Friday, December 27, 2013

Announcing........

Bismillahirrohmanirrahim. 

Announcing my new online shop. Ms.Husna Hijab 
Baru je beroperasi dan website pon baru sangat up. Produk tak banyak lagi sempat diupload. Buat masa ni fokus kepada tudung, shawl dan inner sahaja. Kalau ada rezeki kita expand lagi, hehehe. 

Dekat FB page ada diterangkan kenapa dan siapa Ms.Husna ni. So kalau nak tau lebih lanjut dan nak tengok koleksi terkini boleh Like dan browse www.facebook.com/mshusnahijab

Mintak sangat jasa baik kawan-kawan untuk Like page tersebut dan kalau nak enquire any tudung dekat page or website boleh pm, atau SMS/Whatsapp ke 0133650048. Memang belum banyak tudung diupload, walaupun stok dah melimpah ruah dekat rumah tu, hahaha. Bagi aku sikit masa untuk sort all the tudung ye. Take care korang, thanks in advance for your support. Korang memang best!

Monday, December 23, 2013

Tah bila nak abis..

Salam korang,

Ni kol 2.30  pagi ni. Aku baru lepas edit-edit website sikit. Dah lama tak godek2 website. Tak reti aku. Esok kejer ni. Carik pasal betul la tak tido lagi masa ni. Alang2 aku tengah  on laptop ni buat update la terus. Kang dah bz lama sangat pulak baru berupdate kan. Kesian korang yang tinggal tah  berapa kerat je readers blog ni. Tak berupdate kalu, monolog lah sorang-sorang aku kat sini.

Menjawab soalan Delinn sebelum ni. No, aku belum habis Masters lagi. Gatal sangat buat by Research, haaa rasakan. Orang lain dah grad pon. Yang mula lambat dari aku pon dah grad. Kalau ikutkan aku, memang most times rasa nak quit jek. The drive dan semangat tu takde tau. Tapi bila pergi jumpa lecturer rasa cam semangat sikit. SV aku tu baik. Dalam hati sure dia rasa nak lepuk jek aku ni.

Kejap.. selingan... Bencinyerr ultrabook ni. Asyik terlompat lompat cursor ni naik turun. Menyampah aku nak menaip jadiknya.

Oklah mood dah terganggu sebab cursor asyik pergi tah mana2. Maybe the touchpad ni kot. Budus. Korang doakanla aku tak patah semangat dan grad ye. Aku nak habiskan sem depan jugak-jugak. Tatau cemana nak realisasikan matlamat tu, tapi tulah my goal. OKlah nak tido dah ngantuk ya amatzzz.. Website apa aku dok godek. Haaaa.. dalam minggu ni aku announce. Maybe lepas krismas or during krismas. Jangan lupa check it out. Tungggguuu..Take care korang.

Saturday, December 14, 2013

Busy memanjang. Boring kan..

Lama tak update. Bz dengan kerja. Bz dengan projek baru dan of course bz dengan Farhan. Projek baru tu nanti aku announce ye. Belum properly setup ni. Kelam kabut lagi.

Aku kat Ijok. Kg Ed. Visit Mak kejap. Farhan baru lepas susu. Dah about a week minum susu tak habis. Alhamdulillah habis minum susu kali ni. Last week was really testing us. Farhan demam panas. Makan ubat kebahnya kejap je. Temprature reach sampai 39.5C ada one nite tu. Ada one day tu samppi 5 ke 6 kali mandi. Mmg berlenggeng jek dia sbb aku nak turunkan temprature. Muntah2 jangan cakapla.Memang macam air paip. Sampai habis kain batik aku buat alas. Cadar mmg tak pasang la. Jenuh tukar.

Alhamdulillah dah semakin baik. Memangla kan baby ni kalau sakit. Risau sangat kan.Meraung jek kejernya. Sabar pon kena tinggi. Anak ni pon ujian untuk ibu bapa jugak. Aku masa dia x sihat tu selamba kodok je EL jaga dia. Walaupun tgh kerja banyak gila. Oklah aku nak sambung golek2 dgn farhan.  take care u all.

Gambar bawah tu satu masa temp tinggi. Satu lagi masa lebah sekejap. Yer duduk dan berdiri atas laptop mama. Insurer tgk teeua cancel insurance laptop tu haha.

Sunday, November 24, 2013

Ada ni haa

Salam korang.

