Sunday, June 29, 2014

MARHABAN YA RAMADHAN!

Salam, 
 
Busy sungguh aku sampai x dan nak update kat blog. Update page ms.husna jek kerap. Tu pon still banyak koleksi tudung raya baru belum update. Kalau korang sempat bolehla like page mshusnahijab atau instagram ms.husna_hijab. Anyways dalam sibuk-sibuk sekejap jek dah sampai Ramadhan balik. Terawikh sekarang ni kat rumah jelah selagi Farhan ni kecik lagi. Rindu pulak nak terawikh di masjid. Mengada-ngada kan ko ni cekna dulu-dulu macam nak rak ed ajak gi masjid ko tu yg ada hari rajin ada hari malas. Nahh sekarang bila kesempatan terbatas sikit mulalah nak rindula apalah. Kenalah hargai ruang yang Allah bagi tu kan. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.  Oklah kawan2. Selamat berpuasa dan mintak maaf salah silap. Semoga Ramadhan kali ni kita manfaatkan sebaiknya. Marhaban ya Ramadhan!

Monday, June 9, 2014

Promosi Ephyra Kembali!

As Salam, 

Orang lain dah lama update pasal promosi Ephyra ni, aku baru terhegeh-hegeh nak buat. Busy sangatla. Plus, Ephyra ni memang ada steady stream loyal customernya, so aku tak perlu promo sangat, every month memang ada jek regular customer yang akan order. So sempena ulangtahun kedua Ephyra, harga sekotak Ephyra ialah RM180!! Sebelum ni discounted price memang hanya dapat kalau beli more than one box. HQ memangb tetapkan tak boleh jual less than RM197. So nilah peluang yang rugi untuk dilepaskan kalau nak cuba Ephyra. 

Pastu aku nak mintak maaf sangat-sangat pada yang email aku cakap nak jadik reseller Ephyra tu. So..so sorry. Aku terlepas pandang few emails. Yang masuk kat spam box pon ada. Jadi kalau masih berminta nak niaga kecil-kecilan tu boleh email aku again at arenaephyra@gmail.com atau lagi cepat dan efisien kalau sms/whatsapp aku di 0133650048. Kalau yang nak beli 2 atau tiga dan nak dapatkan best price silalah whatsapp aku juga. Insyallah aku bagi best price ye. Aku tak dapatla nak bg free gift. Tak sempat nak prepare. Tapi insyaAllah diskaun yang best aku boleh bagi. Terpulang pada u all ok. 

Oklah nak gi amek Farhan. Take care people. Selamat berEphyra.

Wednesday, June 4, 2014

What I have been up to

Salam korang, 

Aku tengah sakit kepala ya amat. Kejer menimbun ni. Banyak pending tapi tak daya nak buat apa-apa. Rasa macam nak lie down and sleep jek. Seriously tak larat. Ed komen gak I am one person trying to do toooo many things. I agree gak. Tapi tak tau mana nak drop. Being a mom now memang busy la kan. Walaupun anak sorang jek. Yang anak ramai tu tatawlah cemana korang bahagi masa. Salute la. 

Dengan FB, instagram,  whasapp dll makin sikit orang update blog. Sedih sikit bila makin ramai blogger yang aku suka baca dah tak update blog. In fact kawan2 blog yang dah jadik kawan2 in real life pon x update dah blog diorang. Padahal asalnya semua berjumpa sebab memasing ada blog dan follow blog kengkawan ni kan. 

Sekarang ni kerja sibuk, kat rumah sibuk dgn life as a wife and a mom. Pastu aku sibuk gak dengan Ms.Husna Hijab ni. Alhamdulillah Ms.Husna progress dengan baik. In fact aku rasa Ms.Husna boleh berkembang dengan lebih cepat dan maju cuma aku tak buat full time. Sekarang ni aku beli kain, design dan hantar kat kilang untuk jahit. Discuss dengan designer dan taylor kat sana dan diorang akan jahit as per spec. Penat. Sibuk. Tapi aku seronok. Something new. Something different. Tetiba jumpa minat dan hobi baru. Best kan kalau minat dan hobi boleh jadik a full time job. Mesti maju sebab I am so passionate about it. At the moment tak bolehla lagi. Tapi kalau u nak the business to go to the next level, you have to focus. You have to do it full time. Kalau sungguh-sungguh buat insyallah boleh success. Kalau korang nak tengok new collection sempena Raya 2014 ni boleh ke  https://www.facebook.com/mshusnahijab . Next week ada photoshoot, so lepas tu baru upload latest collection. 

