Wednesday, August 3, 2011

New recipe trial

Semalam aku tanya collegue aku,sebab aku  dapat hamper ada buah-buah baru ni. Nak buat apa eh dengan apple hijau banyak-banyak tu? Kerabu apple dia jawab. Wah menarik, aku pon surf dan carikla resipi kerabu apple tu. Macam senang jek nih. 

So balik rumah semalam aku singgah kedai kejap beli bahan sikit. Aku keluar awal sikit dalam 4.45 petang gitu.  Masa beli barang tu nampak la ada cempedak. Aku pon belilah, sebab terbau dekat rumah sape tah kat apartment aku hari tu kan, kakakaka. Haaaa, merebeh bahu bawak handbag, laptop, sayur-sayur dan cempedak tu. Hahahha. Sabo jelah.

Sampai jek rumah dalam kol 5.45, terus start masak. Kali ni sure lambat siap, sebab lauk tak bawak keluar langsung daripada freezer. Memula aku buat the kerabu apple tu. Memula sagat, tapi halus sangat. Hancur apple tu. Hampes, so aku potong jelah halus-halus. Then masukkan bender-bender lain such as bawang, cili padi, limau dan apetah lagi. Pastu, aku gantikan daun pudina ke daun ketumbar. I used to hate daun ketumbar. Kawan aku panggil daun pijat, muahahha. But now I love it. Semenjak aku makan Chicken Bhuna dekat Khans kat Bayswater dulu aku jadik suka daun pijat tu eh daun ketumbar. Cuma daun ni cepat sangat layu kan. 

Lepas tu buat tomyam campur, dan ikan kerapu masam manis. Ikan kerapu tu ya ampunnn besarnya. Aku kena kerat dua dan goreng dua kali, sebab besar sangat. So makan masa sikit dah kat situ Takde kuali kat rumah yang fit the fish. Tulah termakan sangat dengan pujukan tokei ikan kat Kuantan tu. Makan dua orang jek. Ikan tu fresh sangat masa beli, dok dalam freezer almost 2 minggu pon rasa fresh lagi semalam.  Pastu aku soh Ed kopek cempedak dan amek buah-buahnya nak goreng. Siap sumer sebelum berbuka. Kecuali second batch of cempedak goreng.  Alhamdulillah. 
Masak berbuka semalam dan kelmarin.

The kerabu apple hijau tu sedap. Maybe sebab apple hijau tu sangat crunchy. Kalau tambah udang kering sangai mungkin sedap lagi dan kurangkan limau. Aku terlupa nak beli semalam. So tambah la satu lagi menu yang aku belajar buat. Aci tak letak gambar, ala bukannya mengiurkan mana pon kan gambar-gambar dari kameraphone nih kan. Kalau  korang tak suka ada gambar makanan masa bulan Ramadhan ni cakap eh, aku tak letak. 

Hari ni ada projek masakan lain. Nak try resipi nasi bukhari/arab daging. Tapi yang penting aku kena try the sos tu dulu. Alaa kalau makan dekat Al-Abraj atau Saba’ kan ada sos yang kaler hijau tu kan. Haaa nak try buat tu untuk makan dengan nasik. Kalau jadikla. Aku terjumpa dalam majalah Saji kot bebaru ni. Kalau jadik aku buat laporan masakan, hehehe. Tapi tataula kot termalas dan nak order Pizza je ker, hahaha. Tau jelah aku ni. Boleh jek ubah fikiran. 

Ni aku letak resipi Kerabu apple

2 bijik Apple hijau
Separuh bawang besar merah dihiris
Sebijik limau nipis diambil jusnya
Sesudu the nampla/fish sauce atau garam
Separuh carrot grated
Gula
Daun ketumbar/pudina
2-3 bijik Cili padi
Udang kering – disangai dan ditumbuk (optional) 

Oh ya, akibat makan makanan masam semalam iaitu, tomyam dan kerabu apple, aku terus gastric pagi tadi. Hmmphh baru nak start puasa esok, dah kena gastric. So langkah mencegah daripada bertambah buruk terus dilakukan. Ya Allah, jauhilah aku daripada gastric. Aku nak puasa.

6 comments:

  1. aku ada epal hijau skrg. tapi tomyam pun menarik. nampak pulak laksa.. makan berdua.. nak buat laksa.. kalo 4-5 org berbaloi sket rajin tu hahaha... ko ni mmg rajin lah.

    aku suka daun ketumbar pudina pun suka. kecik-kecik tak suka sbb bau kuat. skrg dah tua deria bau suka plak mcm ni.. tp kalo beli kena seikat... takat sorg je nak makan.. mmg biasanya 50% rosak kat dlm peti je jadi lembik.

    ReplyDelete
  2. aku suke gamba mknn.. keep on uploading.. hheehehe... try le nasik arab tu...if ko berjaya leh aku try... semenjak saba' dah ada gov n service tax aku dah mcm merajuk sket nak p sana...hhaha..aku ada baca kene letak arang (balut ngan foil) lam nasik tu utk rasa ala2 arab.... n rasanya sambal tu pun ko mesti leh wat punyer....try la ek... n nnt taruk resepi skali kay....

    ReplyDelete
  3. aduiiii...sungguh menggiurkan..tapi sebb mood nak makan nasi blom mari, so aku nak gi dapur masak mee goreng jekla ..selamat berbula darling. byk pahala ni bagi makan kat laki, syabasss beteh.

    ReplyDelete
  4. Kak PB,
    Takdelah rajen, terasa nak makan. Ada barang nak masak pulak tu. Nanti2 datangla angin malas tu.

    Joe,
    laksa tu kan, memang kena tunggu orang datang. Aku ada lagi kuah laksa tu kat rumah. Ada harapan kena buang tuh, hmmmm. Iyer, daun ketumbar tu bakal layu la tuh. So hari ni kena masak dishes menggunakan daun ketumbar tu. Besok sure layu lah tu.

    ReplyDelete
  5. Fiechik,

    Sis, tulah aku akan cuba insyallah balik kerja nih. Esok aku buat laporan masakan, muahahhaa.

    Sis,
    Takpe, ko makan or masak apa yang tekak ko selera dulu. Yang penting dpt nutrition dan tenaga.

    ReplyDelete