas giler bila ngajar. Aku kan manja, uwekk.. Hahhaha. 

Start 2010, ada offer kelas Tajwid dekat office. Waktu kelas is at lunch hour on Tuesdays or Thursdays, bergantung kepada kelapangan Ustaz. Aku dengan kengkawan register. Memula company sponsor, lepas tu kami chip in bayar sendiri. Memang banyak sangat aku belajar dekat kelas tu. Serius banyak sangat. Bila dah tua-tua ni, aku dok wonder gak, apsal la susah sangat aku nak paham dan tangkap tajwid ni especially yang basic-basic tu dulu-dulu.  Sebab sekarang yang basic-basic tu adalah senang. Dan mudah nak incorporate dalam bacaan. Maybe bila dah berumur sikit ni makin cerdik, or makin alert or makin mudah make sense out of things, or sebab memang minat nak belajar, mudah faham. Ustaz tu pulak best sangat. Banyak hint, dan tips yang membantu dalam pembacaan, yang tak pernah aku tahu. Dan very encouraging. Walaupun salah, walaupun merangkak, dia sabar sangat, dan tak pernah buat remarks yang membuat kita rasa give up or malu. Syukurnya Ya Allah kami dipertemukan dengan ustaz ni. 

Memang aku look forward sangat kat kelas tu. Kalau tak dpt pergi tu rasa sayang sangat. Siap salin nota dengan kawan dan mintak kawan terangkan sikit. Next kelas datang awal sikit untuk clarify dengan ustaz. Bila balik rumah pulak sembang-sembang dengan Ed pasal kelas dan ala-ala buat revision sekali. Ed ni sumer pon dia ingat, yang basic yang advance, alhamdulillah bolehla aku refer-refer kat dia. 

Awal tahun ni masa aku mula bercuti tu, aku masih datang office sebab sayangkan kelas ni. Masa tu kami dah habis makhraj(ustaz ajar makhraj kemudian, dia ajar hukum tajwid semua dulu) dan baru mula basic bahasa Arab. Bestnya korang. Sebab dapat basic-basic bahasa Arab, dan boleh la agak-agak ayat tu tentang apa. Dan yang penting jugak, membantu kita pilih tampat untuk berhentikan ayat dengan maksudnya intact. Idokle berhenti tah mana-mana, pastu sambung sesedap rasa makna habis ke laut kan. Tapi aku sempat kejap jek sebab lepas tu aku dah pregnant dan dah tak drive dah. So, kelas aku terhenti di situ. Sedih ko. Bila nengok email, kengkawan cakap pasal kelas, rasa cam rindu gila nak kelas. 

Bebaru ni jugak rasanya, sebelum puasa, aku tengah baca Yassin. Ed masa tu baru lepas mandi, dia baring sebelah aku dengar aku baca. Kalau dedulu nervous breakdown, ko dia buat camtu. Masa tu aku continue jek baca. Masa aku baca tu dia gosok-gosok belakang aku. Bila habis jek, dia cakap, pandaila mama baca Quran sekarang. Dah banyak improvement. Ada sikit-sikit lagi kena jelaskan bacaan especially huruf ha, kho, ain dan hamzah. Yang lelain banyak dah ok sikit. Suka sangat aku masa tu. Bukan suka, bangga. Entah rasa lega sangat that my bacaan dah improve. Rasa takdelah baca dengan sia-sia sebab dok salah je. Sebab kita memang kena belajar untuk baca Quran dengan betul, kan. 

Ok aku tau I am far from perfecting my Quran recital. Banyak lagi kena belajar. Ada masa-masa mengaji tu selak-selak jugak notes sebab nak confirmkan tajwid tu kan. Tapi aku sendiri rasa banyak improvement, siap tengah-tengah baca tu, boleh betulkan sendiri bacaan. Ustaz pon cakap mmg ada improvement. Lega sangat rasanya. Syukur Ya Allah, atas kesempatan untuk belajar dan mendapat ilmu ini. Syukur sebab dibukakan hati untuk belajar dan terus belajar. Alhamdulillah.Pastu semenjak baca dah imrove sikit, dan belajar sikit-sikit bahasa Arab tu, semangat untuk baca tafsir tu tinggi sikit. Curiosity untuk tahu makna-makna ayat tu jadik tinggi.