Lama aku x up entry. Sibuk sangat seminggu dua ni. Last saturday Ed accident. Head on dgn sebijik Honda City. Teruk gak. Dedua airbag terbukak. Dia ckp masa accident tu car seat farhan sampai melayang ke cermin depan. Alhamdulillah kami tak ikut masa tu. Dia tgh belikan breakfast utk aku. Ya Allah seb baik selamat.

Yang aku ralat sikit ialah dia call aku cam nak gill kat dedua phone aku tak angkat. In fact aku sampai sudah tatau dia accident sampaila dia balik rumah ada org hantar. Sedih. Tp ada hikmahnya sebab aku ni jenis panik2 plus sennng nangis pastu sure kalut dgnnak bawak farhan lagi. Takde yang patah or retak. Cuts and bruises ada lah.

Tp dada ed tu kena impact streng or air bag tu nak terbukak memang bengkak dan lebam. Tak leh angkat berat langsung. Bersin pon sakit angkat farhan apatah lg. So first few days tu aku handle farhan fully. Hantar dan amek taska. Mandikan dan semuanya. Fuhh fenat. Sebab pepagi ed yg mandikan cuci poo sumer. Aku siapkan beg dan siapkan farhan. Terasa woo bila sumer buat sendiri.

Pastu bila aku hantar pepagi. Barulah aku tau farhan menangis teruk benar pepagi. Selama ni ed x citer sangat. Takut aku sedih. Mmg sedih lepas hantar dia. Memang drama air mata. Aku yang sambung nangis dlm keter gi opis. Haihh. Ada hari tu, masa kat rumah lepas mandi pg tu  farhan dok atas dada aku tak kasi aku gerak. Dia pon sanggup tiarap je x gerak2. Takut kena gi hantar taska. Kesian nengoknya. Bila la nak abis phase separation anxiety ni.

Kakak taska ckp sebut mama pon nangis kat taska. Tp by tghr dia ok. Pagi2 memang merempan sikit. By ptg aky amek dia cool jek. Takdelah tgh nangis ke haper. Farhan. .farhan.
Okla aku nak lelap jap. Join farhan. Lesu badan lately. Esok ada event so by 7.30 kena ada kat opis. Moga semunya dimudahkan. Nah gambo budak tido ni.

Oh ya nanti aku announce projek baru aku ye. Take care korang. Thanks for still checking this space.

Thursday, November 7, 2013

Farhan dah setahun

Ya Allah cepatnya masa berlalu. 3 Nov lepas Farhan dah setahun. Takdela celebrate besar2. Just potong kek je dulu tandakan birthday dia kat Ijok. Kek pon tak fancy. Aku sedang fikir2 lagi whether nak buat birthday party or not. Dia bukan tau apa pon. Just maknya je yang gedik nak jumpa kawan2 lain hahaha.

Thank you Allah, for lending us this precious gift. It has been 1 wonderful year. In fact masa pregnantkan Farhan dulu pon aku seronok. Mana tak seronok hoih. Lama tunggu kan. Appreciate sangat the experience.

This boy brings joy to us. Kat opis teringat ingat. Aku dengan ed n4 kehadiran Farhan ni takde nyer nak sms. Ed tu karang jawab sehurup jek kalau aku tanya apa2. "K"  tu jelah sokmonya. Semenjak ada Farhan rajin kitorang berwhatsapp. Hantar gambar la. Kadang2 ajuk dia cakapla. Hihi angau mak pak ko Farhan.

At 1 year old he can :

- jalan on his own 3 ke 4 langkah depending on his mood
- kalau kita pegang tangan dia merata dah boleh jalan. Kat park hari tu pon jauh dia jalan sampai penat pastu seret2 kaki haha.
- suka joget2 dengar lagu
- akan ajuk2 kita cakap sikit2.
- dulu suka pejam2 mata buat muka kiut now ada gaya tutup muka omg gitu. Nnnti aku amek gambo
- cakap terima kasih 'tateh' bila aku bg brg. Ulang bagi dan ambik barang supaya aku cakap terima kasih ulang2 kali
- pandai sangat sayang (kiss) mama dan ayah.
- suka nyebok2 dok in between mama dan ayah
- suka makan dan sebok nak apa yang kita makan
- lagi macam2 akal nak menyepah
- sukerr sangat kelebet purse mama dan wallet ayah. Habis terabur duit dan kad2 sumer. Siap selit bawah carpetla bawah katil la. Grrrr.

Tuje lah dulu. Lepas ni xde la kot update farhan ikut bulan. Citer jelah as and when rasa nak citer.

