Showing posts with label mshusna. Show all posts
Showing posts with label mshusna. Show all posts

Saturday, September 17, 2016

Jom register www.mshusna.com

Assalamualaikum wbh.

Seseminggu dua ni memang dok mengadap website je. Based on our last comp meeting kami kena refocus and realign our branding, produk dan marketing. Test tu test ni. Adei akak yg dah tua ni nak install add ons itu ini dkt website mmg makan masa sikit. Alhamdulillah ada staff yg knowledgeble, resourceful dan  bersemangat maka hari-hari ada progres. Tu yg penting.

Now dah nak masuk fasa lain. Tak boleh rely on fb dan insta je. Nak kena utilize betul-betul website tu. Memang dah total revamp dah. Tambah payment gateway. Tukar look and feel. Tu pon tak 100% lagi. Tapi takkan nak tunggu perfect kan. Jalan dulu. Database pon tgh collect dr semua customer yg kami pernah pos order, dr registered members, dr zalora dan dari lazada. Nak extract tu pon berminggu-minggu tak settle sbb format berlainan. But like I said hari-hari ada progress so I am happy.

Walaupun aku ada baaanyak lagi masalah lain dalam my bisnes ni lets just focus on yg best-best je for now. Yg pahit dan perit, yg buat aku termenung panjang, yg buat aku berjurai air mata, biarlah simpan sendiri je.

Ok friends kalau nak beli baju or tudung boleh beli di www.mshusna.com  Koleksi baru office and casual wear are  coming your way this October. Why not register as member dulu dan simpan sesiap voucher diskaun  tu supaya boleh guna bila koleksi baru sampai hehe. Oh ya dan most item are in SALE now bersempena dengan website baru.  Ni linknya tau www.mshusna.com

Friday, June 3, 2016

Koleksi Raya #mhlebaran2016 dan Selamat Berpuasa

Memalam cam ni baru la leh update. Siang cam org gila ke sana ke sini nak siapkan koleksi raya. Some siap, some cantik, some saiz salah-salah and some ..well.. hoi apsal taylor ko jahit camni?! Huhuhu..

Anyways ini ialah tahun pertama kami buat baju raya. Tahun sudah hanya tudung raya je sebab tahun lepas jual tudung je.. Of course berbeza. Tudung setakat 500 to 1000 pieces tu sekejap je taylor buat. Kain pon banyak mana sangat pakai kan. Masuk game clothing line, menangis bayar kain dan upah jahit. Dan menangis tunggu baju tak siap-siap. Errr actually tak nangis pon. Buat muka toya, pastu buatla apa yg boleh.

Team dah bertambah sorang lagi. So marketing material utk web dan kedai dah ada org prepare. Yelah kang sebok siapkan stok je, marketing tak buat, lempang je diri ko tu cekna. Baju lawa ada 1000 helai stok pon  tapi kalau takde sape tau, watpe kan. Hummpfftt..

As always takde sape pressure aku. Aku je pressure diri aku sendiri muahahaha. Ye dowh,  dah benti kejer sebab nak buat biz full time kan, buatla betul-betul.

Sebenarnya aku serabut kepala nak launch koleksi raya  #mhlebaran2016 ahad ni. Tapi banyak tak siap lagi. Rasa cam dah habis daya dah usaha ni. Ya Allah permudahkanlah. The show must go on. Ada sikit lagi masa nak pulun.

Kalau korang ada sekitar Bangi Ahad ni jemputla datang Butik Ms.Husna di Bangun Sentral. Kami nak launch koleksi raya #mhlebaran2016 ada makan-makan dan free gift utk customer. Ada apa lagi? Ada akula kat situ bukakan pintu sambut korang dengan senyuman muahhaha. Ok aku tinggalkan korang dengan jemputan dan voucher RM10 utk korang guna nanti dan some collection yang available di butik nanti. Selebihnya korang tgk kat IG ms.husna_hijab dan FB mshusnahijab lah ye...

