Wednesday, July 27, 2011

The week that was Part 2.

Hahaha, mana ada suspenla Amy. Selalunya aku stop tengah-tengah or buat episode bersambung sebab aku dah ngantuk/penat/malas/busy atau takde idea.  Bila tune dah sampai, baru ler sambung balik.

Anyways , takde apa yang nak disaspennya, malam tu aku gerak balik ke Kuantan.  Tu aje. Mulanya Ed malas nak gi sebab dia penat. Lepas pujuk-pujuk dan cakap adek aku beria ajak balik Kuantan, he agreed. So kami singgah di Puchong, pick up adek aku dan 2 anak buah aku, we head to Kuantan.  Sebelum tu singgah makan dekat McD dulu. Tidor dekat Jengka sekejap, sebab parents aku ada kat situ. Sampai dah dekat pukul  2 pagi. 

Pagi-pagi esok kami gerak ke Kuantan. Adek aku tu nak sangat makan nasik lemak Zaman. Layann. Roti canai dekat situ sedap dan lain sikit, sebab roti canai Melayu kan bukan roti canai mamak. Kuah kari nya pon lain sikit. Lepas tu, kami balik ke rumah mak aku yang dah lama takde orang.  Sapu dan mop bagai. Lepas tu terbongkang tido. Hahahha. 

Adek aku ni dah ada mental list, apa nak makan, sabo jelah. Sepesen jek perangai dengan aku. Hahaha. Memang kaki makan. Petang tu, pegi order seafood pizza yang dah dekat 10 tahun tak makan dari kedai tu. Lepas tu kami gi pasar malam. Orang Kuantan panggil, pasar Malam Bandor. Tengah2 town gitu. Tutup jalan utk bukak pasal malam, macam Jalan TAR. Aku masa tu dah aim nak makan mini Murtabak, adek aku lak cari Laksa Pasar. Alhamdulillah, jumpa jugak selepas berjalan dari one end ke one end. Gigih ko, hujan lebat masa tu, aku dengan adek lipat seluar pakai payung bagak satu sorang gi jugak pasar malam. Bab2 mencarik makan ni best pegi dengan adek aku, Ed masa tu dok rumah babysit anak buah aku. Dia takdela minat sangat carik-carik makan yang specific nih. Dia makan, asal boleh je.
Balik rumah, makan dan makan dan makan. 



Seafood pizza yang inspired my seafood pizza. Tak sesedap dulu. Oklah.

Dinner sotong celup tepung, ikan bawal masam manis, ketam telur masin, tomyam dan kailan.

My favorite niece and nephew
 Mak aku pulak bawak balik ikan, udang celup tepung dan temosa.  *Pitam.  Aku memang dah mengah. Adek aku dan Ed steady jek makan. Aku rasa adek aku lagi dasyat la makan.  Malam tu kami makan dekat Marina Seafood, ketam telur masin ler apa lagi. Gile mengah perut aku. Ed tak ikut dah masa ni. Dia kata dia nak tido. Mengah. Hahahaha.  Memang tak berabis makan, kena tapaw banyak sangat.  Balik rumah, dah dekat midnight, tapi terdengar ada bunyi gong, gendang gitu, so aku dengan adek followed the sound and found a group of belia tengah practice dikir barat. Comel jek. Layan kejap, lepas tu balik dan tido. 

Ahad pagi, aku ke Tanjung Api nak beli lauk-lauk basah. Aku gi sorang jek. Ed tak sehat ke hape entah malas nak ikut. Leceh gak nak parking sumer. Tapi aku pergi jek. Hmmm banyak ikan jek, mender lain kurang banyak. Udang, ketam sumer takde. So aku beli ikan bawal hitam, ikan kerapu, ikan kembong, ikan tenggiri  2 keping, dan sotong besar-besar. Lepas tu aku gi beli breakfast kat situ jugak, nasi dagang, nasi minyak, dan roti canai. Balik rumah, hidang makan, paksa budak-budak makan dan kemas-kemas nak balik ke KL.
Owh sebelum tu, si Olyn kena buat latihan matematik dengan Uncle Ed. Memang kena drill budak tu. After a while, bila dia dah nampak kepenatan, stop ler.  Balik kg pon kena buat latihan minah tu. Syian. Ala sikit jek, 2 mukasurat jek. 

Memang balik ke KL tu tak singgah mana-mana. Straight balik ke Puchong drop kanak-kanak dulu. Lepas tu baru hantar adek aku. Kami lepak kejap kat Puchong. Solat sumer dulu. Owh aku tak cakap kan. Barang-barang yang aku pesan dekat Adek aku dah sampai! Kena shipping barang-barang ni. Suker-suker kuasa seploh. Hmmm sekarang tengah mikir kat manaaaaa la nak letak barang-barang ni sumer. Best!
Tefal Stainless steel cookware. Yeehaaaa. Best sangat. Handle boleh masuk oven. Camla oven aku besar sangat nak isi periuk dan kuali tu. Sukanya.
 
Adek aku ni pandai, dia belikan pyrex yang boleh digunakan untuk masak dia punya baked macaroni. Murah as compared dengan kat Malaysia.


Le Creuset. Ceramic bowl gitula. Kalau beli yang cukup set memang mahal, beratus pound. Tapi ni sebab tinggal 1 so, dpt leh bawah 10 pound. Aku pesan kat adek aku kalau jumpa lagi, belilah. Hahaha. Kesian adek aku kena belin pinggan mangkuk dan periuk belang. You rock, Dek!

Oklah korang, esok aku conduct training seharian, lusa sampai ahad aku outstation. Rasa cam tak sempat nak update sebelum puasa. Selamat berpuasa kawan-kawan dan maaf salah silap. Yang belum ganti pose, ada lagi masa-masa kecederaan ni, untuk ganti beberapa hari lagi. Take care people, moga-moga puasa tahun lebih baik daripada tahun sebelumnya.

7 comments:

  1. wahhhhhhhhh


    ada toys baru ........
    lepas ni lagi rajin ler Arena masak


    jgn perut ED makin kedepan dah ler

    ReplyDelete
  2. Tulah kan, bestnya dapat toys baru..ye..ye..tuler, tapi kan, ed sebenarnya lose weight sekarang ni.. Makan makanan sehat kot.. Sehatlah sangat yer.. Hahahah..dia kuat bersukan..

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa, sis!

    ReplyDelete
  4. Oren, Selamat berpuasa to you to sis..

    ReplyDelete
  5. aku lapar la..setiap kali bukak blog ko mesti lapar..

    ReplyDelete
  6. Jem,

    Muahahha, sori babe.. bukan niat nak buat ko lapar hehehe. Selamat berpuasa sis.

    ReplyDelete
  7. balik kuantan sokmo tak tepon aku huhu..

    ReplyDelete