Sunday, September 29, 2013

Welcome Muhammad Nazheef

20 September 2013 Farhan dapat sorang lagi cousin. Muhammad Nazheef. Dek, kalau salah date betulkan eh. So farhan ada 2 cousin almost sebaya walaupun tahun lain- lain. Nanti dah besar kawan baik-baik ok.

Farhan ni, mainan-mainan dia takdenyer dia nak main. Tapi bila Mia datang rumah, kemain sebok dia main jugak. Pffftt.  Petang tu kitorang dengan family abang aku gi visit anak sedara baru. Hehehe best!
Farhan dgn cousin Mia.
Sumer mender nak makan
Assalamualaikum Nazheef
Comey sangat. Sukerrr..

Thursday, September 19, 2013

Farhan dan 10 bulan dan potong rambut

Pejam celik dah 10 bulan kan. Pada yang tanya Farhan dah sihat belum. Alhamdulillah. Dah sihat dah.  Syukur sangat. Sekarang ni selera sangat makan. Ambik je dr taska akan makan dan nyusu non stop sampai dia tidor.Perghh.

I have to be brief sbb byk kerja. So his progress in point form jek as always.

  • Kuat betul makan sekarang. Dlm kereta 2 keping rice rusk. Sampai rumah, sometimes 1 bijik pisang cavendish. Followed by soup or porridge. Pastu nak susu pulak, 4-5 oz. Pastu bila aku makan nasik, dia nak jugak. Sesambil tu sekeping dua lagi rice rusk.  Pastu susu balik sebelum tido. Hebat dok? Kalo lapor, merempan.
  • Gigi takde lagi. Tapi tak suke makan yang pureed food. Nak yang bertekstur. Tu yang suka nasik biasa tu. Bila sengih nampak gusi jek. Haha
  • Garang ke main. Sergah orang je kerjanya. 
  • Pastu kalau nak marah dia lepuk-lepuknya kita. Sakit wei kena lempang dengan Farhan ni. 
  • Kalau nak amek barang dari tangan dia, memang tak bagi, jerit-jerit marah. Pastu lagi best dia campak jek barang kat kita. Grrrr. Gigit kang, budak Farhan ni
  • Meniti-niti sana sini. Kekadang lepas tangan sikit-sikit. Tapi takdela attempt sangat nak berdiri or jalan sendiri. Agaknya aku pon jarang Tatehkan dia.
  • Suka bukak almari sekarang. Adeh. 
  • Dah pandai panggil mama dan ayah sekarang. Suka noo jerit panggil ayah dari tingkat atas. Hahaha.  
  • Suara adalah garau. Boboy sangat.
 Tu jelah kot. Yang lain-lain cam biasa la kot. Gambar kat bawah adalah gambar sebelum dan selepas potong rambut. Rimas aku tengok rambut dia tutup telinga. Pastu nengok dia dok tergaru-garu kepala. Dahla kuat berpeluh. Ikutkan aku soh bawak barber jek. Tapi Ed kata, malas nak layan dia meraung. So aku potong jek sendiri masa mandi. Lepas tu Ed sambung pulak potong. Tapi dapat trim sebelah jek, sebelah lagi masih cam mushroom. Takpe akan mama trim lagi weekend ni, hehehe.

Oklah tu jek dulu nak log. Dah besar dah Farhan. Tak lama lagi setahun. Cepatnya besar. Sobs. 

Sebelum potong. Panjang kan. Mengerbang kekadang
Ni lepas potong. Ada sideburn. Yang kelakar, cam ada remos plak. hahaha.

Wednesday, September 11, 2013

Pindah rumah dan anak beranak x sihat

Last weekend memeang mencabar sikit. Actually bermula dengan Khamis lepas. Khamis malam tu Farhan dah start muntah-muntah. Tapi takdela teruk sangat. Dalam 2 kali gitu. Tapi memandangkan Farhan ni jarang muntah. Aku cuak jugak. Farhan jarang muntah. Luwek-luwek susu pon jarang. So kalau dia start muntah, maknanya dia nak demam or something else. 

Esok pagi pon macam tu, asal masuk susu je muntah. Terus aku cakap dekat Ed, jom bawak gi paed. Bak kata Mawar, anak kecik bawah setahun, sakit jek bawak gi paed cecepat. Anak mahal tu, Cekna. Hehehe. Baik War. Naseb baik tak ramai orang. Dia dah lembik sikit masa tu. Melepek je. Ada hati nak membuas, tapi nak berdiri pon tak larat. Cian sangat. Masuk jek, aku timbang dulu. Laaa baru 8.5kg jek Farhan ni. Ingatkan dah dekat 10kg. 

