Memalam cam ni baru la leh update. Siang cam org gila ke sana ke sini nak siapkan koleksi raya. Some siap, some cantik, some saiz salah-salah and some ..well.. hoi apsal taylor ko jahit camni?! Huhuhu..
Anyways ini ialah tahun pertama kami buat baju raya. Tahun sudah hanya tudung raya je sebab tahun lepas jual tudung je.. Of course berbeza. Tudung setakat 500 to 1000 pieces tu sekejap je taylor buat. Kain pon banyak mana sangat pakai kan. Masuk game clothing line, menangis bayar kain dan upah jahit. Dan menangis tunggu baju tak siap-siap. Errr actually tak nangis pon. Buat muka toya, pastu buatla apa yg boleh.
Team dah bertambah sorang lagi. So marketing material utk web dan kedai dah ada org prepare. Yelah kang sebok siapkan stok je, marketing tak buat, lempang je diri ko tu cekna. Baju lawa ada 1000 helai stok pon tapi kalau takde sape tau, watpe kan. Hummpfftt..
As always takde sape pressure aku. Aku je pressure diri aku sendiri muahahaha. Ye dowh, dah benti kejer sebab nak buat biz full time kan, buatla betul-betul.
Sebenarnya aku serabut kepala nak launch koleksi raya #mhlebaran2016 ahad ni. Tapi banyak tak siap lagi. Rasa cam dah habis daya dah usaha ni. Ya Allah permudahkanlah. The show must go on. Ada sikit lagi masa nak pulun.
Kalau korang ada sekitar Bangi Ahad ni jemputla datang Butik Ms.Husna di Bangun Sentral. Kami nak launch koleksi raya #mhlebaran2016 ada makan-makan dan free gift utk customer. Ada apa lagi? Ada akula kat situ bukakan pintu sambut korang dengan senyuman muahhaha. Ok aku tinggalkan korang dengan jemputan dan voucher RM10 utk korang guna nanti dan some collection yang available di butik nanti. Selebihnya korang tgk kat IG ms.husna_hijab dan FB mshusnahijab lah ye...
Selain dari tu aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada korang semua ye. Jaga diri dan semoga kita dapat beribadah dengan baik pada tahun ni.