Wednesday, June 4, 2014
What I have been up to
Friday, May 16, 2014
Farhan dah 18 bulan
![]() |
| Zaman-zaman meraung.com |
![]() |
| Superman's Day out. Selalu buat muncung cam tu kalau nak terjatuh or sakit |
![]() |
| Ni ikut ayah dia solat, ikut dan jek kiblat ikut mana |
![]() |
| Ni dengan cousin dia Ashley. Ashley demam masa ni. Moyok jek. |
![]() |
| Cak! |
Thursday, April 24, 2014
Study cekna study!!
Lahh naper gi update blog tu? Okla kan. Buat short update. Aku pernah tgh study benti jap gi buat karipap. Patutla x abis2 belajo ko nih.
Pic taken at Bangi Library.. laterrr..
Sunday, April 6, 2014
Ralat sikit
Terjaga at 4 am Farhan nak susu tadi. Syukur terjaga, sebab tak solat isyak lagi. Alang2 bangun tu terus clearkan bottle dan basuh toilet sikit sebab esok tade air. Ingat nak turun bawah tadah untuk drinking water pulak. Tapi errr takut ahahah. Kalau kat apartment dah buat segala dah. Apartment comel nak laundry ke masak ke pukul berapa pon x kisah. Takpelah dah pindah pon. Move on. Hehe.
Aku dok tengok2 fb page kursus yg aku pegi seblum ni. Ada sikit ralat dlm hati. Ralat sebab tak dpt all out buat Ms.Husna. Selagi aku kerja full time ni memang tak all out la bisnes. Masters aku pon tah ke mana ni. Sedey la. Aku rasa as if aku dah nampak peluang, dah ada direct access untuk everything that i need to make it big... and i am letting all that opportunities just passed me. Rugi sangat.
Masa tak sesuai sangat lagi. Farhan pun tgh stage super duper clingy and bossy. Susah aku nak gerak. Nak buat apa2 pon nak kena tunggu dia tidor dulu. Haru camtu. Nak update new collection, nak sort tudung, nak hantar design ke kilang, nak collect. Sumer kena tunggu dia tido pastu berdesup aku gi buat itu ini. Tp x efficientla. Buatnya dia xmo tido? Dan ni on weekends jek aku boleh buat. Other days malam lepas dia tido jek aku berpeluang nak buat apa2 which by then aku pon selalunya dah pancit.
Buat masa ni, aku x dpt gerak dgn laju la Ms.Husna ni. Collection baru aku tak gi amek lagi dekat kilang. Tak sempat. Dah amek karang nak sort, style, photoshoot, edit, coding, upload sumer tu takes time. Takpelah one by one. My priorities is at Farhan ni. Kecik lagi. I will get there.. sooner or later.
Wednesday, March 26, 2014
The trip... Pheww..
- Kami bertolak pukul 10 ke Kluang dengan 3 kereta. Nak attend wedding sebenonyer. Konvoi. Sebenarnya masa nak bertolak ni pon Farhan dah bad mood sikit, sebab dia dah siap pagi-pagi lagi tapi kami lambat gerak. Biasalah kalau konvoi camnilah.
- Tau jelah kalau cuti sekolah, ya Allah hiway plus tu jem cam harom jek. Grrr. Mulalah Farhan nak start dondang sayang. Tapi dia tido jugak lepas tu. Alhamdulillah.
- Dek kerana kami lead the way, we had to stop when geng konvoi nak stop for toilet break. Budak kecik ni ko taula kan. Bila kereta benti jek terus jaga. Adeii.
- Sampai di kenduri. Walaupun lambat dan pukul 2 masa tu, ramai sangat orang lagi. We had to wait quite a bit before seated and makan. Ok aku tak komplen bab ni tau. Aku faham, cuma mencabar sikit bila bawak budak yang tak berapa friendly bila kena berlama-lama di kenduri. Ye adala aksi dia terlentang dekat tengah-tengah kenduri tu. Protes nak apa tah, adoila.
- Dekat pukul 4 gitu kami gerak balik. Before gerak, aku tukar pampers budak 'comel' tu dan gerak. Dia dah cranky, badan pon macam panas sikit. Tak mo duduk car seat. Dok belakang dengan aku sambil membuas, dan main tingkap sampai tersepit jari. Ya Allah. Sabo jelah.
- Kami ke Taman Merdeka, lepak-lepak dengan a friend of mama. Aunty Anne. Best. Nyaman. Berangin. Little EarthkuTeaRoom. Minum teh. Farhan pon let loose sikit kat sini. So he's quite ok.