Okla nak tido. Bgn pam susu td. Now dah kol 3 suku pg. Esok pulak its gonna be a loooonggg day. Take care people.

Friday, October 25, 2013

Promosi Ephyra lagi!!

Assalamualaikum wbh, 

Hehe bersempena dengan birthday aku dan birthday Farhan yang bakal menjelang. Aku nak buat promosi Ephyra, hehehe. 

Kali ni beli 1 pon dapat diskaun ok. Tapi kerana menjaga hati seller2 lain, pada yang nak beli 1 jek dan nak dapat harga diskaun, sila sms/whatsapp atau email aku. At the moment, stok memang ada kat tangan. Tak perlu tunggu lama.

Malas citer banyak tengok harga, sudah..

  • Harga sekotak - Sila  sms/whatsapp atau email aku
  • Harga 2 kotak - RM360 
  • Harga 3 kotak - RM525
Gilerr punya diskaun. Jangan lupa beli 1 pon ada diskaun ok. Sila pm aku. Promosi berlangsung sampai birthday Farhan on the 3rd Nov. Cepat, tunggu apa lagi tu. 

Oh ya, aku juga nak let go just 2 more box of trial pack. Memang aku tak restock dah. Harga jualan ialah RM60. Semua harga adalah including shipping ok.  

sms/whatsapp : 013-3650048
email : arenaephyra[at]gmail[dot]com

Wednesday, October 23, 2013

I am 36 today


And I am now a mom. Thank you Allah. 

Mama n Farhan masa dia 7 months kot

Saturday, October 19, 2013

Tetiba penakut

Hahaha. Now kol 3.05 pg. Aku baru lepas pam susu. Yer, aku masih pam susu. Tak banyak pon dpt ada masa-masa setengaj oz jek  hahaha.  Byk kali dah aku rasa cam dah the end of my breastfeeding journey. Tp banyak sangat instances dan keadaan  yang clearly  Farhan ni sangat memerlukan susu mama ni lagi. So aku keep on pumping. Hari hari dia akan bawak sekurang kurangnya sebotol ebm ke taska. Ada masa2 yg sgt horror dpt bawak 2 oz jek. Aku tetapp bekalkan dia ebm tu. Len kalilah aku citer pasal ebm ni.

Anyways, aku tertido awal malam td. Farhan lelap by 8.30 pm aku pon join sama lepas sembang sembang dengan ed. Kol 1 gitu dia bangun. Dek kerana lambat attend dia sebab aku pon lelap sama, dah tercegat dia berdiri dekat cot sambil tepuk tangan pffftt. So dia minum susu 2 round. Dengar2 lagu dan selawat dia pastu tido. Aku purak2 tido so dia pon lelapler balik.

Kononnya nak turun bawah amek pam susu. Tapi rasa cam tah takut pulak hahaha. Haihla ni yg aku malas dok rumah 2 tingkat ni. Dulu dok apartment langsung aku takde perasaan ni. Apartment aku tu dahler cam bising jek sokmo. Kol berapa pagi pon mesti ada orang kat corridor. Tu yang kalau terjaga cool jek gi masak apa apa kalo lapor. Tu yang gemok dok sana hahaha.

Yang lagi wat aku takut tu satu aku ternampak iklan citer hantu br kejap kat internet ni bodow betulla. Kedua tingkap dapor aku tu takde langsir or blind. Buatnya aku turun nampak ada orang tercegat kat luar dapur tu camner.mencik tau tetiba jadik penakut ni

Camner nak kena pam gak ni. Sakit hoih tak pam. Kang esok susu merajuk terus takdek utk dipam. Tetiba terpandang pam manual yang aku baru bawak kuar dari kotak kelmarin. Hah pakai pam manual jelah. Padan muka penakut sangat gigihla ko pam pakai pam manual ye cekna. Tp kan aku rasa ok gak pam manual tu banyak pulak dpt hasil tuaian. Hehe. By my standard banyak dah tu.

Aku lapor actually. Tapiii tahan jelah sampai esok hahaha. Takut punya pasal kan.

Oklah nak tido. Or nak baca blog lama. Baca entries travel. Oh Farhan bila cayang bersedia nak travel yang? Mama dah tergedik gedik rasa nak travel. Ok frenz. Laterrr.

Tuesday, October 8, 2013

Farhan dah 11 bulan.