So sebab tu aku rasa kami punya mengaji sekarang ni cepat sikit, sebab aku makin lancar membaca dan confident sikit. Dan rasa best sikit sebab aku tau aku bukan main taram dan langgar jek tajwid bila baca tu. Bila habis few juzuk rasa aku dah baca dengan baik as compared to dulu. Bukan sekejap belajar tajwid sebab kelas kami sejam jek dan sekali seminggu jek. Dah lebih 2 tahun kelas tu berlangsung. Aku bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang gigih pergi kelas ni, tak jemu ajak geng lain join sama. Memang dah ramai jugak yang half way belajar, sebab kekangan kerja dan sebagainya. Tapi aku happy sebab kawan-kawan yang dekat-dekat masih continue mengaji lagi. 

Bulan puasa ni ada tadarus dekat office. Rindu jugak nak tadarus sesama dengan kawan-kawan. Last year masa tadarus pon dah lain sikit approach tau. Bukan takat dengar jek kawan baca. Memang boleh betulkan sesama sendiri kalau silap, dan confident nak betulkan. So bestla kan, bila tadarus tu dengan bacaan yang betul kan. 

Aku cakap kan tadi, aku bukan nak riak bila tulis pasal ni. Lama aku pikirkan, whether nak tulis ke tak. Bak kata Irfa again, hehehhe hanya penulis tu je yang tau niat sebenar dia tulis tu. Niat aku sebenarnya cam ni. It's never too late to learn. Jangan malu dan jangan segan sebab the reward tu Masyallah memang best sangat. Cuba ajak kawan-kawan opis anjurkan kelas. Bayar ustaz or ustazah datang opis untuk mengajar. Ala bayar sikit je, beli kasut dan baju mahal-mahal boleh, kan( ni aku ler nih..). Nak join kelas-kelas dekat luar pon boleh, surau-surau dan masjid ada jek kelas-kelas ni. Kalau diorang dah mula pon takpe join jek. Kami memang gigih pergi yg kat opis ni sebab tau, namanya nak pergi sendiri memalam or on weekends macam tak je kan. So tu yang gigih pertahankan kelas tu. Ada masa-masa memang tak cukup korum, 4 oranglah, 6 oranglah, but the class must go on. 

Sure boleh punya belajar. Nanti anak-anak boleh le ajar sikit-sikit sendiri dan tak lepaskan 100% pada ustaz diorang yang ngajar kan. Alangkan aku yang sangat sikit ilmu di dada pasal Al-Quran ni pon, boleh paham, dan pelan-pelan praktikkan, sure takde masalah utk korang. Yang dah terer, boleh belajar Arab lak kan, punyalah best kalau kita faham makna semua bacaan kita tu kan. Ya Allah jadikanlah kami semua ahli Al-Quran. Semoga kita semua gigih untuk memperdalamkan ilmu tentang Al-Quran.

20 comments:

  1. like n mmg suka wpun diri sendiri kena fight bile malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak baca Quran, nak buat amalan sunat, even yang wajib, memang berperang dengan diri sendiri. Itulah kita punya jihad babe. Jihad melawan nafsu malas nih. Aku doakan kita sama2 berjaya conquer malas tu.

      Delete
  2. like sgt ur writing ni...selama ni mmg aku berdoa moga dibukakan pintu hati suami tersayang utk belajar quran dgn lebih baik mcm cenna dan kami sama sama menjadi ahli quran, bestkan? ya Allah moga kau perkenankanlah...ko doakan kami sekai yeah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babe, keep on berdoa. Remember buku Travelog Haji tu kan. Kan ke Prof Kamil tu, mengaji pon tataw. Tapi wife dia keep on berdoa, and once Allah pilih untuk bagi hidayah, terus jadik insan hebat kan. Bestnya macam tu kan. So as isteri2 ni kita kena gigih doa so that husband kita akan jadik imam kita, imam anak-anak kita, pendidik dan pembimbing kita ke arah yg lebih baik. If he is already there, alhamdulillah, if not, kita kena doa2 dengan gigih, baca surah al-insyirah masa buat air utk dia, dan adala amalan2 utk melembutkan hati suami ni. Nanti ko search Fadzilah Kamsah punya tips utk lembutkan hati pasangan tu. Sesama kita buat.

