Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Jiwa tak kacau dah, tapi.......

Salam korang, 

Finally, habis jugak examnya. 4 jam exam tu, dan aku stayed sampai ke hujungnya. In fact tak sempat habis semak pon jawapannya. Memang hidup tak keruan sikit. Kerja banyak sangat. Even masa aku tengah study leave tu, aku tak dapat focus sangat, sebab kena gak respond pada email sikit-sikit. Tapi satu dua akhir tu memang gila-gila buat soalan. Seminggu tu memang dok library jek. Masa Awal Muharram balik kg Ed, sekejap pon angkut buku semua. Memang horror la exam ni. Tak daya aku exam-exam ni, penat study, penat buat soalan, penat semualah. 

Malam semalam, aku dok buat seoalan lagi. Kelaur kejap gi dinner dengan Ed. Kengkawan yang amek exam masih lagi dok hantar-hantar soalan thru email dan sms masa tu. Dasyat diorang ni study. Gerun aku nengoknya. Balik dari dinner, sambung buat soalan, go through slides, Ed dah suruh aku tido lama dah. Aku ni dok susah hati, masih lagi belek2 buku dan soalan-soalan. Pukul 1 lebih gitu, aku dah kemas-kemas barang nak bawak ke exam esoknya.

Pagi exam tu, aku bangun awal sikit, letak baju apa nak pakai dekat katil. Lepas solat subuh aku buat roti telur, buat alas perut sikit. Yelah exam tu habis pukul 1 tenghari, kalau tak breakfast karang kebulur pulak. Masa exam yang 6 jam dulu, memang siap bawak bekal roti bawak masuk exam. Kali ni katanya tak leh bawak, so aku makanla sikit dulu. Hishh tak lalulah aku nak makan. Lepas siap-siap, aku kejut semula si Ed yang tido balik lepas subuh tadi. Lepas dia siap-siap dia dok kat meja.

Apsal makan separuh-separuh roti ni com.

Tah tak selera.

Meh makan sikit lagi.

Ni roti coklat ni pon tak moh ke? Makan separuh ke?

Tah tak selera.

Ed gelak jek. Dia kata aku nervous. Agaknya kalau ada Nasi Lemak Zaman pon tak selera masa tu. Errr ye kerr? Hahhaha. At 8 Ed hantar aku pergi ke pusat exam tu. Padahal dia dah tunjukkan dah kat aku tempat examnya, aku buat-buat muka kesian jugak mintak dia hantarkan. Aku ni boleh jek sesat barat dek kerana panik tu, bukan aku biasa sangat area Cheras tu. Dan yang lagi pentingnya, aku nak Ed temankan aku, kalau boleh masuk exam dia teman, memang aku ajak dah, hahhaha. Manja giler kan. Spoilt la aku ni. But Ed being my biggest supporter in anything that can enhance me in terms of knowledge and career path, of coursela akan hantar aku, sampai depan building exam. Siap berhenti kat 7-Eleven lagi, soh aku beli bekal air. Thank you, babe. U're the best!

Masuk jek bangunan tu, aku terjumpa colleague dekat opis lama. Sempatla sembang-sembang sambil naik lif dan sambil register. Perut aku masa tu dok buat balik kuang. To cut the story short, at 9.11 am exam pon bermula. Nasib baik aku bawak jaket sebab hall tu bukan main sejuk. The first 70 question tu, aku mengantuk gila, dan tak paham sangat apa soalan tu nak, ulang-ulang aku baca. Aku buat jek dulu, but I must get back to the 70 questions. Ngam-ngam jek aku check sampai 70 soalan tu masa pon tamat, that means aku tak sempat check jawapan yang lainnya. Shoot.

Habis jek exam semua orang dok sembang-sembang. Aku terdiam. Bagi aku susah sangat examnya. Dan aku takdelah confident sangat dan lega sangat lepas amek exam tu. In fact aku rasa down pulak.  Aku called Ed, and he informed me that he is waiting for me at SRecipe. Aku jalan pelan-pelan ke situ. Masuk jek aku nampak Ed senyum je kat aku. Aku rasa aku sengih pon tawar jek. Cerita jugak sikit-sikit kat dia pasal exam tu. Tapi lagi banyak menung aku rasa. Ed cakap, Insyallah aku lulus.

Lepas masuk kereta, aku menung balik. Rasa nak nangis pon ada. Entahlah. Tah apa-apa aku rasa aku jawab. Ya Allah bantulah kami Ya Allah. Luluskanlah kami semua. Balik rumah aku tido, petang tu pergi rumah mak aku, gi layan anak buah aku si bulat tu. Lupa kejap serabut tu, tengok dia cakap merepek-repek hahhaha.

Ya Allah, aku berserah padamu. Semua keputusan di luar kawalan kami. Kami bermohon, berilah keputusan baik untuk exam kami Ya Allah.

Thursday, December 2, 2010

Jiwa kacau

Salam kawan-kawan,
Banyak gila kerja. Too much happening lately, tak larat rasanya. Mama, baba pindah rumah, raya haji, kerja yang banyak cam nak gila nih, meeting pagi petang. Serius tak larat.  Last weekend I was on skype sampai pukul 1.30 pagi dengan my collegue dok discuss on the slides and templates to be prepared and used the next day for a last minute request untuk conduct workshop. Ughhh..

