Assalamualaikum wbh.
Hati ni selalu rasa nak update blog. Tapi busynyalah. Once dah balik rumah memang babaila laptop. Walaupun tak banyak dah member-member update blog. Aku tetap nak update walaupun takde sapa bace, ahahaha. Senang aku nak tengok dan baca balik. Dekat FB, banyak share info orang jek. Dan buat some update, tu pon tak rajin sangat.
Anyways aku nak cerita trip ke Johor last weekend. Nilah paling jauh Farhan pernah travel. Sebelum ni paling jauh, Kuantan. Mencabar oihh.. Aku buat in point form jelah. Cepat sikit. Aku pon rushing ni.
- Kami bertolak pukul 10 ke Kluang dengan 3 kereta. Nak attend wedding sebenonyer. Konvoi. Sebenarnya masa nak bertolak ni pon Farhan dah bad mood sikit, sebab dia dah siap pagi-pagi lagi tapi kami lambat gerak. Biasalah kalau konvoi camnilah.
- Tau jelah kalau cuti sekolah, ya Allah hiway plus tu jem cam harom jek. Grrr. Mulalah Farhan nak start dondang sayang. Tapi dia tido jugak lepas tu. Alhamdulillah.
- Dek kerana kami lead the way, we had to stop when geng konvoi nak stop for toilet break. Budak kecik ni ko taula kan. Bila kereta benti jek terus jaga. Adeii.
- Sampai di kenduri. Walaupun lambat dan pukul 2 masa tu, ramai sangat orang lagi. We had to wait quite a bit before seated and makan. Ok aku tak komplen bab ni tau. Aku faham, cuma mencabar sikit bila bawak budak yang tak berapa friendly bila kena berlama-lama di kenduri. Ye adala aksi dia terlentang dekat tengah-tengah kenduri tu. Protes nak apa tah, adoila.
- Dekat pukul 4 gitu kami gerak balik. Before gerak, aku tukar pampers budak 'comel' tu dan gerak. Dia dah cranky, badan pon macam panas sikit. Tak mo duduk car seat. Dok belakang dengan aku sambil membuas, dan main tingkap sampai tersepit jari. Ya Allah. Sabo jelah.
- Kami ke Taman Merdeka, lepak-lepak dengan a friend of mama. Aunty Anne. Best. Nyaman. Berangin. Little EarthkuTeaRoom. Minum teh. Farhan pon let loose sikit kat sini. So he's quite ok.
- About 7 gitu kami gerak ke hotel. Aku book KSL apartment. 2 bilik harga RM280. Murah jugak walaupun cuti sekolah.
- Park dekat shopping mall, nak pegi check in rupanya salah block. We had to bring all our belongings across the mall dan check in ke apartment. Jauh jugak. Anak buah aku cakap, "Embarrasingnya berangkut beg-beg ni sumer thru mall ni. Nasib baik tak bawak tilam dan bantal busuk,"
- Check in, pastu tetiba receptionist cakap bilik tak ready lagi! Dah pukul 8 malam bilik tak ready lagi!! Masa ni I can hear Farhan meraung-raung kat background. Aku toleh dia tengah guling-guling kat lantai lobby tu. Adei. Memang aku sound gak reception tu " How come the room is not ready? I bukan datang check in pukul 3 i datang pukul 8 ni. This is so unacceptable. Can you hear budak yang meraung-raung tu? That's my son. Kalau you tak nak dia meraung-raung ganggu guest you yang lain, get me a room now. Call whoever. Call now," Aku cakap. Takdelah aku jerit tapi aku cakap tone tegas gakla. Geram tau. Memang jenuh dia call takde saper angkat. 45 minutes later baru siap bilik. Muka memasing kelat dah. Dahler bapak aku ada sekali masa tu. Adoilaa.. Alhamdulillah bilik ok, baru, cantik, luas. Kalau tak memang amukan lagi sekali. Farhan pulak naik je bilik, bila takde strangers terus ok jek. Sengih-sengih main-main. Ya Allah sabor jelah anak aku ni. Kelam kabut jadiknya sumer orang.
- Esoknya another disaster. Sumer orang check out the same time. Apartment tu ada 40 tingkat. Lif ada 4 jek. 45 minit tunggu x dapat lif lagi. Baba aku yang ada heart condition tu turun tangga dengan cucu-cucu dari tingkat 17!! Mama berjaya dapat naik lif. Aku berjaya gak dpt sambil dukung farhan meraung-raung dlm lif tu. Ed had to go down the stairs, angkat stroller ok!! Such a bad experience. Seriously. Memang aku tak recommend korang stay situ.
