Sunday, August 14, 2011

Asyik masakkkkk jek.

Kelmarin, baru aku tidur rumah mama. Ed masih outstation. Kat rumah mama pon, mama bukan ada. Ada adek aku dan anak buah aku si Abang dan Olin jek. Aku yang konon-konon cuti sebab nak prepare bahan utk mengadap SV, haram tak buat apa. Bangun pon tah pukul berapa, pastu sebok pegi kedailah apalah. HIsshh horror tau aku ni, bila masuk bab study. 

Sampai jek kat Puchong, pickup abang dan singgah kedai lagi sekali carik one more barang. Sampai jek rumah mama aku, terus aku gi dapur naikkan sup ayam. Adek aku nampak jek aku naikkan sup terus tanya.

Adek : Masak apa tu kak?
Aku : Sup ayam. Nak buat nasi ayam. 
Adek : Laaa kata nak buat macaroni. Adek nak macaroni tu.
Aku : Buat jugak.
Adek : Owh ok. 

So sebab awal lagi, aku konon-konon bukak la laptop dan download 1-2 journal untuk aku punya Lit Review. Bosannya, tolongglaahh. Hummphh. Pastu, aku gi buat doh untuk roti lak. Adek aku tanya lagi. 

Adek : lah tu nak buat apa pulak?
Aku : Nak buat roti. Buat sausage roll untuk budak-budak ni, boleh diorang buat makan sahur karang, kalau tak lalu nak makan nasik.
Adek: Abis tu macaroni?
Aku : Ya Allah, risau sangat orang tak buat macaroni tu. Macaroni tu buat jugaklah.
Adek : Hahhahaa. Okeh. 

Ko paham tak punya kemaruk nak baked macaroni tu, bila aku masuk dapur jek adek aku mengekor, tanya aku buat apa, muahahhaha. Anyways, lepas dah buat sup, aku bawak keluar ayam, marinate, pastu prepare untuk naikkan nasik, at the same time rebusla macaroni tuh. Meroyan la pulak karang kalau macaroni tak siap lagi by the time berbuka tu kan.
Baked macaroni second batch. Yang 1st batch dah habis.

Kak PB, ni gambar pressure cooker sepertimana yang akak request tu


Nasi ayam close up. Ni jojoe punya pasal la tunjuk nasi ayam, dah aku teringin dan buat jugak

Chicken rice with condiments. Aku siap amek ayam yg dah siap goreng potong kecik-kecik guna cleaver style kedai ko, hahhaha
 
Nasi ayam, gamaknya lepas berbuka baru aku masak. Kak PB, saya masak nasik ayam tu, dalam pressure cooker kak. 4 minite jek siap, hehehe. Pakai beras basmathi, cantik betul nasi yang siap tu. 

Adek aku cakap, nasi ayam sangat sedap. Tapi dia kata kalau jual, bangkrap sebab pakai beras basmathi, hahhaha. Tak pepasal makan nasi ayam pon kan main panjang-panjang nasinya. Olin pulak, bukan main suka lagi baked macaroni. Dia kata, it's her favorite. Silap-silap dia makan lagi banyak dari adek aku. Err is that possible? Hahhaha. Dia makan 5-6 piring jugakla macaroni tu. Bagusla suka aku, kurus kering dah aku nengok dia, lagi-lagi semenjak bulan puasa ni. Elokla makan banyak sikit. Malam tu dia balik, aku bekalkan baked macaroni dan nasi ayam. Tak sempat nak bekalkan sausage roll dekat dia. Masa tu tak siap lagi.

Lepas dah settle makan untuk berbuka dan solat semua, aku mulalah meroti. Gambar roti selalu sangat letak, so tak yah letakla. Sama jek.

Oh ya, chocolate chip cookie yang aku buat 2 days before, abis dah. Adek aku cakap sedap, macam famous-am*s cuma tak semanis FA tulah. Which is a good thing la kan. Adek aku tu memang dia tu sama selera dgn aku. Amender aku masak memanjang sedap jek kat tekak dia kot, hahhaha. 

