Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

BIg Bad Wolf Bookfare

Aku baru balik dari outstation petang tadi. Kena bagi talks. Sampai serak-serak suara aku. Alhamdulillah everything went well. Syukur. Punyalah mengantuk masa drive balik tadi. Serius rasa nak berhenti tido je tepi jalan. Tried telefon Ed, tak angkat-angkat laks, grrrr. So bila sampai je rumah, memang terus tido. Entah haper yang penat sangat pon tataw. 

Bila bangun jek called Ed cakap nak pegi Big Bad Wolf bookfare dekat MAEPS tu. Si Delinn la punya pasal, pegi cerita dia gi borong buku dekat situ. Pastu aku geram sebab geng2 opis pon buat trip gi MAEPS tadi. Grrrrr tak leh jadi ni. Lepas mahgrib memang aku dah siap-siap dah. Tunggu punya tunggu mane daa si Ed ni? Dekat pukul 8 baru sampai. Bookfair tu sampai pukul 9 je. Nak hangen pon tak guna. Dia cakap kalau still nak pegi, bagi dia 5 minit, dan suruh aku tunggu di kereta. Aku terus gi tunggu kat kereta. Memangle cepat bersiap pakcik tu. Sekejap jek dia mandi dan solat and off we went to MAEPS.

Sebab dekat sangat dengan rumah. Dalam pukul 8 gitu sampai. Walaupun dan dapat parking dekat, Ed nak jugak naik tram. Maybe sebab tak berapa sure belah mana the hall dan malas jalan. So naikla kami tram tu, buat satu pusingan dan turun di hall. Free je tau tram tu, best. Masuk je dewan, maaaakkkkk banyaknya buku! GIlerrr punya best. Novel english  RM8, buku memasak paling mahal pon RM25, yang RM25 tu hardcover dan imported tau.Macam buku Nigella Lawson tu. Memang semua imported books. Takde buku local tak silap aku.

Aku memang main sauk-sauk jek. Bak kata Delinn, agak2 sinopsis best, amek je terus. Buku masak-masak imported ni aku amek satu jek. Sebab banyak sangat masak pork lerrr. Lagipon mostly hard cover so berat. Berapa kali buku dekat tangan aku tuh nak berterabur, lenguh giler daa pegang buku, dah terpikir nak bawak beg tadi, tertinggal laks. Tangan kanan dah ler tak kuat sangat. Anyways, lepas dah banyak kali nak berterabur buku tu, aku gi dok mencangkung tepi hall tu, amek kotak kat tepi tu dan letak all my books. Haaa senang sikit. Beratnya. Kemudian aku tunggu Ed. Manalah dia ni, tetiba dia tegur aku, Uihh banyaknya buku. AKu sengih jek. Tapi dia tak cakap banyak sebab buku kat situ memang betul-betul murah. Lepas tu kami sambar 1 buku photography by national geography. Gilerr wei kalau banyak masa nak browse dan lambat lagi tutup, tataulah berapa banyak aku beli. 

Lepas dah pilih tu, mengharunglah satu hazab bab nak membayar. Panjang dowhh barisan tu. Sesambil beratur tu, sempat lagi aku gi sambar buku haper tah. Pastu tak jadi, aku gi sambar buku jamie oliver. Kenapakah? Covernya handsome ker? Muahahha. Lepas bayar naikler trem balik semula ke parking lot. Happy. Happy.Happy. Total damage is RM213!! Giler kan.  Okay dalam jangka masa less than an hour tu, nilah buku-buku yang kami pilih. 

Buku football, dummies dan Mastering tah haper tu buku Ed. Yang lain buku aku. Hehehe

Yang ni dah tentu-tentu buku aku, oh yeah.

Kesemua buku-buku yang kami beli. Oh ada sebijik lagi tertinggal sebab si Ed tengah belek.
Bila nak baca bukunya tu tatau lagi. I guess all of this books will tak me a year kot nak habiskan, sebab errr bilanya ada masa nak baca. Dengan kelas, dengan projek semua tu kan. Nanti aku kasi tau updates, berapa banyak dah baca, Buku cerita saja adalah 12 ketul. Yang lain semi ilmiah. Muahahhaa. 

Aku rasa dulu aku pernah cakap dekat delinn padal book light kan. Poyo jek aku ni, suka sangat gadget2. Sudahnya bukan pakai pon. Pakai masa awal2 belu jek dulu. But err I like it. Kalau nak baca dalam gelap, dan tanak kaco orang, be it your spouse or orang yang duduk besides you dalam bas or flight boleh ler pakai nih.


Hehehhe book light.
Reading light tu aku tak beli dekat book fair tu. Beli dekat MPH Mid Valley kot kalau tak silap. So sekarang ialah masanya untuk memikirkan dekat mana nak letak buku-buku tu semua sebab rak buku kami dah tak muat.Owh ekspo buku tu sampai hari ahad ni. Starts from 10 to 9 pm. Kalau pegi bawakla beg kain or trolly especially if you are a book junkie like me. Memang orang bawak trolley bag dan trolley pasar ko tau! Lokasi di MAEPS berdekatan dengan MARDI dan hospital Serdang. Parking banyak giler dan free, dan ada tram.

Friday, September 30, 2011

Books and more books

Hah, ada update kat private blog nun. Gi ler nengok to those who have access. 