Selain dari tu aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada korang semua ye. Jaga diri dan semoga kita dapat beribadah dengan baik pada tahun ni.

Friday, May 20, 2016

Fullamak, tokey masyukla, bolehla belaja.

Assalamualaikum wbh. Siapa yang cakap bisnes ni ada lebih banyak masa untuk keluarga, pastu masyuklah apalah meh aku cepuk-cepuk sikit muka tu hahaha. Lagi-lagi yang baru transition dari full time makan gaji ke full time berbisnes.
Don't know about orang lain la, this is what I have went through for the past 5 months. 

I hardly have any day off
I hardly attend any family or friend's gathering or weddings
I have not taken any overnight vacation
I haven't gone to any lepak session with friends
I have no time to bake
I have no time to blog
I dont spend a bomb on food anymore (sayang duit)
Hardly have any pocket money to buy makeup πŸ˜€
Some days Farhan is the last to be fetched at nursery
No ' takde mood nak buat pa per" day for me

I slept 3 to 4 hours only daily
I watch every single cent I spent
I am more grateful to any rezki and kemudahan that Allah gave me
I leave everything to Allah and prays harder for His guidance
I am humbled and more understanding of other people's kesusahan
I worked harder than I have ever worked in my entire life

Business is not a walk in the park and it ain't for the faint hearted. Tapi aku ada hari yang lebih flexible. Butik tutup on Mondays jadi Farhan get to stay with me at home. So he basically goes only 4 days to nursery. Takde saper nak pressure aku except aku la pressure diri sendiri by putting KPIs and targets hahaha. I have also not taken any salary for the past 5 months and I have survived thus far, alhamdulillah. I wonder how, though. Allah cukupkan. Yakinlah pada Allah. Anyways, InsyaAllah target ku bulan ke 7 the business will start paying me salary. Biiznillah. 

So kalau jumpa kawan-kawan yang baru mula berniaga, korang belanjalah diorg dulu, pastu kalau kawan ko tu pompuan, cer belanja dia beli makeup, hahahha. Sian tau tah-tah bedak or lipstick dia dah habis tu. Hihi.
Oklah buat penat je korang baca haha. 

If anyone asked if I were given a choice, would I quit my job and choose business again? Absofreakinglutely. I'd do it in a heartbeat. Despite all my long-winded rant, I am really, really and truly happy 😊

Ya Allah semoga kau permudahkanlah urusan kami. Hanya redha Mu yg kami cari.

Saturday, December 12, 2015

Goodbye old life. Welcome New life!

Assalamualaikum wbh, 

Lama sangat tak buat proper update di blog ni. Busy sangat. Mungkin ada yang dah tahu that I have opened Butik Ms.Husna di Bangi Sentral. Butik launched pada 28 November lepas. Baru je 2 minggu. Tapi rasa macam dah lama, sebab sebelum tu hari-hari datang butik tengok renovation dan sebagainya. Memang penat sebelum launched butik tu. Masih bekerja full time. Malam-malam datang butik tengok progress. 

13th November, I said goodbye to my fulltime job. Almost 10 years di situ, banyak yang aku belajar. But aku kena fokus. Susah aku nak buat 2 things at a time. I neither excel at both. Because terkejar-kejar. Dan aku rasa tak best sebab cam waktu opis kau kena jawab wassap dan sebagainya. No matter how I justify it, aku rasa tak seronok, bila kena guna waktu kerja untuk buat bisnes, even jawab wassap je. 

Bukan mudah nak ambik keputusan tu. Lama aku pikir-pikirkan. nak keluar dari comfort zone at this age. Ala-ala macam start over kan. Fuhhh risau tau. I asked Ed, dia izinkan tak aku resign. Lama jugak dia senyap. Memikir. Kemudian dia cakap, Go for it. Fuhh memang aku tak pandang belakang dah lepas tu. Jalan terusssss... 

