Alhamdulillah, mid term exam dah lepas maghrib tadi. Boleh jawab ke tak? Errr entah lah korang. Soalan pertama jek dah blurr. I had to skipped that question first, buat yang lain dulu sesambil mulut tak henti-henti berdoa mintak Allah berikan ilham untuk menjawab soalan tu. Tengah-tengah jawab soalan nombor 3 atau 4, tetiba dapat cam ilham sikit untuk soalan nombor 1 tadi. Alhamdulillah. Entahlah betul ke tak jawapan aku tuh. Aku kan, tiap lali nak exam mesti telefon mak aku. Mintak doa ibu. Kesian mak aku, tiap kali exam dia buat sembahyang hajat. Baca yasin. Pastu aku telefon Ed pulak. Dia takde kat rumah, mintak doakan aku jugak. Aku sendiri? Cukup tak berdoa?
Siang tadi aku study dekat library company. I took leave today untuk study, sebab aku haram tak study apa lagi. Semalam aku MC sebab batuk dan lelah, siap kena amek nebulizer lagi. Lepas makan ubat memang pengsan seharian. So dekat library tadi baruler bukak buku. Aku bukan study dekat Uni punya library tapi, office punya.
Masa tengah study tu ada another colleague aku datang kat meja aku yang tengah study dengan another collegue ni.
A : Korang ni, semenjak jadik student balik. Ada pencilbox, ada fail, stationary cukup.
Aku : Heheh biasalah baru semangat sikit.
B : Aku biasa-biasa jek. Arena lagi semangat. Cuba ko bukak pencilbox dia tuh, hahhaha.
A : Cekna, tak letak ke poster artis dekat fail tu?
Aku : Hahahha, aku masa Form 2 dulu letak poster Ella tau dekat belakang fail aku. Lepas tu aku ada button-button artis jugak, muahahhaha.
A : Pastu pinkan button tu dekat beg jeans kan. Aku ada beg tu! Yang memang talinya satu tu kan. It's a knapsack tapi purposely tali ada satu je kan.
Aku : Aku ada! Aku ada! Aku ada button Johnny Depp, dan New Kids on The Block hahhahah..
B : Muahahahhaa (gelak sampai tak kuar suara) aku pon ada beg tuh!
Update :
This is the closest that I can find of our beloved beg Jeans Tali satu. Taken from etsy.com. Takdelah sama sangat. If I remembered it well, beg kita tu memang less is more kan. Takde berserabut-serabut with lots of pockets and zip right? And definitely takde ribbon-ribbon right. Mana rock gitu, kan? Pastu takde cerut-cerut gitu, instead ada loooong zip kat belakang beg. Yeahh. Pastu pinkan button-button artis start dari tali satu tu sampai lah ke depan beg. Oh yeah.
Owh Amy, ko ada button Fauziah Latip? Aku ada button Ekamatra ok? Ekamatra!! Remos diorang aku rasa 3 botol hair spray pon tak cukup muahhahha. Kasi canlah, support industri muzik negara. Muahahha. Di sebelah Johnny Depp, New Kids, ada Ekamatra! Apa tema pon aku tatau. Button artis pompuan, tak main okay. Muahahhha.
And we talked about the rave those days. Kain steng. kasut BM2000, remos (tatau lah camana nak eja, jambul tinggi tu, aku dulu siap pakai hair spray tuh, omigod)..Kelakar kalau ingat balik. Yelah aku pakai tudung pon form 3 or form 4 kot. Sebelum tu kan main lagilah bergaya nya. Bergaya lah tu kalau ikut definition aku. Masa zaman tu kalau ada orang kaler rambut gi sekolah, orang sumer pandang semacam jek, muahahhaha. Hbaih terer la tuh. Zaman sekarang budak kecik pon bersepah kaler rambut.
Agaknya aku nih tua kot. Suka sangat reminisce cerita lama. Hahaha. Sekarang nak mana nak carik beg jeans tali satu tuh? Hahahhah sure takde dah jual. Korang ada?
Aku buttonkan dekat beg tali satu gak, tapi beg Fido Dido..yg kartun mascot 7-up ke sprite tu. abis bergaya la konon. Button aku mmg NKOTB je la.. dgn jugak button yg ada wordings2yg cute dan yg boleh customize nama sendiri. Fail aku penuh dgn newspaper/magazine cuttings of Fauziah Latiff. OMG. Aku dah tua, dah 34 wehhh.
ReplyDeleteaku? pakai doc martens dgn baju kurung sekolah. kahkahkah! x sesuwai okeh!
ReplyDeleteYeah !!! Back then NKOTB was the very IN thing..aku pun kumpul gak button tu...nostalgic !!!
ReplyDeleteArena...akak pun dulu ada beg sling jeans tu... macam2 button ade... memang tak pernah tinggal beg tu...hahaha
ReplyDeletekami panggil remos (jambul tinggi tuh)..
ReplyDeleterasanya button badge tu percuma if beli twisties ke... kumpul bape pembungkus ke....pehtu leh tukar ngan button tu....rasanya la...
ReplyDeletearena,
ReplyDeleteakak dah tua dari korang so akak punya citarasa lain sikit kot, masa dulu kami minat pelakon cina yang berlakon dalam cerita polis2, lupa plak nama cite tu
akak pakai tudung masa 23 tahun, itu yang akak biar aje dulu batrisya free hair, tunggu sampai dia sampai seru, bila akak bersuara aje nak bagi batrisya pakai tudung mak akak bagi khutbah suruh biar dulu takut sekerat jalan nanti dia cabut pulak :)
Manalah gi komen aku siang tadi.. Hampehh.. Sorilah kawan2.. Aku tak leh balas komen kat opis.. OPis aku dah block blogger daaaa. hampess. So memalam la aku jawab.. kalau aku tak pengsan penat..
ReplyDeleteAmy,
Aku rasa aku ada beg cerut fido-dido gak hehehhe. Kalau tak pon aku ada wallet zap-on fido dido. Hahhha. Hahaha button yang personalise tu selalu orang kasi kat adek or kakak angkat kat sekolah aku. ewwwww hahahha..
Jojoe,
ReplyDeleteKo pakai Doc Mart gi sekolah. Memang rock okeh.. Kain kenala senteng sket kot, nak nampakkan high cut tu kan.
KLM,
Oh yeah.. Ok korang sila mengaku siapa yang korang minat dalam New Kids tu. Aku memula suka Jon, pastu aku nam[ak cam lembik jek, aku minat Jordan laks. Muahahhaa.
Anie,
Kak Anie pon ada? Hi 5 sket kak. Masa tu kalau jumpa kedai yang ada button artis2 yang jarang2 dapat, punyalah suka. Dalam kelas saya masa tu kak tiga suku bawak beg jeans. hahahha
Oren,
ReplyDeleteHaaa betullah tu. Panggil remos gak. Nak korek gambar jap, carik yg ada remos hahhaha..
Fiechik
Alaa kena kumpul twisties ker? Aku dulu tak main kumpul twisties memang kedai2 ada jual. Kedai2 stationary or gifts ada jual. Rasanya harga dalam RM2-RM 4 je kot.. Best!
Ummi,
Akak, saya tau cerita tu! Police cadet kan..kan..kan?! Heronya tu masih hero lagi sekarang ni. Tony Leung kan? Comel walaupun dah berumur sket. Saya suka jugak. But masa tu sekolah rendah. So akak2 cousins yang form 1-3 yang minat police cadet tu..
I think 2-2 approach pon ok.. Masa kecik2 ok kasi dia merasa pakai skirts, hair clips just to be girly. Pelan2 boleh educate utk pakai tudung kot..