Emm selain daripada pergi picnic hari tu, banyak jugak gambar masak-masak yang aku tak update. Takde masa la babe. Amek gambo bukan main lagi. Bila masak jek, mulalah amek gambo. Fed up jek aku tengok muka Ed bila aku tak kasik di jamah makanan tu selagi tak amek gambar. Muka dialah yang fed-up tu. Aku sengih-sengih. Muahahah. Kesian dia. Selalunya bila dia lapar tu, sekeping jek aku amek gambar dish, pakai handphone. Takde pedulikan lighting, angle or whatever. Yeler, member tengah lapar tu kan, karang aku yang kena ngap susah laks.
Aku pikirkan, blogger masak-masak yang hebat-hebat dan gambar lawa-lawa tu, sure amek masa lama jugak untuk amek gambar supaya nampak mengiurkan. Korang pernah pergi blog akak ni tak? Adoi mak, memang terliur gila la. Gambar pulak cantik giler, pastu hasil masakan dia sangat kemas dan halus jek aku rasa. Memang sabar gila tinggi akak tu. Aku start tengok blog dia dari sebelum puasa dulu. Dekat opis bila bosan, aku akan jamu mata kejap tengok kek-kek dan deserts lain yang dia buat. Memang stress reliever. Kagum okay.
Okla, of course aku tak leh celen blogger masak2 yang hebat-hebat tu. Aku masak untuk tekak aku dan Ed jek. Sesekali untuk anak buah aku dan family aku. So diorang bantai jelah apa aku masak kan. Cekna, ko tak yah buat disclaimer or menjustify kenapa ko nyer dish tu tah apa-apa tapi nak update gak. Terus jelah upload gambar ye.
Semenjak lepas raya, ada beberapa kali jugak buat roti ni. Buat roti ni bagi aku ada perasaan gian sikit. Buat kek, tak pernah lak rasa gian. Maybe sebab tak pernahnya jadi sangat dan bukan boleh makan banyak pon kan. So kalau sesapa yang risau kalau beli breadmaker takut jadik gajah putih, insyallah tak. Mesti terasa-rasa nak buat, so the investment akan berbaloi.
Bun kacang dan sardin kot. Tak ingat dah. Gemokk kan... |
Mini pizza |
Sausage roll yang akhirnya comel sikit rupanya |
Roti kismis |
Pizza lagi |
Dan lagi |
Err dan lagi? Hahahha. Ke gambar sama entah. |
Last week lak, lepas habis kelas, aku gi super market sebab nak masak nasi lemak. Gigihnya tengahari buta tu nak masak nasik lemak. So ni ler nasi lemaknya,
Ni namanya Nasi Lemak Gigih |
Kenapa nasi lemak gigih? sebab berie kopek kerang segala untuk buat sambal kerang, goreng ayam, celur kangkung(tak nampak sangat dlm gambar), ikan bilis goreng tu dah tentu dan rebus telur yang kuningnya cair sikit. Siap pakai timer ko tau. Iyer, aku tak makan kuning telur keras, lagi-lagi kalau dah cam lebam sikit keliling tu, lagi tak makan. Memang aku makan yang putih jelah. Telur goreng pon sama, kalau keras wa tak makan.
Emm yang ni pulak, hari apa entah yang aku takde kelas, aku masak. Selasa kot. Tak sempat nak pikir apa. Bukak fridge, So aku buatler, Fettucini goreng. Aku rasa kalau spaghetti lagi sedap kot. Lebar sangat fettucini tu, tapi masak apa pon dekat rumah mesti lebih sedap dari kat luar, so oraitla. Yelah kalau dah banyak udang dari fettucini, tak sedap lagi tataulah.
Fettucini goreng takde sayur, hatta mushroom sekalipun. Yang hijau tu ialah daun bawang |
Pastu, aku ada backup plan, yang aku baru nak try. Mana tau tak sempat or sesak-sesak boleh ler makan dengan sambal ni.
Ala-ala cam Brahims la. Panaskan dan terus makan jek. Rasanya oklah. Manis sikit, cumaaa sikitnya lah sotong kering nya tu. Ada la 5-6 keping kecik-kecik. Aku terpaksa potong kecik-kecik lagi masa tengah panaskan tu, takut berebut dengan Ed. Hahaha. Harga tak ingatlah. 6.90 kot. Aku buat lempeng bodo makan dengan sambal ni.
Mulanya ingat nak buat nasi lemak lagi. Tapi Ed kata, heavy sangat. So buat lempeng. Err aku rasa kalorinya lebih kurang jek. This is how I like my lempeng, kena garing-garing sikit. Ala-ala sikit lagi nak hangus gitu hahaha.
Aku ni makin kurang memasak korang tau. Isnin dan Rabu confirm tak masak sebab ada kelas. Hari tu Ed akan makan sendiri dan belikan untuk aku jugak, sebab aku sampai rumah dah dekat kol 10. Kalau ada discussion hmmmm dekat pukul 11 baru sampai rumah. Last week lagi haru. Khamis dan Jumaat outstation pulak, lagiler tak masak. What a life kan. Tapi dia supportivela. Tu pasal kalau hari takde kelas, aku masakle jugak. Buat roti ke, so ada la makanan buat alas perut kalau dia lapar. Aku ni old fashion kot. Masih lagi berpegang with A way to a man's heart is thru his tummy/stomach. Tak ingat la. Tapi kekadang aku rasa aku masak sebab nak layan tekak aku. Aku ni kan memilih bila bab makan. Tu yang kadang-kadang nak ikut taste aku, kenala masak sendiri.
