Assalamualaikum wbh kawan-kawan,
Actaully aku super-duler busy sekarang ni. Tapi aku notice, bila makin busy makin kerap pulak buat blog update. Korang paham tak apa penyakitnya kalau gitu? Tegar sungguh.
Esok aku ada exam, so sepatutnya dari semalam aku study la kan. Yelah weekend, bukannya ada mender-mender sangat. Tak ingat hape ke bender yang aku buat semalam (sabtu), selain daripada laundry dan kerja-kerja rumah skit. Malamnya gi tengok Johnny English, bodo nak mampos ceritanya. Gelak sakit ati pon ada, gelak sebab lawak pon ada. Owh aku jugak berjaya menghabiskan duit beli kasut kerja, eii lawanya kasut aku, muahahah. Aku jugak beli bedak dan err maskara. Kenapa aku beli aku pon tataw. Maskara aku beli tak pernahnya habis. Kering gitu jek, yang currently aku ada, aku dah toss it in the garbage sebab pedih gila mata aku masa pakai bebaru ni. Tapi sebenarnyaaaaa, aku sangat jarang pakai. Semalam aku test pakai, wahh memang menjadi sangat panjang bulu mata, macam pakai bulu mata palsu, muahahhha, cuma ia tidak menambahkan volume jek, tu yang kurang best.
Orang beli popcorn sebelum masuk wayang kan, aku beli lepas keluar wayang. Beli cappucino panas untuk Ed, pastu makan popcorn rebut-rebut dalam kereta. Buruknya perangai. Sampai rumah dek kerana rasa guilty, aku studylaa 5-6 helai, lepas tu tido.
Hari ni, bangun memang layan laundry jugak. Duduk dua orang pon laundry menimbun-nimbun, heran aku. Basuh baju almost hari-hari lak tuh. Tak paham. Korang yang anak 3-4 orang ni, memang aku tabikla, sure menggunung baju kan. Kalau ada mesin lipat kain sure korang yang first beli kan? Lepas dah buat breakfast, aku lagi sekali konon-konon study. Habis. separuh chapter, aku buat sit uplah leg liftslah, habis satu chapter, aku gi buat kulit karipap! Ko paham ke tabiat cam tu? Ada 5 chapter semua. By the time aku habis 5 chapter tah berapa dish siap aku tataula.
Lepas dah siap buat inti karipap tu, i went out sebab nak potong rambut. Selalunya Ed jek, my hairdresser. Potong jek straight sudah. Tapi kali ni terasa nak buat layered sikit, so memusing-musingla aku sekeliling Bangi mencari salon rambut yang sesuai untuk muslimah seperti aku ni awww..Arghh susah gila nak carik, dah jumpa kena queue. So, aku pergi beli barang sikit dan patah balik ke salon tu. Finally sampai gak turn aku. Dan akhirnya aku balik, ada sikit moyok sampai malam, sebab aku soh dia layered, dia gi potong pendek rambut aku. Geramnyaaaaa!!!
So, aku masih lagi tak baca buku. Inti karipap dah memanggil untuk aku buat kulitnya. Tapi aku nak cuba bertahan baca satu bab lagi. Habis satu bab, gi buat kulit dan siapkan karipap. Lepas tu baca balik. Hmmm aku ada cukup bahan-bahan untuk buat Portuguese Egg Tart, Spinach and mushroom Quiche, Prawn Creole, dan Oreo Cheesecake. Korang tengok jelah apa aku masak lepas habis chapter tu ok.
Update at 12.30 am
Lepas habis baca 2 chapter. Karipap paling sedap di dunia ikut resepi mak aku |
Dapat 32 bijik. Dekat 10 bijik dah masuk perut aku dan Ed. Supper konon2 nak sambung study lepas ni. Errr, iyer..saya akan sambung study.Sungguh..
Note : Aku ada exam esok, doakan aku eh. Takutt..
Note : Eh aku tak cerita kan, balik dari wayang semalam, Ed kasik aku a belated birthday card. Yehaaaa. Another great surprise. Suka..Suka..Suka..Berapa lama daaa tak dapat kad dari mamat nih. Tersengih-sengih aku. Tergelak dia tengok aku kejap-kejap gi depan baca balik kad dia bagi ulang-ulang. I am so easy to please. Haaa korang dengki tak? Dengki tak? Tak ngaku? Eleh, masa birthday korang dapat lagi best dari tuh? Hehehe. Iyolahh..
mmg la cooking tu ur stress theraphy kan??? pasni ari2 bukak blog ko nak tgk ape gamba masakan2 yg di sebut di atas....dpt tgk gamba pun jadi la..... nway gud luck!!
