Monday, September 19, 2011

Masak sambal tempe pon mau justify?

Entry ni aku tulis hari Sabtu lepas. Aku set scheduled post. Yelah kesian korang dok bukak blog aku tapi takde update. Muahahhaa. Ayat confident/perasan/poyo tak hengat. Yelah on weekdays aku busy kan, hahahha. Kerjala, kelasla, assigment la, nak gi sepital lagi. Belum apa2 dah bagi excuses kan. Nampak sangatt.. Hehehe, OK enough disclaimer or whatever.

Sabtu, aku bangun lambat. Saje jek nak bermalas-malasan hahaha. (Dasar pemalas? hahahah). Pastu malas jugak nak keluar gi breakfast. So bukak ler fridge tengok apa boleh masak. Nampakla dua bungkus tempe. Kenapalah aku beli sampai 2 bungkus tempe. Sebungkus sorang ker? Muahahaha. 

Anyways, aku dok pikir apala nak buat dengan tempe ni. Karang rosak pulak. So buatla sambal tempe dengan ikan bilis. Dulu aku haram tak makan tempe ok. Sebab mak aku kalau goreng tempe, masyallah macam tumpah garam. So aku dok pikir, memang cam gini ke rasa tempe. Amender yang sedap? Cam makan kacang dengan garam jek. Hahahha. Lepas kawen dgn Ed, amongst the first food mak mertua aku masak ialah tempe goreng. Kawen dengan Jawa maaa, mestilah kena reti makan tempe. Hahaha. Bila makan, eh takdelah rasa macam makan garam. So baruler aku reti makan dan masak tempe.

Ok back to cerita tadi, carik-carik nasi impit untuk makan dengan sambal tu takde pulak. So I decided to make the nasi impit the old school way. In the rice cooker, and kemudian tekan-tekan the rice. Baru betul nasi impit kan. Rationya ialah 1 bhg beras kepada 3 bahagian air, lebih sikit pon boleh. Jangan banyak sangat. Kaedah ni cepat. Cuma kalau nak simpan sampai esoknya macam nasi impit paket tu susah sikit. Senang basi, sebab nanti kena tangan masa potong-potong dan bhg topnya  mudah dried up.

Lepas goreng-goreng tempe, buatler sambal tu. Nasi impit pon dah masuk rice cooker. Lepas masak nasik  tu, aku masukkan dalam bekas, tak kisahla tupperware or loyang, tekan-tekan sikit. Lepas tu kasi sejuk. Baru potong. So lepas tu apa lagi, "mencekik" la (sila iku tone  si Sudin dalam citer P Ramlee bila baca part mencekik tu)
Ni balance, yang memula letak dalam mangkuk hilang dalam jangka masa 3 minit
Malam tu, aku buat kek batik again, sebab nak habiskan barang. Kali ni aku susun biskut marie tu. Cantik sikit, cuma coklatnya tu dok kat tepi dan tak berapa bind the cake dan nak potong challanging sikit.  So kalau nak senang, patah2 dan gaul jek. Hahahha.

Layer tersusun kan, tapi tang coklatnya tu sememeh sikit. Grrrr.



Okay, aku tau hari ni hari Sabtu. Aku ada at least 2 undangan open house yang aku akan pergi. Ada lagi yg terpaksa aku decline. So, apsal yang aku berie masak sambal tempe dgn nasi impi tu? Gi jelah makan dekat open house kan.  Reasonnya ialah :

  1.  Nak habiskan tempe. Pastu sambal tempe memang best kalau makan dgn nasi impit. Takkan aku nak bawak sambal tempe tu ke rumah open house orang dan makan kat situ sebab nak makan dgn nasi impit. Muahahhha.  Solutionnya ialah, buatla nasi impit sendiri.
  2.  Kena masak jugak takut jadik macam last week.
Apakah yang berlaku last week? Ok camni, last week kami ada undangan open house jugak. So dek kerana taknak terlebih makan, we skipped our lunch dan kononnya nak makan dekat rumah Ed's friend's house la kan. Sekali bila sampai, semua benda habis! Takde food langsung. So kami amekla air, owh ada balance buah tembikai beberapa potong dan makanla kat meja. Atas meja tu adala kuih raya dan maruku. Dek kerana lapar, tak sedar 3 genggam maruku aku makan, muahahhahah! Tuan rumah ada la apologise, dan soh kami tunggu food yang sedang diorder, dan jugak emergency mee/bihun yang baru nak digoreng. Ed punya ayat memang baekk punya, "eh takpe, don't worry, yang penting dapat jumpa ko. Makan-makan ni tak kisah," Iyolah.Sampai pening kepala aku lapar.  Masuk kereta, aku cakap ler pegi drive thru mcD boleh tak, lapar. Ed cakap beli roti apa2 jelah kat Petronas. Aku taknak. Eksen, kan. 

Naaah keluar dalam kol 3.45,  dekat kol 6 baru sampai rumah kawan Ed sorang lagi! Sesat barat punya pasal. Dah sesat tapi taknak tanya direction kan. Tu yang aku tak daya. Dah sesat jauh baru nak call. Oh ya, masa call tu pon sebab dah termasuk ke area kubor. Bukan lalu kubor ok, memang masuk dalam area kubur, kiri-kanan depan belakang hanya kuborrrrrr saje. Saujana mata memandang ok. Ayarrrrkk!!! Dahla tengah lapor masa tu, rasa nak makan orang jek masing-masing bila bercakap hahaha.

