Monday, September 12, 2011

Terminal Bersepadu Selatan

Sebelum raya baru ni, aku ada pergi ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS) dekat Bandar Tasik Selatan tu untuk pick up makcik Ed. Terminal bas ni ialah khas untuk bas-bas dari selatanlah kan. Sebelum the actual day kami dah recce gak tempat tu. Supaya tau enterance ke TBS tu, tempat menunggu dan sebagainya. Nampak dari luar canggih jugak.
Parking Lot
 


On the actual day, kami sampai ke TBS dalam pukul 12 tengahari. Ada sikit miscommunication sikit dengan makcik tu, where kami hanya tau dia bergerak dari Johor pagi. Bas apa, dan the actual departure time dari Johor kami tatau. Aku mula-mula tu dah pening gak. Tapi pergi jelah kat situ. Kami park dekat covered car park dekat tingkat 5. Parkingnya luas dan cantik. Cantik lagi dari parking KLIA. Yelah bangunan baru kan.
Main lobby
Kaunter tiket bersepadu
Cam airport kan?
Kiosk DIY untuk beli tiket
Lepas tu kami turun ke tingkat 3. Ada lobi, kaunter tiket dan sebagainya. Wah canggih jugak. Siap ada departure and arrival board electronic tu kan. Kaunter tiket pon bersepadu. Maksudnya nak naik bas apa2 pon boleh beli dari mana-mana kaunter. Except for Transnasional saje yang ada kaunter sendiri. Ada juga kiosk tiket untuk beli sendiri.

Kalau nak naik ke bas, kena turun escalator ikut tanda arah Departure/Pelepasan tu. Ada polis bantuan yang akan check ticket sebelum masuk thru departure gate. Ala-ala macam check boarding pass kat airport tu kan.
Departure gate
Lepas tu kami tanyala, kalau nak tunggu orang sampai dari bas kat belah mana. Information counter tu tunjukkan arah area Arrival Hall. Ada ruang menunggu kat situ, dan semua bas akan sampai ke area tu. Semua penumpang akan naik escalator dan keluar melalui pintu arrival tu. Macam airport punya concept gak. So sepatutnya takdelah termiss orang yang kita tunggu sebab dia keluar ikut pintu lain ke. Memang kena ikut pintu arrival tu jek.  Masa tu dah rasa lega sikit walaupun takde details pasal bas makcik Ed tu. From the electronic board tadi, kami jangka makcik akan sampai dalam pukuln 1-1.30 tengahari.  Sementara menunggu tu ada wifi so boleh la surf sikit-sikit, dan disebabkan aku mengantuk sangat. Aku tertidur kejap.
Arrival hall

Bas-bas yang akan drop off penumpang.
Escalator ke arrival gate
Dalam pukul 1.30 gitu, Ed cakap makciknya dah sampai. Nampak dah dari atas arrival hall tu. Dia terus turun bawah dan pickup makciknya. Lepas tu kami ke parking lot dan beredar. Masa sebelum raya, parking free lagi. Masa lepas raya tu parking dah kena RM3 per entry.
Pada aku, TBS tu sangat convenient. Centralized departure and arrival gate memang sangat-sangat organized dan membantu untuk orang yang menunggu dan juga orang yang memang menggunakan perkhidmatan tu. Lepas tu ada link bridge dengan LRT dan ERL untuk ke KLIA.

Link bridge ke ERL dan LRT
Tempat makan

Food court
To me personally bestla TBS ni. Luas, lapang kemudahan pon banyak. Ada jugak, tempat rest untuk tido dan sewa laptop. Fully air-conditioned. Bas pon tak leh tunggu situ lama. Just untuk pick up and drop off jek. Baru ler tak berasap dan panas terminal tu kan. Harap2 boleh maintain kebersihan dan infra tu. Sayang, tempat dan kemuudahan dah bagus, maintenance pulak tiba-tiba cam haram kan. So hopefully akan dapat bertahan la kemudahan yang bagus nih. Kalau zaman aku berulang-alik ke utara masa student dulu dah ada kemudahan as this, sure best. Dedulu, puduraya jelah kan. Tapi sebab nak jumpa boyfriend masa tu, gigihnya naik bas ke KL, hahhha. Seb baikla kawen dengan boyfriend tu ngeh..ngeh..ngeh..

5 comments:

  1. canggih canggih


    dapat satu slot kat food court tu kan best ...

    ReplyDelete
  2. Perghh memang masyuk kak kalau dapat kan. Sebab ada sikit jek kedai kat foodcourt tu.

    ReplyDelete
  3. sewa lot bukan calang-calang tu.. hehe..smpai peniaga area situ piket bantah

    tapi best kan? kalo tanak naik bas lepak2 je pun best kat eatery2 yg well known..ada starbucks.. KFC..kenny rogers..tapi dah kena bayar parking pulak.. dulu free jek. aku ingatkan TBS tu ganti pudu... travel satu mesia.. rupanya arah ke selatan je. kos tempat tu mahal gilerr..tu yg kontreversi jap

    ReplyDelete
  4. Tu ler aku rasa kalau selatan jek, tempat ti akan jadik under utlised. Masa raya ke 7 gitu hantar ed's aunt balik. Lengang giler tempat tu. Masa nak pickup 2 days before raya tu, ramai la jugak orang. Hmmm.

    ReplyDelete
  5. dekat sgt ngan umah mil aku..dr atas flat aku pandang tgk BTS tapi tak penah sampai kesana :-)

    ReplyDelete