Monday, December 27, 2010

2 jam sekali?

We are nearing the end of 2010 dah kan, kejap jek. Aku malas nak buat 2010 reflection lagi. Nantilah.

Pagi tadi aku ada interview for scholarship. Aku prepare gak semalam. Tapi tahla. Tak memberangsangkan jek gayanya. Apa-apa pun  dapat tak dapat, aku tetap akan mula my masters ni minggu pertama Januari 2011. Dah register semua dah kan. Mesti ada hikmahnya tu. Kalau dapat scholarship tu, ringanla beban financial kan. Kalau tak dapat, takdelah bond kan. So, either way Allah akan beri yang terbaik untuk aku. Aku dah usaha sehabis baik dah.

Esok hari last aku bekerja untuk tahun 2010. Rabu aku dah start cuti sampai Jumaat. Yeehaaa. Semangat nak gi jalan-jalan dengan Ed. Hehehhe. Destinasi? Dalam negaralah wei. Afamosa lagi? Noooo. Kali ni, Penang! Dah lama gila tak jalan-jalan ke utara. Adala pergi Langkawi tah berapa kali tu kan, tapi tu naik kapal terbang. Tak drive dan lalu jem dan tempat-tempat lain kat North-South Highway tu. So aku semangat nak pegi. Kalau berjaya pujuk Ed, ada can aku ajak naik ke Sintok. Tempat jatuh lagi di kenang, ko. Memang pernah jatuh sungguh, tak caya tanya mamaTinie. Jatuh longkang pastu siap naik van bomba lagi. Jangan tanya aku kenapa van bomba. Muahahhaha. 

Maybe stay 2 malam. Aku adala buat listing tempat untuk makan-makan, kan. Pergi Panang mestilah makan-makan, kan. Aku masuk dalam Halal Penang Food punya facebook rasanya. Pastu mulalah aku buat listing. Pastu aku tunjuk ler list tu kat Ed kan, korang tau apa dia cakap.

Kita nak makan setiap 2 jam ke com?

Cheisss. Errr tak boleh ke? Hahahhah. Sebab dah termalu, aku cakap ler, tu list yang aku belum short list lagi hahahha. Teringat aku dengan mamatinie, dan geng2 beruang gi Penang masa student dulu, naik ferri pastu gi melantak kerang rebus dan sotong kangkung kat padang Kota lama. Haper tah nama tempat tu sekarang. Wujud lagi ke tempat tu Oren? Pastu ko ingat tak yen, kita gi makan kat rumah kawan aku tu yen, sedap kan mihun kuah dia. parents kawan aku tuh, berniaga pasar malam. Sedap yang hamatzzz.  Anyways, memang trip kali ni ialah trip memberuangkan diri. Hahahha. Aku cakap dekat Ed, kena bawak swim suit dan kasut sukan ni, kasi balance sikit. baru leh makan 2 jam sekali kan...muahahhahaha.

Aku ada 7 bijik novel yang aku belum baca lagi. 4 bijik beli kat mph lagi 3 bijik kat Ashford. Aku konon2 cakap dekat Ed, aku nak gi bercuti yang aku leh rilek jek tak yah pikir apa-apa dan baca buku cerita tu tepi laut. Ngeh..ngeh...ngeh..Tapi kalau dah makan 2 jam sekali, tak sempat la nak baca buku kan, kan, kan.. hahahha 

Oraitlah, mintak-mintak cuaca baik. Aku tengok kat website Jabatan Meterologi, petang2 ujan ye kat Penang. Kalau korang ada lokasi makanan sedap-sedap kat Penang yang aku patut cuba, silalah sound aku yek. Maybe aku leh cepatkan sikit, makan setiap sejam.. hahhaha..

15 comments:

  1. wei bestnya gi cuti2 mesia

    have fun!

    ReplyDelete
  2. Delinn,
    tulah excited pulak aku nih haa..

    ReplyDelete
  3. Mawar,

    Thanks dear.. u take care..