Semua makanan settled. Aku memang suka masak makanan berunsurkan ayam ni, kalau Ed takde. Dia bukan makan sangat ayam. Adek aku pulak hantu ayam. So timing memang perfect la. Actually, esoknya aku nak buat nasi bubur ayam special dan tah haper lagi. Tapi sebab ada masalah sikit, aku tak dapat masak. 2 hari jugak tak dapt masak , disebabkan masalah tu. Nantilah aku cerita. Mengantuk sangat dah.

Thursday, August 11, 2011

Bakar kuih raya ke tu?

Baru lepas subuh. Tadi mengantuk gila nak bangun sahur. ikutkan mata aku, memang aku tido jek. Dah la si Ed takde. Memang lagi best layan mata. Tapi, mengenangkan aku ni ada gastrik, kenala gak bangun sahur, makan sikit dan makan ubat. Alhamdulillah puasa tahun ni, ada sehari dua jek gastrik tu horror sikit. Itu pon sebenarnya aku gastrik masa hari yang aku tak leh puasa. Hari aku puasa tu ok alhamdulillah. Rahmat Ramadhan kan. Dan rahmat orang berpuasa. Tapi aku pon memang kena usaha lebih. Kena pastikan ubat sumer cukup. Sebelum puasa tu dah borong segala mala ubat. Tau jelah aku ni macam-macam health condition. Beratus gak habis. Tapi takpe, nak sihat punya pasal. Kalau ubat gastrik tu memang every berbuka dan sahur aku makan. Hmm which reminds me, ubat gastrik dah nak habis, esok kena gi beli sebelum bebetul habis stok. 

Ed takde start semalam sampai Jumaat. Kesian dia, puasa-puasa ni kena outstation, travel panas-panas gitu. Moga diberi ketabahan. Dekat opis aku rasa mengantuk yang hamat. Yelah memang kurang tidur kan puasa-puasa ni. Masuk tidor cam biasa, kol 12.30 - 1 am. Kol 5 bangun, panaskan makanan dan terusla pegi office, lepas subuh tu kan. Memang mengantuk gila kat opis. Aku sekarang ni, pasrah jek, kalau orang nampak aku terlelap or terjuling bijik mata menahan ngantuk ke haper, hahahha. Can't help it, dah. 

Anyways, semalam konom-konon Ed takde aku nak beli jek untuk berbuka. Tapi, aku pon dah jadik pemalas nak gi Pasar Ramadhan or kedai sekarang ni. Aku rajin gi kedai barang basah jek. Lepas beli tah hape-hape kat kedai semalam, aku naik ke apartment, letak barang-barang dan konon-konon nak baring kejap. Bukak-bukak mata jek dah 7.05 ko hahahha. Kelam kabut pikir nak berbuka dengan apa. Last-last walaupun berbuka sorang-sorang je kat rumah, aku masak gak. Ala spaghetti jek. Tapi sebab daging tu tak berapa nak lembut, takes a while jugak kena masak. So aku berbuka dengan vitagen dan roti yang aku buat hari sebelumnya. Bagus jugak ada stok roti home made nih. Dalam 7.45 baru aku makan spaghetti tu. Bosan tol makan sorang-sorang ni. Ed ada gak tepon, dia tengah berbuka kat kedai mamak. Akhirnya kena gak makan kat kedai pakcik tu, setelah dok makan aku nyer home-cooking hari-hari sepanjang puasa ni. Oh with the exception of KFC hari tulah. 
Apple rolled bun

Roti buat semalam, apple roll bun dan mini sausage roll. Tengok tu, brown habis kan? Grrrr.