      Delete
  3. Aminn, aku pon consider gak panggil ustazah dtg umah ajar ngaji. Aku free sket siang, mlm struggle ngn kedai, ssh nk join blaja kt urau huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko dpt cari geng, sorang dua pon best babe. Bila ada kawan semangat tau. Kumpul kat rumah ko. Kalaula aku leh drive dan gerak2, nak je aku join, tak malu ornag tak ajak pon kakaka. Tapi bagus niat tu. Harap2 materialize. Sorang2 pon takpe, focus.

      Delete
  4. Hi Arena, I bukannya beragama Islam, tetapi your post really made me to think. It's never too late. Sebenarnya, dulu Reena banyak berdoa, amat respect "Tuhan/God" and semualah, tetapi kebelakangan ini, Reena rasa macam dah takde faith langsung. Thank you for taking the time to write this post. May you always be blessed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Reena,

      Thanks for ur comment. I actually don't know what to say but, I think masa buat TTC nilah, all the more we need to have faith. Yelah we have done all humanly possible effort dah. Seek the best doctor, use the best facilities, but in the end it's God who decides whether we conceive or not. So memang kena doa banyak2. Apa lagi kita boleh buat kan, masa tu. God gave us what we need, not what we want. Even though hard to swallow kan, kenapala aku tak conceive2 lagi ni? But He has better plan yang kita tak tau. Everything happens for a reason. If we open our hearts to see them. CUma kadang2 we are consumed with grief kita susah nak nampak and have faith on what God's plan kan. To me, I guessed this is the best time for me to conceive. Walaupun umur dah nak masuk 35. Allah knows that deep in my heart, I wanna excel in my career, I wanna see the world, I nak present kat international conferences and events and nak buat macam-macam, So He gave me all that first before He gave me a chance to conceive. Kalau I dari awal ada baby, maybe I had to slow down a bit. And by now, our financial pon agak stabil sikit as compared to before. He knows best! Dulu2 i susah nak nampak, kenapala I tak conceive2 lagi nih. Took me some time jugak. In the Quran ada verses yang mengatakan pada setiap kesusahan itu, ada kesenangan. So sometimes kena susah sikit dulu, so that when kita senang, kita appreciate it all the more. God will bestow us what we need at the best time, Insyallah. Semoga my pregnancy ride becomes smoother after this and hopefully you will also be bestowed with beautiful baby.I hope I don't offend you by writing this. You take care ok.

      Delete
  5. First of all, not offended at all. In fact, I am grateful for your reply. Tak semua orang yg akan fahami apa yg kita lalui. Memang sebelum ini, i tertanya-tanya, kenapa kita tak boleh conceive? Kenapa susah sangat? But I know you are right - semuanya ada masa... God is the only one who knows His plan. Kita semata-mata kena have faith and just move on. I also agree, susah2 dulu, only then we will appreciate apa yg kita dapat. Thanks sis, for your wonderful thoughts & sharing it!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..syukur ko dapat suami yg boleh bimbing ko bab agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.

      Delete
  7. Tetiba rasa jeles.. boleh gitu?

    Aku pun kan bersyukur sensangat sebab masuk UIA. WAJIB belajar bahasa Arab sampai level 6. WAJIB ambil kelas tajwid. Masa kat matrik pun ada test AlQuran. mana yg ok masuk kelas usrah. mana yang tak berapa ok masuk kelas Al-Quran. banyak sangat dapat improve. Sangat betul bila kita belajar bahasa arab jadi seronok baca alQuran. Sekarang ni bila bimbing anak baca iqra' jadi seronok juga

    Aku pun macam mawar la.. sangat2 harap apaknya boleh mengimamkan solat, sama2 baca alquran..masih terus berdoa untuk yang terbaik insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya korang kat UIA dulu wajib amek Bahasa Arab, koman2 yang basic2 sure tau kan. Best..best..Tulah nanti lepas deliver mintak2 kelas tu ada lagi di office, so that aku leh join balik. Ketinggalan pon takpelah janji boleh belajar.