- About 7 gitu kami gerak ke hotel. Aku book KSL apartment. 2 bilik harga RM280. Murah jugak walaupun cuti sekolah.
- Park dekat shopping mall, nak pegi check in rupanya salah block. We had to bring all our belongings across the mall dan check in ke apartment. Jauh jugak. Anak buah aku cakap, "Embarrasingnya berangkut beg-beg ni sumer thru mall ni. Nasib baik tak bawak tilam dan bantal busuk,"
- Check in, pastu tetiba receptionist cakap bilik tak ready lagi! Dah pukul 8 malam bilik tak ready lagi!! Masa ni I can hear Farhan meraung-raung kat background. Aku toleh dia tengah guling-guling kat lantai lobby tu. Adei. Memang aku sound gak reception tu " How come the room is not ready? I bukan datang check in pukul 3 i datang pukul 8 ni. This is so unacceptable. Can you hear budak yang meraung-raung tu? That's my son. Kalau you tak nak dia meraung-raung ganggu guest you yang lain, get me a room now. Call whoever. Call now," Aku cakap. Takdelah aku jerit tapi aku cakap tone tegas gakla. Geram tau. Memang jenuh dia call takde saper angkat. 45 minutes later baru siap bilik. Muka memasing kelat dah. Dahler bapak aku ada sekali masa tu. Adoilaa.. Alhamdulillah bilik ok, baru, cantik, luas. Kalau tak memang amukan lagi sekali. Farhan pulak naik je bilik, bila takde strangers terus ok jek. Sengih-sengih main-main. Ya Allah sabor jelah anak aku ni. Kelam kabut jadiknya sumer orang.
- Esoknya another disaster. Sumer orang check out the same time. Apartment tu ada 40 tingkat. Lif ada 4 jek. 45 minit tunggu x dapat lif lagi. Baba aku yang ada heart condition tu turun tangga dengan cucu-cucu dari tingkat 17!! Mama berjaya dapat naik lif. Aku berjaya gak dpt sambil dukung farhan meraung-raung dlm lif tu. Ed had to go down the stairs, angkat stroller ok!! Such a bad experience. Seriously. Memang aku tak recommend korang stay situ.
- After that, we went again to Taman Merdeka. Had brunch and kasi Farhan jalan-jalan. Lepas tu cebok dia, mandikan sikit dan kali ni aku ckp kat mama, kami gerak dulu. Tak konvoi.
- Alhamdulillah, Farhan slept majority of the time masa balik tu, jem gila dekat Senawang. but Ed masuk lekas dan potong ke Bangi lama masa tu. Jem jugak sebab traffic light punyalah banyak.
- Sekian. Penat oi. Kesimpulannya buat masa ni kalau travel dengan farhan :
![]() |
| Ni sebelum tersepit jari. Kalau tak men'comel' memang comel kan. |
![]() |
| @ Taman Merdeka, JB |
![]() |
| KSL Apartment. Spacious dan cantik. |
- Tak boleh konvoi. Mesti boleh gerak dulu before Farhan start men'comel'
- Tak boleh travel more than 3 hours
- Kena gerak pagi-pagi, masa mood dia baik.
Friday, March 21, 2014
Promosi Ephyra
Monday, March 17, 2014
#Pray4MH370
Tuesday, March 4, 2014
Cam ni la kedai yg aku suka!
Selingan kejap kat entry lepas. Gamvar dekt laptop 1 lagi. Galaxy note aku rosak so x dpt retrieve gambar dr situ.
Anyways just short update jek. Nak share dgn korang my kinda shop. Dah pernah citer kot dulu. Aku kalau plan week tu nak masak memang akan ke kedai ni sebab mudah sangat.
Tgk gambar bawah ni. Sumer dah prepack and prewash. Tapi aku wash jelah semula kan. Sekali masak. Campak lam kuali or periuk. Habis sumer. Takde aku nak simpan carrot or petola separuh dlm peti ais sampai kecut hahaha.
Dr atas sawi goreng campur dgn mushroom. Kiri bawah ialah dagung salai dgn belimbing dan kanan ialah fav farhan petola dan suun. Ada fishball sekali. Sup tulang dan kerang rebus with ingredients dah selamat masak tadik. Oh ya ikan cencaru dan siap letak sambal pon ada. Tinggal goreng jek.
Ni kalau malas lagi tataula nak kata apa. Ni semya dibeli di HS Nada di sek 7 Bangi. Sukerrr!!!
Tuesday, February 25, 2014
Happy Anniversary to Mak Pak Farhan
Wednesday, February 19, 2014
Terganggu fikiran
Kat opis ni teringat-ingat dan terdengar-dengar dia nangis tadi.