Masa malam sebelulm launching, aku dekat kedai sampai almost 2 pm. Macam-macam perkara yang sedih berlaku. 6 slot yang allocate for vendor, tak dipenuhi sebab diorang pull out last minute Ya Allah, sedihnya. Dah la kosong je nampak butik. Ada 6 railings kosong. So I told Team Ms.Husna untuk keluarkan all our stock dan sangkut whatever we have utk penuhkan tempat kosong. Items for free gift pon, pukul 10 malam baru sampai. Beratus-ratus shawl,  pukul berapa nak siap packing ni.  But despite all that. Grand Opening Ms.Husna berlangsung dengan meriah walaupun simple dan sederhana je. Terima kasih kawan-kawan yang datang support. Ya Allah I am so touched by your presence Tq sangat-sangat. Allah je mampu balas.

Meniaga awal-awal ni memang struggle. Memang tak mudah. Kena doa lebih, kena minta dariNya. Rezeki semua ni kan dari Allah. Ilmu pon kena banyak juga. Zaman sekarang tak boleh harap orang walkin ke kedai je. Kena banyak ilmu untuk tarik orang ke kedai. Kena banyak ilmu supaya orang purchase online. Online memang kena maintain in fact kena gempur lebih lagi. Now that I have more time maybe boleh focus dan pasang strategy marketing yang lebih baik. 

Sekarang tengah selesaikan masalah staffing. InsyaAllah kalau settle ni. Boleh focus utk buat strategy ni. Take one step back, and buat balik business plan, dan marketing strategy.  

My decision to become a full time entrepreneur memang ada kesan not just to me but also to my small family. Now weekends I kerja dan masuk butik. So memang tak leh leisurely lepak-lepak with Ed and Farhan at home. Nak pergi kenduri pon kena lari-lari kejap dan hanya pergi yang dekat-dekat je. Yang jauh-jauh memang kena mintak maaf tak dapat datang. Dahla bulan 12 ni banyak kenduri kan. Memang kena berkorban sikit. Yang bagusnya aku flexi sikit. Pagi-pagi some days  Farhan bangun lambat sikit, gurau-gurau dulu before aku hantar ke taska. Dia balik pon tak lambat sangat.  Weekends, Sabtu dia lepak dengan Ed at home. Ahad dia ikut ke butik. Sometimes Ed pon lepak sini sama. 

Nanti aku cerita lagi pasal my life after becoming a full time entrepreneur. Thank you for reading. 






Friday, November 6, 2015

Priceless gifts on my Birthday

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt. Alhamdulillah I am 38 now. Syukur atas kesihatan dan segala nikmat yang Allah bagi pada hambaNya ni.  Entry ni aku banyak copy dari FB. Saja aku paste semula senang aku nak baca balik. Thanks a lot for the wishes ya. Mungkin ada yang tak sempat aku nak personally reply. Thank you sangat for your thoughts. Anyways walaupun takde celebration va va voom. Tapi i had such a great birthday. 

Bermula dengan the day before when my husband surprised me with flowers and having Farhan nyanyi Hepi beday mama.Knowing my husband and how he loaths giving flowers as present but still give it anyway because he knows I love it, is a true act of love and kindness. Tq bi. Sukeeee sangat. 

Epi bedey mama..epi bedey mama
Followed by warm wishes and dua by my family and friends selepas tu. Di office pulak dapat surprise birthday cake. Allah I am so touched.

TQ my beloved colleague
The highlight of the day was when i received pictures from my staff that signboard Ms.Husna dah naik di butik!!! Allahu what a perfect gift kan. Rasa nak jerit pon ada nak nangis pon ada but had to contain myself with a big silly grin on my face jelah sebab dekat office masa tu. Ya Allah, what a proud moment for me.
Nangis. Sengih. Nangis. Sengih..
Hihihi

Terima kasih Allah for all this wonderful gift. Takkan bergerk sezarahpun kalau bukan dengan izinMu. Semoga hambaMu ini makin dekat dan bukan makin jauh dariMu setelah mendapat pelbagai kurniaan-kurniaan ini.

