Tuesday, August 16, 2011

Bukan entry masak...

Hahahha.. Yelah aku tau korang penat tengok entry masaakkk je kan. So kenala tukar tajuk. Anyways, aku nak citer mender lain ni. Aku lenguh gile tangan of late. Sekejap belah kanan tergeliat, kejap belah kiri tergeliat. Kenapa entah. Banyak sangat menguli or mengangkat barang dari kedai jual barang bakery ke entahla.

Last Friday masa kat opis, tangan aku macam statik sikit. Dekat opis aku nih, memanjang kena statik. Bukan aku jek, colleague aku pon sama. Asal pegang area yang ada besi sikit memang macam kena mini electric shock. Hishhh. Pulas paip kat sinki kena dan kaki kena kat besi kerusi pon  kena. Tak faham aku. 

Anyways, lepas kena statik tu aku buat bodo jek pasal selalu sangat kena. Cam on daily basis jek. Tapi masa balik kerja tu sakit sangat. Memang aku sapu minyak kat tangan masa dalam kereta. Pesal ni. Sakit sampai nak kuar air mata jek rasanya. Sampai jek kat rumah mak aku, dah mula nak masak. Aku ingat macaroni yang belum masak tu, buat macaroni goreng jekla. Masa aku nak hiris bawang tu, I got a very sharp pain kat tangan aku. Aku try sekali lagi. Arghhh. Every time I put some pressure on my hand, the sharp pain came. Memang menitik ar mata. Masa tu Ed baru sampai, so aku mintak tolong dia tolong hiriskan. Agaknya sebab dia letih baru sampai dari outstation, dia potong errr tah haper-haper sikit, hahhaha. 
Aku tumis bawang sumer untuk goreng macaroni tu, and had to employ Olin untuk tolong aku. She's a sweetheart that girl. Aku mintak dia tolong hirisan beef salami, dan fishball which she cut very neatly. Bila dah masukkan sumer, kena panggil adek aku pulak untuk stir the macaroni in, and hidangkan. Aku boleh goreng keropok lekor, but I can't lift yang berat-berat or put pressure on my hands, that means segala whisking, kneading, chopping and cutting memang tak boleh buat. Gila sakit. 

So sahur tu, aku tak leh masak, and adek bought McD for us. Esok pon memang aku tak masak. Ed asked me to rest my hand. Sapu minyak dan urut tangan. Aku ingat kejap jek sakit tangan tu. Ni dah hari Isnin pon masih horror lagi. Dah improvelah. Tapi still aku tak leh potong ubi kentang tadi. Tadi aku kena mintak ed hiriskan bawang and so on. Ed dok membebel sebab aku nak masak jugak. Baru 3 hari makan beli, but oh man, mahal gile kan. Sahur hari tu 50++, buka puasa hari sabtu 30++, ahad 30++, tak ke dah 100 lebih tu. So aku decide, nak masak apa yang ada jek, but hmmm memang aku belum boleh lagi.Risau pulak aku jadiknya. 

So the whole weekend aku tak buat roti dan biskut raya sebab sakit tangan tu. Meronta-ronta jiwa aku nak buat kuih raya kau tahu tak? Hahahah. Aku anggap ni ujian jek. Actually menaip ni pon rasa semacam jek, but not as bad as chopping bawang. Sakitnya sampai ke siku dan sometimes ke pangkal bahu. Tahap boleh terlepas pisau punya sakit. Aku pon konpius. Kena statik tu sampai camni ker? 

Anyways, tu jelah update bukan entry masak aku. Doakan my hand kembali sembuh korang. This pain is really humbling. Aku terpikir orang yang tak dapat guna tangan dia sepenuhnya, macamanalah. Sedangkan aku yang masih boleh guna cuma ada keadaan-keadaan tertentu jek tak boleh pon dah rasa cam kekurangan sangat dah. Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada kami dan keluarga kami Ya Allah.

Note : Baba off balanced masa jemur kain yesterday, jatuh kat longkang terkena besi cover longkang tu, cut his shin. Kena jahit 9 stitches across tulang keting. Syian baba aku. Kami doakan moga baba kembali sihat.


14 comments:

  1. sis, u'd better go to clinic la, in case kot ada apa yg serius kan. dah 2 hari dah tu. get well soon. and yes, do REST your hand. :-)

    betul, aku memula sakit tekak ni macam nak sedih jugak tau. then aku fikir, this is just a small bit of ujian Tuhan utk kita. Just take it and bear it. Just be strong :-)

    ReplyDelete
  2. Delinn,

    Tulah, kalau teruk lagi hari ni, aku pegila klinik. Memang ni semua ujian untuk kita kan. Imagine la kesusahan dan kesakitan orang lain kan.