Oh ya nanti Ms.Husna akan bukak booth. Hehehe. Nanti jemputla datang. Nanti aku bagitau lokasi dan date ye. Haiih segan lak aku nak kenal-kenal korang hehe. Camner nak meniaga nih? 

On another note, aku masih struggling dengan masters ni. Early of the year tukar tajuk pulak. Dah lari sangat dah from area yang aku nak buat. Why now?! Tak larat la aku nak buat all over again dan area yang aku tak minat pulak tu. Tahla. Kena fikirkan something dah ni. 

Oklah makin sakit lak paler ni. Later you all. Take care ek. Sesekali singgahla sini. I still write. Cuma x sekerap dulu jelah. Later..

Friday, May 16, 2014

Farhan dah 18 bulan

Assalamualaikum wbh,

Kejap jek pejam celik. Pejam celik farhan dah pun 18 bulan. 

Seronok main dengan dia sekarang ni. Now that he started to learn how to speak  kurangla dia tantrum. Kami dah faham sikit sikit apa dia nak dan dia pon dah dapat sampaikan or at least boleh tarik tgn mama dia untuk tunjuk apa dia nak. Bila dia tak frustrated, takdelah dia tantrum kan. Lega nak oi.

Aku sampai blur bila dia hempas2 badan, amukan jek kerjanya. Tatau cara nak sooth dia. Masa pergi family day dekat Gold Coast Morib tu memang tercekik cekik kitorg makan sbb dia rimas orang ramai dan bising. Meraung.com jek kejernya. Naik je bilik pling sengih2 gelak. Haihh geram jek. 

Nak gi taska pon mudah now. Nak pegi mall pon better. Takla mudah benor tp better la. Bebaru ni pegi Ktn pon not badla. Takdela stress sgt kami. Before that sumer mender dia nak amukan. Ya ampun tatau nk ckp apa dah.  Dek kerana dah lambat update tak ingat dah what actually happened. Aku cakap kat Farhan, camni bolehl mama dan ayah bawak jalan, sambil jeling jeling dekat Ed. Sebagai kenangan here some pics of my cayang.
Zaman-zaman meraung.com
Superman's Day out. Selalu buat muncung cam tu kalau nak terjatuh or sakit
Ni ikut ayah dia solat, ikut dan jek kiblat ikut mana
Ni dengan cousin dia Ashley. Ashley demam masa ni. Moyok jek.
Cak!

Thursday, April 24, 2014

Study cekna study!!

Lahh naper gi update blog tu? Okla kan. Buat short update. Aku pernah tgh study benti jap gi buat karipap. Patutla x abis2 belajo ko nih.

Pic taken at Bangi Library.. laterrr..

Sunday, April 6, 2014

Ralat sikit

Terjaga at 4 am Farhan nak susu tadi. Syukur terjaga, sebab tak solat isyak lagi. Alang2 bangun tu terus clearkan bottle dan basuh toilet sikit sebab esok tade air. Ingat nak turun bawah tadah untuk drinking water pulak. Tapi errr takut ahahah. Kalau kat apartment dah buat segala dah. Apartment comel nak laundry ke masak ke pukul berapa pon x kisah. Takpelah dah pindah pon. Move on. Hehe.

Aku dok tengok2 fb page kursus yg aku pegi seblum ni. Ada sikit ralat dlm hati. Ralat sebab tak dpt all out buat Ms.Husna. Selagi aku kerja full time ni memang tak all out la bisnes. Masters aku pon tah ke mana ni. Sedey la. Aku rasa as if aku dah nampak peluang, dah ada direct access untuk everything that i need to make it big... and i am letting all that opportunities just passed me.  Rugi sangat.

Masa tak sesuai sangat lagi. Farhan pun tgh stage super duper clingy and bossy. Susah aku nak gerak. Nak buat apa2 pon nak kena tunggu dia tidor dulu. Haru camtu. Nak update new collection, nak sort tudung, nak hantar design ke kilang, nak collect. Sumer kena tunggu dia tido pastu berdesup aku gi buat itu ini. Tp x efficientla. Buatnya dia xmo tido? Dan ni on weekends jek aku boleh buat. Other days malam lepas dia tido jek aku berpeluang nak buat apa2 which by then aku pon selalunya dah pancit.

Buat masa ni, aku x dpt gerak dgn laju la Ms.Husna ni. Collection baru aku tak gi amek lagi dekat kilang. Tak sempat. Dah amek karang nak sort, style, photoshoot, edit, coding, upload sumer tu takes time. Takpelah one by one. My priorities is at Farhan ni. Kecik lagi. I will get there.. sooner or later.

