Thursday, July 21, 2011

Sebok..sebok..dan Ramadhan bakal menjelma

Aku sebenarnya besok ni, ada talks dekat satu event. Pagi tadi baru aku terhegeh-hegeh buat slides. Dah tau lama dah, tapi suka jugak nak buat kerja last minute. Kenapa ek. Kawan aku cakap aku ni jenis thrive under pressure. Aku rasa pulak.. aku ni.. errr master procrastinator. Suka sangat tangguh-tangguh kerja. Dah last minute baru kelam-kabut, teruk aaa. Tah bila nak berubah tataw. Senang sangat distracted aku nih. 

So aku konon-konon bukak laptop ni nak rehearse la apa aku nak cakap esok, last2 gi masuk blog oranglah, gi komen kat sana lah sinilah. Pastu buat blog  update pulak!???!! Ko paham tak? Aku pon tak paham. Mudah sangat distracted. Siang tadi pon hari mencabar gak, ada err event kat opis. Kecut perut aku. Alhamdulillah part aku setakat ni ok, but it's not over yet. So banyak hari lagila nak kecut perut. Minggu depan ada conduct training pulak. Pastu kena outstation, dan hanya balik pada petang sehari sebelum puasa tu. Hmmm semua nak pulun sebelum puasa kan. Sabo jelah. Padat gila diary aku sebelum puasa ni. Naseb baik dah ganti puasa, kalau tak kering tekak aku dok bercakap jek nih. Petang tu ler baru nak ke supermarket beli lauk basah sikit. Aku tau sangat Ed tu bukan suka beli-beli makanan kat pasar Ramadhan tu. Dia rela aku buat nasi goreng hari-hari daripada beli kat Pasar Ramadhan tu. Bersedialah cekna untuk memasak hari-hari. Hahahha.

Tapi dalam-dalam sebok, most weekend, aku ada projek buat roti dengan anak-anak buah aku. kalau takat 500g boleh siap sumer dari masukkan dalam mesin mengadun, proofing ke baking sampaila kemas sumer dalam masa 2 jam. Dulu took me a while jugak. Sekarang dah tau the drill senang sikit. Anak buah aku pon dah tau buat the doh, aku print resepi, diorang ikut satu-satu, insyallah jadik jek roti tu. Last weekend jugak aku buat nasi beriani lagi. Kali ni sedap sikit daripada yang aku buat last month. Adek aku makan dua hari dua malam kot, nasik tu. Hahaha. Alhamdulillah. Buat roti dan memasak itu ialah my therapy kot. Tapi masak hari2 tu tak pulak rasa therapy. Rasa cam chore jek. Bosan giler. Hahahah.

Oklah korang, aku nak kena review slides ni. Dah kol 2.20 am dah ni. Bila daa mau tidor, esok merepek-meraban karang. Take care people.

11 comments:

  1. babe, aku pon, jenis suka buat keja last minutes..apstu dok tensen sorang2, padan muka..

    marin, aku ada kelas ajar bebudak postgrads psl databases..pdhal, IPS dah booked hujung bulan 6 lagi..tapi aku nih, mmg la jenis buat keja last2 minutes..kononnya, isnin td masuk opis nk start buat slides and study skit psl db nih..sekali anak2 demam..naya..terpaksa El..dah la aku mmg tak internet kat umah..huhuhu..hari selasa masuk keja, tensen sorang2..hahaha..masa tensen nih la org carik, tnya psl buat interlibrary loan, mintak password nak akses db, mintak suh cari artikel..blaa..blaa..bla..hangen sorang2..

    mujurlah aku dpt gak buat kelas utk students, walopun bdn seram sejuk sbb demam n selsema...huhuhu..so, kita ada persamaan di situ..hiks..

    aku plak, mmg tak pandai masak..buat kek kukus, beli tepung yg siap bancuh, cuma kukus jek pun, tak sedap, bebudak takmo mkn..aku lumur ngan coklat topping pon, depa tak mkn..huhuhu..last2, aku bwk bekal hari2 mkn kat opis..mmg tak pandai masak :(

    ReplyDelete
  2. Aku dah bali dr present. Lepas aku update log smalam, start kol 3.30 pagi aku cam kena food poisoning, asyik kuar masuk toilet sampai kol 10 pagi. Memang lunyai aku rasa. Nyaris2 tak pegi present. Kenapakah suka last minute pon tataw.. Pastu terpanik panik sendiri..

    ReplyDelete
  3. akak nak join sama bila buat roti tu boleh tak ???

    ReplyDelete
  4. Oren,

    Jganla sangka yg aku masak u menjadi semuanya, ada jek yg tak menjadi especially cake. Frustjgn ckplah. Kalau aku nak sgt aku cari answer kenapa tak jadik, tapi kalau tak, aku tak cuba dah resepi tu, try resepi lain.

    ReplyDelete
  5. Kak pb,

    Sungguh2 ke ni kak? Kalau nak dtg tengok ok jek. Hehehe segan jela bukan lawa sangat pon roti tu..

    ReplyDelete
  6. sungguh lar wehhh ....

    nak bawak si Nurin sekali.

    ReplyDelete
  7. Work has been crazy for me too. Ala2 balik 8pm hari2, and on top of that bangun pagi2 memasak kalau rajin so that bila balik nanti terus ngap je (dan tido). Bawa balik keje toksah ckp lah..hari ni hari ke 5 kali Sabtu aku keje sbb nak catch up with work. Event validation masa minggu pertama dan kedua posa. Seronok org UK makan dan melantak depan Muslims nanti...eeee. Aku tak sabar nak menarik nafas lega mid August nanti

    ReplyDelete
  8. Amy,

    All the best for your sebok2 tu. Aku ada gak bawak balik kerja, not as often as before. Malas nak berie-ie sangat. Bulan puasa nampaknya bulan untuk catchup with documentation. Sebab aku dah tolak sumer speaking arrangement. Tak laratla kering tekak aku. Menyampah bila colleague cakap, ok jekla buat training masa bulan puasa. Ko cuba mengajar dulu bercakap tak berenti dari pagi ke petang, meh aku tengok. Best jek cakap gitu. Padahal dia sekali pon tak pernah conduct training. Mencik...

    ReplyDelete
  9. Salam Arena,

    Boleh AN tahu, Arena buat consulting dalam bidang apa? Kalau nak cerita private-private cerita kat FB AN boleh ? Cari norm.hassan@gmail.com

    TQ

    ReplyDelete
  10. BTW, camna AN nak contact Oren, dia still kat Penang kan, entah2 dekat dengan AN dah. Lama tak debgar cerita dia tu..

    TQ

    ReplyDelete
  11. Salam Aunty..


    What a pleasant surprise. Peluk sikit. Aunty kita citer2 dekat email boleh. Email saya dekat gemarena70s[at]yahoo.com.my. Oren ada nih, kat penang lagi dia. Oren sila contact aunty N. AuntyN punya blog dah idup balik tu heheheh..

    ReplyDelete