Aku balik semalam takdelah awal sangat, sampai rumah dekat-dekat pukul 6 gitu dan mula memasak. Sebelum tu aku singgah kedai kejap sebab nak beli yogurt. Lepas tu naikler kat rumah dan start masak. Perap daging dengan halia, bawang putih dan bawang merah. Lepas tu sebok gak nak buat bawang goreng sendiri. Bawang goreng beli tu kan tak sedap. So lama la jugak hiris bawang tu.
Lepas check that sumer barang dah siap hiris, blend, ketuk, bilas dan measure, aku mulalah menumis nasi tu. Memula aku tumis bawang dan penumis, diikuti dengan daging dan rempah kurma. Aku masak dalam pressure cooker, lepas dah menggelegak, aku terus tutup pressure cooker dan set timer 5 minit. Lepas tu aku bukak, gaul2 dan tengok daging tu dah lembut or not. So dah ok, so aku terusla masukkan beras, yogurt, lemon juice, tomato paste dan daun ketumbar. So masak balik dalam pressure cooker tu 5 minit.
Masa nasi tu tengah masak, aku buala sambal or sos ketumbar tu. Aku ikut jek resipi dalam majalah tu. Hmmm banyaknyaaaalah sos tu. Dapat satu tupperware tu. Amenderla aku nak buat dengan sos banyak-banyak tu. Sempatla siap, tapi 2 minit lepas berbuka la. Anyways, here's the pic.
Verdict? Sedap. Tak yah buat kuah apa-apa dah pon. Kena pulak dengan bawang goreng. Perghhh. Sos ijau tu pon ok. Cuma banyak sangat. Len kali kalau buat, kena halfkan the ingredient. Pastu kalau beras basmati lagi bagus. Aku takde beras basmati, nak beli dah habis lak kat kedai. Tak cantik sangat nasik tu. Tak berderai. Jap gilah aku tulis resepi. Busy sket. Eh korang nak ker resepi. Tak yah kot kan.
Ok Kak PB, here's the recipe :
Ok Kak PB, here's the recipe :
Resepi Nasi Daging
4 pot kecik beras sebaiknya basmathi
2 sudu minyak sapi campur sedikit minyak masak
*2 ulas bawang putih
*4 ulas bawang merah
*Seinci halia
1 setengah bijik bawang besar dihiris
Penumis (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelage dan kulit kayu manis)
Daging dipotong kiub sederhana besar
Secawan yogurt
Sebatang serai diketuk
2 sudu rempah kurma
2 sudu tomato paste
Sebiji tomato dibelah 8
Daun ketumbar diambil daun sahaja
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
*Bahan di blend
Cara memasak
1.
- Perap daging dengan sedikit bahan blend dan garam
- Panaskan minyak sapi+minyak masak, tumis bahan blend sehingga wangi
- Kemudian masukkan bawang besar, setelah lembut masukkan penumis.
- Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air
- Kemudian masukkan daging yg diperap tadi
- Gaul sampai rata dan sampai empuk
- Masukkan beras, air, yogurt, tomato paste, (aku letak lemon sikit), garam dan gula, tomato dan daun ketumbar
- Siap
Sos Nasi Arab
2 biji tomato
3 biji cili hijau dibuang biji
Segenggam dalam 10-15 bhg batang daun ketumbar
Garam
Gula
Suku jus lemon/separuh limau nipis
Suku jus lemon/separuh limau nipis
1. Blend semua barang di atas
2. Siap
sila tulis resepinya
ReplyDeleteKak PB,
ReplyDeleteDah tulis dah.. Selamat mencuba
resepi nasi2 ni aku suka.. especially yg lauk ngna nasik masak satu periuk jer..
ReplyDeleteko jgn delete tau..aku blum salin..
Jem.
ReplyDeleteaku pon suke sebab tu, sebab tak yah masak dah lauk lain. Aku rasa kalau ganti daging dgn ayam pon ok. Tapi aku pakai bawang banyak sket sebab masak daging,takut bau hanyir daging kuat, so pakaila bawang banyak sket.