Assalamualaikum wbh,
Sorilah lama tak update. Komen korang pon aku tak jawab. Sorri ek. Aku takde mood sangat nak update sebenarnya. Tapi tau korang tunggu gak perkembangan aku dan baby kan. Yelah ramai yang sayang kat my baby ni. Cenna and baby sayang korang jugak.
Okay aku citer jelah ye. Aku surgery hari Sabtu 14 Julai pukul 4 petang. Asalnya aku, Ed dan adek nak balik Kuantan weekend ni. Takpelah Allah lebih mengetahui. So doc datang pagi-pagi suruh aku start puasa start pukul 9 pagi, dan soh makan breakfast kenyang-kenyang. Aku ikut jelah. Pukul berapa entah, Ed balik rumah kejap, katanya nak buat laundry dan nak amek barang aku. So aku pesan kat dia, kena sampai hosp sebelum pukul 2 petang.
So at 12 gitu dah ada nurse yang masuk dan prep kan aku. Masukkan jarum, untuk later masukkan drip, check bp aku, dan fetal heartbeat,tukar baju utk ke OT dan err ada lagilah. At 3.30 gitu nurse bawak aku ke OT. Seb baik Ed sempat sampai sempatla aku salam-salam dia. Sejuk giler OT tu, dah la gaun OT ni pendek dari gaun hosp biasa. Entah berapa kali nurse suruh aku check form, nama, procedure, bila last makan, signature. Argghh.
At 4 sharp, Dr.Wong sampai, and later pakar bius pon sampai. Jantung aku laju giler, aku rasa dah cam selaju heartbeat baby dah. Aku transfer ke meja OT tu. And they balut bahagian badan aku dengan selimut tu, macam strap. Kemudian dr bius masukkan ubat melalui jarum td dan pasang oxygen mask. Mask tu tak best langsung. Rasa suffocate sangat. Tapi sempat 3x sedut jek sebab aku terus out lepas tu. Sedar-sedar,tekak aku perit, sebab maybe aku muntah. Dan nurse sedang rush pakaikan panty dan maternity pad kat aku. Aku pasrah jek apa diorang nak buat masa tu sebab aku tengah separa sedar.
They wheeled me off to the ward. Aku belek jam, eh lama jugak dekat 2 jam. Kata 15 minit jek. Masa tu aku tengah sakit sangat, kaki aku lenguh gile, dekat peha tu. Perut pon sakit sangat. Dekat bawah tak terasa sangat sebab lenguh tu lebih dari segalanya. Tak lama mak aku sampai dengan 2 org staff dia, adek aku sampai dengan tunang dia dan anak buah aku. Tapi aku tak sempat nak layan sangat sebab I am so in pain masa tu. They stay for 15 minutes je kot, sebab maybe nampak aku tengah sakit sangat, Ed pon cakap aku baru sangat keluar OT. Elok je diorang keluar, aku muntah lagi sekali. Nurse kata gastrik juice je keluar sebab aku dah tak makan dari pagi kan. And the nurse helped clean it up, and clean me up as well. Aku tanya nurse, nak kencing boleh tak, dia kata boleh. Masa tu baru ler, terasa pedih giler kat bawah tu.
Lepas aku peed, the nurse masuk bilik air sekali, sebab takut aku pitam, sebab lemah sangat, aku tanya dia, banyak giler bleeding ni nurse, normal ke nih? Sebab aku wipe, and wipe, and wipe, and wipe, darah tak henti-henti keluar. Darah merah camtu lah. Ada blood clot sekali. Risau aku. Dia kata, memang normal on first day after surgery. Lepas she helped me dressed, pakai maternity pad sumer, aku baring balik. Eii pesal la diorang bagi pakai maternity pad yang ada loop ni. Dahla takde pelekat. Macam zaman mak-mak kita sangat pad tu tau. Tak selesa aku. Bila gi toilet, asyik nak terjatuh dalam bowl jek. Aku dah le kepala tingtong, tak alert sangat, hishhh.
After that, aku dah terasa perut aku memang tak sedap. Rasa cam period pain yang sakit sangat dan nak terbuang air besar pon ada. Memang crampy sangat rasanya Bila nurse datang aku tanya dia, boleh gi buang air besar tak? Dia cakap jangan, you tengan contraction tu. Tak boleh, tak boleh, esok baru boleh. Gitu ke rasa contraction? Perggghh. Diorang datang check fetal heartbeat every hour masa tu. Heartbeat baby memang tinggi sikit aku tengok. Selalu dia dalam 150-160 gitu. Malam tu, heartbeat dia, between 187-almost 200 bpm. Baby tak selesa yang sayang. Ed cakap suruh tidor, tapi aku tak leh tidor, sakit sangat. Masa ni aku dah mintak pain killer. Bila nurse cakap pain killer tu boleh menyebabkan muntah aku terus tak jadik.
