Hmmm, aku ni memang selalu buat kerja half way. Tah haper perangai pon tataw. Kalau masa kecik-kecik dulu, tengok orang buat cross stitch, aku pon nak buat. Berie la ajak mama pergi kedai beli design cross stitch tu. Kan kalau beli, dia akan kasi kain base hitam or putih, designnya, dan benang-benang yang berkaitan. Satu set gitu kan. Mesti kroang pernah buat ni kecik-kecik dulu, baik ngaku cepat! So mama aku belilah satu set. I still remember, gambar bunga. Pasal apa aku ingat sangat? Sebab by the time aku siapkan satu daun, aku dah give up. Muahahhaha. Giler tedious cross stitch ni. Kena bilang, kena tukar-tukar benang, kena simpul, arghh. Pastu kan, aku kalau malas sangat, selamba jek aku tak matikan, aku cross jek benang tu gi lobang-lobang mana tah, kalau pusing belakang kain, maaaakkkk berselirat. Hahahhaa. Sebab tu aku kalau nampak orang framekan hasil cross stitch diorang, aku respecccttt sangat. Kagum ok.
Taken from maycraft.com.my |
Taken from easycrossstitchpatterns.com |
Kalau buat jigsaw puzzle pon sama gak. Bila dah reti buat jigsaw puzzle yang snow white(alaa yang besar2 jigsaw puzzlenya tu.Gila beginner punya), so pester la mama aku soh beli satu yang advance sket. Yang 200 puzzle gitulah, tak ingat dah.. Harammm tak siap. hahahah. Bosan, susah, takde idea..
Dekat universiti amek Tae-KwanDo as Ko-K. Kalau tak kerana Ko-K tu masuk dalam CGPA walaupun 1 kredit, takde nyer aku amek dampai sem 4 dan sampai dapat black belt. (Black belt okay, you don't play-play!).
Aku rasa ada banyak lagi projek yang aku buat half way. Nanti kalau aku ingat aku letaklah. Aku ni mudah sangat patah semangat. Kejap jek berie-ie tu. Kena setbacks sikit, terus throw in the towel. Aku jugak pernah buat Masters masa baru kawen dulu. Tak sempat habis sem, aku dah drop out. Banyak sangat reason tah haper-hapernya. Kalau tak cepat no putus asa, dah berzaman ada Masters, sekarang ni tengah buat PhD gamaknya. Tapi every thing happen for a reason. Adalah tu hikmahnya.
Kenapa aku cakap pasal ni? Sebab aku tengah psiko diri aku nih. Aku dah pon convert my Masters from by research to Coursework. So aku nya research dan literature review yang berlambak-lambak aku print dan baca tu, tersadai gitu jelah. Aku taknak Masters aku pon mengalami nasib yang sama.
Bila buat by coursework ni, panjang lagilah masa nak belajar dan nak grad tu. Jauh sangat tak nampak cahaya sangat lagi. Kerja laks, hmmmm malas nak komen. So aku betul-betul berharap that I can finish what I have started now. I've already has unsuccessful attempt at Masters ni. So harapnya aku terus gigih walau apa pon cabarannya. And at the same time, macam dapat rezeki tak terduga pulak, right when I started my class balik. Masa cuti panjang hari tu takde pulak. (no-no I am not pregnant yet, hahahha. Ni rezeki lain) Kena banyak sungguh berdoa ni.
Aku petik kata-kata yang Bill Rancic selalu cakap "Winners never Quit. Quitters never win,"
Insyallah, aku akan gigih gak walau camner pon. Kalau aku dah start lemau or korang baca aku cam bosan or semangat cam dah luntur tu, silalah tegur-tegur aku ye. Wokeys, nak gi buat assignment.
ok cross stich tu kira senang gak sbb ikut petak=petak.. knitting???
ReplyDeletemember kitorg lelaki knitting okeh buat kopiah!
motivasi buat assignment yea..... errr.... errr..... takde apa langsung yang terlintas di benak fikiran kaktek...hahahaaa...
ReplyDeletekalau rasa-rasa nak end up jadi supir, chef, tokang meroyan macam kaktek.. layan ler mood malas tu ek...
Joe,
ReplyDeleteCross stitch senang?! Are u freaking kidding me? Hahaha okla senang bg sesetengah org. Kawan lelaki ko, knitt kopiah? oh my kalau sujud berdosa kan, err tunduk hormat alaa jepunnn kat dia, boleh kan.
Kaktek,
ReplyDeleteHishh akak nih, ada unsur2 ugutan di situ. Tapi kannn, di kala2 serabut dgn belajo, dpt post chef, supir dan tukang meroyan itu adalah temting. Hahahaha.welcome to my humble blog kak.
