Sunday, November 20, 2011

I am back!! But just for a while..

Assalamualaikum wbh.

Lama gila tak update blog ni. Antara the longest time  aku tak update blog agaknyalah kot. Bila dah lama tak update, nak mula tu macam kaku sikit. Jadi tak tau nak cerita apa pulak. Sampai aku dok wonder sendiri, eh selama ni, camana aku ada idea nak update blog ye? 

I have been verrrryyy busy. Pegi kerja pepagi buta, balik memanjang dah gelap. Lepas tu sebab dah letih sangat, tak boleh tido pulak tu! Tak faham-tak faham. Masa peak sibuk tu aku sampai rumah pukul 11 lebih, haa hari tu memang flat. So masuk rumah, solat dan terus tidur rasanya. Entah-entah tidur dengan baju kerja tu jek, hahahha nasib baik esok tak terus bangun pergi kerja pakai baju tu jugak. Ed pon malas nak membebel kat aku, dia tau aku penat. Dia biarkan jek aku terbongkang tido. Rumah aku jangan cakapla. Aku geng dengan Amy, macam tongkang pecah, I kid you not. Tak sempat langsung nak kemas apa-apa pun. Weekend pulak ada kelas, so tell me bila aku nak kemas. Masa peak sibuk tu jugak aku  kena hantar assignment ada presentation dekat kelas, adoilaaa. Memang nak nangis rasanya. Tapi maybe sebab aku dah tua sikit, aku handle the stress tu better, just take things one day at a time.

Hari ni pun ada kelas jugak. Mula-mula aku dah malas nak pegi sekali member sms cakap nanti lecturer  nak bagi result test satu lagi tu. Fuhh berdesup aku pegi. Hahahha. Alhamdulillah, result paper satu lagi tu ok. Syukur sangat. Balik je aku singgah beli lunch untuk Ed. Sesampai dekat rumah, aku mintak Ed bukakan pintu sebab aku banyak barang kan, pastu dia bukak la dengan kain pelikat comot-comot semua. Aku tanyala, buat apa comot-comot tu? Dia tak jawab. Mesti tengah ngemas ni. Aku jenguk dapur, Ya Allah berkilat-kilat counter top dapur. Bersih gila. Suka..suka..suka kuasa doploh. Ed ni memang suka ngemas time aku takdela, selalu buat surprise. So aku decided that this kinda surprise lagi best daripada birthday surprise ke hape yang aku tak akan dapat dari dia tuh, hahhaha. 

Sepanjang hari ni dan semalam jugak, aku dok try run program untuk projek master aku ni. Dahler nak download tu 3-4 jam, dah sampai 98% pc hang, download semula sampai 99% hang balik. Macam haram. Memang dok fail daripada last week. Puas aku cuba macam-macam cara, download dari mirror lain, semua tak boleh. Menyakitkan hati gila. So esok aku nak cuba method lain pulak. Projek ni untuk paper yang aku dapat markah rendah hari tu. Aku memang kena nail this program, dah le mid term teruk kan. 

Next week aku sibuk sepanjang minggu jugak. Ada event besar jugak next week. Slides tak buat haper pon lagi tau tak. Sebelum event tu aku ada kerja luar 2 hari pulak tu.  Entahlah, tatau macamana gayanya event tu. Nak present apa pon tatau. Hahaha. Ya Allah berilah kekuatan dan ilham kepada hambaMu ini. 

Sepanjang aku sibuk memang aku tak masak. Hari-hari Ed makan tapaw je. Kadang-kadang aku bungkuskan untuk dia, kadang-kadang dia bungkuskan untuk aku. 2 minggu gamaknya gitu. tadi terasa nak makan sup tapi kedai tu dah nak tutup, last-last tengok giant bukak lagi, beli ayam dua ketul dan sayur sikit, buat sup sendiri hahahha. Buat sup ayam bodo pon sedap kan, kalau buat sendiri. 

Eh dalam-dalam takde idea, panjang lebar gak kan aku membebel. Yelah aku tau korang rindu aku kan..kan..kan.. Eleh tak ngaku, tu asyik klik link ke sini tu ngape? Muahahhaa... Okla kawan-kawan, kalau aku sempat aku buatla update bila-bila ye.

5 comments:

  1. sesekali update tapi panjang puas bace :P

    ReplyDelete
  2. yer, aku rindu nak baca ko ngomel..hiks..

    all the best la utk presentation ko tuh..

    ReplyDelete
  3. Joe,

    Aku yang tak puas menulis nih.. hari ni horror jugak banyak sangat mender nak buat..

    Oren,
    Thanks sis. Hehehe ada pon orang ngaku rindu.. heheh sorang pon jadilaa..

    ReplyDelete
  4. Aku pun rindu..walaupun aku pun busy huaaaaaaaa..habis event minggu ni minggu depan audit plak lepas tu merdekaaaaa! Tolong la weh, weekend bebaru ni aku setakat vacuum depan TV je sbb dah teruk sgt..nak baring pun dah tak sedap. Pastu letak vacuum tepi dapur sbb nak vacuum dapur sekali..tapi ni dah Isnin malam can vacuum tu masih ada di situ :p. Bilik air toksah cakap lah. Dan yer dah 2 minggu aku asyik tapau je...aduih.

    4 hari zul keje malam, 4 malam tu jugak aku tido dlm baju kurung sampai 3am, dgn lampu terbuka, bangun sakit kepala mandi 4am sambung buat keje..walauwehh.

    ReplyDelete
  5. Lagi hujung tahun lagi sebok kan? Menyampahhhh..yeye ada org miss aku jugak. Tulah tak suka tau hidup tak keruan gini. Cepatla settle minggu nih..

    ReplyDelete