Wednesday, March 26, 2014

The trip... Pheww..

Assalamualaikum wbh.

Hati ni selalu rasa nak update blog. Tapi busynyalah. Once dah balik rumah memang babaila laptop.  Walaupun tak banyak dah member-member update blog. Aku tetap nak update walaupun takde sapa bace, ahahaha. Senang aku nak tengok dan baca balik. Dekat FB, banyak share info orang jek. Dan buat some update, tu pon tak rajin sangat. 

Anyways aku nak cerita trip ke Johor last weekend. Nilah paling jauh Farhan pernah travel. Sebelum ni paling jauh, Kuantan. Mencabar oihh.. Aku buat in point form jelah. Cepat sikit. Aku pon rushing ni. 

  1. Kami bertolak pukul 10 ke Kluang dengan 3 kereta. Nak attend wedding sebenonyer. Konvoi. Sebenarnya masa nak bertolak ni pon Farhan dah bad mood sikit, sebab dia dah siap pagi-pagi lagi tapi kami lambat gerak. Biasalah kalau konvoi camnilah.
  2. Tau jelah kalau cuti sekolah, ya Allah hiway plus tu jem cam harom jek. Grrr. Mulalah Farhan nak start dondang sayang. Tapi dia tido jugak lepas tu. Alhamdulillah.
  3. Dek kerana kami lead the way, we had to stop when geng konvoi nak stop for toilet break. Budak kecik ni ko taula kan. Bila kereta benti jek terus jaga.  Adeii. 
  4. Sampai di kenduri. Walaupun lambat dan pukul 2 masa tu, ramai sangat orang lagi. We had to wait quite a bit before seated and makan. Ok aku tak komplen bab ni tau. Aku faham, cuma mencabar sikit bila bawak budak yang tak berapa friendly bila kena berlama-lama di kenduri. Ye adala aksi dia terlentang dekat tengah-tengah kenduri tu. Protes nak apa tah, adoila.
  5. Dekat pukul 4 gitu kami gerak balik. Before gerak, aku tukar pampers budak 'comel' tu dan gerak. Dia dah cranky, badan pon macam panas sikit. Tak mo duduk car seat. Dok belakang dengan aku sambil membuas, dan main tingkap sampai tersepit jari. Ya Allah. Sabo jelah. 
  6. Ni sebelum tersepit jari. Kalau tak men'comel' memang comel kan.
  7. Kami ke Taman Merdeka, lepak-lepak dengan a friend of mama. Aunty Anne. Best. Nyaman. Berangin. Little EarthkuTeaRoom. Minum teh. Farhan pon let loose sikit kat sini. So he's quite ok. 
  8. @ Taman Merdeka, JB
  9. About 7 gitu kami gerak ke hotel. Aku book KSL apartment. 2 bilik harga RM280. Murah jugak walaupun cuti sekolah. 
  10. Park dekat shopping mall, nak pegi check in rupanya salah block. We had to bring all our belongings across the mall dan check in ke apartment. Jauh jugak. Anak buah aku cakap,  "Embarrasingnya berangkut beg-beg ni sumer thru mall ni. Nasib baik tak bawak tilam dan bantal busuk," 
  11. Check in, pastu tetiba receptionist cakap bilik tak ready lagi! Dah pukul 8 malam bilik tak ready lagi!! Masa ni I can hear Farhan meraung-raung kat background. Aku toleh dia tengah guling-guling kat lantai lobby tu. Adei. Memang aku sound gak reception tu " How come the room is not ready? I bukan datang check in pukul 3 i datang pukul 8 ni. This is so unacceptable. Can you hear budak yang meraung-raung tu? That's my son. Kalau you tak nak dia meraung-raung ganggu guest you yang lain, get me a room now. Call whoever. Call now," Aku cakap. Takdelah aku jerit tapi aku cakap tone tegas gakla. Geram tau. Memang jenuh dia call takde saper angkat. 45 minutes later baru siap bilik. Muka memasing kelat dah. Dahler bapak aku ada sekali masa tu. Adoilaa..  Alhamdulillah bilik ok, baru, cantik, luas. Kalau tak memang amukan lagi sekali. Farhan pulak naik je bilik, bila takde strangers terus ok jek. Sengih-sengih main-main. Ya Allah sabor jelah anak aku ni. Kelam kabut jadiknya sumer orang. 
  12. KSL Apartment. Spacious dan cantik.
  13. Esoknya another disaster. Sumer orang check out the same time. Apartment tu ada 40 tingkat. Lif ada 4 jek. 45 minit tunggu x dapat lif lagi. Baba aku yang ada heart condition tu turun tangga dengan cucu-cucu dari tingkat 17!! Mama berjaya dapat naik lif. Aku berjaya gak dpt sambil dukung farhan meraung-raung dlm lif tu. Ed had to go down the stairs, angkat stroller ok!! Such a bad experience. Seriously. Memang aku tak recommend korang stay situ. 
  14. After that, we went again to Taman Merdeka. Had brunch and kasi Farhan jalan-jalan. Lepas tu cebok dia, mandikan sikit dan kali ni aku ckp kat mama, kami gerak dulu. Tak konvoi. 
  15. Alhamdulillah, Farhan slept majority of the time masa balik tu, jem gila dekat Senawang. but Ed masuk lekas dan potong ke Bangi lama masa tu. Jem jugak sebab traffic light punyalah banyak. 
  16. Sekian. Penat oi. Kesimpulannya buat masa ni kalau travel dengan farhan :
  • Tak boleh konvoi. Mesti boleh gerak dulu before Farhan start men'comel'
  • Tak boleh travel more than 3 hours
  • Kena gerak pagi-pagi, masa mood dia baik. 
Kalo korang ada tips untuk travel dengan budak-budak meh share dengan aku. Tq korang. 


