Assalamualaikum wbh kawan-kawan,
Sekejap je dah 8 hari kita berpuasa kan korang? Hari ni dah hari ke-9. Aku sakit tekak sejak last week. Hari Jumaat lepas aku tak masak, Ed belikan KFC, settle. Minggu ni pun aku malas nak berie-ie masak (boleh caye ker?) sebab nanti aku penat sangat nak gi Terawih kat surau. The first 4 days last week berie masak pon sebab aku hehe, belum puasa lagi. Meaning, masak dapur berkecah macamana pon, lepas maghrib, Ed ke masjid, bolehler aku kemas dapur tu. Pastu sebab aku boleh rasa makanan, semangat la sikit nak masak kan, lagi-lagi resepi baru kan.
Jumaat lepas aku gi beli barang kat kedai barang bakeri kat Yummy Bangi tu. Masyallah manusia. Kalau tak kerana aku pegi dengan kawan-kawan memang aku give up. Tapi redah la jugak masuk ke situ sebab nak beli barang baking sikit. Dek kerana dah cukup barang, malam tu mulalah projek meroti. Aku buat Chocolate bun. Resepi diambil dari Mamafami punya blog dan Mat Gebu. Memang gebu rotinya. Cuma aku kena biasakan diri dengan oven aku nih. Pesal la panas sangat. Oven bread maker tu ok jek kalau aku ikut temperature dan timing dalam resipi. Tapi kalau oven satu lagi tu, memang rentungla kalau aku ikut resepi betul-betul. Selalunya aku kena turunkan temperature dalam 20C-30C. Meaning kalau dalam resepi cakap bakar pada 180C aku kena bakar dalam 150-160C. Pastu masa pon kena shortened. Kalau orang lain bakar 25 minit, oven aku tu less than 20 minutes. Hmmmm. Tak reti aku nak adjust. As a result, 2 kali buat roti baru-baru ni, cepat sangat brown the top tuh. Tapi aku sangat puas hati sebab roti hot dog yang buat semalam sangat gebu dan rasanya sangat sedap dari biasa. Resepi baru kan. Cuma rupa ada sikit hodoh sebab aku tak dpt nak melilit betul sebab lembik betul.
Ni lagi satu masalah, apsal la most of the time aku buat roti tu aku kena kurangkan air. Kalau resepi cakap 125ml, aku rasa aku hanya boleh letak 100ml jek. Lembik gilerrr tak leh nak roll. Melekat-lekat tak hengat. Grrrr. Tapi aku malas nak disheartened. Aku lilit dan balut jek roti tu. Lantakle ko. Dan bakar dan bawak untuk anak buah aku. Adek aku cakap sedap daripada biasa rotinya tu. Yesss. Walaupun gemok semacam jek rupanya. Lantaklaaa. Ada can aku buat sekali lagi nih, hehehe. Kena improve rupanya tu.
Anyways, sabtu lepas aku balik kg Ed. Asalnya Ed soh aku masak nasik beriani bawak balik sana. Pastu tiba-tiba jek tukar nak buat roti jala. Pukul 2 ptg lak tu baru request. Menggelabah aku ajak dia beli barang. Balik rumah dah dekat pukul. 3 petang. Sempat ke nih? Balik rumah naikkan kari daging. Nasib baik pakai pressure cooker, sekejap jek masaknya. Lepas tu mulalah menjala. Tension aku menjala roti nih, memula tu takmoh kuar dengan cantik the roti. Pekat sangat kot batternya. Pastu dah tersumbat dah the acuan tu. Grrrr. Masa orang nak cepatla ko nak tersumbatla apala. So aku adjust sikit batter tu dan besarkan lubang acuan tu guna gunting. Baruler boleh menjala.
Dah kol 4.30 tak siap lagi, jauh jugak nak balik kg Ed tu. Aku soh Ed sambung buat, sebab aku nak pack barang, makanan dan nak solat. Terkial-kial pakcik tu buat. Memula memang jadik dot-dots jek. Unconnecting dots. Hahaha, second round, aku demo sikit menjala kasi rendah sikit dan acuan tu kena penuh sikit baru cantik. Boleh pon si Ed ni. Cantik jek aku tengok. So aku biarkan dia menjala sampai habis, dan aku kemas sumer barang. Pukul 5 kami bertolak dalam 6 lebih sampailah kami ke kg Ed. Aku dah mula start sakit tekak masa tu. Tapi sebab haus sangat, masa berbuka tu minum sampai 5 gelas air sejuk. Haaa, malam tu merasalah sakit tekak dan hampir demam.
Krim karamel, roti coklat, roti jala, roti gardenia with cheese, roti hot dog gemok. |
Esoknya balik rumah sendiri. Malam tu nak berbuka rumah mak aku pulak. So aku buatler, krim caramel dan roti hot dog yang aku mentioned tadi tuh. Kelam kabut buat. Tak sempat siap pon sebelum berbuka, sebab nak tunggu roti tu naik bebetul kan. So berbukalah kami dalam kereta dengan roti hot dog tu. Belum sampai lokasi , dah bedal 2 -3 ketul roti tuh, hahahha. Lepas berbuka kami berterawikh di surau dekat Puchong.
