Tuesday, February 10, 2015

Home made nugget

Aku ni dah lama tak masak-masak yang luar dari kebiasaan. Selalunya masak yang basic-basic jelah. Nasik dan lauk-lauk biasa. Or spagetti sebab Farhan suka. Masa cuti Taipusam baru ni, aku decided nak buat nugget ayam untuk Farhan. Dah lama terpikir nak buat tapi tak sempat dan tak cukup barang. Disebab kan Farhan tak berapa makan sayur sekarang, aku letak carrot dalam nugget tu dan garlic lebih sikit sebab dia selalu selsema. 

Bahan-bahan senang jek.
2 keping dada ayam
3 bawang putih
1/2 bawang besar (tumis sampai lembut)
1/2 batang carrot
1 cawan breadcrumb
1 bijik telur
garam 
lada sulah

Cara memasak
1. Masukkan semua dalam food processor. 
2. Bentukkan ikut suka
3.  Celup telur, golek2 dlm breadcrumb dan goreng

Kalau takde food processor, boleh guna daging kisar apa-apa brand. Bahan lain masukkan dlm blender kering. lepas tu gaul je pakai sudu. This recipe makes 40 pieces. Lepas shape boleh freezekan untuk makan bila-bila. Ni basic recipe, boleh buat burgers, salmon balls, meatball dengan resepi ni. Boleh tambah herbs atau apa-apa yang u olls suka.
Sebelum di bentuk
Pan fry
Ciap
Untuk mama dan ayah, guna nugget utk buat wrap
Panaskan sikit lepas gulung, ciap!
Makan nugget pakai garpu yo!

Monday, January 26, 2015

2015 so far

It has been hectic 2015 so far. Kejer tahap tak angkat kepala. Banyak sangat planning and work kena siapkan. Pening kepala hoih. Lepas tu nak kena buat costing bagai. Sakit kepala tau tak. Some of the days tu my body pon has give in, tak larat sakit badan lenguh tak pepasal pon iya gak. Most days balik lambat. Mencik! And most time Farhan is the last to leave day care. He seemed ok. Dok gurau-gurau dengan kakak-kakak. But the guilt I felt, oh. Tak tergambar. Dalam kereta masa drive laju-laju nak ambik dia pon nak berjurai dah air mata. 

Last 2 days ada bengkel. Ended at 11.40 pm. Habis jek, berdesup aku dan mak-mak lain balik. Start kol 9 malam memasing dah tengok jam dah. Tak keruan aku. Tapi nak buat camner, x boleh escape. Kena stay sampai habis. Itupon esoknya, hari Sabtu ada sambungan, where I can't attend sebab Ed ada hal tak ada siapa nak tengok Farhan. Sampai je rumah both my 2 guys dah tido. Sedeynyalah.

I missed the 3 months where he is the first to leave daycare, during my study leave.  And we had time to go the park. Ni balik dah malam. Penat. Otak aku pon drained. As much as I am happy to see him, sebab otak penat, kekadang level of tolerance tu kurang bila dia 'mencomel. Kesian dia. Tak bersalah. 

Gambar dekat phone. Nantilah aku letak latest pic. Now suka nau berangan cakap kat telefon. Aku dan ed kadang-kadang jeling-jeling dan gelak-gelak dengar dia cakap. Best oi ada Farhan.

Eyyo.. 
Neni aner?
Ni An ni. 
Aki aner?
Red Tar An ada two. (Red car An ada two)
Yoyo  Tar An nenyer (Yellow car An punya)
Ok bai. Cee you. 
Asih. Ame. Ashihh.. ashihhh.Ame. Ashihhhhhh!!!! ( Terima kasih. Sama-sama. Terima kasih!!!)

Ok lah. Later peeps. Sambung kejer sikit.

Friday, January 2, 2015

1st entry for 2015

It's 1.57 am and I am having trouble sleeping. Maybe petang td dah tidur berjemaah with Farhan or my mind is racing and thinking milllions of things at the same time buat aku tak lelap.

