Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kawan-kawan. Sahur apa pagi tadi. Aku simple-simple jek bab sahur ni. Dah sehari kan kita berpuasa. Macamana korang punya puasa.? Budak2 ok? Kat opis ada flexible hours bulan puasa ni, so waktu masuk kerja berkadar terus dengan time baliklah. Aku sengaja masuk lambat semalam, sebab kononnya kalau balik lambat kurangla jem. Konon-konon sumer orang akan berlumba-lumba balik awal..Iyerrla tu. Aku keluar 5.30, dekat depan opis pon dah jem. All the way sampai rumah aku. Lepas tu on the way nak sampai rumah ada 2 bazar ramadhan. Lagilah jem kan. 

Sampai rumah dah kol 6.20 petang. Ed dah sampai rumah dah. Sampai rumah jek terus ler memasak. Kelam-kabut gitu, sempat jugak siap laksa Pahang dan hehehe chocolate muffin sebelum berbuka. Tapi ikan aku dah siap-siap bakar dan perisi the day before, sebab tu ler sempat. Minum sirap selasih. Alhamdulilah.Alhamdulilah. 

Hari ni, aku masuk opis awal sikit. Gile selepas subuh terus jelah siap-siap gi pejabat. Nak balik awal sikit. Memang la aku ni jenis cepat bila memasak, tapi bila terkocoh-kocoh gitu, aku terpaksa masak jek dulu dan clean up later. Selalunya aku clean as I cook. So bila habis masak takdelah cam tongkang pecah dapur. Cam semalam sebab dah suntuk sangat masa, terpaksa la clean up later. Masa tu, nak pengsan tengok dapur. So aku taknak kelam kabut gitu. Masak perlu sesambil clean up. Baru aku tak stress. Korang tau jelah kan, aku bukannya suka mengemas-ngemas ni. 

Anyways, aku doakan kita sama-sama diberi kerajinan dan kegigihan untuk meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan ini dan seterusnya. Nak buat kuih ke apa ker, kena tolak tepi dulu, focus on ibadah first ye tak.Tu note to myself gak. Banyak sangat idea nak masak itu ini. Siap dah borong barang buat roti dan biskut, sabo jelah. Later, friends...

8 comments:

  1. wow.. sempat buat laksa pahang. aku smlm sejam jugak kat dapur.. buat apa kot?? lauk biasa-biasa je.. so aku nak tingkatkan prestasi pasni. aku rs sbb sink aku jauh la from the hob.. tak efficient gitu

    ReplyDelete
  2. Macam2 la alasan ko, sinki jauh dari hob pon boleh kurang prestasi muahahhah. Sekarang kan berbuka lambat, bolehla. CUba kalau berbuka pukul 7.10, memang tak sempatla masak gitu.

    ReplyDelete
  3. salam

    belum dpt lagi nak berterawih di masjid.

    alahaiiii ...

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa, cheNa..

    nih dh hari ke 3, mebi kena terjah param..tapi bebudak request tomyam..hari tu aku masak, depa tak mkn, nih mcm phobia..hahahahha...

    kak PB, buat terawih kat rumah jaa..saya nih, teringin nk pegi surau, tapi mengenangkan anak2, esp the boys yg melasak dan mengganggu jemaah, biaralh buat kat umah saja..tu pon, bukan buat lepas isyak..mangkit kul 4.30pagi, sebelum panaskan lauk, sempatlah buat terawih 8 rakaat, dan witir 3 rakaat..

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa arena..jelesnya ko ni pantas betul bab masak.Harap2 lepas ni aku kuatla utk memasak sepanjang ramadhan..doakan aku yeah.

    ReplyDelete
  6. Kak PB,

    Heheh saya pon belum ke masjid lagi. Sebab belum puasa lagi, hahaha.

    Oren,
    Bagusla ko thoughtful gitu. Aku faham, kadang2 parents nak ajar anak suka ke masjid, tapi kena tengok jugak. Kalau dah darjah 1 dan ke atas, bolehla. Kalau kecik lagi, memang ganggu sangat. Kalau belah perempuan tu, ada yang bawak toddlers pegi, memang la bebudak tu menangis-nangis kan. maknya siap kena dukung masa solat, camana tu?

    Mawar,
    Ko dapat berpuasa pon dah bagus sis. Tak yah la berie nak masak kalau tak larat sis. Yang penting ibadah puasa tu kan.

    ReplyDelete
  7. Tang mengemas sambil memasak tu mmg perangai aku. Sbb nak ngemas lepas makan pun mmg confirm kita la sorang2 kan. Kang nanti perut dah kenyang mmg tak koser nak tengok sink. Semmalam lepas sahur terus tinggal semua dlm sink, hari ni sambil goreng ikan cepat2 basuh segala sbb tak mau dah tengok sink penuh, stress. Yg buat aku bertambah stress naper masak untuk dua org pun sink boleh penuh?? Maybe sebab sink aku kecik kut haha. Aku suka alasan Jojoe tu, sink jauh dari hob. Hihi senyum sorang2 aku. Aku nak main tunjuk je semua kuih tapi adik aku plak gatai ajak buat dua jenis kuih sbb mama dah ada oven..haish, layankan je la. Maybe during the last two weeks of ramadhan baru nak buat kut, now aku tengah sgt busy.

    ReplyDelete
  8. Aku pon nak wat kuih gaks. Tengokle kalau sempat. letih masak hari2.bukan letih masak, letih ngemas..hahahha.

    ReplyDelete