Bila cakap kat doc dia muntah-muntah, doc terus tanya. Adek ngutip apa ni dek. So doc nak periksa tekak dia. Payah jugak nak cek anak tekak dia, but dapat gakla. So doc ckp ada nanah kat tekak dia. Tu yang asyik muntah tu. Plus perut dia kembung sangat. Doc anticipate jugak yang esok-esok dia akan start cirit once the nanah tu pecah. So dia bagi segala ubat. 

Alhamdulillah, Farhan ni ubat mudah sangat makan. Dia suka ubat. Especially yang sejuk-sejuk. Tapi petang tu makin teruk dia muntah. Aku serabut juga sebab esok tu aku akan pindah rumah. Serabut sangat kepala aku. Barang tak siap kemas. Permit pindah belum settle. Kotak tak cukup. Arghh. Dan yang utama anak sakit. Malam tu entah berapa kali lagi Farhan muntah.  

Esoknya continue pindah jugak. Tapi x dapat siap one shot. Barang banyak, dan yang lebih utama tak siap packing. Ko bayangla serabutnya pindah tp barang tak siap packing. The last time we moved. Mmmg sumer bender dah dlm kotak dan berlabel dan bersusun. Aku dengan Ed both cuti tapi yelah anak tak sihat nak hantar taska pon tak sanggup.  Dekat rumah baru makin teruk Farhan muntah, dicampur dengan cirit pulak. Ya Allah, sampai lembik dibuatnya. Masuk susu jek muntah. muntah cam air paip. keluar ikut mulut dan hidung sekali. Dia hanya tak muntah kalau susu aku je. Jenuhla pam. Dpt 1 0z. dpt 2 oz. Tu jelah yang body dia accept. Nampak sangat istimewanya susu ibu ni kan. 

Masa pindah tu, neni Farhan ada sini so neni urut kaki dia, urut perut dia. Barulah selesa dia tidur walaupun perut lapar. Dia pon trauma nak susu sangat sebab takut muntah. Tapi every time muntah walaupun tahap kuar makanan katbidung, farhan tak nangis. aku yang nangis. Bila dia nampak aku dah nangis tu dia boleh senyum2 lagi tu.
As if macam nak cakap ,rileksla mama. Farhan ok.


Malam tu tengah sedap-sedap tidur, berdentum bunyi. Ya Allah, jatuh katil pulak. Memang meraung sakan. Sian dia. Dahla sakit, jatuh katil pulak. Selalunya aku sedar, tp agaknya aku pon penat, tak sedar haper dah. I am sorry baby. So sorry. 

Esoknya I took matters in my own hand. Dan pegi kedai tukar susu dia. Carik yang soy based. So we bought Similac. Balik test 1 oz. nampak ok. After half an hour bg 2 oz. OK jugak. So kami bagi susu tu selang-selang dengan susu mama. Memang haru biru sebab hari tu kami masih sambung pindah randah lagi. Mana nak kemas barang, jaga baby, pam susu. Serabut otak aku. Dan hari ni pulak, Ed pon start perut tak sedap. Tahap gigil2 dia. Kesian aku nengoknya. Masa tu both tak sihat, aku jek ok

Monday tu, Farhan dah better a bit. Tak muntah dah so dia dah pergi taska. Yang harunya, aku pulak yang diarrhea sampai gigil, macam ed. Serius sakit sangat tak tahan. Pergi klinik pon kena orang hantarkan. Seb baik masa tu Ed dah sihat sikit, so dia yang uruskan Farhan. Memang harulah. 

Up till hari ni, aku tak ok sangat lagi. Masih tak sedap perut. Farhan pulak dah better a bit, tapi doklah nangis je kat taska tak leh kakak taska tinggal kejap. Yelah dia tak sihat sangat kan. Kesian dia kejap jek dah kurus anak mama. Gambar kat entry bawah tu kan pipi dia dah labuh sikit kan. Cian cangat. Mama doakan Farhan, sihat ye sayang dan takmo nangis-nangis kat taska ok. Mama doakan kakak2 taska diberi ilham dan kesabaran untuk jaga Farhan ye. Jap gi mama balik.

Sampai hari ni, barang tak siap unpack lagi. Still living from boxes and luggages. Pelan-pelanlah. Tak larat. alhamdulillah aku dan ed pon sakit tak serentak so ada sorang yang leh jaga Farhan. ok lah laterr.
Dekat Az-Zahra nak jumpa Paed. Melepek je dia
Neni dia urut kaki dan perut. Lena tidor lepas tu. Tak muntah
Main buai pon taknak.