Resah gelisah jiwa. Mungkin sebab tak leh solat. Serabut kepala. Tahun 2015 dah bermula. Walaupun banyak aku achieve in 2014,  tapi sebab tak habis-habis master ni makes me feel like a failure. Rimas boleh tak. Semangat pon dah takde dah. I just wanna get on with my life and do other things. This master or rather my inability to complete it is holding me back from excelling in other areas.

Trying to look in a bigger perspective,  2014 is spent much being a mom to Farhan. I dropped everything for him. Tak sihat sikit, aku cuti. Sampai boss pon aku rasa bengkek jek, asyik EL. Sorila bos my son comes first. Kalau tak buat apa-apa or pegi mana-mana just guling-guling dan bergumpal dgn Farhan pon aku rasa content. Such a great experience. Now that dia tengah nak start bercakap owh bestnya pastu banyak mender-mender kelakar he did yang buat aku dan Ed terburai gelak. Siang tadi baru jek dia cakap kat neighbour aku,  bye nenek.  Jiran aku tu baya aku! Omg farhan selamba kodok je ko panggil org nenek!

Thank you Allah for choosing me to become a mother to this wonderful, cheeky boy. I love and will cherish every second i spend with him. InsyaAllah.

Pasal banjir kat pantai timur. Memang dasyat kan. Som kampung macam kena langgar garuda. Nothing left except the clothes on their backs. Memang nangis tengok berita atau kat media sosial. YA Allah ringankanlah beban mereka dan bukakanlah hati kami rakyat Malaysia untuk.menghulurkan bantuan dengan ikhlas.

Oklah dah ngantuk. Post merapu sikit. Dan bercampur-campur. See ya peeps.

Tuesday, December 30, 2014

#prayforpantaitimur

Saturday, December 13, 2014

Bersiaran dari Langkawi

As salam semua, 

Ngantuk tapi nak tulis jugak some memories of our short getaway in Langkawi. Dedulu kerap gi Langkawi. The last i came was maybe 2008. Kali ni dtg bertiga dengan Farhan. This is Farhan's second airplane ride. 1st was to KK masa dia 4 bulan. Eh aku belum upload lagi gambar gi KK kan? Hahahahha...

Ok sambung balik. The day before we left tu was a hectic day for me. Pagi tu teman Baba pegi rawatan. Then petang ada meeting dekat opis. Malam tu packing and at 7 am in the morning aku masih dok scan documents to email to the office. Haihh.. Mikir balik no wonder aku penat gila. Aku kononnya buat mobile checkin for the 3 of us. Ingatkan tinggal drop beg jelah sebab dah ada boarding pass. Nah amek ko drop bag pon beratur macam nak mati. Aku rasa even sampai 2 jm sebelum pon ada can terlepas flight. Maybe cuti sekolah kot. Bila officials MAS tgk departure time dia directkan aku ke lane lain sbb katanya boleh terlepas flight camni gaya.  So aku pon beraturla. Farhan dah start tak cooperate masa ni. Nak berlari keliling KLIA tengah ramai ramai org tu. Huuu nangis mak ko tgk nak.  Eventually everything went well jugak walaupun ada situasi where org ni suruh beratur situ and vice versa. But ada staff yg baik hati nampak muka aku dah mula cemas dgn anak kecik pulak tu. 

Dalam flight Farhan ok. Ada penumpang baik hati arrange sendiri tukar seat supaya Ed dpt dok seblah aku. Farhan takmo pakai seat belt sendiri mula-mula tu. He only wore kalau aku share dgn dia. So we were strapped together for one hour flight. Aku consider dia ok. Adala waktu dia gelupur gak. But overall ok. Alhamdulillah syukur dah kat situ.
Enjoyed Artisan Pizza by the beach
Sampai jek kami tunggu beg dan sewa kereta. Sewa Viva RM160 for 3 days 2 nights. Dek kerana awal lagi kami pusing-pusing dulu keliling pulau. Bought Pizza dekat Artisan Pizza Harbour View. Makan kat tepi pantai. Lepas tu dekat pukul 2 kami pergi check.in kat Resorts World formerly known as Awana Porto Malai. Dulu2 pernah stay sini. As expected bilik belum ready lg. Aku dah berlengas dah masa tu. Langkawi memangla panas berkuap. Fengsan. Tp nak marah pon tak guna. We were early. Once dpt masuk bilik mak pak farhan dah fengsan. Farhan dok cargas lagi. Bilik OKlah ada 2 queen size bed. Fit for purpose. Service ok. View, to die for.