- After that, we went again to Taman Merdeka. Had brunch and kasi Farhan jalan-jalan. Lepas tu cebok dia, mandikan sikit dan kali ni aku ckp kat mama, kami gerak dulu. Tak konvoi.
- Alhamdulillah, Farhan slept majority of the time masa balik tu, jem gila dekat Senawang. but Ed masuk lekas dan potong ke Bangi lama masa tu. Jem jugak sebab traffic light punyalah banyak.
- Sekian. Penat oi. Kesimpulannya buat masa ni kalau travel dengan farhan :
Ni sebelum tersepit jari. Kalau tak men'comel' memang comel kan. |
@ Taman Merdeka, JB |
KSL Apartment. Spacious dan cantik. |
- Tak boleh konvoi. Mesti boleh gerak dulu before Farhan start men'comel'
- Tak boleh travel more than 3 hours
- Kena gerak pagi-pagi, masa mood dia baik.
Note : Abaikan numbering tu malas nak betulkan
Takpe mok adek still bace your blog hehe.. Keep on writing.. Nnt Nazheef dah besor die boleh bace hehe
ReplyDeleteBuat la blog untuk Nazheef, nanti dia boleh baca. Kakok maintain ni pon sebab seronok baca balik. Yey jumpa Nazheef sabtu ni. Kakok dah order some kuih. Chicken chop boleh difikirkan untuk buat.. buttttttt muat ke perut nanti nak makan.. ngeh..ngeh..ngeh..
DeleteSalam cik na...hehe yani still follow your blog...mcm tu la kami kalau nak travel jauh bdk2 baya dia org ni memang mcm tu kesabaran amat la perlu..
ReplyDeleteSalam Yani,
DeleteMencabar kan.. ada anak kecik ni teach us untuk jadik penyabar. Tak sangka boleh sabar cam tu kan... hihi
Salam cekna,
ReplyDeleteada bc ni...dont stop update k
tips apa yea nak share...
hm...ms nk kuar tu jng nak make up sgt bb aa..cam nak pki jeans n belt apa kemende lg...susah nnt nk tkr pampers seme..hehe..rasa nk ensem kan bb kan klu kuar..nnt later, dh nk smpi ke...gitu aa..
toys n bantal bucuk dia jng tnggal aa..
itu je yg blh fikir..hehe
take care yea..kiss2 tuk farhan
eyyza@hotmail
Salam Eyyza,
DeleteThanks for the tips. Farhan memang tak stylo sangat bila kuar. Dia tak tahan panas, hence overall ke jeans ke tak sesuai sangat untuk dia pakai.
Toys bawak kadang-kadang tapi dia mudah jemu. Budak memang mudah boring kan.
Hmmm... sib baik la anak akak ni rasanya sopan jer... hahaha... bagus betul.
ReplyDeleteSebenornya dah tak ingat pun perangai diorang dulu macam mana... tapi rasanya baik skit kot dari farhan... berebut nak dok depan dengan mama... biarpun mama perut buncit, nak jugak dok reramai... sudahnya mama dok belakang... dan mesti kena sediakan segala jenis makanan + susu dalam perjalanan yang tak tentu boleh sejam atau 10 jam... huhuhu...
Anak anak nak jadikan keter tu tempat mainan mereka... so... cipta la !
ahahha dah besar2 terus lupa masa diorang men'comel masa kecik2 ye. Patutla mak2 ni tak serik beranak lagi hehehe. Ok bab nak jadikan keter tempat mainan tu x pernah terpikir sangat. OK, nanti saya pikirkan camner2.
DeleteKak pB , anak lima orang.
ReplyDeleteKalau travel , memang penuh seat.
Adam , dari mula hingga sampai memang akan duduk atas riba kak pB.
Kalau 5 jam , 5 jam lar ...
lenguh?
Baik memandu lar , dari pangku anak lelaki umur 3 tahun lebih ni.
Kalau tidur , dia buat macam tidur atas katil jer ...
Bertuah ye adam ni, Manja mak dia ye.
DeleteFarhan boleh je dok atas car seat tapi max 3 jam jek. After that, dia restless dah. Nak dok dekat mama. Nak kuar kereta. Gitulah..