Alah rezeki apa, kasik tau la. Suka benor berahsia Che Na ni. Tangan tu camner? Ingat beb, motivate diri sendiri tu yg ko buat Masters tu utk diri kau, I know you can do it! Go, go Arenaaa. Ok dak aku jadik cheerleader ko hehe. Bleh dak citer camner ko buat garlic bread pakai roti gardenia tu, please please.
ReplyDeleteAmy,
ReplyDeleteTang rezeki tu, kena bebetul materialize baru citer. Setakat ni baru di peringkat discussion and negotiation. Insyallah cekna akan cuba sehabis daya for Masters nih. Jadik cheerleader? Boleh tapi, kenala pakai skirt pendek sambil kibar2 pompom, barulah deal. Hahaha. Garlic bread tu? Laa amek butter, gaul dengan sikit garlic powder(kalau takde tumbuk la bawang putih lumat2 sebijik sudah). Sapula kat roti gardenia tuh, bakar dalam oven or toaster. Belasah jek. Cepat sikit habis roti gardenia tu kalau buat gitu. Kekadang tak habis sebab makan berdua jek kan.
aku crossstich pun tolak tepi.. malas nak kira kotak2 yang ala-ala skit tapi banyak tu..
ReplyDeletefaito!faito Arena! faito! faito Arena..
ni ala2 anak aku dok jerit kat kakak dia bila kakak dia dah takde semangat nak buat keja skolah.. jd aku jerit dekat kau plak bagi ko bersemangat skit..hehe
Faito Faito Cekna.
ReplyDeleteAku jerit kat diri aku sendiri jugak hehehe. Mencik kan cross stitch tu, hahahha.
aku pon jenis buat keja sekerat2..mostly keja yg nak kena bagi tumpuan 100%, cam keja opis, keja melipat baju kat umah..adeehh..plus, dgn hobi baru aku-menjahit-yang-tak-tera-mana tuh, pos menerima nasib yg sama..beli kain berkurun, nak potong jek dah satu hal, pastu peram lagik..nak nyiapkan pon, alahai..jenuh bertahun..
ReplyDeleteso, diri aku pon tak bermotivasi..muahahaha...
cuma, masa aku study dulu, yg buatkan aku gigih nk habiskan study dulu, sbb aku ingatkan mira..lagi satu, sbb aku nak cepat tukar keja, nk balik kampung..takmo duk Kl..asik kena buli jek kat sana..hahahaha...
hahahah, sebab tu aku x suka ada hobby yg ladies cam knitting/cross sticth bagai ni sebab mmg aku jenis x sabar!
ReplyDeleteSejak terjebak dgn dunia blog ni kerja opis aku asyikla jadi terbantut sebab asyik duk layan baca blog! muahahahhahaha. kalau kije tu boleh siap dalam 15 min boleh jugak nak nyelit baca blog entry barang 5 min sekali dah drag kijer tu jadi 1/2 hr...selalu terlebih dari 5 min la baca blog..eh!
so far , masa semangat tinggi tu , siap jugak lah 4 GAMBAR. Pastu akak gie beli patern besor (air terjun). Berangan ....
ReplyDeleteSampai lar tak siap siap.
Start masa anak sorang (dok kerja kat PG lagi masa tu)
Oren,
ReplyDeleteHahha, okeh aku akan cuba remind myself masa ko sambung belajar dulu. Memang ko gigih. Aku salute ko. Bab menjahit tu memang lah horror sket, ko sebok sangat kat rumah. Bile ada masanya utk projek2 tu. Tapi kalau berjaya best kan?
Mawar,
If only blogging is a full time job alangkah bestnya. Sebab dah dekat 6 thn blogging masih semangat menulis. Kalauler ada masa utk tulis hari2 baru leh jadik blogger berbayar hahaha.
Kak PB,
ReplyDeleteOklah kan dapat 4 gambar, compare ngan saya siap 1 daun jek,. camana? Hahahah.
Yg selalu beli roti gardenia, Zul. Yg tukang perabih, akak gemuk ni jugak. Sbb selalu takut nak expire, kang tgh malam aku buat french toast pastu makan sorang2. Pasni bleh aku buat garlic bread ni hehe
ReplyDeleteakak tak pernah cuba cross stitch, sebabnya akak takut terkubur
ReplyDeleteskrg ni akak ada masalah buat kerja separuh jalan, belum habis lipat baju, akak dah ke dapur, belum habis masak akak dah menyapu, last sekali akak letih sebab kena siapkan semuanya :(
Amy,
ReplyDeleteTulah kadang2 aku maleh beli gardenia. Semanjak reti buat roti ni, memang aku tak beli sangat gardenia. Tak abis la, saper nak makan woi.. Silalah buat garlic bread yer..
Ummi,
Akak, kalau kerja rumah lagilah banyak separuh jalan kalau saya nih, hahahhaha..