Panas ceng-ceng masa ni but the view is breathtaking kan
View from our room.
Anyways malam tu kuar ke Kuah. Masa tu dah lapor gila kot. Carik restoran Wan Thai tak jumpa-jumpa terus ckp kat Ed malan kat thai restaurant ni lah. Dekat dgn Haji Ismail punya kedai. Oklah food semer ok. Service cepat dan makanan sedap. Harga emm bolehla tahan. Yg tak berapa ok is Farhan xmo makan dan tak mau langsung duduk. Nak main2 kat luar. Kejar cat. Main gendong2 belakang dengan aku,  kejar2 keliling tiang. We took turns makan. Lepas tu gi shop jap HIG. Masa ni Ed dah dukung Farhan sebab banyak brg kaca kan. Dan ya ampunn ramainya org. Risau kan. So dukungla Farhan yang saiz tak berapa nak baby tu. Tak byk pon beli. Habis je beli kat situ. Kami pusing-pusing pekan Kuah jap dan balik ke hotel.
Resorts World Hotel - ada 2 katil queen super nice view
Esok pagi kami turun utk breakfast. Masa ni mencabar betul. Pertama org ramai sampai xde seat. Kena tunggu org bangun dulu. Food ok. Banyak choice dan hotel staff cepat replenish food. Kedua, Farhan tak mau makan dan tak mau duduk langsug . Grrrr.. nak berlari kat deck tgh panas gila tu dan nak tgk laut. Seram aku budak ni. 

After that kami terus keluar pergi ke duty free shop sebelah underwater world. Tak beli apa pun. Lepas tu terus beli ticket kat underwater world. Oh berbaloi sangat bawak Farhan dtg sini. H enjoyed watching the seal and penguins. Memabg dia bersila tengok those two. Ikan2 dia tak heran sangat. Worth it sangat. 
FarGuin hehehe
Lepas tu kami pergi makan laksa dekat dengan airport. Laksa ikan sekoq. Aku amek pasemboq dan minum air kelapa. Laksa tu sedap. Pasemboq biasa2 jek. Farhan again langsung tak makan. Tapi dia leka dok main pasir. Aku dgn ed dok perati jelah. Jgn ada taik kucing sudah. Once dah siap makan dan penuh pasir atas kepala farhan. Kami balik. Now dah reti jadik mak pak yg cool. Gasakla nak. Explore lah jangan bahayakan diri sudah. 
Laksa ikan sekoq enjoyed by the sea under the shade. Priceless.
Pastu kami blk hotel jap sebab Ed nak gi solat Jumaat dan aku pon rasa a bit unwell masa tu. So elokla dpt rest jap. Ptg sikit we head to oriental village sbb nak naik duck tours. Ala boat amphibian tu yg boleh jalan atas darat dan air kan. 

Sebab we just missed one trip. The next one is in 45 mins. So kami jalan2 dlm oriental village tu. Nak naik cable car, rasa Farhan ok dlm cable car. Cuma aku  tak berani nak jamin yang dia tak akan buat aksi2 mendebarkan kat atas platform high up tu. Aku pegi beli tshirt jap while Ed bawak Farhan main kat playground. 
Dah bawak gi playground. Mana dia nak balik. NAK MAIN! NAK MAIN! Meronta ronta sampai Ed kena dukung dia keluar dan aku cakap pegi belikan dia air. Aku gi toilet kejap. Keluar toilet nampak Farhan tgh dok dengan baiknya sambil minum air. Naik jek duck tours. Dia rileks jek enjoying the rides, masuk je air maybe sebab terkejut bunyi dan air terpercik Farhan started to cry. Nak naik ma. Nak aik. Situ....situ..situ.. Sudahnya dia dok atas ayah and kejap-kejap atas aku macam anak koala bear sambil kejap-kejap menangis hiba. Hahaha. But the last 15 minutes to dia ok dah. 
Baru lepas nangis