Lately ni almost every other night aku pegi tgk progress butik. Maklumlah bila mostly buat sendiri macam tulah. Barang semua carik sendiri lepas tu pass kat tukang utk buat. Tempah besi railings, cermin, para, kayu, bracket, wallpaper dan tah apa-apa lagi semua sendiri. Fitam. Itupun aku banyak dibantu mama yg excited benor dengan butik ni. 

Walau tak perfect disebabkan budget yg limited. But I am very happy with the progress and outcome. Pelan-pelan kayuh jelah cekna. Start end of the week dah boleh loading stocks dah. Ya Allah hambaMu mohon agar semuanya dipermudahkan. 

I got a week plus lagi di current office. Can't wait to focus and going all out for the biz. At this age, going out of my comfort zone, leaving my senior post at office, memang mixed feelings. Doakan ye. Aku nervous sebenarnya but insyaAllah all will be well.(keep telling myself that)...
Renovation dah siap. Sekarang tengah loading barang

Friday, April 24, 2015

Ms.Husna Hijab is Offically in Zalora



Alhamdulillah, bersyukur atas ilham dan dorongan hati dari Allah, kini Ms.Husna Hijab dah bersiaran di Zalora. Anda boleh layari http://marketplace.zalora.com.my/ms-husna-hijab/ untuk melihat koleksi kami. Zalora ni ada sediakan opsyen COD tau, so tak perlu bank in duit dulu, dapat barang baru bayar. Haaa best tak? Best tak?

Kami baru jek bersiaran di Zalora tak sampai seminggu, sambutan sangat-sangat menggalakkan. Hari-hari ada je order masuk. Bangun tido pon tetiba ada dapat notification ada orders masuk. Sampai kecut-kecut perut sebab risau stok tak cukup.  Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 




Gambar kat atas ni ialah list of boutiques. Nanti akan nampak Ms.Husna Hijab amongst the boutique. Eiiii sukerrr!! Ni link utk tengok senarai butik. Banyak butik dekat situ dan Ms.Husna Hijab pon baru jek tak sampai seminggu di situ. So tak nampakla di mukasurat pertama. Unless kalau you all sort by Latest Arrival.  Boleh ke link ni http://marketplace.zalora.com.my/boutiques/ untuk tengok senarai butik di Zalora ye.

You all masih boleh layari FB page mshusna hijab dan IG ms.husna_hijab untuk tengok koleksi Ms.Husna Hijab. Kalau nampak yang berkenan dan nak buat order direct boleh SMS atau whatsapp ke 013-3650048 ok. Nombor ni strictly for business ye. Kadang-kadang aku sendiri jaga kadang-kadang staff lain. Kalau nak tanya pasal mender lain bole email aku di cekna70s@gmail.com

Pada semua #mhlovelies yang banyak memberi support dari segi pembelian dan sokongan moral. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu ku kenang. Jua Vendimia Studio dan model tak rasmi kami Ikeen yang telah bantu push Ms.Husna Hijab to a new level.  Doakan Ms.Husna Hijab terus maju ye. Mana tau leh jemput korang kenduri doa selamat kat pelancaran butik baru nanti, weehoo.. berangan jangan tak berangan. Berangan kan free.. Hehehe. Take care you all. Sayang korang ketat-ketat.

Monday, February 16, 2015

Photoshoot yang tak jadi

Hari ni nak shoot gambar tudung design  baru. So terpaksalah hantar farhan gi taska sekejap. Pepagi buta dah gosok jubah dan tudung utk photoshoot kejap lagi. 

Semalam penat sangat tudung yg baru sampai pon belum QA satu-satu lagi. Td br gosok 1 design. Nampak ok. Berdebar nak bukak plastik untuk 2 design lagi. Selalu QA kat kilang. Anyways, tengah tunggu ayah Farhan belikan breakfast. Lepas makan br leh kejer keras hehe. Actually menunggu natural light yg sesuai hehe. 

