Friday, September 30, 2011

Books and more books

Hah, ada update kat private blog nun. Gi ler nengok to those who have access. 

Aku ni suka membaca. Buku ke blog ker, majalah ke, suratkhabar ke. Kalau kat opis, journal pon aku baca masa breakfast, sebab tak banyak bahan bacaan lain. Hmm kena bawak buku best2 sikitla gi opis gini.  Masa sebelum kahwin dan awal-awal kahwin, memang tak beli buku sangat, sebab tak ada duit sangat kot. Nak beli buku harga rm30 tu rasanya tak mampu sangat. Walaupun hati meronta-ronta nak beli buku, tapi kenalah dulukan my Needs vs instead of my Wants.

Dua tiga tahun kebelakangan ni, bila ekonomi dah baik sikit, aku dan Ed starts buying books again. Apatah lagi bila dah ada rak buku yang aku pernah tunjuk dulu tu. Rak tu memang dah penuh, ada section-section lagi. Pastu buku novel tak berfaedah aku, semuanya dah demoted ke rak kecik sebelah rak besar, sebab Ed kata, buku novel tu sama size letak jelah kat rak kecik. Sedih tau..hahha.. takdelah. Tak de sedih pon. Bila aku belek-belek buku yang aku beli, memang themenya berubah mengikut perasaan dan minat aku masa tu. Apa ke maksudnya? Tengok kat bawah ni. 

Buku-buku tak memeningkan kepala
Aku memang suka baca buku-buku jenis gini. Tak sakit kepala. Kelakar bodo-bodo pulak tu. For the past 3-4 years aku suka beli buku yang settingnya di UK. Satu lawak orang Brit ni kelakar. Dry and Cynical gitu. Kedua, sebab aku boleh imagine tempat tu kat mana, muahahhaha. Sophie Kinsella tu aku tak beli semua shopholic series, sebab aku rasa ceritanya sama jek, dan aku tak suka sangat heroin Rebecca Bloomwood tu. Rimas aku dengan perangai dia. Buku Alexandra Potter tu kiut gak. Aku tak bacalah novel seram, crime, sci-fi, buat sakit kepala aku jek. Banyak dah mender nak buat aku sakit kepala kan. 

Antara buku travel yang aku beli
Buku Perth tu aku beli sebelum gi Perth dulu. Yang lelain, berangan jelah dulu. Buku pasal Paris, aku pinjam dengan kawan aku. Sampai lunyai aku study selama 2 bulan. Tiap-tiap malam tidur mentelaah buku tu. Sudahnya gi paris sehari jek. Sehari jek!! Ko paham tak? Ape mender lah dapat cover sehari tu? Geram! Tapi syukurla jugak merasa le jugak kan. 

Spain tu sepatutnya aku pergi masa trip ke London tahun lepas. Memang dah prepare habis dah. Tapi dek kerana duit aku lesap kena tipu pasal mender lain masa tu, so tak pergilah Spain. Sedih gila ko, masa tu. Aku dah siap itenaries ko tau gi Spain tu. Naik flight apa, pukul berapa, tido kat mana, naik ketapi kat mana, apa nak tengok. Semua dah ready. Dari Madrid sampai Gibraltar. Iyerr, sungguh detail sis Aida PatinPasta. Arghhhhh. Apa nak buat takde rezeki aku la tuh. Buku Spain tu aku dah tanda-tanda tau, chapter dan reference penting. Meh close up sikit. 

Nampak tak tab-tab kaler-kaler tu? Kesian kan aku?
Bila aku dah ada breadmaker pulak, aku gila beli buku lain pulak. Buku apa lagi? Buku resepi dan buku cara buat rotilah. Sekarang ni buku masak-masak murah sikit even yang imported, mampu-milik la sikit. Kalau buku local fully coloured pon bawah RM20 je. Suke-suke.
Antara buku dan majalah memasak aku.
Apa, ko ingat aku ni gifted, terus pandai masak? Belajar maaaa. Banyak je yang tak jadi. Tu belum ko tengok aku nyer fridge lagi. Penuh dengan resepi roti yang aku tampal. Bukannya aku hafal resepi tuh, hahahha.

Dan ni, ialah aku punya passion lately. Beli buku ni,

Tak reti lerr. Bila baca macam faham. Tapi errrrr.. hahha
Adakah ini bermakna aku akan beli kamera DSLR? Hahahahha. Beli tak beli, berangan tetappp. Beli tak reti pakai karang rugi jek. So study lah dulu. Eh ke dah beli si cekna ni..? Hahhaha. 

Collection buku Ed pon banyak. Buku dia lain sikit. Totally opposite dari aku punya collection. Buku dia Islamic sikit. Dia membalance mende-mende lagho aku nih, muahahha.  Nantilah one day aku amek gambo buku dia pulak. Sure korang setuju dia tu geng Imam err tak berapa Muda. Takpe, yang penting imam. Imam aku jek pon, cukuplah.

Oklah aku nak tido, esok ada kelas, sepanjang siang tadi dok memasak jek letih aku. Kalah gi rewang kat kampung Ed, hehehhe. Take care korang.  Aku maybe gi Picnic weekend ni, eeii bestnya hehehe. 

