Monday, July 23, 2012

Selamat berpuasa

Assalamualaikum wbh,

                                                                  Credit to www.jomrenang.com
Amacam puasa? OK? Tak ok? Aku alhamdulillah, setakat ni larat berpuasa lagi. Sebelum puasa memang dok bleeding lagi, bila start puasa jek, ada sikit jek on first day, lepas tu dah clear. Baby pon dok aktif jek sepanjang puasa ni, so I take it as a good sign. 

Right before puasa tu, aku memang tengah heartburn dan gastrik sangat. Ni pasal puasa masa operate tu lah. Memang gigih aku makan ubat dan paksa diri makan, sebab aku risau aku gastrik dan tak dapat puasa. Masa first day sahur, aku bangun jek terus makan ubat gastrik, sebab ubat ni nak dapat optimum effect kena makan 30 minutes to 1 hour before food. So at 4.50 am gitu aku makan ubat, 5.15 gitulah aku start makan sahur. Tak cukup pon half an hour, but jadilah. 

First day sahur tu, aku dah nak terjeluwek dah makan makanan beli kat luar sebab, sepanjang aku keluar wad memang makan beli kat luar jelah hari-hari. Memang tak lalu dan tak abis selalunya aku makan. So malam tu sebelum tido, aku gi letak gulai sardin atas dapur. 3 minit je siap korang. Jangan risau. Masa sahur Ed yang bancuh air, letak nasik semua dan basuh pinggan. Emm bed rest ni kekadang buat aku rasa guilty jek. Hmmmm. 

Lepas tu berbuka semua dekat rumah mama. Ya Allah meriahnya makanan. First day makan beli gak, tapi sebab ramai-ramai selera gaks. Second day, mama masak, memang penuh meja. Aku memang kena perambat memanjang bila masuk dapur. Mama n baba masak kari kepala ikan, ikan bawal sweet sour, sayur goreng, daging masak halia, sotong celup tepung, solok lada, ikan goreng 3 jenis.  Pengsan. Tak sempat amek gambo, sebab terus serbu semalam. Aku bancuh gak agar-agar sirap, baba yang kacau dan letak dalam bekas semua, hehehe. Princess sangat kan, dok saje jek. Hishhh.

Aku belum pergi duduk balik rumah mama walaupun mama dan baba dan sibuk ajak gi dok sana. Aku duduk dulu rumah sendiri sampai next checkup kemudian barulah berangkut kami ke rumah mama. I know Ed likes it more when we stay at our own home, tapi bila kat rumah sendiri, bed rest itu adalah susah untuk dibuat. Dan aku pon kekadang tak sampai ati, especially bab makan. Memang sebelum-sebelum ni pon, bila bulan puasa kami almost tak pernah makan luar. Memang aku masak hari-hari sebab Ed tak suka sangat makan beli ni. So bila bulan puasa nak makan beli from berbuka till sahur, aku rasa cam tak best. Mesti aku nak masak gak, like sahur first tu. Aku masak gak gulai sardin, telur dadar dan goreng keropok. Selera sangat aku dan Ed makan masa tu. Simple jek tapi bila makan dengan nasi panas, memang best. 

Aku solat duduk jek sekarang ni. Tu pon lenguh kan main lagi. Masa kat hosp lagilah, solat baring especially masa baru lepas surgery tu kan. Tapi, tetapla solat jemaah gak dengan Ed walaupun solat duduk. Bila bulan puasa, semangat nak jemaah tu memang datang. Tak dpt banyak, at least subuh dan maghrib tu memang jemaah. Kalaulah bulan-bulan lain pon camtu alangkah baiknya. Baby kat dalam perut ni memang suka dengar suara Ed dalam solat atau mengaji, memang menendang-nendang, pusing sana, pusing sini jek dia. Kalau dengar suara orang lelaki mengaji or wirid kat TV pon camtu. Bila aku mengaji dia tenang jek. Hahaha. Bagusla baby. Nanti baby pon pandai ngaji cam ayah dan orang kat Astro Oasis tu, ok.   Lepas tu Ed akan pergi terawikh while aku terawikh kat rumah jek. Lepas bagi salam after 2 rakaat, aku baring jap. Lenguh belakang. Memang lambat la siap terawikh aku. In fact semalam tak buat pon, sebab aku dok sakit belakang dari siang lagi. Bisa betul. tatau nak buat apa dah.