Lepas tu kami ke Pantai Kok, Ed nak bawak Farhan mandi pantai. Laut tenang jek takde ombak langsung. Farhan ni pulak, dia associate mandi mesti kena bogel. Adeh nak bojel-bojel lak masuk laut tu. We managed to persuade him pakai his shorts and mandi. Memula dia terselam kejap dan nangis. Lepas tu dah seronok main air dah sampai taknak balik. Macam-macam tau Farhan ni. 


Malam tu aku dah rasa tak sedap badan. Dan aku dah tak daya berkejor dengan Farhan. Masa makan dan masa kat airport dia tak cooperate sangat. So malam tu dinner cam orang kaya order room service. Memula dapat chicken wing kurang masak. I called back and informed them. The hotel staff datang and replace them with new ones. Quite cepat service diorang ni. Walaupun orang super ramai. 

Esoknya after breakfast kami dah nak gerak balik sebab flight pukul 11.30 pagi. Takut perkara sama berulang kami pergi check in awal-awal. Tapi bila check in awal cabarannya ialah Farhan wants to run dalam tu. Kan aku mentioned td dua keadaan doa tak cooperates sangat is masa makan dan dekat airport. Tapi berjaya buy time dalam 45 mins minum-minum dekat MarryBrown sambil Farhan tengok video ABC dia. 

Alhamdulillah, dah pun balik. Overall Farhan okay jek. Mak pak nya jelah lelah. Dah tualah katakan hahaha. Activities pon tak pack sangat dan pergi tempat yang dia akan enjoy jek. Memang takde can nak pegi makan-makan sangat sebab dia tak minat makan especially kat luar. Bayangkanlah 3 hari 2 malam dia cuma makan semangkuk kecik whipped potato dan 3 keping biskut. Selebihnya susu jek. Balik rumah baru makan nasik. Sabar jelah anakku. Bila ada anak pace berjalan dan activities memang dah lain kan. Tengahari kami akan balik bilik kejap for his nap time. Lepas tu br sambung jalan. But we enjoyed ourselves nonetheless. Seronok. But at the moment plan nak travel kena tunggu dia besar sikit lah. He will enjoy it more, dan kami pon perhaps takle semput mengejor dia jek. But who knows tau jelah aku ni kan. Tetiba je gi book ticketlah haperlah. 

Wah dah lama tak mengarang panjang macam ni. Kikiki. Teringat zaman dolu-dolu berblog. See u later peeps.

On our back. We heart Malaysia Airlines
Fav word Farhan - Yeay dah syampai

Wednesday, December 10, 2014

Bukak booth

Assalamualaikum wbh, 

Pukul 1 suku pagi now. Td aku tukarkan diapers si Farhan. Dia ni lately memang kerap bocor pampers. Tau2 aku dah tido atas air kencing dia. Kekadang ngantuk sangat aku amek kain batik alas. Aku sambung tido. Esok jelah aku uruskan. Hahaha. Mana tak bocor, susu 9 oz dia habiskan in 2 minutes pastu dia ckp nak agii.. hehe.

Last week aku bukak booth Ms.Husna Hijab kat Putrajaya. Ya Allah lupa langsung nak war-warkan kat blog. Walaupun xdelah ramai reader tp announce jelah kan. If not merasa la kita jumpa ye tak. Kahkahkah..ko ingat ko retis cekna? 

Ni kali kedua bukak booth. And i think i am getting better at it. Kurang segan nak approach dan attend customer. Dok demo tudung jek kejernya. Unconciously aku picks up and practice what i observe at some big Hijab outlets. Org tgk or usik jek terus attend. Bila tanya jek terus bukak dari hanger dan offer them to try or demo to them. Walaupun i havent mastered the art yet. Tapi kalau customer service bagus, more than 70% of enquiry that day turned into sales. Alhamdulillah thank you Allah for the rezeki, peluand dan ilmu yg aku dpt masa bukak booth ni. Seronok pulak. Sales was OK syukur sangat. Idokla meletul-letup. But OK. Following the bazaar the online sales was ok too. So alhamdulillah.

