Thursday, October 16, 2014

Cuti dan masak-masak

Salam korang,

Haih slow sangat update blog sekarang kan. Tah sape jelah yang baca. Takpe-takpe. Aku sekarang tengah cuti belajar 3 bulan. Konon-konon nak habiskan thesis. Entah cemana nak habis pon tak nampak lagi. Tapi cuba jelah. Korang doakanlah aku habis cepat-cepat. Kak Izawani tu habis lama dah. Jeles tau. Nyesal aku tukar balik amek by Research. Hmmm. Mesti ada hikmah ni sabarla cekna. 

Br jek aku start cuti less than 2 weeks,  menderu deru org offer job freelance.  Tu belum campur headhunter dok call aku offer kejer lah haper lah. Offer gaji mahal-mahal belaka. Memang 5 figure belaka. Kat tempat kejer aku sekarang, dekat nak pencen pon lom tentu 5 figure. Kesian kan. Why am I still here when banyak opportunities come knocking? Aku adalah reason aku. My priorities are different now. Pening paler aku dengan offers ni.  Aku bukan berhenti la cuti 3 bulan jek. Hishh, buat aku terpikir-pikir jek.

Topik lain, sekarang ni Farhan dah start pandai main sendiri so boleh la aku masak dgn tenang sikit. Bukanlah masak hebat-hebat pon. Jemu makan beli pon 1 hal lagi. Another thing yang agak beria masak ni ialah sebab aku nak pujuk si Farhan ni makan. Dah 3 minggu tak mau makan langsung. Kurus kemain dah. Risau aku. Memula sebab demam dan muntah-muntah sikit. Pastu dah baik pon tak mo makan jugak. Aku tengok gigi geraham ada 4 batang sekali kuar, gigi taring bawah tengah keluar 2. Tak selesa gamaknya. Cian dia.

Anyways, mehla aku update gambo masak2 sikit. Dulu2 rajin gila kan update gambo masak2. Dulu laaa.. Jamu mata dengan food dulu ok, laterrr..
Takoyaki. aku baru beli tako maker. Ni farhan makan
Nasi ayam. Patutnya fav farhan. Tapi takmo jugak
Hash brown tu selalu dia makan gak, takmo
Ni mama dan ayah punya
Baked pasta, ni dia makan sikit

Friday, October 3, 2014

Makan tengah malam and Farhan's update

Konon2 tak nak makan dinner tadi. Kenyanglah, haperla, mengada sangat. Sekali Farhan dah lelap mulalah gelupur lapor. So aku turun dan buat instant noodle. Hahaha. Lama gila dah kot tak makan. Tahun ni ada makan maggi dok? Macam xde jek. Maggi goreng kt mamak pon tak dek. Sebab mana der aku lepak mamak dengan His Royal Highness Farhan tu kan. 

Well, sesambil nak suap mee segera tu banyak gak doa2 takut sakit perut. Perut aku ni sensitip sikit. Tak leh salah makan langsung. 

Anyways, memandangkan semua dah tido. Dapatlah some  Me Time.  Makan dengan aman sambil tengok reruns Fashion Star. Serius dah lama tak tgk citer2 x berfaedah gitu. Best hoih. I dont watch much tv nowadays. Not just nowadays. But since the arrival of His Royal Highness tu hehe. I love watching The Good Wife and Downton Abbey but seriously dah lama sgt tak tgk. Bila ada free time sikit aku gi kelebet kain and packing tudung utk pos pulak. Photoshoot tudunglah hahaha. Busy benor kan gayanya. 

Anyways, nak citer pasal Farhan pulak. Hihi mestilah kan mana boleh tak citer pasal kesayangan mama tu. Last week dia tak sihat sangat. And Ed was not around for 4 days 3 nights masa Farhan tak sihat tu. Oh fenatnya rasa. And budak ni kan asal demam kejap jek susut badan dia kan. Kesian dia kurus. But he is better now. Alhamdulillah.  Bila ayah balik nak berkepit dengan ayah jek. Ye nak, silalah berkepit dgn ayah tu ye. 

Dia dah start bercakap more than 1 word now. Macam nak try construct a sentence. Maa nak air. Maa nak aik atas. Bila dia main getah paip dan jirus aku dia cakap, asahhhh mama. Yer dek. Basah udah2 la menjirus mama ni. He still tak sebut hurup U sngat. Jatuh is jatih. Takut is takit. Tapi dia boleh cakap tumpah. Air bertakung lepas hujan pon air tumpahhh. Hahaha. And now kalau nak susu dia akan ckp nak ssiu.. ssiu.. so boleh paham sikitla. 

