Thursday, January 18, 2018
Selamat Tahun Baru 2018
Ya ampun lamanya tak berblog kan, dah setahun lebih. Rasanya memang takde follower dah, hahaha. Almost all my blog friends tak blogging dah. We now keep in touch through FB and Telegram. Group Telegram Lovelies tu sembang setiap hari. Hahaha. We talked to each other everyday since I was pregnant with Farhan on 2012. Means that dah lebih 5 tahun sembang hari-hari. Kahkahkah. I treasure this friendship, gals. Korang dengar cerita aku daily dari pregnant Farhan sampai lah now Farhan dah 6 year old.
Talking about Farhan, Farhan dah masuk kindie utk 6 tahun. Actually he is only 5 years and 2 months, tapi ikut tahun dan 6 years la kan. So it is the last year of play school. Besar dah anak mama. Pegi sekolah pun cool je takde drama. Alhamdulillah.
Anyways, aku sebenarnya sejak Januari 2017, dah start kerja opis balik. Dekat Putrajaya. Banyak reason for me to come back to kerja makan gaji balik. Ms.Husna masih beroperasi macam biasa. Butik masih bukak di Bangi Sentral tu. Kiranya I now have 2 full time jobs. Penat. Dedua kerjanya berat. Keluar sebelum pukul 7.30 pagi. most times malam baru balik. Pengorbanan yang terpaksa dilakukan utk memastikan kelangsungan hidup dan kelangsungan bisnes. 2017 merupakan tahun yang sangat challenging. Kerja opis mmg boleh buat aku biol, struggle kat bisnes pon boleh buat aku mereng. Tapi Allah uji setara dengan kemampuan hambaNya. InsyaAllah I can and will go through this, and emerge unscathed and victorious. Kuncinya doa dan sabar lah. Usaha tu goes without saying la kan.
Sekarang tengah sibuk produce koleksi #mhlebaran2018. Kelam kabut, kejar supplier, tailor. designer. Kain yang dibeli di Bangkok semuanya dah sampai. memang tinggal buat je kan. Planning itu ini. Tetiap malam mikir pasal bisnes. Weekend mesti dkt kedai. Non stop 7 days a week kerja. Tu yang sejak bulan 12 tak berapa sihat, cam sinus sikit. Pastu sebab sinus agak teruk kena middle-ear infection pulak. Allah berdesing telinga, dan 2 minggu x berapa dengar. kecut perut jap, memikir adakah Allah nak tarik nikmat mendengar dr aku? Tatotttt..Alhamdulillah beransur pulih sekrang. Cuma masih berdesing. Sabar banyak-banyak.
OKlah nak gi buat kejer pulak. Gambar kesayangan mama tu, maybe akan upload dr phone. Oklah catch u guys later.
Saturday, September 17, 2016
Jom register www.mshusna.com
Assalamualaikum wbh.
Seseminggu dua ni memang dok mengadap website je. Based on our last comp meeting kami kena refocus and realign our branding, produk dan marketing. Test tu test ni. Adei akak yg dah tua ni nak install add ons itu ini dkt website mmg makan masa sikit. Alhamdulillah ada staff yg knowledgeble, resourceful dan bersemangat maka hari-hari ada progres. Tu yg penting.
Now dah nak masuk fasa lain. Tak boleh rely on fb dan insta je. Nak kena utilize betul-betul website tu. Memang dah total revamp dah. Tambah payment gateway. Tukar look and feel. Tu pon tak 100% lagi. Tapi takkan nak tunggu perfect kan. Jalan dulu. Database pon tgh collect dr semua customer yg kami pernah pos order, dr registered members, dr zalora dan dari lazada. Nak extract tu pon berminggu-minggu tak settle sbb format berlainan. But like I said hari-hari ada progress so I am happy.
Walaupun aku ada baaanyak lagi masalah lain dalam my bisnes ni lets just focus on yg best-best je for now. Yg pahit dan perit, yg buat aku termenung panjang, yg buat aku berjurai air mata, biarlah simpan sendiri je.
Ok friends kalau nak beli baju or tudung boleh beli di www.mshusna.com Koleksi baru office and casual wear are coming your way this October. Why not register as member dulu dan simpan sesiap voucher diskaun tu supaya boleh guna bila koleksi baru sampai hehe. Oh ya dan most item are in SALE now bersempena dengan website baru. Ni linknya tau www.mshusna.com
Sunday, September 11, 2016
FB bukan utk aku?