      BEtul keep on praying. Allah sentiasa dengar rintihan hambaNya.

      Delete
  8. Samala macam nonie ni... Kalau baca depan cik abg mmg takut2 sket sbb sat lagi kena sound huhuh... Tapi tula bila anak kecik2 ni tak berkesempatan la nak bertadarus... Org mungkin kata alasan, tapi nonie rasa payah sketla, so kena take turn la nak ngaji... Nak jemaah pun kadang2 je bila budak2 ni tido...

    Memang isteri2 kena selalu berdoa... Suami2 ni walaupun derang reti bab2 agama ni tak bermakna yg derang takkan lupa... Kadang2 yg reti ni lagi kuat godaan syaitannya... So, kalau suami dah ok, kena doa juga supaya dia istiqomah & terus bimbing kita... Kena doakan selalu untuk diri sendiri untuk jadi isteri & ibu yang terbaik jugak. Selain dari terus berusaha... Selebihnya, serahkan pada Dia kerana perancangan Dia yang terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. When I say that Ed boleh bimbing aku dalam banyak perkara, I didn't say he was perfect kan. Manusia biasa jek bukannya Nabi. Tapi knowledge dia dalam bab agama ni lebihla dari aku. Bolehla aku tanya2 dia.

      Betul, kita ni kena sentiasa berdoa minta Allah lindungi keluarga kita dan sentiasa berikan hidayah pada kita. Have to seek it(hidayah) and want it always.

      Delete
  9. aku suka sgt-sgt-sgt baca entry nih..rasa cam sayu..pilu..syahdu..

    untung CheNa ada Ed yg boleh bagi tunjuk ajar bab2 Quran..dan selayaknya, begitulah sepatutnya para suami kena buat..

    kat umah, aku jek la yg ajar Mira baca..

    btw, kitaorg pon dpt pelepasan utk tadarus time Ramadhan nih..dari jam 8.30 - 9.30 pagi..kdg dpt habis satu juz..tapi mmg takkan sempat nak khatam..cuma dpt pahala baca Quran jek lah..

    again, i like this entry so much!

    ReplyDelete
  10. Oren,

    Tulah panjang lagi perjalanan kami ni dalam mencari hidayah Allah. Lambat juga terbukak ati aku nak belajar ko tau. Tapi syukurlah lambat pon Allah tetap bukakan hati juga. Takleh malas je lah. Keep on praying for the best untuk family ko Oren. Take care ya, *Hugs

    ReplyDelete
  11. Eh arena, don't get me wrong plak. I was reflecting on myself when I wrote the comment. It is good that you can always refer to Ed & he could guide you. Macam cik abg I, I tau dia reti tapi ikut mood dia kalau dia rasa nak ajar dia ajar, ada masa dia lupa gak, kita la dok sibuk tanya @ ajak jemaah ke dgr ceramah ke, apa2 la. Samala cam diri sendiri, ada masa2 rajin la buat yg sunat2 tu esp time ramadan ni kan, tapi kadang2 buat bila dan je... Ni contoh2 tak istiqomah la... Tu yg kena doa selalu tu as u said to seek hidayah & doa jgn hati kita ni berbolak-balik huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh takpelah, don't worry. Aku pon nak stressed out jugak that Ed is just human. Kang nanti org dok ingat aku dok pujila sangat laki aku tu kan, hahhaha. Cam perfect giler, dokla. Manusia mana der perfect kan. Allah je sempurna. No worries sis.

      Delete
    2. Arena, no worries citer psl ed..kita bukannya nak kutuk aper, bagus ape blh buat panduan utk org cam aku nih..dulu akuberkeras sikit dgn laki aku tp from ur writing psl ed (daribacaan aku ko viter ed pun ader mood swing dia kan?) aku slowly take that as guideline buat aku...yerla org laki ni kena berlembut kalau paksa paksa mmg amarah jer, tp kena selalu diigtkan hehehe...aku ni haaa yg nak kena belajar tone down sikit hikks

      Delete