Note : Abaikan numbering tu malas nak betulkan

Friday, March 21, 2014

Promosi Ephyra

Assalamualaikum wbh, 

Promosi Ephyra datang lagi. Dapatkan 2 kotak Ephyra dengan harga RM370 termasuk harga pos. . Harga biasa ialah RM394. Penjimatan sebanyak RM24!! So tunggu apa lagi, sila whatsapp ke 0133650048. Promosi berlangsung dari sekarang hingga 31 Mac. 

Kalau beli sekotak dapat diskaun tak? Whatsapp dulu, maybe ada diskaun atau hadiah misteri menanti anda. While stock last je tau. Haa whatsapp laju-laju. Take care lovelies. 




Monday, March 17, 2014

#Pray4MH370

Assalamualaikum wbh, 

Rasa cam banyak benda nak update kat blog, tapi tah rasa x sedap hati nak tulis apa-apa selagi MH370 ni tak dijumpai. Been following the news closely jugak. Terkesan sangat di hati pasal insiden ni. Nak-nak pulak, pagi sabtu masa diumumkan kehilangan flight ni, aku dapat call daripada a counterpart dari Singapore mintak aku check kan nama dua orang staff dr China whether diorang on board or not. 

Scramblinglah aku mencari info. To cut the story short, yes they are on board :( Aku doakan moga cepatlah MH370 dijumpai, dan hentikanlah spekulasi-spekulasi tak baik. Media pon satu hal, dapat satu info, spin kemain lagi. Tak fikir perasaan family mereka yang terlibat. Meluat aku. Ko dipertanggungjawabkan menyampaikan berita bukan menyebarkan fitnah. Kadang-kadang tu ghairah sangat nak become the first to publish berita, unverified info pon publish. Malula sikit oi. 

Anyways, our prayers are with you. Moga pulanglah dengan selamat. Jika tak, mudahkanlah carian mereka, Ya Allah.
 

Tuesday, March 4, 2014

Cam ni la kedai yg aku suka!

Selingan kejap kat entry lepas. Gamvar dekt laptop 1 lagi. Galaxy note aku rosak so x dpt retrieve gambar dr situ.

Anyways just short update jek. Nak share dgn korang my kinda shop. Dah pernah citer kot dulu. Aku kalau plan week tu nak masak memang akan ke kedai ni sebab mudah sangat.

Tgk gambar bawah ni. Sumer dah prepack and prewash. Tapi aku wash jelah semula kan. Sekali masak. Campak lam kuali or periuk. Habis sumer. Takde aku nak simpan carrot or petola separuh dlm peti ais sampai kecut hahaha.

Dr atas sawi goreng campur dgn mushroom. Kiri bawah ialah dagung salai dgn belimbing dan kanan ialah fav farhan petola dan suun. Ada fishball sekali. Sup tulang dan kerang rebus with ingredients dah selamat masak tadik. Oh ya ikan cencaru dan siap letak sambal pon ada. Tinggal goreng jek.

Ni kalau malas lagi tataula nak kata apa. Ni semya dibeli di HS Nada di sek 7 Bangi. Sukerrr!!!