Hishh banyaknya membebel. Suruh buat assignment banyak je kan alasan ko, cekna. Takleh printla. Tatau nak olahla. Kalau bab update blog, laju jek.
kalo dah blogger namanya mesti amek gambar kot? fon aku pun penuh pic makanan..
ReplyDeleteblog msk2 yg gambar dorg cuncun tu aku rasa mmg effort lebih.. nak kena jadi fotografer dan food stylist. mana taknya smpai magazine pun curik,
sedapnyaaa wei aku nengok pizza tu. lapo lak
ReplyDeletepizza ngan cheese meleleh tak hengat tu, betui2 tempting lah..
ReplyDeleteJoe,
ReplyDeleteOwh betullah kan bukan sahaja photographer, kena jadik food stylist jugak. Tulah ada gak baca magazine cilok gambar diorang. Keji kan.
Delinn,
ReplyDeleteHahhaa, mana tak jadik beruang aku ni kan. Asyik layan pizza jek. {astu letak cheese sesedap rasa gitu kan hahah.
Oren,
Yeah, gambar pizza dan cheese meleleh itu memang selalu buat orang tergoda kan. hahaha. Camtulah pizza hut menggoda kita.
psst: roti pizza tu kene pake breadmaker gak ke? ada tak resepi yg tak yah pake breadmaker?
ReplyDeleteyg kedua nye...bp minit nak rebus telur supaya die jadi sangat seksi mcm dalam gamba nasik lemak tu yer..? sbb aku pun tak mkn telur rebus yg kuning gak...hahhahaha
(hahha..amik ko seme soalan comment aku kali nih...)
aku preggy kali ni byk mengidam homemade food. Bila lapar jer byk idea dtg nak makan itu ini tapi dari my own dapur..walau pun x la sesedap mana tapi cukupla layan tekak aku dan kenyangkan baby..jimat byk weh dan boleh ulang-ulang makan.
ReplyDeleteBila la aku nak beli oven ni laki aku mestila suka dgn pizza with cheese yg meleleh tu..huhuhuhu asyik tertangguh je hasrat nak beli oven tatau naper :p
Fiechik,
ReplyDeleteRoti pizza tu memang pakai breadmaker. Aku buat satu dough jek, buat roti sardin, roti sosej dan pizza. Tapi sebelum aku ada breadmaker tu, aku buat jek pakai tangan. Cuma kena menguli sikitla. Resepi hari lain ek.
Yang kedua, hahaha ada gak yang suka telur gitu ek. Wokeys, camni rebus air sampai menggelegak, jangan masuk telur dulu. Bila dah menggelegak, baru masukkan telur. Rebus 5 minit ngam-ngam, angkat dan terus letak bawah air paip. Lepoas tu kopek terus. Potong pakai pisau tajam dan nipis. Tadaaa.
Beli ler oven nun. Banyak kegunaannya. Aku baru beli satu buku namanya. One pot food. Sumer letak dalam pot or casserolle, masuk oven. Yezza. Kalau beli breadmaker oven cam aku pon ok gak sis. Ada breadmaker. Ada oven. Best of both world.
ReplyDeleteha masa kat BBW aritu aku jumpa satu buku pressure cooker dish.. tapi x menarik pulak resepi dia.. mat saleh sangat.. ko nak makan sup turnip?
ReplyDeleteJoe,
ReplyDeleteKo gi ek BBW ari tuh, ada tak buku tayloring? Aku konon2 nak gio lagi tapi bila nengokkan buku2 atas meja makan yang belum ada tempat kat rak, terus tak jadik.
Sis,
ReplyDeleteIsk.. dalam dok sebut terkalut study-keje-meeting-outstation bagai sempat lagi membuat projek membako yek? Geram mat nengok roti sosej and pizza tu. Macam terasa-rasa jek ngap di mulut ni. Huhu!
Blogger Kak Ita tu memang sungguh pro kan? Suma food dia nampak sungguh lah mengancam! Suka suka suka!
Aku pun sama la..masak amik gambo, masak amik gambo..laki aku pun mampu geleng kepala je kahkahkah
ReplyDelete1. sosej roll ko dah cantik
2. bekas pizza ko sama ngan aku
3. gigih ko buat pastry pizza ek..aku guna roti arab je hiks
4. nasi lemak aku tak pernah buat
5. buku masak chef hanieliza aku suka..ringkas dan senang
SIs Aida,
ReplyDeleteSis, meroti ni boleh ni kadang2 mendatangkan gian hahaha. Tu yang bila balik rumah terus jek letak bahan2 dalam breadmaker, shape2 dan walla.. hehehe. Iyer, kak ita itu sungguh cantik hasil masakannya kan. Memang menyejuk mata kan. Koi gi blog dia bile bosan dgn kerja or rasa down, mesti rasa cheered up tengok food she cooked.
Damn, komen yang aku jawab komen angah terdelete laks. grrrrr..
ReplyDeleteWokeys ngah,
1. iyer sosej roll aku finally rupenya senonoh sket after how many tries tah.
2. tu bekas pie kan sebenarnya?
3. aku guna the same dough as roti lain, so amek la sikit buat pizza base. lagipun ada bread maker maa, campak jek tunggu siap, bukan kena uli pon kan.
4. Apsal tak pernah buat nasi lemak? jaga badan or memang family ko tak gemar?
5. Rasanya ada buku chef hanieliza tu, plus selalu tengok kat fotopagenya dulu2.