Betul macam mama aku cakap, once he starts talking, and we understand him better he will throw less tantrum. Tapi dah pandai cakap bossy la pulak kan. Maaa nak aik...atass...aikkkk atassss!!!!!
Hahaha i love this boy.  Nah amek gambo dia 2 keping. 

Oklah nak tido. Laterr..

Tuesday, September 23, 2014

Promosi Ephyra dapat sehelai instant shawl?

Assalamualaikum wbh, 

Rasanya ramai yang dah tahu pasal Ephyra. Aku sendiri dah consume Ephyra ni dah setahun lebih sejak umur Farhan 4 bulan. Masa tu agaknya hormon belum stabil, kulit kering dan muka cam bercapuk-capuk gitu. Lepas pakai seminggu eh, rasa kulit cam lembab dan supple je, rambut kurang gugur, dan muka jadik radiant. Taklah pucat sangat. Tona kulit jadik sekata.  Dan err lawas hehehe. So aku maintain consume Ephyra sampai sekarang. Bila dah dapat produk bagus macam tu, tu yang terus jadik agen tu. 

Antara kelebihan Ephyra ialah :
  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
Kandungannya pulak boleh baca dekat sini  
 
Kepada kawan-kawan yang nak beli Ephyra, kali ni aku buat promotion.

Beli sekotak harga RM197 dapat sehelai tudung instant Laila/Dalila
Beli 2 kotak pada harga diskaun RM 375   dan dapat sehelai tudung
instant Laila/Dalila
Beli 3 kotak pada harga diskaun RM 535  dan dapat sehelai tudung
instant Laila/Dalila

Tudung instant Laila dan Dalila ni dari brand Ms.Husna Hijab brand keluaran aku sendiri. Boleh browse FB Page Ms.Husna Hijab untuk koleksi penuh. Banyak tudung-tudung custom made cantik-cantik dekat situ.
Haih dah teritalic pulak semua font tak mo tegak dah. Grrrr..


 


Tudung ni, sarung jek dan pin. Cantik jek jatuhanya. Labuh depan belakang jangan risau. Boleh dipakai nampak inner, atau boleh pin di dahu untuk kelepet di tepi. Comel kan.  Tapi design tak boleh pilihla ye. Promosi berlangsung selagi stok masih ada. Kalau dah habis, mintak maaf ye.  Okla korang, kalau minat nak beli sila SMS/whatsapp 0133650048 ye. Take care korang. 
 

Saturday, September 6, 2014

Pengalaman pertama pakai contact lense colour

Aku dok terpikir pikir nak try pakai lense. Saja mengada. Few days dok tengok-tengok kat intagram. Tapi tak berani nak beli. 

One day after balik kerja lepas amek farhan aku pergi optometri dekat dengan rumah aku ni. Tanya harga colored contact lense dan gitu gini.  Pastu diorang cakap diorang akan orderkan sebab warna yang aku nak tak ada. Esok boleh ambik.

Esoknya aku pergi optometris tu berangkut dengan farhan again. Diorg tanya aku pernah pakai lense tak. Aku cakap tak pernah so diorg ajar la. Ya ampun susahnya nak masukkan lense tu. Terkedip-kedip mata aku. Haihh. Cemna korang pakai. Pastu yg lagi menambah stress dan kesukaran nak masukkan lense ialah si farhan dok nangis-nangis tepi pintu takmo masuk bilik tu dengan aku. Haihh. Finally dengan bantuan staff situ aku berjaya masukkan the lense. Ke dia yang tolong masukkan tah. Tak selesa gila ya ampun. Berjurai jurai air mata aku. Tambah resah lagi sebab si farhan dok nangis sampai terbatuk batuk cam nak termuntah tu. Sabolah anak.

Dek kerana farhan dok nangis2 hiba aku tak sempat nak try kedua dua belah mata. I just wanna pack and go. Opps kena keluarkan the lense dulu. Ni pon satu cabaran. Aku adalah penakut. Staff tu ckp buka mata dgn tgn kiri dan guna tgn kanan utk pinch the lense.  Tak reti aku. But eventually berjaya juga. Masa tu pikir. Ada yg aku buat tukun je lense ni kang. Gedik sangat. Grrrrr..

Anyway tonight lepas farhan tido, i decided to give it another try. Ya mpun entah berapa lama br berjaya. Dan mata kiri sebab first time pakai. Tak selesa langsung. Pedih. Macam berpasir. Kabur. Memang berjurai jurai air mata. Bukan nangis tp mmg thats the mechanism the eyes are telling the body ada foreign things dlm mata ni kan Please get it out. 