Korang lak suka baca buku apa? 


OK aku update collection buku-buku Ed.  Contrast giler kan dengan aku. Nampak sangat la aku ni duniawi sangat. Hahhaha. Sebab tuler, dia husband aku. Kasik balance sikit. Hahahha.

12 comments:

  1. majalah tu kira buku tak? melambak majalah deco aku beli sejak last year.. berangan lebih nak pindah umah sekangkang kera haha! ms pindah aritu angut gak.. berat ggilerr.. penuh satu kotak. majalah ikea pun simpan nih.

    buku2 resepi pun banyak.. aku pun suka buku easy reading.. yg paling best sekali buku ala-esiklopedia imponderbles!

    http://www.unm.edu/~jerome/imponder.htm

    ReplyDelete
  2. Joe,
    Eh majalah kiralah.. bahan bacaan la kan tu. Aku pon cam tu masa baru pindah, even have beberapa yang agak recent pasal apartment deco. Aku rasa apartment lagi penting untuk baca pasal deco. Sebab sempit kan, kena pandai susun atur dan cari furniture yang fit for purpose tapi tak banyak amek space.

    ReplyDelete
  3. cikna, sy suka ni ..http://cloudymonday.blogspot.com/2011/06/apa-ada-dengan-tipping-point.html

    ReplyDelete
  4. Aku suka novel..kalau yg omputih aku suka ringan2 macam sophie kinsella la, and romance. Kalau melayu aku suka romantik la, particularly aisya sofea. Aku suka dibuai2 gitu, pastu aku emo, dan Zul yg jadi mangsa haha. Buku masakan plak aku selalunya belek pastu letak balik, sebab aku pikir "Isk tak rugi ke beli sedangkan dlm internet berlambak resipi".. ko rasa camner? Worth it dak? Zul selalu panggil aku kalau dia nampak buku masakan. Macam nak imply aku tak pandai masak je kan? Hahah

    ReplyDelete
  5. Miss Cloudy,

    Owh sudah baca pasal buku tu at your blog. Menarik jugak buku tu.

    Amy,
    Aku ada satu or dua novel kelakar2 yang belum baca. Tah bila nak baca tataw. Aku suka layan jiwang2 tu, tapi tak leh ler berie-ie sangat. Nanti ed bosan nak layan..hahhaa. Ed tak kisah langsung beli buku resepi. in the end, perut dia gak yang happy.

    ReplyDelete
  6. sejuk hati aku tgk collection buku ed...muahahaha..bertuahnya kalau laki aku nak beli buku ilmiah camtu..ada la suh aku beli pastu haram nak baca..hampeh..

    dulu aku suka beli magazine tapi bila semak x der tempat khusus nak menyimpan rasa malas lak nak beli, lagipun apa apa info terus jekla cari online kan, kedekut betui...novel plak setahun sekali jer beli kot tu pun stock baca masa pantang! hahaha

    ReplyDelete
  7. Mawar,
    Itulah kan, buku ED tu, errr aku rasa satu dua jek yang aku baca. Selebihnya aku soh dia buat summary jek selepas dia baca buku2 tuh. Keji gilerrr kan. Adoih. Aku sebab ada rak buku so aku sukala jugak beli buku.

    ReplyDelete
  8. opposite, oklah tu, boleh sharing idea dan ilmu

    yang rajin beli buku kat rumah akak dan batrisya, batrisya apa lagi novellah, akak ada buku ilmu, buku komik dan buku cintan cintun hehehe

    resipi selalu ambil dalam internet yang ada testimonial, yang gerenti jadi hehehehe

    ReplyDelete
  9. aku mmg takleh baca buku english..mmg asek baca buku melayu jek..

    mostly, subjek umum, cam parenting, motivational and ada la satu dua yg islamic skit..

    ReplyDelete
  10. Kak Ummi,
    Layan buku cintan cintun best jek. Terbuai-buai jek ahahhaha. In real life sebenornye mana ada gitu yek. Tulah actually saya banyak pakai resepi dari internet jugak.

    Oren,
    Aku ada gak baca buku Melayu. Buku motivational dan business pon ada gak.. hehehe tak beli buku mejahit ker..

    ReplyDelete
  11. Sis,
    Kalo masuk toilet bawak henset, tu buleh masu kategori suka membaca tak kira tempat tak? Membaca gak kan? Kan? :D

    Tuh dia.. memang jenis suka buat research dulu la sebelum gi mana2 ek. Bagus gitu, I like! Bukan apa kan, at least kita tau apa yang menarik and berbaloi untuk pi tengok.

    Siap bertanda tu buku melawat Spain. I like! Al-Hambra is one of the places yang memang wajib gi visit kalo sampai Spain sebab memang no words to describe. Kagum!

    Psst.. buku love story suka baca tak? Buleh rekemen yang menarik? :)

    ReplyDelete
  12. Pp,

    Wei buat mender bawok henset dalam toilet? Kenala buat search kan. Kenala tau nak buat apa, nak gi mana. Karang rugi jek dah sampai dari jauh2 pastu rupa2nya hari tu tempat tu tutup ker, tak ker meraung. So memangla koi ni kaki planning.

    ReplyDelete