Ya Allah lama betul tak berupdate blog ni kan. Hari tu ada dua tiga hari gak aku went down memory lane baca entry lama. Bestnya lah. Pastu sebab ada label kan senang nak carik post2 yg dicari.
Aku tak pandai susun masa nak update blog. Busy dengan never ending tasks dkt butik. Lagipun sbb aku quite rajin update di fb maka makin kurang update di sini. Dulu aku x tulis sgt kat fb.
The funny thing is aku update fb macam aku tulis blog. Panjang berjela. Pastu aku tak reti nak update style org lain yg checked in kat sini, checked in kat sana dan update pendek je. Aku lebih suka nak menceceh camni. So lagi sesuai menulis di blogla kan. Nampak sangat dah tua ko tu cekna oi. Ahahaha.
Banyak tajuk-tajuk yg nak ditulis tapi tak berupdate. I should write about it. Sbb some of the events tu ada pengajaran dan pengalaman yang pahit dan mahal utk aku kenang. Maybe aku akan update balik pelan-pelan. Utk kenangan dan reference aku sendiri.
Oklah harap this will start my engine back utk kembali blogging. Oh ya website ms.husna dah up dan ada upcoming new collections bakal tiba in 2 weeks time. So saya menjemout kawan-kawan register as member and dapatkan voucher diskaun utk your first purchase. Register je as member terus dpt coupon dlm email. Kalau beli any item boleh guna voucer tu. Sekarang pon tgh ada sale dkt website. Boleh gi jenguk now. Mana tau ada yg berkenan. Taip je www.mshusna.com ok.
Oklah selamat malam semua. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Esok, Ahad butik masih buka jemputla datang. Butik kami di Bangi Sentral.
Alamat : 6-23-02 Tkt 1, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral 43650 BB Bangi.
Kat bawah tu gambar kedai. Atas butik Nursafia dan bawah Exclusive Hijab. Tu Farhan anak bujang aku yang rajin benor teman mama dia gi kerja. Besar dah anak mama.
Ok lah nanti2 insyaAllah aku update lagi.
Friday, June 3, 2016
Koleksi Raya #mhlebaran2016 dan Selamat Berpuasa
Memalam cam ni baru la leh update. Siang cam org gila ke sana ke sini nak siapkan koleksi raya. Some siap, some cantik, some saiz salah-salah and some ..well.. hoi apsal taylor ko jahit camni?! Huhuhu..
Anyways ini ialah tahun pertama kami buat baju raya. Tahun sudah hanya tudung raya je sebab tahun lepas jual tudung je.. Of course berbeza. Tudung setakat 500 to 1000 pieces tu sekejap je taylor buat. Kain pon banyak mana sangat pakai kan. Masuk game clothing line, menangis bayar kain dan upah jahit. Dan menangis tunggu baju tak siap-siap. Errr actually tak nangis pon. Buat muka toya, pastu buatla apa yg boleh.
Team dah bertambah sorang lagi. So marketing material utk web dan kedai dah ada org prepare. Yelah kang sebok siapkan stok je, marketing tak buat, lempang je diri ko tu cekna. Baju lawa ada 1000 helai stok pon tapi kalau takde sape tau, watpe kan. Hummpfftt..
As always takde sape pressure aku. Aku je pressure diri aku sendiri muahahaha. Ye dowh, dah benti kejer sebab nak buat biz full time kan, buatla betul-betul.
Sebenarnya aku serabut kepala nak launch koleksi raya #mhlebaran2016 ahad ni. Tapi banyak tak siap lagi. Rasa cam dah habis daya dah usaha ni. Ya Allah permudahkanlah. The show must go on. Ada sikit lagi masa nak pulun.
Kalau korang ada sekitar Bangi Ahad ni jemputla datang Butik Ms.Husna di Bangun Sentral. Kami nak launch koleksi raya #mhlebaran2016 ada makan-makan dan free gift utk customer. Ada apa lagi? Ada akula kat situ bukakan pintu sambut korang dengan senyuman muahhaha. Ok aku tinggalkan korang dengan jemputan dan voucher RM10 utk korang guna nanti dan some collection yang available di butik nanti. Selebihnya korang tgk kat IG ms.husna_hijab dan FB mshusnahijab lah ye...
Selain dari tu aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada korang semua ye. Jaga diri dan semoga kita dapat beribadah dengan baik pada tahun ni.
Friday, May 20, 2016
Fullamak, tokey masyukla, bolehla belaja.