Tapiii... err mata aku jadi bulat dan besar sikit bila pakai lense ni. Kaler gray hokay, dont play2 kahkahkah.

Aku bertahan setengah jam je pakai. Cuba lagi esok2 . Errr kalau tak serik hahahaha. Oklah nak tido. Mata ku penat. Jumpala lagi u olls.

Berair-air mata aku oi..

Friday, August 15, 2014

Beraya di Pahang

Salam semua,

Ok memang tak abis lagi citer beraya kami. Kaki bertolak ke Pahang pada hari raya ke-3. Takdela awal sgt gerak. Dalam kol 12 gitu kot. Trafik ok jek. Alhamdulillah. 

Sampai jek dekat rumah mama. Terus masuk dapor goreng bihun sebab makcik dan family sampai nak beraya. Kakak ipar aku cakap cepatnya aku siap masak. Mana tak cepat. Umah mama bawang dan cili dah siap blend. Ayam sotong sumer dah defrost dan bersihkan. Tinggal potong2 je kan. Memang tinggal goreng jek. Goreng 2 batch. Pastu goreng mee pulak. 

Tahun ni mama dan baba macam tak  beraya sangat sebab baba masih sakit. Kesian sangat dia. Tak tahu macana nak tolong dia. Nak nangis bila tgk dia mengerang ngrang sakit tu. Up till now belum betul2 recover. Sebulan lebih dh sakit. Ya Allah berikanlah kesihatan yg baik pada baba. Berilah kesembuhan pada sakitnya. Adek aku pulak masa ni beraya kat jepun dan korea. So dia xdela. Ada aku dan family abang aku jek. 

Dok atas riba neni amaze neni leh sembang2 dgn acu kat Tokyo
So kami beraya esok2nya sendiri jek. My small family dan family abang aku. Kami pergi visiting makcik makcik dan cousins. Ramai lagi yang kami x sempat jumpa. Takpelah ada rezeki nanti jumpa lagi. 

I found out that kalau masa ziarah. Aku lepaskan Farhan main kat laman masyaAllah kemain enjoy dia. Kalau force him to stay indoor. Kejap jek dah nak start tunjuk perangai comel. Dan tuan rumah mmg x leh tegur2 sangat dia, nanti dia tempik jek. Bila people leaves him alone. Haa ok jelah ia. So after that cam tulah aku buat bila raya kat KL. Salm2 tuan rumah and ket him roam kat laman. Mostly rumah makcik pakcik kat sini ada laman sebab rumah tanah lot gitu. Seronokla dia lari sana sini. 

Farhan enjoying himself main-main dekat outdoor.
Ni dekat rumah auntie aku. Kemain ralit tengok fish dalam tu, siap panjat nak masuk dalam kolam. Adei.
Oh ya masa aku gi rumah one my aunties aku tanya dia tak buat kuih gunting ker? Di ckp tak dia tak berapa nampak dah payah nak buat. Dia buat kuih gunting and opor daging yang bapok sedap. So aku mintakla resepi. Kalau tak salah tepung gandum, bawang merah, cili giling, ikan bilis, santan dan daun kari.  Aku pon buat mental note dan try buat balik dr ziarah tu. Sedapp oi. Tapi mencabarnya nak dapat the right temprature. Api kecik - tak garing, besarkan api cepat benor rentung. Pastu time consuming dan labor intensive sangat nak gunting doh atas api tu. Nak terbakor bulu roma lengan aku masa gunting tu. Ahahahhaa. Pastu anak buah aku goreng tp canai besor dah cam roti puri lak. Berebut rebut makan. Cam tu pon ada. Gasakla korang.
Kuih gunting bapok tebal tapi sedap
We stayed there 4 malam, and tengahari ahad, baru balik ke KL. Kereta banyak la, terberhenti-henti jugak kat highway karak tu, but not so badla. Alhamdulillah. Smooth belaka. Ok la tu jek nak citer meh aku tepek gambo plak.Laterr..
Dah boring sikit2 dalam car seat
Nyanyi phonics ABC dengan abang Baby dan Abang Aboi
Banyak melantak buah2 local masa raya. Musim buah yo!
Farhan dengan cousin dia Ashley.