Aku sebenarnya rasa dah nak gastrik masa tu. Tapi takut nak makan sebab aku malas nak muntah. Dalam pukul 10 malam aku mintak air kosong dengan Ed satu dua teguk. Lepas tu aku minum teh hijau tu pulak. Aku tau tak elok sangat minum teh hijau tu pasal angin kan, tapi teh tu ada masam-masam sikit, tak le loya. Kemudian aku makan honey dew dua tiga potong. At 11 gitu baru aku berani makan. Masa ni another nurse datang bagitau the pain killer tadi, ialah combination of ubat tahan muntah, dan pain killer, sepatutnya tak menyebabkan aku muntah. So I took it. Alhamdulillah, dia datang explain sebab, the pain killer really helped with the pain. Masa ni diorang pasang machine CTG kat aku untuk monitor fetal heartbeat dan jugak contraction aku. Aku tengok contraction pain aku masa tu reached 19 percent gak. Org kata masa nak bersalin leh reach 100% ye, maaaaakkkk...
At 12.15 mindnite gitu, Dr.Wong datang visit aku. Giler dedicated kan dia nih. Dia check aku tanya aku bleeding tak? Aku cakap aku bleeding banyak giler. Dia explain aku bleeding banyak giler, sebab masa dia nak buat cerclage tu, he found a polyp. Besar jugak about an inch gitu. So he tied the polyp, buat cerclage and later remove the polyp. Disebabkan aku tengah pregnant he connot remove the polyp 100%, Sebab bahaya dekat sangat dengan uterus dah. Dekat dengan baby. So tangkai polyp tu masih ada, menyebabkan aku akan bleeding for quite some time. NI bukan polyp yang dia nampak masa aku buat treatment tu. Itu dalam rahim. Ni kat luar. Memang masa scan tak nampak sebelum ni. No wonderla lama aku kat OT tu, dan aku bleeding cam nak giler nih. Dan yang tak bestnya, polyp tu boleh grow balik, sebab tangkainya masih ada, dan boleh grow during this pregnancy sebab masa pregnanct nilah polyp suka grow sebab banyak hormon. Adoila..Katanya cerclage tu ok, takde masalah. Nicely done katanya, sabo jelah. After he left, aku berjaya tidur thanks to the pain killer.
|
Ni gambar cerclage yang paling tak mengerikan sekali. Ada yg cam seram sikit. |
Esoknya dan seterusnya memang diorang monitor the amount of blood yang keluar. Siap selak panty aku pon ada. Adoila. Monitor bp dan temp aku serta monitor heartbeat baby. Heartbeat baby esoknya kembali normal, alhamdulillah. Syukur sangat.Dan diorang bagi ubat mudah utk buang air besar, dan hari-hari akan tanya, dah membuang ke tak. Dia tak mo kena meneran sbb tak elok dalam condition aku ni.
Selasa malam aku discaj dari hospital. Aku dpt MC 2 bulan. Bedrest. Nurse pesan, hanya gerak untuk pegi toilet jek. Makan pon atas katil katanya. Adess. Kalau ada rasa contraction, or air ketuban leakage ke kena datang hosp cepat. Lepas makan monitor baby movement, mesti at least 10 times. Pasang cerclage ni ada possibility kena infection, yng boleh menyebabkan all the above, so kena hati-hati dan alert. 80% orang yg buat cerclage have successful delivery, tapi ada jugak yang tak. Aku sekarang kategori high-risk pregnancy due to incompetent cervix so tak boleh amek mudah.
That means, no more work for me, no more driving, no more pegi kenduri or whatever. Jangan berangan nak gi baby expo or whatever. Aku beli online je nanti hahahha. Dr. Wong macam cool jek, cakap boleh buat activity cuma jangan buat heavy lifting gitu. But the nurses semua cakap don't take risk. Yelah aku rest berbulan kat rumah mama hari tu, bawak kereta 5 hari dan gi kerja 3 hari terus bleeding dan kena surgery kan. Kawan aku pon cakap, 4 bulan je cekna, ko tunggu nak pregnant 9 tahun, kan. Lepas habis MC ni amek jek unpaid leave. Tak lama dah, tolak puasa dan raya kejap je. So aku ikut jelah nasihat semua orang. Walaupun aku seronok gi kejer hari tu, tapi I wont risk it for my baby. Lepas ni kejer la balik kan. Aku rasa when the baby arrives, takde nyer aku semangat nak kejer sangat. Ulit baby lagi best kan, hehehe.
Anyways, here I am at home, menaip atas katil ni. Masih lagi di rumah sendiri. Probably akan ke rumah mama, start Ramadhan nanti sebab kesian dekat Ed. At least kat sana, sahur dan berbuka dan settle. Lepas tu, dia leh terus gi Terawikh dengan aman. Takyah pikir sape nak basuh pinggan dan kemas semua. Hmmmm tak tau lagi camner. Of course dia suka lagi dok kat rumah sendiri kan. But kat rumah mama, ada extra help. We'll see howlah.
Sepanjang aku kat sepital, memang hari-hari Ed tidur sepital, memalam datang lepas amek baju dekat rumah. Dan esoknya pagi-pagi buta gerak pergi kerja dari hospital. Bacakan Quran, buat solat hajat semua. Penat aku nampak dia. But he never complains. Adek aku pon rajen gak. hari-hari datang bawak makanan. Dan on the last day tu, dia datang hospital tolong packing barang sebelum Ed sampai malamnya untuk bawak aku balik. Thanks you guys. I love u both.
Oklah, nanti aku buat entry lain lak. Thanks for your du'as. I really need them.