Menu berbuka tadi. Spaghetti bolognaise
Lepas solat sumer at 10.30 malam gitu rasa nak baking. Hahahha. Kemaruk ke aku nih haaa? Korang tau aku buat apa? Aku test buat biscuit raya. Hehehe. Semenjak ada kitchen scale ni, aku dah reti halve kan or even sukukan the ingredient. So semalam test drive buat chocolate chip cookies. Kali ni masa bakar, aku bakar at 150c letak kat level tengah. Selalu bakar 2 tray atas bawah dan kurangkan 5 minit dari time baking asalnya. Kena sabar sikitla. But alhamdulillah, ok sangat hasilnya. Tak burn la.

Whoaa tak ku sangka cam famous amos daaa. Heheheh. Tapi aku cheat banyakla buat kuih tu. Aku dah beli premix tepung, kakaka. Tak authentic la kan. Pedulik apa kan. Kalau ada mender-mender yang memudahkan, bring it on. So aku tinggal, tambah butter, esen vanila, kacang, chocolate chip, nestum, oat dan chocolate button jek. Gaul dan sudukan atas tray sesedap rasa. Panaskan oven, dan; siap. Aku sukalah buat biskut sikit-sikit ni, dua tray jek, siap. Tak penat. Kata orang tak berbaloi sebab still kena basuh the mixing bowl, dan tray sumer tu. Bagi aku, ok jek, sebab ko tak rasa slaved in front of the oven sangat. So dapatlah 1 tupperware setengah, which adek aku dah cop dan aku akan tinggalkan sikit utk Ed rasa nanti. Maybe weekend nanti boleh buat perabis.
Test drive chocolate chip cookies
Siap!
OKlah korang, aku nak membaca jek. Esok ada jumpa lecturer. Setelah lama bercuti. Life as a student will resume. Arghhh. Torturenya. Tapi dah ini jalan yang aku pilih, kena harung jelah. Ya Allah berilah kekuatan, kerajinan, ketabahan dan ilham untuk menulis research paper aku ni. Hmmm aku dah berkira-kira nak convert to coursework dah ni. Ada beberapa kekangan yang menyebabkan Masters by Research ni tak berapa conducive utk aku. Pepehal kena solat istikharah dulu dan jumpa SV. Lepas tu decision time.

Take care korang. Korang buat kuih raya tak? Ke order dengan si Jojoe? Hehehe. Aku buat tu buatla, tapi order, tetapppp. Hehehhe.

Tuesday, August 9, 2011

Amacam puasa?

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

Sekejap je dah 8 hari kita berpuasa kan korang? Hari ni dah hari ke-9. Aku sakit tekak sejak last week.  Hari Jumaat lepas aku tak masak, Ed belikan KFC, settle. Minggu ni pun aku malas nak berie-ie masak (boleh caye ker?) sebab nanti aku penat sangat nak gi Terawih kat surau. The first 4 days last week berie masak pon sebab aku hehe, belum puasa lagi.  Meaning, masak dapur berkecah macamana pon, lepas maghrib, Ed ke masjid, bolehler aku kemas dapur tu. Pastu sebab aku boleh rasa makanan, semangat la sikit nak masak kan, lagi-lagi resepi baru kan. 

Jumaat lepas aku gi beli barang kat kedai barang  bakeri kat Yummy Bangi tu. Masyallah manusia. Kalau tak kerana aku pegi dengan kawan-kawan memang aku give up. Tapi redah la jugak masuk ke situ sebab nak beli barang baking sikit. Dek kerana dah cukup barang, malam tu mulalah projek meroti. Aku buat Chocolate bun. Resepi diambil dari Mamafami punya blog dan Mat Gebu. Memang gebu rotinya. Cuma aku kena biasakan diri dengan oven aku nih. Pesal la panas sangat. Oven bread maker tu ok jek kalau aku ikut temperature dan timing dalam resipi. Tapi kalau oven satu lagi tu, memang rentungla kalau aku ikut resepi betul-betul. Selalunya aku kena turunkan temperature dalam 20C-30C. Meaning kalau dalam resepi cakap bakar pada 180C aku kena bakar dalam 150-160C. Pastu masa pon kena shortened. Kalau orang lain bakar 25 minit, oven aku tu less than 20 minutes. Hmmmm. Tak reti aku nak adjust. As a result, 2 kali buat roti baru-baru ni, cepat sangat brown the top tuh. Tapi aku sangat puas hati sebab roti hot dog yang buat semalam sangat gebu dan rasanya sangat sedap dari biasa. Resepi baru kan. Cuma rupa ada sikit hodoh sebab aku tak dpt nak melilit betul sebab lembik betul. 