ReplyDeletemeroyan jugak org study ni hehehe takpelah tu maknanya you let down yourself/get own therapy dgn cooking!
ReplyDeleteJanji bahagia :)
serius aku suka kalo dpt jadi jiran ko..dan aku akan doakan ko exam setiap minggu supaya aku bleh tumpang mknan ko..HAHAHAHAHA....
ReplyDeleteaku dulu, asal tensen jek, tido..tu jek lah yg pandai pon..at least, ko nih, ada gak pekdah..hahahaha..
oklah CheNaa..all the best for the exams..
alaaa..ko tu, gelabah jek lebih...sama la mcm nak present kay london dulu..manjang gabra, tapi at last, sure gempak kan..so, aku doakan ko boleh jawab peksa..jgn plak, baru satu soalan, ko mintak kuar hall, sbb nak buat inti karipap lagi...HAHHAHAHHAHA....
YaAllah ko ni.
ReplyDeletedalam risau2 nak exam kena baca buku boleh buat karipap lagi..
cekna ko ni kelakar la
Fina,
ReplyDeleteYela kot kan. Bila aku stress jek aku masak ek. Hahaha..tapi sebab now dah tak stress tak masakla kot yg lelain tuh hahaha.
Meroyan sikit2 jek hahahha..
ReplyDeleteOren,
Dari dulu ko nak jadik jiran aku kan, hahahha. Especially bulan puasa. Now ko nak jadi jiran aku masa exam yer? Hahahha siap doakan aku memanjang exam lak tuh.. Tido aku suka gak sebenarnya. Tapi kalau tido tak yah la citer kat blog kan..kan..
Hi,
ReplyDeleteMuahahaha. Ngarut la aku ni.. Memang camtu tau. Ed buat tak port jek masa aku masak2 tu. dia maleh nak tegur perangai ngarut aku tu..
cantik kelim karipap..
ReplyDeleteaku pun baru beli mekap marin.. beli sebab terasa nak melawa je.. pastu simpan dlm laci tak pakai. tahla aku ni sik bekejar je rushing sana sini.. tu pun asek la lambat sampai.. then bila nya time nak belek muka.. lipstik entah berapa batang.. 7-8 tah tapi terselit mana-mana tah..
for the record, 1st time gak aku potong rambut sendiri last week!
Arena,
ReplyDeleteMula-mula.. good luck on your exam! Hope everything went well :)
Pastu nak gelak (buleh?). Muaha! Gamaknye stress nak exam kot sebab tu la dok rancak memasak, klim karipap bagai :D. Kalo koi dok berjiran, mau tiap2 hari koi doa awok ada exam (dapat koi merasa karipap sebijik dua :D).
Psst.. dalam kalut study pon sket punya kemas klim karipap!
Jojoe,
ReplyDeleteWei tu kelim pakai acuan daaa. Ko ingat aku kelim sendiri? Jangan tertipu. Ada satu dua jek aku kelim sendiri sebab errr ternganga terlebih inti.
Aku bedak 3 months br habis. Walaupun hari2 pakai tapi lepas zohor aku tak reapply mekap. Lipstick mmg aku pakai dok rumah pon pakai. Hahahah. Barulah jambu dok umah kakaka. Iyer aku pon pernah potong rambut sendiri jugak. Aku siap layeredkan bahagian tepi rambut lagi. Hahaha.
Sis aida,
ReplyDeleteEverything went well. Exam tu memana hok tok berapa gheti koi deep fry jek. Goreng jangan tak goreng. This paper better sikit daripada yg bebaru nih. Yg tu memang termenung lepas exam, koi rasa nak drop jek.
Deme ni same jek ngan oren, nok jadik koi nyer jiran tapinyer nak soh koi exam hari2 gemok gedem deme deme karang kalau koi exam hari2.hahahaha. Kelim tu, koi pakai template lahwei. Manenyer jari koi seni gitu. Koi ni garis pakai pembaris pon boleh senget. Haaaa...oppsss koi punya oven dah berbunyi tingggg..amender la gamoknya falam oven tu yekkk?
akak pun nak jadik jiran Arena
ReplyDelete-kak pB-
Kak pb.
ReplyDeleteHarap2 sihat dan kekal tabah menghadapi kehilangan. Hehe, meh2 jadik jiran hehe.