I hardly attend any family or friend's gathering or weddings
I have not taken any overnight vacation
I haven't gone to any lepak session with friends
I have no time to bake
I have no time to blog
I dont spend a bomb on food anymore (sayang duit)
Hardly have any pocket money to buy makeup π
Some days Farhan is the last to be fetched at nursery
No ' takde mood nak buat pa per" day for me
I watch every single cent I spent
I am more grateful to any rezki and kemudahan that Allah gave me
I leave everything to Allah and prays harder for His guidance
I am humbled and more understanding of other people's kesusahan
I worked harder than I have ever worked in my entire life
Sunday, March 27, 2016
Jenguk blog kejap
Ya Allah dah dekat 3 bulan tak update blog. Memang lama kali ni. di FB dan IG ada juga update sikit-sikit tapi still takdelah kerap sangat. Dah berniaga full time ni memang sibuk. Penat. Kena pulak ada staff sorang je yang permanent dan few more part time je. Memang segala menderla buat sendiri. Biz memang kelam kabut lagi. Documentation bagai memang ke laut sangat setakat ni. Hajat hati ni semua mender proper. Semua mender ada SOP. tapi apa kan daya baru few things yang berjaya disistem kan. Actuallynya, rimas sangat bila semua SOP tak in place. Rasa cam tak proper. Sekarang tengah busy dengan projek Raya. Ya Allah semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Last weekend balik kampung sekejap di Pahang. Dapat tidur semalaman je sebab kena masuk butik hari Ahad. Banyak orders nak disettlekan berserta pesanan-pesanan penaja nak ditinggalkan untuk staff sebab next week aku busy sikit. But even though sekejap tapi fun sangat. Along dan adek with their family semua balik. So, seronokla. Farhan pon enjoy sangat sebab ada sepupu dia si Nazheef dan Ashley yang almost sebaya.
Balik kampung tu sempena dengan birthday mama. Ya Allah panjangkanlah dan berikanlah kesihatan yang baik pada mama. Semoga dimudahkan semua urusan mama. Mama banyak support aku masa berniaga ni. Selalu pinjamkan staff dia untuk event Ms.Husna hihi dan bagi pandangan-pandangan yang bernas pasal design dan bisness. Memang best. Thank you mama.
Ed pon semakin adapt dengan lifestyle isterinya yang berniaga ni dan semakin supportive. Semoga hijrahku ini ke arah yang lebih baik. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Memang bila mula berniaga ni, terasa the pinch jugak. Dulu masa makan gaji tak tengok harga pon kalau berbelanja. Serius, I kid you not. Now nak beli apa-apa semua kena hati-hati. Sebab semua income yang dapat nak rolling balik into the business kan.
Oklah korang. Nanti aku upload gambo-gambo kat kampung. Amender tah lagi yang aku nak citer semua dah basi sampai rasa malas nak citer dah. Hahahha. Take care ye korang. Nanti koleksi raya dah ready aku update korang ye. Korang jangan lupa datang shopping kat butik atau order je online nanti hehe.
Tuesday, January 5, 2016
Selamat Tahun Baru semua
Saturday, December 12, 2015
Goodbye old life. Welcome New life!
Friday, November 27, 2015
Grand Opening Butik Ms.Husna
Assalamualaikum wbh,
Saya dengan rendah hati menjemput anda semua datang ke pembukaan Butik Ms.Husna pada 28 November, Sabtu bermula pada pukul 10 pagi beralamat di 6-23-2, Tingkat 1, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral. Belakang Physicon, sebelah Butik Felinna, Tingkat 1, jangan risau ada lif 😊
Ada free goodie bag🎁 utk 150 pelanggan pertama, makan-makan🍴🍲serta diskaun hebat utk semua barangan termasuk koleksi baru. Jemput datang ye, bawak family dan kawan-kawan sekali.
Kami mengalu-alukan kedatangan anda. 😊😊
Friday, November 6, 2015
Priceless gifts on my Birthday
![]() |
| Epi bedey mama..epi bedey mama |
![]() |
| TQ my beloved colleague |
![]() |
| Nangis. Sengih. Nangis. Sengih.. |
![]() |
| Hihihi |
Terima kasih Allah for all this wonderful gift. Takkan bergerk sezarahpun kalau bukan dengan izinMu. Semoga hambaMu ini makin dekat dan bukan makin jauh dariMu setelah mendapat pelbagai kurniaan-kurniaan ini.
![]() |
| Renovation dah siap. Sekarang tengah loading barang |