Kalau org yg kenal aku tau sangat aku ni bukannya friendly sangat. It's a big effort for me nak menjual. Nak promote. 1st time dulu segan gila. This time around kena proactive. This is my business. Duit sewa tapak tak lepas lagi ni, duit nak bayar kat crew, modal lagi. So kena sungguh2. Semangat kena tinggi. But I enjoyed it. Totally pengalaman berbeza dr apa yg aku experience kat tempat kerja aku sekarang. Penat. But something different. Best.
Farhan dan Ed along with my MIL dtg visit us at the booth jugak. Kejap jek they came. Berlari si Farhan sana sini. Berpeluh ketiak aku mengejornya. Pastu si Farhan  cukai aku beg lion satu. 

Oh ya sekarang Farhan dah pandai count 1 to 10. Dan kenal nombor2 sekali.  One. .Two..Twi..Four...Fai..Six..LION..Eight..Nine..Ten... ahahhaha.. gasakla dek. Dekat dah bunyinya tu. 

Oklah ngantuk sangat dah aku. Asyik silap taip jek. Later u ollls.
I leave you with my sayang's pic. 

Sunday, November 9, 2014

Farhan is 2

Last 3rd November Farhan turned 2. Ya Allah cepat sangat masa berlalu. Memula aku nak buat some small celebration. Tapi busy sangat. Makin hujung tahun makin banyak hal pulak.  Dengan bz study, bz beli rumah pulak. Ya ampun mahal giler kan rumah sekarang ni. I save this our headache nak beli rumah ni for another entry. Entah bila la aku update tu kan. Ahahhaa. Plus Farhan pon kecik lagi bukan dia faham pon, kang mak dia jek yang gedik lebih tu. Yang ni memang confirm.

But walau tak celebrate beria aku tetap nak mark this date that my much loved son, Farhan turned 2. Ed went and bought him the cake. Lupa plak nak pesan beli la kek katun-katun sikit barula semangat si Farhan nak potong. Ed pula sebab nak kejar masa bought the cake kat Secret Recipe, takde hiasan-hiasan. Farhan pon  jenis tak suka orang kerumun-kerumun dan attention lelebih kat dia, mulalah nak nangis bila orang nyanyi happy birthday kat dia. Haa pasal ni jugak aku malas nak buat Birthday bash ke haper, kang orang ramai2 nyanyi and wish dia, dia bantai selok nangih pulak. Tak daya aku nak layan. Tunggula besar sikit ok dek. Anyway another factor yang nangis sampai genyeh mata tu is sbb ada lilin. Dia cakap, anasssshhh.. Hahhahaa. Lepas mama dia tiup lilin baru dia cool sikit nak potong, kahkahkah. So after that he happily potong kek untuk semorang.

Farhan is 2!
Takde gambo posing sebab member dah sentap, hahaha.
Ni esoknya happy jek
Tengaj tulis cek.  Meja study ni hadiah dr aki dan neni. He loves it so much.
Balik taska jek terus duduk sini. Baca, makan semer kat sini
Ni menan block papalong bagi. TQ papalong! Sambil tunjuk gigi
Alhamdulillah. Thank you Allah for this wonderful boy. Tiap-tiap hari when we watched him sleeps, Ed and I will always say, besar dah anak kita. Baik sangat Farhan ni. Syukurnya that we have him as our son. Surreal tu kadang-kadang datang jugak. Ya Allah 9 years of waiting, and you lend us this boy, absolutely and undoubtedly worth the wait.

Dah banyak vocab dah dia sebut, dan boleh buat simple sentence. Kenal few abjad. Kalau dengar Fatihah, dia boleh sambung hujung-hujung and of course, sebut Amin. Sangat suka main the blocks, dan mesti kemas lepas main. Siap marah lagi kalau aku cakap, mama kemas later, jom naik. Takdenyer ok. Kena kemas semua mainan di tempatnya. Blocks jangan campur-campur. Tah perangai sapa la diikutnya organize sangat tu hahhaha. Mak dia serabut dan serabai sokmo. 