    ReplyDelete
  3. CHENA, SILA PEGI KLINIK!

    SEKIAN...

    ReplyDelete
  4. Wei...tu symptom2 capal tunnel la..aku sakit camtu la dulu..patutnya ko rasa statik/kebas2 je ni kalau dah sampai sakit tu kira mcm teruk tau. mmg kalau rehat tgn tu okay tapi aku rasa x kekal lama sebab ko dah tersalah urat/muscle pain camtu lah..Aku siap pegi jumpa specialist dan buat fisioterapi ko masa kena cam ko tu..sebab dah teruk siap tangkap kat tengkuk and kepala..after buat fisioterapi baru rasa lega sikit..fisio treatments dia plak ade beberapa jenis per session..and aku makan ubat sekali.

    kalau teruk sgt kena operate kata doc..so daripada ko sakit2 teramat ni baik pi clinic okayyyyy!

    ReplyDelete
  5. Oren,

    Tu lerr ed dok membebel soh aku gi klinik. Hari ni rasa ok sikit. Tapi belum la membuat kejer2 rumah lagi. Buat kerje rumah yang horror sangat..

    Mawar,
    Alaaa tu symptom capal tunnel ker? Banyak budak opis aku kena. Risau plak. Belum sampai tangkap kat leher, tapi kat bahu dah terasa sikit-sikit. Sedih...maybe kena usahakan gi sepital.

    ReplyDelete
  6. Macam deja vu babe bila baca blog entry ko ni..ko sure ke kita bukan kembar yg terpisah ek? Aku tak citer lagi dlm blog tapi dah sebulan lebih aku dok suffer tangan kanan aku ni. Menaip takde masalah sgt, guna mouse yg sakit, or nak tulis/sign sakit. Drive tak sakit. Paling sakit bila bangun tidur sbb tangan dlm keadaan tah apa2 bila tak sedar time tido kan, bila bangun je owhh mannn. Kalau benda berat ambik dari shelf sebelah tangan takde mende tapi if ambik dgn tangan kanan sakit gila. Pernah aku belasah main bowling last month, sakit dia naik sampai lengan. Aku menunggu early next week nak ambik referral letter and then nak gi check kat hospital. Probably kena buat MRI sbb kalau xray biasa nampak tulang je, MRI nampak urat/sendi. I'm pretty sure takde tulang retak apa, but macam Mawar cakap maybe capal tunnel. But capal tunnel kat pergelangan tangan kan? Aku punya sakit ni dari atas ibu jari all the way sampai atas lengan. Huuuu takut

    ReplyDelete
  7. By the way, yg comment tu aku, Amy haha.

    ReplyDelete
  8. Amy,

    Iyer kembar sangat kita ni..ko nak gi hosp mane? Gi sama2 nak? Muahahahaha. Aku memang horrorla sampai hari ni kena mintak tlg ed potong carrot sumer. Bosanlah 5 hari dah makan luar. So hari ni masak. Buat kuih raya gak. Hahahaha. Tapi roti sumer tak leh buat sebab kena guna rolling pin sumer. Fail lah kalau kena roll2 tu.

    ReplyDelete
  9. tak tau nak komen ape...but ko kene gak g hosp/klinik... tkt nnt melarat...camne nak merendang raya kang???? cpt sembuh yer... take care...

    ReplyDelete
  10. Fina,

    Thanks sis. Baekkk akan diusahakan..

    ReplyDelete
  11. Aku dah pegi ambik referral letter kat clinic tadi beb, next week nak gi HR nak suruh kuarkan GL. Aku most probably pegi Sunway Hosp, same place aku buat tonsil removal Feb dulu. Tadi tengah baring2 kat sofa nak tengok TV, bend kan tangan nak ambik remote astro, terus rasa ala2 terkehel, sakit gila nak kuar air mata. Harapnya nothing serious la, yg bleh di cure. Takmo aku bedah2 ni.. uhukk

    ReplyDelete
  12. Err err... akak kalau sakit belakang ker sakit sendi ker sakit urat ker... makan jer ubat sakit urat yang namanya Remethan 100R tu...

    Tapi kali ini sakit kat peha.... cam berlari berbatu baru rasanya... agaknya sebab buat kuih 3 balang marin kut.... hahahaha (tak ada kaitan yer !)

    ReplyDelete
  13. Amy,

    Betul, harap it's nothing serious kan. Risau tau bila tangan sakit nih.

    Kak Izawani,
    Kak pesal buat kuih, sakitnya kat peha? muahahhahaha. Konpius.

    ReplyDelete
  14. Sakit kat peha sebab lain... hahaha...

    ReplyDelete