Assalamualaikum wbh,
10 Jan 2013
Hari ni hari first aku masuk kerja balik after almost a year tak kerja. Pagi tadi konon nak masuk awal, tapi Farhan decided nak bangun kerap lak malam semalam, so pagi tadi aku adalah mengantuk dan bangun lambat sket. Lepas subuh, baru aku pegi pack dan label susu Farhan, pack bag susu aku jugak, gosok seluar, pack bag Farhan, dan siap-siapkan baju Farhan nak gi nursery. Lepas Ed mandikan Farhan, siap-siapkan Farhan, susukan dia kejap dan aku pulak mandi. Tak dan aku nak goreng karipap yang aku buat semalam untuk bekal. Takpelah. Then kitorang kuar sesama. Ed hantar Farhan, aku straight to work. That is the arrangement. Aku akan pergi kejer awal( awallah sangat) sikit supaya boleh balik awal untuk amek Farhan. Ed akan hantar dia pagi-pagi. Sekali bapakkk punya jem daa hari ni. Sampai ofis kol 9.10 gitu. Haramzz betul. Dah aku kena balik kol 6 hari ni. Kol baperla sampai rumah. Sobs. Syian cayang mama tu.
Anyways, hari ni belum sibuk sangat lagi. Boss takde. Tapi colleagues dah brief gakle pasal kejer. Macam busy semacam jek tahun ni. Macam2 projek. Aku first day mengepam susu. Tadi terlambat sikit. Puku 11 baru pam. Kena regulate sikit pumping time ni. Tak cukup pulak bekal si Farhan ni karang. Memang kehidupan baru sungguh. Aku dan Ed masih dok trying to adapt lagi. Yelah kan, 9 years of living together, tapi boleh buat jek as we both please. Now ada anak kan. Priorities dah lain.
Oh ya, kelmarin masa aku tengah ngurut, taska called. Aku nampak je nombor telefon taska dah berderau darah aku. Bila aku angkat jek lagi berderau bila dia cakap,
Puan, ni mak Farhan kan.
Ye kenapa?
Sebelum apa-apa saya mintak maaf dulu ye.
Eii tak ke nak terbenti jantung aku, masa tu, dengan gaya dia bercakap tu kan. Rupanya akak taska nak cakap, Farhan kena cakar kat pipi. Aku dah tak keruan masa tu. Nak nangis pon ada. Tapi tengah aku tengah mengurut, tahan jelah. Bila aku sampai kat taska petang tu nampak muka dia calar balar. Akak tu tunjuk spot kat pipi jek, bila aku balik rumah, dahi, dekat mata pon ada. Sedih wooo. Syian anak mama. Tapi aku kena acceptla things happened, dan memang gitula adat kat taska, but aku pesanla kat diorang supaya careful sikit. Mana tak sedih ko, Farhan kecik lagi, baru 4 hari gi taska kan, memang sedihla bila nengok muka calar balar.
Tak jelas sangat kot, scratches tu. Pakai kamera phone jek. Syian kan. |
Ni bukan hari kena calar. But hari bila tah yg dia bad mood |
But budak ni memang cepat baik kan. By malam the calar has faded a bit. Takla semerah masa aku amek tu. Ed tengok pon takdela dia bengang sangat. But esoknya dia pesanla jugak soh tengok baik2 si Farhan tu. The pengetua taska pon ada sms malam tu mintak maaf, dan akan cuba sedaya upaya not to let it happen again. Sejuk sket ati aku.
Ya Allah lindungilah anak kami Ya Allah. Hanya pada Mu tempat kami meminta pertolongan.
Selamat datang ke alam keje + ibu + isteri + anak dan lain lain....
ReplyDeleteDoa ibu adalah yang paling mujarab... jadi, selalu la berdoa untuk anak (dan minta ibu doa juga untuk kita !)... kan ?
Betul kak.
Deletefarhan kena cakar dgn apa/sapa?
ReplyDeleteCian dia...tp tak apa la, anak jantan ada parut sikit baru nampak macho..:P
Kena cakar dengan budak yang besar sikit dari dia. Takpe dah baik dah. Tak de kesan pon, alhamdulillah.
DeleteCiannya Farhan :(
ReplyDeleteHow does it feel going back to work lepas 1 yr?
Farhan kena tough sikitla kan, dok nursery cam tu.
DeleteFeels ok. Belum sibuk so I dont feel the stress yet. Takdelah rasa blur sangat, maybe because I still keep myself updated on happenings at work so takdelah blur sangat. It's just that I don't feel fit enough je.
Alahhh syian Farhannn..hadiah Farhan ada kat office. Bila ler kita nak berjumpa ni..aku hari ni sampai tak kuar lunch, busy nak register budak sbb Khamis Jumaat orientation intake baru.. arghhh.
ReplyDeleteAmy,
DeleteYezza, aku pon baru je balik opis, so much to catchup. Do u have long Friday break? Maybe boleh minum kat mines ker? ajak si fiechik sekali.
Takde babe..samo jek..but dpt balik awal la, 5pm instead of 6pm for monday till Thursday tu. Fichiek kat UPM ekk..so Mines tu kira titik tengah kan.
ReplyDeletenursery biasalah..duk umah org pun sama jugak,nak pulak kalau ada budak besar sikit dr dia dan suka budak2..hehe
ReplyDeletetp baguslah pengetua tu siap mintak maaf lagi
ada org.dah lebam pun jgn harap nak mintak maaf
tahulah bukan sengaja
selagi x smpi umo setahun lebih..risau sgt anak2 kat pengasuh
sbb bila dah boleh brcakap..dia boleh bgtau sakit ke hapa@ sapa buat dia
Betul Irfa,
DeleteNampak no tepon nursery jek, nak luruh dah jantung aku. Seram yo. Takut sangat. Aku doa2 jelah banyak2 yang diorang jaga Farhan baik2. Apa lagi aku boleh buat, kan.