Oh rumah kami ada slides. Neni farhan belikan dulu. Kalau cousin2 farhan datang memang serbu slides ni. Farhan still plays them bila datang mood dia. Maybe sebab ada slides kat rumah dia tak heran sangat bila pegi playground. Dia lagi minat berlari keliling taman tu daripada main.  

Muhammad Harith Farhan, mama doakan Farhan sentiasa dalam lindungan Allah, disayangi dan disenangi semua orang. Ya Allah, jadikanlah anak kami ini anak yang soleh, anak yang menunaikan solat, anak yang sukakan Al-Quran.  Jadikanlah anak kami, anak yang bijak dan berbakti pada agama dan keluarga. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan jadikanlah anak kami lebih baik dari kami. Berilah kami ilham dan petunjuk bagaimana untuk menjadik ibu bapa yang baik pada Farhan. 

Muhammad Harith Farhan, mama and ayah love u, always.

Thursday, October 16, 2014

Cuti dan masak-masak

Salam korang,

Haih slow sangat update blog sekarang kan. Tah sape jelah yang baca. Takpe-takpe. Aku sekarang tengah cuti belajar 3 bulan. Konon-konon nak habiskan thesis. Entah cemana nak habis pon tak nampak lagi. Tapi cuba jelah. Korang doakanlah aku habis cepat-cepat. Kak Izawani tu habis lama dah. Jeles tau. Nyesal aku tukar balik amek by Research. Hmmm. Mesti ada hikmah ni sabarla cekna. 

Br jek aku start cuti less than 2 weeks,  menderu deru org offer job freelance.  Tu belum campur headhunter dok call aku offer kejer lah haper lah. Offer gaji mahal-mahal belaka. Memang 5 figure belaka. Kat tempat kejer aku sekarang, dekat nak pencen pon lom tentu 5 figure. Kesian kan. Why am I still here when banyak opportunities come knocking? Aku adalah reason aku. My priorities are different now. Pening paler aku dengan offers ni.  Aku bukan berhenti la cuti 3 bulan jek. Hishh, buat aku terpikir-pikir jek.

Topik lain, sekarang ni Farhan dah start pandai main sendiri so boleh la aku masak dgn tenang sikit. Bukanlah masak hebat-hebat pon. Jemu makan beli pon 1 hal lagi. Another thing yang agak beria masak ni ialah sebab aku nak pujuk si Farhan ni makan. Dah 3 minggu tak mau makan langsung. Kurus kemain dah. Risau aku. Memula sebab demam dan muntah-muntah sikit. Pastu dah baik pon tak mo makan jugak. Aku tengok gigi geraham ada 4 batang sekali kuar, gigi taring bawah tengah keluar 2. Tak selesa gamaknya. Cian dia.

Anyways, mehla aku update gambo masak2 sikit. Dulu2 rajin gila kan update gambo masak2. Dulu laaa.. Jamu mata dengan food dulu ok, laterrr..
Takoyaki. aku baru beli tako maker. Ni farhan makan
Nasi ayam. Patutnya fav farhan. Tapi takmo jugak
Hash brown tu selalu dia makan gak, takmo
Ni mama dan ayah punya
Baked pasta, ni dia makan sikit

Friday, October 3, 2014

Makan tengah malam and Farhan's update

Konon2 tak nak makan dinner tadi. Kenyanglah, haperla, mengada sangat. Sekali Farhan dah lelap mulalah gelupur lapor. So aku turun dan buat instant noodle. Hahaha. Lama gila dah kot tak makan. Tahun ni ada makan maggi dok? Macam xde jek. Maggi goreng kt mamak pon tak dek. Sebab mana der aku lepak mamak dengan His Royal Highness Farhan tu kan. 

Well, sesambil nak suap mee segera tu banyak gak doa2 takut sakit perut. Perut aku ni sensitip sikit. Tak leh salah makan langsung. 