Pejam celik dah 11 bulan Farhan ni. Tak lama lagi setahun. Aku ni pulak too many things going on,  kekadang termissed some milestones sbb penat sangat.
- dah berdiri dan berjalan setapak dua yey.
- berdiri sendiri. I mean bukan berpaut mana mana start pagi tadi.
- kurang dah meraung gi taska sekarang ni. Alhamdulillah syukur sangat.
- masih selsema on and off. Batuk pon gitu jugak. Ingatkan dia wheezing hr tu saspen jek. Rupanya kahak banyak.
- suka makan. Walaupun x berisi mana si farhan ni, tp kuat makan. Especially bila balik taska
- Pandai sangat bergurau sekarang. Kalau aku main sergah2 dia sergah aku balik hahaha.
- pastu selalu perasan org nak kejar dia. Lintang pukang dia crawl larik
- masih suka ngutip apa2 yang dia jumpa. Grrrr.

- followings are some pics termasuk gambar raya haji

Suka kelebet purse mama main-main kad
Pepagi mood paling baik
Muka ketat sbb tak sihat. Kat klinik masa ni
Pakai jubah masa raya hihi
Cak ku cak sebalik curtain hehe
Tidoooo.

Wednesday, October 2, 2013

Sikit tentang aku.....

As-salam korang, 

Tah sape je tah lagi baca blog ni, hahahha. Takpelah, aku tulis jek, untung2 ada orang baca. Kalau takde jadi kenangan aku jelah hehehe. Asyik cerita pasal Farhan, mehla citer sikit pasal aku. Aku busy. Busy kerja. Busy kemas rumah tak abis-abis. Apartment lama tak clear lagi. Nak kasi sewa ke? Nak jual terus ke, entah. Apart from that, aku dah register balik sem baru master aku ni. Ketorr. Tolongggla tak semangatnya. Delinn, tolong tarbiah sikit aku ni. Camner nak kasi semangat ni? Padahal sem depan aku kena grad jugak-jugak sebab ada projek lain lak lepas tu. Kenapa aku amek master pon tataw? Kawan-kawan yang lain tolong la kasi semangat sikit supaya aku habiskan master ni cepat-cepat hehe.

Aku masih lagi trying to establish a new routine dekat rumah baru. OKlah. Not perfect yet. But tu jelah yang kami practice hari-hari. Pepagi farhan akan bangun kejut kami Subuh. Pastu aku pam kejap. Lepas tu aku mandi sambil cuci botol Farhan. Lepas tu Ed akan mandikan Farhan, pass kat aku aku siapkan. Dia pulak mandi. Aku siapkan Farhan dan beg sekolah dia. Bila Ed dah siap, group hug sesama pastu dia bawak turun Farhan dan dia pack beg susu kat bawah. Aku plak mandi. Time ni aku memang elak turun bawah kalau boleh sebab kalau aku turun sama, ya ampun drama air mata sangat si Farhan tak nak gi taska. Dia dengar ayah dia start kereta je dah nangis. Adoila. Itupun dah syukur banyak dah kat taska dia tak nangis sangat dah. Masa nak strap dia kat car seat jek. Ada one phase almost a month jugak dok nangis meraung-raung kat taska. Bila aku amek petang-petang mata bengkak jek. Susah hati mak dia. Rasa nak benti kerja jaga sendiri je anak. Yelah dah la tunggu lama nak dpt anak kan. Pastu anak tak happy kat taska, aku biar je ker? Anyways dia dah ok now. So dah lega sikit di situ. 

Eh tadi cakap tak nak cerita pasal Farhan kan. Hahhaha. Mesti cerita jugak kan. Permata hati mama dan ayah tu. Aku semakin lama semakin tak semangat nak kerja sini. Ada offer tempat lain, post sama gaji lebih. Tapi aku ignore jek, sebab kerja nya sama jugak. I am bored here, i will be bored there. Aku still buat kerja cam biasa, but aku tak overachiver sangat dahla. Dulu, memang sengaja buat additional kerja ok. On top of my job tulis article la, hantar call for papers la, present kat oversea la. Aku tak rasa faktor ada anak sangat. Just personally I have changed a bit. 

Jiwa meronta nak buat benda lain. Nak explore something new. Sebelum ni, undecided. Kejap nak buat tu. Kejap nak buat ni.  Now dah a bit focus dah nak buat apa. Cuma belum the right time. Bila aku discuss dengan Ed, Ed cakap habiskan master dulu. Nanti you tak boleh cope dia cakap. Betullah tu kan. 

Okla..okla.. so aku pon bukakla balik journal. Baca. Pfffttt...Yawnnn... zzzzzzzzzzzz....