Thursday, December 1, 2011

Terkurang rezeki di situ..

Assalamualaikum wbh kawan kawan,

Sihat korang? Aku sakit tekak sikit hari ni. Isnin lepas cuti kan,  tapi aku ada kelas. Memula tu liat betul nak bangun. Malasnya, rasanya macam best benar nak bermalas-malasan atas katil tu. Tapi sebab aku dah ada missed kelas sekali, so aku pergilah jugak. Nasib baik aku pergi, siap ada short assigment, sebab lecturer nak kasik marks for those who made an effort to come. Alhamdulillah. 

Balik dari kelas, aku pergi beli mee rebus dekat satu stall ni. The last time makan kat situ, punyalah sedap. So belilah untuk aku dan Ed. On the way balik, aku nak singgah dekat Maybank. Nak bank in deposit untuk Afamosa (again! hahaha). Nak masuk ke maybank tu, aku kena lalu kawasan perumahan dulu.

Tiba-tiba tak semena-mena ada motor yang entah datang dari keluar dari simpang belah kiri, dan makan jalan aku. Kelam-kabut aku mengelak dari motor tu. Gedegang! Arrghh kena jugak. pakcik tu dah tergolek-golek atas jalan. Adusss. Aku terus je berhenti kereta. Tengok diadah tergolek tapi bangun jugak. Pastu bising-bising  marah aku cakap aku masuk jalan dia. Aku terdiam kejap aku pandang balik simpang yang dia keluar. Eh dia yang dok lane salah. Siap makan jalan aku lagi. Owh aku pon bukan main la lagi cakap, Uncle, you yang salah masuk jalan. Jalan you belah sana. You patut berhenti. Pastu dia kelam-kabut lari terhencot-hencot panggil sapa tah? Masa tu aku tak sempat fikir pon, buatnya dia panggil ramai kawan-kawan bangla mampus aku.

Kemudian keluarla two guys from the the houses nearby I presumed, dan tanya aku what happened. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati diorang keluar, sebab uncle bangla tu bawak kawan dia lepas tu. And the guys cakapla, yang uncle tu salah, kalau aku laju memang dia boleh termasuk bawah kereta, boleh mati tau. Anyways, to cut the long story short. Aku blah jek, takde buat report polis ke apa ke, nak mintak ganti rugi pon tak guna. So esoknya si Ed bawakkan le ke bengkel untuk ketuk dan spray balik bumper yang kemek nak jatuh sikit dan tepi lampu yang kemik. Nasib baik lampu tak pecah. Melayang RM500. Bukan rezeki aku la tuh.

My friend cakap jugak, kita ni baik sangat. Kalau orang dekat oversea, kalau imgrants ni buat salah, memang sampai lubang cacing diorang kejar. Yelah dahla pendatang more often than not illegal immigrants, pastu siap langgar kereta orang, kata aku plak yang salah when terang-terang ko tak faham undang-undang. Tapi as always, aku malas nak panjang-panjang cerita, I wanna go home makan mee rebus(hahaha), so aku blah jek, dengan bumper dah tercabut dari tempatnya sebelah. Grrrrr..

5 comments:

  1. hmm..tak tau nak komen apa..

    selama bawak keta, tak pernah la langgar org atau kena langgar..dan mintak dijauhkan la dari benda2 gini..

    keta calar balar pon, sebab anak2 seret ngan handle basikal depa bila lalu tepi keta...adeeehhhh...

    ReplyDelete
  2. Oren,

    Mintak dijauhkan. Kita orang pompuan, kalau deal dengan accident ni tak reti nak buat apa. Lagi2 kalau berlanggar dengan orang yang hostile gitu. Memang keluar air mata je karang. lagi2 kalau bawak bebudak sis..

    ReplyDelete
  3. berani ko turun dahla bangla lak tu, nasib bukan trick nak merompak aper..org selalu pesan kita pompuan kalu accident jgn kuar dari keta bahaya terus je gi balai or tempat yg selamat..lucky ada amuk guys dari perumahan keluar...takperlah beb duit melayang x per janji ko selamat...

    ReplyDelete
  4. a'ah la aku setuju dgn mawar.. sib baik bukan taktik merompak ke apa.. ingatkan citer psl mi rebus.. rupanya pasal eksiden. so mee rebus tu masih sesedap dulu ke idak?

    selalu nmpk accident kat MMR2, selalu gak berdoa jgn la pernah jadi apa-apa kat aku sepanjang lalu jln ni

    ReplyDelete
  5. Mawar,

    Tulah, dah few times kan aku terbuat perangai2 berani tak bertempat cam ni nih. OK aku cuba lebih waspada ok in the future.

    Joe,
    Tulah aku setuju jugak dengan mawar tuh HIshhh aku nih.. Mee rebus tu sadly not as nice as we tasted b4. Sebelum ni ada hirisan daging. Now ada cekodok dan tahu masam jek. Hammpesssss.. Kuciwa..

    ReplyDelete