Oh at the same time hari ni weekend maid datang. Yehooo.  Cekap dan cergas nampaknya diorang. So aku kena siap lipat 4 bakul kain ni sementara diorg naik atas untuk kemas atas pulak. Hehehe.

Payoh2. Banyak sangat nak kemas end up tak sempat nak shoot. Grrrr. Sebab by the time the maids siap kemas aku pon dah penat. Amek kesempatan untuk buang-buang barang sikit. Fuhh lega sikit aku tengok rumah aku. Furthermore lighting pon tak cun sangat hari ni. Ada yang aku angkut semer tudung ni pegi studio karang. 

Anyways aku dah beli tupper cabinet untuk organizekan stok tudung-tudung aku ni. Rimas tau tak, semak walaupun dah letak dalam tong toyogo tu. Aku beli tupper cabinet yang 16 pintu tu. Nanti dah label bagai, senang sikit nak carik barang kan.  Dan idokla aku sakit belakang bila nak sort orders, dok angkat letak tong toyogo tu. Ok nanti dah siap kemas aku tayang ok. Errrr tah bila lah tu kennnn.. Tupper cabinet yang aku beli tu camni. Later peeps.

Wednesday, December 10, 2014

Bukak booth

Assalamualaikum wbh, 

Pukul 1 suku pagi now. Td aku tukarkan diapers si Farhan. Dia ni lately memang kerap bocor pampers. Tau2 aku dah tido atas air kencing dia. Kekadang ngantuk sangat aku amek kain batik alas. Aku sambung tido. Esok jelah aku uruskan. Hahaha. Mana tak bocor, susu 9 oz dia habiskan in 2 minutes pastu dia ckp nak agii.. hehe.

Last week aku bukak booth Ms.Husna Hijab kat Putrajaya. Ya Allah lupa langsung nak war-warkan kat blog. Walaupun xdelah ramai reader tp announce jelah kan. If not merasa la kita jumpa ye tak. Kahkahkah..ko ingat ko retis cekna? 

Ni kali kedua bukak booth. And i think i am getting better at it. Kurang segan nak approach dan attend customer. Dok demo tudung jek kejernya. Unconciously aku picks up and practice what i observe at some big Hijab outlets. Org tgk or usik jek terus attend. Bila tanya jek terus bukak dari hanger dan offer them to try or demo to them. Walaupun i havent mastered the art yet. Tapi kalau customer service bagus, more than 70% of enquiry that day turned into sales. Alhamdulillah thank you Allah for the rezeki, peluand dan ilmu yg aku dpt masa bukak booth ni. Seronok pulak. Sales was OK syukur sangat. Idokla meletul-letup. But OK. Following the bazaar the online sales was ok too. So alhamdulillah.

Kalau org yg kenal aku tau sangat aku ni bukannya friendly sangat. It's a big effort for me nak menjual. Nak promote. 1st time dulu segan gila. This time around kena proactive. This is my business. Duit sewa tapak tak lepas lagi ni, duit nak bayar kat crew, modal lagi. So kena sungguh2. Semangat kena tinggi. But I enjoyed it. Totally pengalaman berbeza dr apa yg aku experience kat tempat kerja aku sekarang. Penat. But something different. Best.
Farhan dan Ed along with my MIL dtg visit us at the booth jugak. Kejap jek they came. Berlari si Farhan sana sini. Berpeluh ketiak aku mengejornya. Pastu si Farhan  cukai aku beg lion satu. 

Oh ya sekarang Farhan dah pandai count 1 to 10. Dan kenal nombor2 sekali.  One. .Two..Twi..Four...Fai..Six..LION..Eight..Nine..Ten... ahahhaha.. gasakla dek. Dekat dah bunyinya tu. 

Oklah ngantuk sangat dah aku. Asyik silap taip jek. Later u ollls.
I leave you with my sayang's pic.