So at 6 gitula baru dapat proper food. Semuanya sedap, siap ada taufufah panas cedok sendiri lagi. Perggghhh. Punyalah cover tanak nampak pelahap sangat. Hahahaha. Tapi cam tak tercover kot. Lepas dah kenyang tu baru boleh bercakap baik-baik aku dengan Ed tu. Sebelum tu memasing nak mengaum jek. Lapor le katakan. So tu pasalla aku masak jugak hari ni. Takut food habis, hahahah. Eh oklah, nak gi open house dah.

12 comments:

  1. Hahahahaha!!! Kita sama. Dalam keadaan kelaparan cenggitu kitorang pon cam takleh berfikir dengan waras dan mengaum sesama sendiri. Tapi si isteri la yang lelebih, mebi suami meow2 sikit2 je kot. Muahahaha!!! Bila dah kenyang baru leh bertukar sopan santun semula. Hihi....

    ReplyDelete
  2. hahaha...

    aku mmg gini..kalo lapar, mmg asik nk makan bebudak nih jek..masing2, aku nmpak mcm besar kutu jek..hahahaha...nak2, kalo hari aku dok pulun posa ganti n posa sunat nih..lagilah hangen..

    lepas ada anak berderet nih, kalo dpt jemputan kenduri ke, open house ke, aku tetap jugak masak yg simple2..sbb perut bebudak, tak sama mcm perut kita..depa takleh tahan2 makan..lgpun, kesian la kan..dan plak, takut mknan kat umah org tak kena citarasa (overpedas, dll)

    aku pon tak reti mkn tempe..kawen ngan banjar nih, rajen la MIL buat..tapi depa takat goreng2 gitu jek..kadang, sedap gak ratah..tapi kena garinglah..kalo tak, mmg tak mkn le..

    ReplyDelete
  3. ha sejak kawin dgn jawa& banja ni tempe tu dah jadi fav plak..lebih-lebih lagi kalau goreng garing-garing pastu cicah dgn sos kicap pekat (kicap+cilipadi+gula)..selalu balik klang mesti ada lauk tu ala-ala lauk sampingan lar.

    Yang mcm ko masak ni sedap gak tapi nak yg garing-garing..

    Since syawal ni, asal weekend je dapur aku akan close okeh...satu & ahad mmg akan ade jemputan open house/makan2 raya. Tapi aku makesure pagi tu kitaorg kuar breakfast dulu. Ada reason sikit nak kerah Yaya & si ayah bangun pagi tu pun jenuh tiup wisel! Lagipun Aku kan preggy mana nak menahan nak tunggu food open house..hehehe..barulah x kebuluq mcm hangpa dan dpt menten mood happy utk beraya..aku dah paham sgt dah bab-bab mcm ni..lagipun nak beraya setahun sekali x suka la kalau nak gi rumah org dgn muka masam kan (lesson learn from previous exp)...hehehe

    ReplyDelete
  4. walaupun encik abah jawa, tapi hanya dia sorang aje yang makan tempe, kami tak makan, tapi akak selalu beli buat stock kat dia, letak garam dan kunyit then goreng :)

    akak kalau lapar memang berangin aje

    mungkin low sugar so akan jadi cepat marah :)

    ReplyDelete
  5. Dong,

    Oklah satu mengaum satu mengeow lite2 jek. Kalau2 dua2 nak mengaum cam kitorang ni. Mender kecik pon rasa nak cakar jek, hahahha..

    Oren,
    wei apsal nampak anak2 cam kutu? nak makan kutu? hishh jangan..geng2 monyet jek buat gitu hahaha. Gurau jek. Betullah tu, bebudak karang tak kena ngan tekak diorang mulalah nak wat aksi sentap dan berguling, tak sanggup kan..sambal tempe tu dah goreng garing2 dulu. tapi dah kena sambal terlebih, kurangla garing.

    ReplyDelete
  6. Mawar,
    goreng pastu cicah sambal kicap ye, cam tak pernah jek makan cam tu. Maybe leh cuba. Tulah nak harmoni sikit kena makan siap2 sikit. Takdelah nak mengaum kalau ada setback ye dok.

    ReplyDelete
  7. Ummi,

    kalau low sugar lagi cepat nak marah eh kak. Okla tu layankan jek selera the husband yek walaupun tekak sendiri tanak..

    PB,
    owh, nurin suka makan? selalunya bebudak jarang yg minat tempe.

    ReplyDelete
  8. hahahahha..kelaka la....sape tak mengaum beb kalo dah lapo....hahhahah

    mm..pasal kek batik tu aku lagi suke die freestyle... bile bersusun tu cam skema je....hahah...n ofkos nnt kurang coklat diantara biskut2 tu....ceh..komen cam chef ramsey....hahhahahah

    ReplyDelete
  9. Fina,
    jom ngaum sesama tengok ngauman saper kuat hahaha. Tulah, leceh ok, bila susun2 gitu and u re right memang kurang coklat antara biskut tu. hmmmmm.

    ReplyDelete
  10. tempe antara menu mahal rumah ni.. sayang woo stok limited.. aku goreng jer sbb sambal tempe aku fail..hehe

    seb baik ko sesat kat kubur siang2 kan..hehe

    ReplyDelete
  11. Jem,

    Kobuat sendiri ke tempe?Aku tgk org dok obersi ramai yg buat sendiritempe, pakai tempe starter ye. Ala aku pon belasah jek sambal tempe tu. Bukan reti sangat pon. Hahahhaa memang masuk dalam pagar kubor, tu jelah aku blh ckp. Siap nak keluar susah sikit lak tu sebab ada 1 gate tutup!

    ReplyDelete