Tuesday, August 12, 2014

Tutup alamat email

Salam, 

Kawan-kawan, 

Aku just nak inform korang yang aku akan delete akaun yahoo aku gemarena70s@yahoo.com.my tu. Sedih gak delete akaun tu. Tapi dah banyak kali akaun tu compramised. Nanti tetiba korang yang pernah email aku akan terima link lah apa lah dari akaun tu. Siot sangat. Dah banyak kali jadi tau.  Aku dah report kat yahoo. Tapi steps yang diorang suruh buat tu aku rasa not solving my issue. Few months jek dah kena again. So kali ni aku dengan hati yang saaangat berat decides to delete the akaun. Sayang sangat sebab akaun tu started dari tahun 2005 lagi, tahun aku mula berblog. 

Now blog tu aku dah privatekan. And blog kat sini jek publicly. Tadi masa aku tengah copy email addresses,  I found that banyak sangat email dari reader yang enquire dan share pasal journey diorang untuk conceive. Ada yang buat IUI, IVF ada jugak ICSI. I am happy that my blog inspire people to take the plunge untuk buat treatment to conceive. Yang whatsapp mintak pandangan pon ada. Aku jawab cuma cepat dan lambat jelah. Lagi cepat aku jawab email dari whatsapp kot, sebab banyak no whatsapp pening paler aku. Faham sangat perasaan anxious bila dah mula treatment, masa mula2 tau pregnant, dan faham sangat we need all the support that we can get. Lagi-lagi daripada orang yang pernah lalui the same phase kan. Aku alu-alukan kalau korang nak email aku tanya pasal treatment to conceive tu. Aku jawab dan tolong sekadar mana yang aku mampu ok. Untuk korang yang nak email dan nak share dengan aku pasal your journey, silalah email aku di cekna70s[at]gmail[dot]com

Pastu aku jumpa jugak email blogger yang aku rajin follow since zaman 2005 dulu. More than half of them dah tak menulis blog dah. Sedih betul. Walaupun ada FB, Insta and what-not, aku masih suka baca blog. Cakap banyak aku ni kan, aku sendiri pon jarang-jarang update blog dah. Kalau update pon pasal Farhan jek. Memang takde masa la. Pastu kalau nak mengarang pajang-panjang dan cerita detail2 memang time consuming sikit. Memang takde masa. But Insya Allah aku akan tetap menulis. Panjang ke pendek ke, jarang-jarang sekali ke, aku akan tetap tulis. Sebab suka nak baca-baca balik. Kalau FB gitu tak best baca balik. 

Kalau ada kawan-kawan lama yang baca dan nak email aku. My email is as per above. Nanti aku tukar dekat profile jugak. 

Oklah, aku mengantuk yang amat ni. Tak leh bukak mata ni. Cam kena gam. Ginilah aku kalau ganti puasa. Ngantuk memanjang. Ye, aku ganti awal sikit tahun ni. Insaf sebab cam nak gila ganti last minute sebelum puasa baru ni. Pastu aku nak cuba follow kengkawan office yang rajin puasa ni. Bagus betul diorang ni. Memang puasa Isnin dan Khamis, all year round. Hebat la. Semalam aku puasa first day, ya ampun sakit kepala. Hari ni belum sakit sangat lagi. Hopefully okay jek sampai berbuka. Okay geng, nanti aku tulis lagi. Take care peeps.



Tuesday, August 5, 2014

Our raya 2014

Salam korang. 

Dah masuk kerja ke? Aku baru je masuk hari ni. Lemau jek. Cepatla pukul 6. Nak balik!!. Teringat kat Farhan. Hahaha.

Sempoi jek raya tahun ni. 4 hari di Ijok. 4 hari di Jengka. Sempoi tapi best. Kat Ijok tak banyak visiting sangat. Tunggu orang datang jek hehehe. 

Raya kedua ed gi baraan. Nanti next 2 years bawak Farhan pegi ek. Aku pulak buat nasi dagang masa 2nd day tu. Nervous gak sebab masak banyak. Tapi kali ni aku cheat sikit. Aku tak kukus. Aku tanah dalam rice cooker jek. Ok jek. Nasik jadik elok jek. Tapi kena guna basmathy baru cantik. If not, nasi akan jadik lekat-lekat cam pulut. Tak cun la kan. Member blog dan in real life si fiya dtg beraya masa tu. Dapatla merasa nasi dagang tak brp nak superb tu hahaha. Thanks for coming babe.  