On top of that aku ada exam besar yang aku akan ambil 11 hb December ni. That is NEXT SATURDAY!!. Seriously aku tak baca haper pon lagi. Beli stationary kan main lagi. Biasala kan aku. Asal ada exam jek, semangat beli stationary. Ed pon maleh dah nak cakap apa. Baik sangat dah tu, dia layan jek bawak aku pergi dari kedai ke kedai cari specific pen, hahahha korang larat tak? Iyer aku memang gitu, poyo jek lebih, studynya tak. Ya Allah risaunya aku.

Memang tak study apa. I took leave today and tomorrow to study. Period pain lah pulak. Sakit perut camana pon aku gagahkan diri gak gi opis study kat Library. Gile ko, kalau dok rumah sure aku tak study punya. Weekend lepas tengah2 aku study dan buat nota dalam 2 mukasurat, aku teringat ikan bawal dalam peti yang tak masak lagi. Pastu dok teringat-ingat, last2 aku tutup buku; masak! How pathetic is that? Takde self control and determination langsung kan. Adoihhh.
Oh ya lupa nak cakap, selain daripada the crazy thing I mentioned up there, aku juga adalah team manager/player untuk volleyball dan ada tournament this weekend!! Tell me bila aku nak study? Nampaknya aku kena bawak nota pegi courtlah gamaknya. Team manager, ni kejernya termasuklah cari dan pujuk orang untuk main, amek size jersey, register player, amek elaun, cari court untuk training, all that craplah. Owh man, it's taking sooooo much of my limited time. 

Macamana aku tak rasa huru-hara kan. Susah aku nak focus untuk exam aku nih. Takutnya. Kali ni the stakes are high. Ada 4 orang lagi amek the same exam, and they are all looking quite ready dan dah study dan buat practice question dengan banyak. Arghhhh susahnya hati aku. Bila diorang discuss-discuss, aku lah yang selalu rasa cam tak bersedia.

Oklah enough whining. I better hit the books now. Ikutkan aku, dah ngantuk sangat dah ni, tapi aku kena gak study or at least buat some questions.  KOrang doakan aku eh, diberi kerajinan untuk belajar, dan diberi ilham untuk jawab exam nanti ye, Amin. 

Arghhh nampaknya aku kena tekan the panic button now..

Sunday, October 24, 2010

Pre-Travel Update

Checklist
  1. Finalise and send revised article
  2. Finalise and send revised magazine version article
  3. Finalise and send presentation slides
  4. Print flight ticket
  5. Print hotel voucher
  6. Buy food
  7. Buy warm clothing
  8. Buy suit
  9. Beli ubat
  10. Baca latest event
  11. Renew buku kat library
  12. Etc..etc
Banyak lagi tak settle sebenarnya. Alhamdulillah, aku berjaya gak habiskan the 5 days course. Gila susah dan memeningkan kepala. Buat soalan asyik salah je, saspen aku. Pastu aku missed about 2 hours on the last day sebab aku dah demam dan sakit tekak, kena gak gi klinik. Ed gi hantar aku ke klinik,(tq babe) dan dia cakap, MC jelah hari ni com. Kalau tak kerana it's the last day of training memang aku cuti. Demam, selsema, sakit tekak dan kepala berat jangan cakapla. Muka aku sembab habis masa tu. Mata pon tak berapa boleh bukak. Tapi hari last selalu trainer bagi tips utk exam kan. Yelah examnya pon dalam 6 minggu jek lagi. Tolak aku gi UK sumer tu, adalah dalam sebulan. Yikes!

On hari Khamis I got this call, nombor aku tak kenal. Lepas aku tak angkat kat phone company, number tu called aku kat my private number pulak. Aku dok pikir, ada a handfull of people jek yang ada both of my contact number. Baik aku angkat. Rupanya my uni friend. Dia dah jadik director dekat one international consulting firm ni. Dia suruh aku hantar resume. Aku gelak jek. Dia kata dia boleh hire orang sekarang, dan sungguh2 suruh aku apply. Hmmmmm. The last friend who went to this type of consulting firm, memang earn 5 figure. 

Tak menggeletor lutut kalau dpt 5 figure? Tak hilang sumer ko punya kata-kata konon2 nak serve the country lah apalah. Sedangkan that firm pon buat project yang serve the country gaks. Hahahha. Dilema-dilema. Up till now aku belum update my resume. Aku tak pasti apa yang aku nak. Yelah memanglah money is just money, but aku pikir gak, with that kind of money, sebulan dua jek dah cukup duit nak gi umrah, hahahha.  Boleh settle hutang-hutang aku;debt free baby, boleh beli rumah atas tanah.Sudahla cekna ko banyak lagi mender nak pikir daripada jumping jobs. Aku nak focus on the conference ni dululah. Balik nanti baruler aku pikir pasal offer nih. (nak gak pikir tuh hahahha). Kerja lebih kurang sekarang jek, maybe less hahhaha. Sebab walaupun aku kejer semi gomen, macam nak mampos jugak banyak kejer. Kalau korang, korang consider tak? hahahha.
OKlah korang, aku nak goreng keropok. Ubat paling mujarab untuk batuk aku nih kan, hahhaha. Aci tak lepas makan keropok pastu makan ubat batuk muahahhaha. Ubat tu kalau makan jek kena terus standby atas katil, sebab kepala terus ting-tong. Chow people.