Aku ni suka membaca. Buku ke blog ker, majalah ke, suratkhabar ke. Kalau kat opis, journal pon aku baca masa breakfast, sebab tak banyak bahan bacaan lain. Hmm kena bawak buku best2 sikitla gi opis gini.  Masa sebelum kahwin dan awal-awal kahwin, memang tak beli buku sangat, sebab tak ada duit sangat kot. Nak beli buku harga rm30 tu rasanya tak mampu sangat. Walaupun hati meronta-ronta nak beli buku, tapi kenalah dulukan my Needs vs instead of my Wants.

Dua tiga tahun kebelakangan ni, bila ekonomi dah baik sikit, aku dan Ed starts buying books again. Apatah lagi bila dah ada rak buku yang aku pernah tunjuk dulu tu. Rak tu memang dah penuh, ada section-section lagi. Pastu buku novel tak berfaedah aku, semuanya dah demoted ke rak kecik sebelah rak besar, sebab Ed kata, buku novel tu sama size letak jelah kat rak kecik. Sedih tau..hahha.. takdelah. Tak de sedih pon. Bila aku belek-belek buku yang aku beli, memang themenya berubah mengikut perasaan dan minat aku masa tu. Apa ke maksudnya? Tengok kat bawah ni. 

Buku-buku tak memeningkan kepala
Aku memang suka baca buku-buku jenis gini. Tak sakit kepala. Kelakar bodo-bodo pulak tu. For the past 3-4 years aku suka beli buku yang settingnya di UK. Satu lawak orang Brit ni kelakar. Dry and Cynical gitu. Kedua, sebab aku boleh imagine tempat tu kat mana, muahahhaha. Sophie Kinsella tu aku tak beli semua shopholic series, sebab aku rasa ceritanya sama jek, dan aku tak suka sangat heroin Rebecca Bloomwood tu. Rimas aku dengan perangai dia. Buku Alexandra Potter tu kiut gak. Aku tak bacalah novel seram, crime, sci-fi, buat sakit kepala aku jek. Banyak dah mender nak buat aku sakit kepala kan. 

Antara buku travel yang aku beli
Buku Perth tu aku beli sebelum gi Perth dulu. Yang lelain, berangan jelah dulu. Buku pasal Paris, aku pinjam dengan kawan aku. Sampai lunyai aku study selama 2 bulan. Tiap-tiap malam tidur mentelaah buku tu. Sudahnya gi paris sehari jek. Sehari jek!! Ko paham tak? Ape mender lah dapat cover sehari tu? Geram! Tapi syukurla jugak merasa le jugak kan. 

Spain tu sepatutnya aku pergi masa trip ke London tahun lepas. Memang dah prepare habis dah. Tapi dek kerana duit aku lesap kena tipu pasal mender lain masa tu, so tak pergilah Spain. Sedih gila ko, masa tu. Aku dah siap itenaries ko tau gi Spain tu. Naik flight apa, pukul berapa, tido kat mana, naik ketapi kat mana, apa nak tengok. Semua dah ready. Dari Madrid sampai Gibraltar. Iyerr, sungguh detail sis Aida PatinPasta. Arghhhhh. Apa nak buat takde rezeki aku la tuh. Buku Spain tu aku dah tanda-tanda tau, chapter dan reference penting. Meh close up sikit. 

Nampak tak tab-tab kaler-kaler tu? Kesian kan aku?
Bila aku dah ada breadmaker pulak, aku gila beli buku lain pulak. Buku apa lagi? Buku resepi dan buku cara buat rotilah. Sekarang ni buku masak-masak murah sikit even yang imported, mampu-milik la sikit. Kalau buku local fully coloured pon bawah RM20 je. Suke-suke.
Antara buku dan majalah memasak aku.
Apa, ko ingat aku ni gifted, terus pandai masak? Belajar maaaa. Banyak je yang tak jadi. Tu belum ko tengok aku nyer fridge lagi. Penuh dengan resepi roti yang aku tampal. Bukannya aku hafal resepi tuh, hahahha.

Dan ni, ialah aku punya passion lately. Beli buku ni,

Tak reti lerr. Bila baca macam faham. Tapi errrrr.. hahha
Adakah ini bermakna aku akan beli kamera DSLR? Hahahahha. Beli tak beli, berangan tetappp. Beli tak reti pakai karang rugi jek. So study lah dulu. Eh ke dah beli si cekna ni..? Hahhaha. 

Collection buku Ed pon banyak. Buku dia lain sikit. Totally opposite dari aku punya collection. Buku dia Islamic sikit. Dia membalance mende-mende lagho aku nih, muahahha.  Nantilah one day aku amek gambo buku dia pulak. Sure korang setuju dia tu geng Imam err tak berapa Muda. Takpe, yang penting imam. Imam aku jek pon, cukuplah.

Oklah aku nak tido, esok ada kelas, sepanjang siang tadi dok memasak jek letih aku. Kalah gi rewang kat kampung Ed, hehehhe. Take care korang.  Aku maybe gi Picnic weekend ni, eeii bestnya hehehe. 

Korang lak suka baca buku apa? 


OK aku update collection buku-buku Ed.  Contrast giler kan dengan aku. Nampak sangat la aku ni duniawi sangat. Hahhaha. Sebab tuler, dia husband aku. Kasik balance sikit. Hahahha.