Aku intend, minggu ni nak masak simple-simple jek, sebab nak gi Terawikh kat masjid. Last week sebab aku tak pose lagi, sebab tu kan main lagi masaknya. So aku target menu aku sepanjang minggu ni seperti berikut -Isnin-nasi lemak,Selasa- bihun goreng, rabu-spaghetti goreng/Bolognese, and Khamis baked macaroni. Actually start Rabu maybe tak yah masak sangat sebab Ed takde dan maybe nak berbuka kat rumah mak aku. Tapi adek aku pulak dah cop soh masak baked macaroni. Bukan apa, kalau masak berie-ie karang penatla, pastu liat la nak gi terawikh tu. Iyer, aku ni the Queen of Excuses. Kena sedar diri.
Ada budak opis aku dah buat biskut raya weekend lepas, terujanya aku nak buat jugak. Kena tunggu weekend nihla. Kalau takde program, boleh buat hehehe. Aku ni kan, sorang2 pon jadik jek buat kuih ke biskut ke roti ke. Hahahah. Pathetic ke cam tu aaa? Lantakla pathetic ke tak, janji bila siap, boleh kasik orang makan, sudahhh.
aku pun masak sempoi2 je, janji ada main dish. Sebab x nak penat keterlaluan..rajin ko pi terawikh kat suray yeah :)
ReplyDeleteaku kagum laa dengan kegigihan ko memasak arena. hehe bagus!
ReplyDeletekagum sungguh
ReplyDeleteitu makan berdua
kalau makan ramai , tentu macam macam menu lagi yang timbul
tolong sikit leh
postkan gambar pressure cooket tu , boleh??
kalau tak emailkan = aidarahm@tm.com.my
tenkiu tenkiu
Mawar,
ReplyDeleteTulah karang penat, pastu bad mood. Hahhaa. AKu baru jek start nak gi terawikh nih. Harap2 terus diberi kerajinan oleh Allah.
Delinn,
Tak yahla kagum hahhaha. Ada masa-masa malas gak. Tune tengah datang tu masaklah. Hari ni maybe tak masak, tengoklah camne.
Kak PB,
ReplyDeleteMasa berdua tu takle masak banyak. Yang buat roti jala dan roti2 lain tu selalunya saya angkut bawak ke kg or rumah mak saya. Jenuh kak makan dua orang. Pressure cooker tu? OK nanti saya amek gambar or saya carik dalam internet dan email akak ye.
oven ko mmg jenis panas kot. kalo roti ko masak under tempreture x per..x bantat mcm kek.. kalo ko tgk putih ko naik kan sikit.. drpd terhitam baik start low. psl air pun sama... kdg2 aku buat ikut resepi sgt pun x jadi
ReplyDeleteaku pun teringin nak buat roti jala.. tp ramai2 la..kalo 2 org buat penat je bancuh
Joe,
ReplyDeleteOeh roti takkan bantat eh. Giler panas ah oven aku. Tadi aku bakar roti at 150c pon sebok nak brown cepat giler. 12minutes gitu dah gelap dah argghh..air aku memang adjust. Every time aku akan kurangkan 20 ml maybe more. Kalau lembik camana nak shape2 kan kalau takat buat roti bulat2 letak inti or dinner rolls oklah lembik kan.
Owh roti jala memang la kena tunggu ramai orang.. Baru berbaloi buat. Kelakar la bancuh pastu buat 10 keping jek, 5 keping sorang, apakah?
setakat ni aku buat roti ok je sukatan. lain oven mmg lain la suhu dia. aku punya ok.
ReplyDeleteSosej tu kan aku buat stail lilit sekali dua je. aku suka buat stail yang roll nampak mcm ada jejari tu..hish susah nak cerita. tengok jek la kat blog aku.
Ngah,
ReplyDeleteTulah lepas ni memng aku nak bakar at 130 c jek. Biorle lantakla lambat ke aper ker. Ape kena la oven aku tuh. Stresss. ok aku dah tengok lilitan roti ko cam gitulah aku hope to buat. Tapi aku tak kisah sangat.
hari nih hari khamis, menu baked macaroni eh?? alahai..sedapnya..
ReplyDeletemenu kuih aku, hanyalah cucuq udang dan agar2 jek..kalo nk yg lain dari tu, kena pi beli lah..
hari tu, aku singgah param, depa juai agar2, sepotong rm0.70..gilak sungguh!3 ketui dah 2 hinggit..
pastu kuar berita psl budak meningal lepas berbuka puasa, mkn mknan beli kat param, lagi la phobia!
so far, masak jek lah..thn nih, tekak aku jimat cermat, tak teringin lah nak mkn benda pelik2..just mkn lauk hari2 jek..