Anyways, memandangkan semua dah tido. Dapatlah some  Me Time.  Makan dengan aman sambil tengok reruns Fashion Star. Serius dah lama tak tgk citer2 x berfaedah gitu. Best hoih. I dont watch much tv nowadays. Not just nowadays. But since the arrival of His Royal Highness tu hehe. I love watching The Good Wife and Downton Abbey but seriously dah lama sgt tak tgk. Bila ada free time sikit aku gi kelebet kain and packing tudung utk pos pulak. Photoshoot tudunglah hahaha. Busy benor kan gayanya. 

Anyways, nak citer pasal Farhan pulak. Hihi mestilah kan mana boleh tak citer pasal kesayangan mama tu. Last week dia tak sihat sangat. And Ed was not around for 4 days 3 nights masa Farhan tak sihat tu. Oh fenatnya rasa. And budak ni kan asal demam kejap jek susut badan dia kan. Kesian dia kurus. But he is better now. Alhamdulillah.  Bila ayah balik nak berkepit dengan ayah jek. Ye nak, silalah berkepit dgn ayah tu ye. 

Dia dah start bercakap more than 1 word now. Macam nak try construct a sentence. Maa nak air. Maa nak aik atas. Bila dia main getah paip dan jirus aku dia cakap, asahhhh mama. Yer dek. Basah udah2 la menjirus mama ni. He still tak sebut hurup U sngat. Jatuh is jatih. Takut is takit. Tapi dia boleh cakap tumpah. Air bertakung lepas hujan pon air tumpahhh. Hahaha. And now kalau nak susu dia akan ckp nak ssiu.. ssiu.. so boleh paham sikitla. 

Betul macam mama aku cakap, once he starts talking, and we understand him better he will throw less tantrum. Tapi dah pandai cakap bossy la pulak kan. Maaa nak aik...atass...aikkkk atassss!!!!!
Hahaha i love this boy.  Nah amek gambo dia 2 keping. 

Oklah nak tido. Laterr..

Tuesday, September 23, 2014

Promosi Ephyra dapat sehelai instant shawl?

Assalamualaikum wbh, 

Rasanya ramai yang dah tahu pasal Ephyra. Aku sendiri dah consume Ephyra ni dah setahun lebih sejak umur Farhan 4 bulan. Masa tu agaknya hormon belum stabil, kulit kering dan muka cam bercapuk-capuk gitu. Lepas pakai seminggu eh, rasa kulit cam lembab dan supple je, rambut kurang gugur, dan muka jadik radiant. Taklah pucat sangat. Tona kulit jadik sekata.  Dan err lawas hehehe. So aku maintain consume Ephyra sampai sekarang. Bila dah dapat produk bagus macam tu, tu yang terus jadik agen tu. 

Antara kelebihan Ephyra ialah :
  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
Kandungannya pulak boleh baca dekat sini  
 
Kepada kawan-kawan yang nak beli Ephyra, kali ni aku buat promotion.

Beli sekotak harga RM197 dapat sehelai tudung instant Laila/Dalila
Beli 2 kotak pada harga diskaun RM 375   dan dapat sehelai tudung
instant Laila/Dalila
Beli 3 kotak pada harga diskaun RM 535  dan dapat sehelai tudung
instant Laila/Dalila

Tudung instant Laila dan Dalila ni dari brand Ms.Husna Hijab brand keluaran aku sendiri. Boleh browse FB Page Ms.Husna Hijab untuk koleksi penuh. Banyak tudung-tudung custom made cantik-cantik dekat situ.
Haih dah teritalic pulak semua font tak mo tegak dah. Grrrr..


 


Tudung ni, sarung jek dan pin. Cantik jek jatuhanya. Labuh depan belakang jangan risau. Boleh dipakai nampak inner, atau boleh pin di dahu untuk kelepet di tepi. Comel kan.  Tapi design tak boleh pilihla ye. Promosi berlangsung selagi stok masih ada. Kalau dah habis, mintak maaf ye.  Okla korang, kalau minat nak beli sila SMS/whatsapp 0133650048 ye. Take care korang.