Thursday, August 9, 2012

My mini outing

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

Ya Allah pantas sangat masa berjalan bulan puasa ni kan. Dah 20 hari kita berpuasa. Dah start 10 malam terakhir dah kan. So Cekna jangan malas-malas okeh. 

Aku hari ni rasa penat sikit. Pagi tadi, pergi Ampang Putri untuk follow up asthma aku ni kan. Alhamdulillah, besides the attack masa 3 months ari tu kot, takde dah attack. Kalau asthma, atau batuk yang tak baik-baik, bawak-bawakla pergi jumpa specialist. Aku masa batuk tu, 4-5 botol ubat batuk dah habis, dan makan ubat cairkan kahak semua termasuk la amek nebulizer, tapi tak reda langsung. Allah belum nak izinkan baik kan. Pastu aku mintak gak doc referkan aku ke hosp, pegi ubat, amek inhaler, dan ubat2 yang tepat. 2 hari gitu clear la batuk dan lelah aku. Sebab tu doc tu kata asthma sekarang ni sebenarnya boleh kawal, tapi kena kena ubat yang tepatla. Kat GP memang takde inhaler yang hosp bagi tu. 

Pastu aku singgah opis kejap. Oh ya, aku tak drive ye kawan-kawan. Adek aku hantar. Singgah opis, hantar MC, hantar claim dan document sikit. Diorang ada function hari ni ajak aku join, tapi aku decline la nak join. Takutla nak duduk dan berdiri lama-lama. Lepas tu balik rumah, solat dan tidoo. 

Oh ya sebenarnya nak citer aku berbuka kat luar semalam. Aku ni seriously rasa beku kepala aku ni dok berkurung kat rumah. Even semenjak aku belum pasang cerclage tu pon aku dah terperap kat rumah mama ni kan, pastu sekarang ni sambung terperap. Tak leh bawak kereta, tak keluar gi bazar Ramadhan, tak kuar gi supermarket, gi bank pon tak. Semua buat online jek. So semalam aku puehle aku merengek-rengek dengan Ed nak berbuka kat luar. Tengahari tu aku tanya, jadi tak? Dia kata ok, tapi dia pening sikit. So aku pon buatla reservation dekat Manhattan Fish Market kat Alamanda.

Petang tu lambat jugak dia balik. Aku ingat kalau pukul 5 Ed sampai rumah dan terus gerak  boleh aku jamu mata kejap. Tup-tup dia balik kol 5.30 petang pastu sakit kepala dan tidur kejap. Kol 6 gitu aku kejut dia, picit kepala dan belakang dia kasi kuar angin, and baru gerak ke Alamanda. Sampai dah 6.30, so tak banyak masa nak jalan sangatla kan. Ed dropped me dekat dengan MFM tu dan aku gi place order while dia gi park kereta. Aku cakap aku nak gi Parkson redeem voucher.

Berseri-seri muka aku masuk Alamanda tu. Sengih sampai telinga aku rasa, muahaha. Kesian kan. So aku ke Parkson. Rugi jek point bonuslink aku expire tapi aku tak redeem apa-apa hari tu. So aku gi sana dan redeem voucher through bonuslink card. Lepas tu redeem gak Treats Points Maybankcard. Eh kalau korang rajin bayar pakai DebitCard Maybank yang ada gambar cherry tu pon ada point tau. Aku tak habiskan pont Maybankcard tu sebab nak redeem voucher Sogo laks. Kat Sogo barang baby best tak? Aku dah berzaman tak pergi Sogo. 

Lepas tu pergi Guardian dan lepas tu pergila ke MFM. Elok je kami sampai dalam 7.15 gitu the food pon started to arrive. Nasib baik juga terpikir nak beli mineral water, sebab air sampai lepas azan. So we ate mengadap fountain, best!. Habis makan dalam kol 8 dan aku gerak ke MPH, whilst Ed gi amek kereta. Here's a few pics yang aku amek masa keluar semalam. Punyala seronok dapat keluar, gi shopping mall pon beria amek gambar hahaha.
Masa ni tengah tunggu berbuka, amek set flamming Platter kot, entah

Close up sikit

Pergi borong buku dan majalah kat MPH. Bestnya! Tapi takde masa sangat. Nak gi lagi!

NI barang-barang aku beli dekat Guardian. Exfoliating gel tu best, blackhead pon leh hilang
Ala aku tau korang tak heranla dengan buku-buku dan barang aku beli kat Guardian tu. Korang memacam lagi shopping kan, kan, kan. Dahla korang boleh keluar bila-bila masa je kan.

Tapiiiiii,  aku nak eksyen gak kat korang aku dapat nih, muahahahaha. Yehaaaa, suke-suke-suke.
-
-
-
-
-
-
-

 
Vouchers!

Kalau aku habiskan point maybankcard tu rasanya leh dapat few hundreds lagi kot. Tapi, point tu nak simpan untuk Sogo nyer voucher or convert to Enrich Points nanti. Lepas amek voucher tu, aku dengan muka control round dalam Parkson tu tengok barang baby. Kalau tak control muka, sure tersengih-sengih sorang-sorang, muahahhaa. Banyak gak barang leh dapat. Yey! Expiry voucher tu ialah in 1 year. Bila nak shopping, tatau lagi.

At 8.20 pm gitu kami gerak dan solat dekat Pusat Komuniti dekat Putrajaya tu. Surau Alamanda penuh sangat. Kejap jek keluar, tak sampai 2 jam pon. Nak ronda Mothercare dan ModernMum pon tak sempat. Ed kata dia lalu kat Baskin Robbins, giler ramai orang.  Ed balik,  drop aku dan dia rush gi masjid. Happy giler aku, dapat keluar sekejap pon. Thanks Com, bawak cenna keluar. U're the best, babe!

6 comments:

  1. Wei what a great idea, aku pun nak gi redeem gaklaaaa sukerrrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu aku suka redeem barang instead of vouchers. Tapi kadang2 barang yang dapat tu tak seperti yang diharapkan. So lately ni aku redeem voucher dan lepas tu aku redeemla apa yang aku nak kan. AT least aku leh belek barang2 tu dulu. Silalah, redeem.

      Delete
  2. aku takde apa2 utk di-redeem..hiks..

    baguslah ko dh kuar walopun sekejapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babe,

      Ko isi minyak kan, pakailer bonuslink or kad mesra, dapat gak redeem apa2.

      Itulah best giler dapat keluar. If not, keluar go sepital jelah kerjanya aku nih. Alhamdulillah.

      Delete
  3. aku pun ada kad chery tu..tesco pakai tu je byr.tah berapa point sudah.tp point ko pasti puluh ribu riban sbb dpt claim ratus2 voucher. belanja aku!.hheehe

    ReplyDelete
  4. Dee,

    Bonuslink tu aku combine point dengan bapak aku, hehhee. Yang Treatspoint maybank tu. Semua mender aku bayar pakai credit card maybank, bil TM, TNB, Takaful, so every month almost seribu to dua ribu pakai kad tu, lepas tu bayar/transfer balik le on the spot. Kena disiplin, kang banyak hutang susah. So point giler banyak la kan. Kalau la ansuran kereta boleh pakai kad tu kan bagus lagi banyak aku dapat point. Nak redeem lagi, tapi yg kelakarnya bila entah nak pegi shopping tuh.

    ReplyDelete