Tuesday, June 29, 2021

8 weeks pregnant and 2nd antenatal checkup

 Asslamualaikum wbh, 

Last week ada antenatal checkup. As always aku berdebar nak giler kalau checkup. Aku rasa trauma loosing the previous pregnancy at 9 weeks masih menghantui kot. Waited for Ed to fetch me. Dia kerja. So lepas lunch off we went to Bangsar South.  Sekarang tunggu sekejap je. Less than 30 minutes mesti dah dpt jumpa Dr.Wong.

Kali ni yg scan aku was Caroline. Caroline ni sonographer dr Sunway Medical Center. Kenal dia masa buat treatment Farhan dulu. So she scanned, and showed me.  

Ok dah nampak shape kepala. Air ketuban dah nampak. Saiz ok. 7 weeks 2 days. Masa tu aku 7 weeks 3 days. Ok lets try to listen it hearbeat. 

Dup..dup..dup laju kemahen heartbeat baby. Allahu excitednya. Alhamdulillah. 155 heartbeat. Kata doc Wong, baby is progressing well. Masa dengar heartbeat baby tu I have the biggest grin on my face. 

So after that we discuss pasal next step. so aku kena maintain makan ubat, guna ubat insert cyclogest tu twice a day and hiprogin injections, every 4 days. Kata doctor kalau orang lain dia dah stopkan ubat. sebab kes aku special sikit maka dia akan maintain all those meds dan hormones until at least 10 weeks. InsyaAllah aku ok je nak maintain makan ubat, masukkan hormon dan jab hormon, asalkan baby sihat dan selamat. Dr. Wong juga discuss utk pasang cerclage(ikat pangkal rahim) pada week 15 nanti. It's Ok. Whatever it takes baby. 

Ed sampai amek gambar aku dkt hospital tu sebab aku dok sengih sorang2 happy.  Then send the pic to group family. 

So now alhamdulillah Aku dah 8 weeks pregnant, alhamdulillah. Aku mula la tatahan certain smell. Ada hari-hari tu aku dok dlm rumah armed with fabreze. Bau busuk sikit aku spray fabreze. BIla tak jumpa fabreze tu aku spray perfume aku jap Tommy Girl jap DKNY. bahahha.  Lantokla janji tak busuk. Aku pulak takde morning sickness. tapi aku ada evening and night sickness. Lepas asar karang mulalah aku meloya. tu yg aku selalu tido time tu. Ed kalau balik kejer je mesti aku tgh tido. Haih nasib baiklah aku WFH, and normally my meetings, discussion dgn team belah pagi, or lepas zohor. By 4.30 selalunya dah settle. so bolehla aku layan meloya tu. So aku tak yah la amek cuti or mc sangat masa ni. but masa lepas embryo transfer hr tu aku memang cuti 2 minggu. Nak fokus malas nak stress. 

Aku dah carik2 maternity and baby punya website. Saje je nak senyum-senyum, happy2. idokla nak beli apa-apa lagi. Tengok botol susu pon senyum hahahaha. terima kasih Allah. Ya Allah lindungilah kandunganku, berilah kesihatan yg baik pada baby and mama, dan permudahkanlah urusan pregnancy dan delivery nanti ya Allah. Hanya padaMu kami bermohon. Mohon doa kawan-kawan juga ye. tqvm. 

1 comment:

  1. Hehehe...

    Rupanya update kat sini. Dulu masa mengandung, punya trauma first pregnant tu ectopic, jadi, setiap kali mengandung, akan check dua tiga doktor utk pastikan kandungan ada kat tempatnya. Sabor jer la...

    Baby girl arena pun dah keluar, semoga memeriahkan suasana rumah nanti... :)

    ReplyDelete