Owh aku sebenarnya nak upload gambar, tapi cam tak kena dengan entries. So nantilah. OKlah korang aku dah lenguh giler nih, nak tuam belikat kejap. Selamat berpuasa korang dan maaflah kalau pernah tersalah kata sepanjang kita kenal ni. Moga korang dan aku juga diberi kekuatan untuk beribadah sepanjang Ramadhan nih. Take care tau, jangan makan bebanyak sangat, hehehe, pesanan untuk aku jugak tu.  

Oh ya, Selamat Berpuasa juga untuk abang aku and sis in law di Nottingham nun. Giler sahur kol 2.30 pagi, berbuka at 9.30 pm, ya'll. Semoga diberi ketabahan. Takpe last dah puasa kat sana ni. Take care, both of you!

16 comments:

  1. selamat berpuasa ceqna ;)
    suka baca bila dgr suami isteri solat jemaah
    sayu je hati aku.

    ReplyDelete
  2. Thanks Irfa. Selamt berpuasa to u too. Cumanya aku ni gigih jemaah dgn ed masa Ramadhan jek,time lain memang boleh bilang dengan jari jek. Padahal tak de halangan nak buat. Bukannya ada baby kecik nangis ke apa sebelum ni kan. Hmmmmm..

    ReplyDelete
  3. aku tgh google resepi karipap ko cenna.. anak aku nak karipap pulak. dah beli dah terap karipap tu.. hihi

    ReplyDelete
  4. Hahha, dah jumpa lom resepi karipap. Under masak-masak punya label kot. Or under resepi. Hehehe, teringat si Ish cakap nak karipap, nak naripap, nak karipap. Eh aku pulak terasa nak makan home made karipap. Demm hahahha.

    ReplyDelete
  5. Sayu hati aku baca entri ni. Slamat posa juge cenna. Insyallah u can do it huhu

    ReplyDelete
  6. Lerr sayu apsal lak ni sis. Hehehe. Tak de yang menyayukan rasanya. Thanks, aku ni kalau puasa memang kena gigih sikit makan ubat. Selamat berpuasa to u too ok. Jangan sesedih pose2 nih..

    ReplyDelete
  7. Hi...
    Amat bersyukur kerana I stumbled upon your blog. I read your journey to ICSI and I had tears flowing. We are beginning our journey next cycle.
    I am so so happy for you. May you always be blessed and may your lovely miracle be born in perfect health!
    Hugs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there,

      Thanks. I hope that my entries bring hope and inspire people to never loose hope and give up. All the best for your journey. Nanti log your experience tau. I'll be dropping by later to read them ok. HUgs.

      Delete
  8. Selamat berpuasa cenna,alhamdulillah bunyi ertambah sihat kan..moga Allah permudahkan ur journey. Hati hati beb jgn lasak sgt di dapur..since semm aku teringin nak buat karipap...kebetulan ader beli sardin..akan ku study resepi mu hahahhaha...wei pizza aku dah buat ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, alhamdulillah aku rasa ok. Hari ni je rasa lesu sikit. Takdela lasak kat dapur, cuma kena gak ke dapur sikit2. owh sila buat karipap tu. Boleh jek gantikan inti karipap yg aku biasa guna tu dengan sardin. Ler dah buat pizza? mana gambarnya?

      Delete
  9. selamat berpuasa CheNa..semoga ko n baby kuat2 ajer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks oren, selamat berpuasa utk ko sekeluarga gaks.

      Delete
  10. Err... selamat berposa. Akak ada cari entry pengalaman arena mengenai baby kick nih... tak ada pun. Tak citer ker ? Hehehe...

    Camna first time baby kick ? Camna bley tau ? Gitu gitu ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak balik dari sepital, baby ni memang terasa kickingnya. Nantila saya cerita ye. Selamat berpuasa kak.

      Delete
  11. semoga cepat sembuh.. n dipermudahkan CheNa

    ReplyDelete