Tuesday, August 12, 2014

Tutup alamat email

Salam, 

Kawan-kawan, 

Aku just nak inform korang yang aku akan delete akaun yahoo aku gemarena70s@yahoo.com.my tu. Sedih gak delete akaun tu. Tapi dah banyak kali akaun tu compramised. Nanti tetiba korang yang pernah email aku akan terima link lah apa lah dari akaun tu. Siot sangat. Dah banyak kali jadi tau.  Aku dah report kat yahoo. Tapi steps yang diorang suruh buat tu aku rasa not solving my issue. Few months jek dah kena again. So kali ni aku dengan hati yang saaangat berat decides to delete the akaun. Sayang sangat sebab akaun tu started dari tahun 2005 lagi, tahun aku mula berblog. 

Now blog tu aku dah privatekan. And blog kat sini jek publicly. Tadi masa aku tengah copy email addresses,  I found that banyak sangat email dari reader yang enquire dan share pasal journey diorang untuk conceive. Ada yang buat IUI, IVF ada jugak ICSI. I am happy that my blog inspire people to take the plunge untuk buat treatment to conceive. Yang whatsapp mintak pandangan pon ada. Aku jawab cuma cepat dan lambat jelah. Lagi cepat aku jawab email dari whatsapp kot, sebab banyak no whatsapp pening paler aku. Faham sangat perasaan anxious bila dah mula treatment, masa mula2 tau pregnant, dan faham sangat we need all the support that we can get. Lagi-lagi daripada orang yang pernah lalui the same phase kan. Aku alu-alukan kalau korang nak email aku tanya pasal treatment to conceive tu. Aku jawab dan tolong sekadar mana yang aku mampu ok. Untuk korang yang nak email dan nak share dengan aku pasal your journey, silalah email aku di cekna70s[at]gmail[dot]com

Pastu aku jumpa jugak email blogger yang aku rajin follow since zaman 2005 dulu. More than half of them dah tak menulis blog dah. Sedih betul. Walaupun ada FB, Insta and what-not, aku masih suka baca blog. Cakap banyak aku ni kan, aku sendiri pon jarang-jarang update blog dah. Kalau update pon pasal Farhan jek. Memang takde masa la. Pastu kalau nak mengarang pajang-panjang dan cerita detail2 memang time consuming sikit. Memang takde masa. But Insya Allah aku akan tetap menulis. Panjang ke pendek ke, jarang-jarang sekali ke, aku akan tetap tulis. Sebab suka nak baca-baca balik. Kalau FB gitu tak best baca balik. 

Kalau ada kawan-kawan lama yang baca dan nak email aku. My email is as per above. Nanti aku tukar dekat profile jugak. 

Oklah, aku mengantuk yang amat ni. Tak leh bukak mata ni. Cam kena gam. Ginilah aku kalau ganti puasa. Ngantuk memanjang. Ye, aku ganti awal sikit tahun ni. Insaf sebab cam nak gila ganti last minute sebelum puasa baru ni. Pastu aku nak cuba follow kengkawan office yang rajin puasa ni. Bagus betul diorang ni. Memang puasa Isnin dan Khamis, all year round. Hebat la. Semalam aku puasa first day, ya ampun sakit kepala. Hari ni belum sakit sangat lagi. Hopefully okay jek sampai berbuka. Okay geng, nanti aku tulis lagi. Take care peeps.



8 comments:

  1. kannn
    tpt jatuh lg dikenang
    inikan pulak tpt pernah bercengkarama
    i love my blog
    myblog is me
    wallahhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. I love my blog as well. pasal tulah masih memblog walaupun bukannya ada sape sangat baca hehehe.

      Delete
  2. selamat mengganti posa cekna :)

    aku dh habis ganti..hahahahaha...

    tinggai nk completekan posa sunat Syawal plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ren. And thank you for checking this space, still. Walaupun hari2 kita dok sembang kat wa. hahahah. yelah ko tinggal baper hari jek pose kan. sabo je lerr..

      Delete
  3. Jika ada masalah macam tu baik delete kan. Nanti macam-macam masalah pula yang datang. Kena biasakan guna email baru pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. kesian kawan2 dalam address book tu, asyik dpt email virus jek. Tak pepasal je kan.

      Delete
  4. Akak banyak tempat yang masih aktif... hahaha... adoiii la... tapi masih tak layan tweeter, insta ... google plus pun jadi tempat hantar gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya FB pon tak aktif sangat. Sesekali jek update. FB meniaga aktif la sikit. Blog masih aktif walaupun jarang2 update. Takpe bila free. update jela kan.

      Delete