Friday, November 25, 2011

Keterbatasan

Assalamualaikum wbh
Amacam korang? Aku busy gilerla. Tapi malam ni aku nak update jugak tak kira. Aku menyampah tengok blog ni, apsal la ada dua jek entry kat main page. Tak tau mana dah nak godek. Hmmm. So aku nak ler tulis update yang panjang sikit.

Alhamdulillah, banyak jugak mender settle minggu ni. Tapi event yang aku present tu belum habis. Esok baru habis. Event tu kat Korea, aku present dekat sini. Kahkahkah. Pening kepala aku. Ada jugak sesekali terlost connection, tapi all in all oklah. Stabil jugak connection tu. Ikutkan semalam aku nak hangin jugak, sebab slides sampai sudah diorang tak kasi kat aku. Ada sorang tu, aku balik malam from kelas baru nampak email dia. Bagi dalam bentuk report, so kena extractla. Tapi yelah aku saper nak marah-marah, so aku buat jelah apa yang boleh dan review the slides sampai pukul berapa pagi, dan hari ni aku pasrah jelah present. Respond was great. Alhamdulillah syukur. Presenting remotely ni yang bagus, aku boleh baca jek slides tu tak yah aku berie-ie present kat depan. So bila camtu, aku tak yah ler berie pikirkan opening yang canggih2 or what not.

Actually starting last one month memang haru biru life aku. Kerja makin nak hujung tahun makin macam nak gila. Semua mender-mender yang tak relate directly dengan kerja hakiki aku sebenarnya. Tapi yelah aku tak leh cerita detail sangat pasal kerja ni sebab ada collegue yang baca kan. hahaha. Tapi selalunya walau kerja nya banyak camna pon, normally I can handle the work, its the people that I cannot handle hahhaa.

Talking about keterbatasan menulis, memang aku akui, blog aku yang super public ni is limiting my writing. Eyzza kot komen yang penulisan aku berbeza sangat as compared to my writings dulu2 and dekat private blog. So adala malam2 yang aku penat sangat sampai tak boleh tido tu, aku pergi baca balik entry-entry lama tu. I admit, memang gaya penulisannya lain. I open up a lot. I write from the heart and aku ada masa nak guna bahasa yang cantik sikit dan apa yang tulis tu senang difahami. 

Sekarang memang aku menulis ikut dan jek. Asal boleh je kadang-kadang tu, sebab waktu yang sangat terbatas. Another thing is, of course aku risau colleague, friends or families or extended families  yang membaca entry-entry aku nih. Dulu-dulu back in 2005 mana ada ramai sangat orang ada blog, now semua orang ada blog kan. Hop-hop sikit dah jumpa schoolmates, or jiran or collegue, hishhh ngeri aku. 

Siang tadi masa aku sembang dengan si JoePerantau tu pon sama. Aku cakap, aku limited sangat nak tulis, aku pon sampai bosan nak tulis. Dia kata lama-lama orang pon bosanla nak baca kan. Apa nak buat. Memang aku punya scope of writing dah limited to me, a little bit of my cooking and very surfaced about work. Especially about work, where I work in a place where everybody is an expert about computing and the internet, senang2 jek diorang boleh kantoikan aku.

I guessed that's why ramai orang privatekan blog, supaya bebas nak meluah perasaan hari-hari, nak marah tu, nak marah ni, nak geramkan husband..eh.. hahahaha. Aku ada private blog, tapi aku still jugak suka blog in public, where i can make new friends as well. Lagipun kekadang orang malas nak login kan. 

Bila aku tengok entry-entry lama aku wonder jugak, macamana I can open up macam tu pada perfect strangers? Tapi aku perasan jugak dalam entry2 lama tu, I was stressed all the time. Muda lagi gamaknya, berangin jek hari-hari. Ada jek mender yang tak kena kan. Now, I don't take myself too seriously. I laugh at myself a lot. Macam ada si HanaKirana ni cakap (sis aku quote from ur blog ok hanakirana.com

Kadang-kadang, aku rasa salah satu elemen paling penting dalam hidup adalah kebolehan untuk mentertawakan:
  1. Diri sendiri
  2. Nasib diri sendiri
  3. Hidup diri sendiri
Ya semuanya berkenaan mentertawakan diri sendiri.
In a way, strangely, it will keep you going. Higher and higher.

I think as you get older, it takes more to get us upset. Lah apsal font italic lak ni, tak leh tukar pulak tu grrr.. Yelah dah banyak sangat mender dah yang kita lalu, takkan asyik nak sentaaappp memanjang. Hahahah.Pastu gamaknya aku dah jumpa, activity yang mengurangkan stress aku; masak dan baking! so aku ada channel nak relieve kan stress tu. Takdelah asyik nak meroyan je kat blog. 

Lerrr tak abis2 lagi font italic nih. Bencinya. Tapi macamana-macamana pon aku rasa korang bosan ke tak ker, aku akan tetap blogging cam ni. Tak sebebas dulu, nak buat camana kan, take it or leave it jelah yer korang. 

Ya Allah, dah rupa cam ni pulak fontnya. Malas nak layan. Grrrr.. Ok aku nak tido. Nanti aku upload gambar masak-masak. Hahhaha. Sapa cakap hari tu, cekna ni dia cakap busylah, stresslah, tup-tup keluar gambar masak-masak kan. hahhaha. Tapi seminggu dia ni memang aku sangat minimal masak dekat rumah. Busy giler ko, rumah jangan cakaplah camana rupanya. Nasibla si Ed tu ada ability buat-buat tak nampak jek keadaan rumah tu. hahaha OKlah, chow people. Korang cuti panjang kan? Aku ada kelas korang tau tak Isnin tu?!!! Tensionnya!** Hentak-hentak kaki.. 

No comments:

Post a Comment