Tuesday, March 22, 2011

Ngantuk gilerr

Ngantuk giler laaa. Aku tengah buat assignment ni. Menguap setiap 20 saat rasanya. Giler kecik tulisan journal ni. Ada can kena pakai spek lepas habis master nanti. Baru sem pertama cenna, ko dah berangan habis master. Hahhaha. Berangan tu kan penting. 

Semalaman ni perut tak sedap. Senak semacam jek. Banyak sangat makan kot, muahahaha. So lambat start buat assignment. Yes, I am full of excuses. A'ment dah bg 2 minggu. Baru terhegeh-hegeh nak buat. Itupun nasib baik dah mula sikit-sikit. Oren, aku dah log journal yang ko email dekat aku tu dalam aku punya Literature Review. Aku punya assignment minggu ini. Takat nak log, tajuk, problem statement dan hypothesis tu ok lagi, tang validation, performance measurement, strength and weaknesses memang haru. Tak paham. Hahahha. 

Last weekend aku balik Kuantan. Acara biasa bila balik Kuantan ialah makan dan mandi air terjun. Kali ni tak mandi air terjun. Tak sempat, tapi tang makan tu, sempaaaatttt je. Oklah korang, dah berair-air mata dan hidung nih. Nak solat jap, dan cuba baca at least 1 more journal. Hmmm pukul berapa nak tidur nih?

Note : Masa balik kerja aku singgah kat cobbler near Giant tu. Alang2 dah sampai aku belilah roti dan barang dapur sikit. Masuk jek lif dekat rumah aku, terserempak dengan Ed. Ada orang lain gak dalam lif tu. Dia amekkan plastik-plastik barang dapur yang aku tengah pegang tu. Dia tanya, aku dari mana, ke dia tak tanya aaa? Anyways aku jawab laa.

Aku : Gi Giant tadi. Gi baiki kasut kat cobbler tu. Tak siap hari ni. Esok baru boleh amek.
Ed : Gi baiki kasut dapat roti ke? (sambil pandang plastik beg and its content)
Aku : Muahahhah. (Dem..) Ada pakejla baiki kasut dapat roti, dapat nugget..macam-macam.. ( gelak sambil cubit Ed. Suka tau kenakan aku cam tu.)

Mamat yang dalam lif tu, sengih jek sambil tahan gelak dan keluar dari lif kat level berapa tah. Sure dia citer kat bini dia balik tu. Hampess..

5 comments:

  1. Kelakar la Ed ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Kak Izawani,

    Selamba je tau. cakap macam tu.. nasib baik ler saya ni jenis tak cepat termalu..

    Amy,
    Ye kelakar. kalau bab mengenakan aku memang kepakaran dia..

    ReplyDelete
  3. aku tak tahan part ko cubit ed tu. mcm pengantin baru...hehhee

    ReplyDelete
  4. Anne,
    Takdelah cubit manja cam pengantin baru gitu. Memang cubit kuat ko tau> Seb dia tak terjerit jek hahahhaha. Geram la dia tu, suka buat remark2 gitu..

    ReplyDelete