    ReplyDelete
  4. padang kota ada lagi..tapi dh byk berubah..

    apa kata try mkn ikan bakar kat telok tempoyak? situ ok gak..

    kalo ko sudi, sms lah aku..nak gak jumpa (kalo ada masa)..in case kalo nak jimat, ko tido jek kat rumah aku (tingkat atas kosong, tapi cuma ada toto jek lah..bantal bleh bagi, tapi masam la skit baunya..hikhikhik..)

    serious nih tau..sms aku 012-6276469..kalo hari sabtu masih di penang, bleh gi mkn kat teluk tempoyak sama2..

    ReplyDelete
  5. Salam Oren,

    Takpelah aku dah book hotel dan dah bayar. Segan ler aku nak nyusahkan orang hahahha. Lagipun Ed tu mananya mau kan. Telok tempoyak ye. Okays nanti aku riki2. Sabtu rasanya dah balik.. Pepahal kalau aku sesat barat or what harap tak keberatan kalau aku sms ek. hahahha. Nak jumpa tu tak janji ek, pasal dengan Ed ni payah nak jumpa orang. Anti sosial gitu hahahha, dah terpalit kat aku sikit perangai nih..tapi mana tau, ada rezki jumpa kan. Ok sis,, thanks aku dah simpan no tepon..

    ReplyDelete
  6. oh!giler pecah perut makan setiap dua jam ;-)apa2 pun enjoy yr trip wiz ed

    ReplyDelete
  7. Hi,

    Nanti2 aku update brp jam sekali makan okeh,now kat hentian juru gi toilet.nak sampai dah yesss.gigih kan

    ReplyDelete
  8. HAve fun dear.. kalau sempat gi padang kota, dekat dgn supermarket Sunrise..ada mcdonalds..kat area situ ada hawkers. NAsi goreng sedap, laksa sedap, satey sedap. Aku nak kirim bleh dak? rindu penang! Aku duduk sana 1988 - 1991. Nasi kandar yg sedap bagi aku yg kat bandar, across supermarket Gamma, Kassim Nasi kandar namanya..

    ReplyDelete
  9. Hi,

    Nanti2 aku update brp jam sekali makan okeh,now kat hentian juru gi toilet.nak sampai dah yesss.gigih kan

    ReplyDelete
  10. seton...

    Mari sini aku tambah list :-

    i) Mee Udang Sg Dua

    ii) Mee Ketam (aku lupa nama tmpt nanti aku bgtau)

    iii) Char Kuay Tiow Bkt Mertajam (org panggil char kue tiaw longkang hahaha)

    iv) Nasi ayam Kulim (periuk besar , nasi ayam dia dua jenis, ayam dia 3 jenis so far the best nasi ayam aku pernah makan)

    - Kes jatuh longkang : pembetulan, arena jatuh longkang naik kereta bomba bukan van bomba OK! yang warna merah ada tangga ada pili bomba tuuuuu......dan abg2/pakcik2 bomba siap siren lagi har har har

    ReplyDelete
  11. Apsal aku dah respond tetiba ilang nih.. Hishhh penat jek taip..Potong stim betul..

    Amy,
    Aku akan jot down list tambahan yang ko suggest ni plak ok. Woo ko dok lama yer.. Aku baru habis round satu pulau, hahahha penat.

    ReplyDelete
  12. Yen,

    Cheisss ko nih, pecah lobang daaa.. Hampess hahahhah.

    Kueteow longkang. Aduss. Bukan kat changlun pon ada koteow belakang kedai tepi longkang gaks. Ada aroma2 longkang sikits. Pasal tu sedap kot.. hahahhah..

    Mee udang and mee ketam tu memang ada dalam list.. hehehhe.. habis ler aku lepas nih..

    ReplyDelete
  13. HAVE FUN


    jangan lupa beli jeruk buah kat bazar chowrasta tu ....
    kat atas bazar tu , ada banyak novel second hand ...

    murah murahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  14. Kak Pb,

    Tak sempat nak beli jeruk tu. BUah pala haper pon tak beli kakaka. Takpelah. nak wat camner kan. Novel second hand? hmmmmm yg ada ni pon tah bila nak baca hehhehe. Bila nak bersalinnya kak?

    ReplyDelete