Farhan kat ijok asyik tempik jek. Marah orang nak amek dia. Garang benor. Haishh. Raya la dek. Rilexla. Memangla orang nak amek nak dukung. Eksyen benor. Pantang pintu terbukak asyik meluru keluar jek, nasib baik tak pergi jauh-jauh. For nowlah. So ni gambar raya di ijok.  Yang kat Pahang nanti aku upload next.Err kalau rajin.
Bergerak satu rumah atas push car ni.
Posing di pagi raya
Naper tah nak pakai cloth diapers ni kat luar seluar. Sabo jelah.
Anti-mosquito patch. Pakai siang-malam. OKla takla kena gigit nyamuk
Nasi dagang. Terengganu style, sbb xde beras merah

Saturday, July 26, 2014

Nose Bleed

Sekarang ni panas betul kan. Ada hari-hari yang nampak mendung jek tapi panas berkuap kan. Dua minggu lepas rasanya kakak taska cakap hidung Farhan berdarah. Terkejut gak aku sebab tak pernah witness ni myself. Dia ckp twice dah dalam minggu tu.
Last weekend tetiba nampak hidung dia berdarah again. Masa tu bilik kitorg mmg panas berkuap even on aircond full blast. Angkut farhan ke bilik neni kat belakang sebab bilik tu sejuk sikit. Redup. Pasang aircond kejap je sejuk. Letak towel basah kat kepala dia.
Sekarang ni kena ensure kepala dia x panas dan dia x berpanas sangat. Raya nanti cemana tah
tengah basahkan kepala dia
Cak. Banyak main jek sekarang ni. Cheeky sangat
Ni muka sebek2 nak nangis lepas kena marah hehe. Terus mama x sampai hati.

Wednesday, July 23, 2014

Ucapan Selamat Hari Raya Awal

As Salam korang, 

Tinggal berapa hari je lagi nak raya kan.
Kerja menimbun-nimbun dekat office ni. 
Lepas raya pon banyak sangat reports, proposal nak kena submit. Serabut aku.
Aku ni pulak hah kemain awal pulak x pose balik. Awal2 Ramadhan hari tu dah tak puasa dah. Jenuh mengganti u oll. Tapi takpelah, dah ketentuanNya gitu kan. 

Hati aku ni kacau sikit. Baba dah berminggu tak sihat.
Last week dia warded dekat SJMC for 6 days.
Sakit dia nampak x berkurangan.
Blood test dan scans doesn't show anything sinister. 
So semalam mama request dr hospital nak balik sebab all they did was give him pain killers je. 
But he is still in pain. Every half our akan ada attack or spasm. 
Bila kena attack tu he is in terrible pain. Tatau nak buat apa. Risaula. 
Aku nak cuti teman dan jaga baba, aku ni takde cuti dah. 
Susah hati aku. Apart from kesian kat baba. Kesian gak kat mama yang hardly sleeps sejak baba sakit. Nampak penat sangat dia. 
Ujian sungguh di bulan Ramadhan ni. 
Ya Allah sembuhkanlah sakit baba dan mudahkanlah urusan kedua ibu bapa kami. 

Aku rasa aku tak sempat nak buat update dah sebelum raya ni, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Mintak doakan baba aku cepat sembuh ya korang. Take care dan travel safely ye. 


Thursday, July 10, 2014

Puasa updates

As salamualaikum wbh

Kejap je dah hari ke-12 puasa.
Tetiba nanti dah raya dah kan.

Amacam persiapan raya korang?
Aku biasa2 jelah.
Beli baju Farhan je lebih. Pastu tgk baju aku sedia ada, ada yg matching ke tak.
Kalau x de aku beli jek apa2 online.
Kuih pon beli online dan sikit beli from budak opis. Tu jek.
Puasa tahun ni ngantuk jek kejernya. Kalau drive balik kerja tu tersengguk-sengguk aku.
Sampai aku kena call Ed lah call mama lah sembang2 pakai speaker sebab nak elak ngantuk.
Pastu mudah penat. First 4 to 5 days hari2 masak. Pastu dah penat. Beli jelah. Nasi arab lah. Pizzalah. 

Aku tak kisah nak masak tapi dengan Farhan merengek rengek letih aku jadinya. Dia time balik taska memang nak aku duduk baring2 dan golek2 dengan dia jek. Full attention kat dia. Anje cangat. Hari ni nak masak nasik lemak rendang kerang. Kerang dah kopek siap2 semalam. Harap Farhan cooperates.

Anyways tu jelah short update dr aku. Akhir kata terimalah gambar latest Farhan hehehe.

Tengok TV sambil baring atas mama masa balik taska
Moncit hehe. Taula kan ayah dia sokong sapa world cup ni.