Ni lagi satu masalah, apsal la most of the time aku buat roti tu aku kena kurangkan air. Kalau resepi cakap 125ml, aku rasa aku hanya boleh letak 100ml jek. Lembik gilerrr tak leh nak roll. Melekat-lekat tak hengat. Grrrr. Tapi aku malas nak disheartened. Aku lilit dan balut jek roti tu. Lantakle ko. Dan bakar dan bawak untuk anak buah aku. Adek aku cakap sedap daripada biasa rotinya tu. Yesss. Walaupun gemok semacam jek rupanya. Lantaklaaa. Ada can aku buat sekali lagi nih, hehehe. Kena improve rupanya tu. 

Anyways, sabtu lepas aku balik kg Ed. Asalnya Ed soh aku masak nasik beriani bawak balik sana. Pastu tiba-tiba jek tukar nak buat roti jala. Pukul 2 ptg lak tu baru request. Menggelabah aku ajak dia beli barang. Balik rumah dah dekat pukul. 3 petang. Sempat ke nih? Balik rumah naikkan kari daging. Nasib baik pakai pressure cooker, sekejap jek masaknya. Lepas tu mulalah menjala. Tension aku menjala roti nih, memula tu takmoh kuar dengan cantik the roti. Pekat sangat kot batternya. Pastu dah tersumbat dah the acuan tu. Grrrr. Masa orang nak cepatla ko nak tersumbatla apala. So aku adjust sikit batter tu dan besarkan lubang acuan tu guna gunting. Baruler boleh menjala.

Dah kol 4.30 tak siap lagi, jauh jugak nak balik kg Ed tu. Aku soh Ed sambung buat, sebab aku nak pack barang, makanan dan nak solat. Terkial-kial pakcik tu buat. Memula memang jadik dot-dots jek. Unconnecting dots.  Hahaha, second round, aku demo sikit menjala kasi rendah sikit dan acuan tu kena penuh sikit baru cantik. Boleh pon si Ed ni. Cantik jek aku tengok. So aku biarkan dia menjala sampai habis, dan aku kemas sumer barang. Pukul 5 kami bertolak dalam 6 lebih sampailah kami ke kg Ed. Aku dah mula start sakit tekak masa tu. Tapi sebab haus sangat, masa berbuka tu minum sampai 5 gelas air sejuk. Haaa, malam tu merasalah sakit tekak dan hampir demam. 
Krim karamel, roti coklat, roti jala, roti gardenia with cheese, roti hot dog gemok.

Esoknya balik rumah sendiri. Malam tu nak berbuka rumah mak aku pulak. So aku buatler, krim caramel dan roti hot dog yang aku mentioned tadi tuh. Kelam kabut buat. Tak sempat siap pon sebelum berbuka, sebab nak tunggu roti tu naik bebetul kan. So berbukalah kami dalam kereta dengan roti hot dog tu. Belum sampai lokasi , dah bedal 2 -3 ketul roti tuh, hahahha. Lepas berbuka kami berterawikh di surau dekat Puchong. 

Aku intend, minggu ni nak masak simple-simple jek, sebab nak gi Terawikh kat masjid. Last week sebab aku tak pose lagi, sebab tu kan main lagi masaknya. So aku target menu aku sepanjang minggu ni seperti berikut -Isnin-nasi lemak,Selasa- bihun goreng, rabu-spaghetti goreng/Bolognese, and Khamis baked macaroni. Actually start Rabu maybe tak yah masak sangat sebab Ed takde dan maybe nak berbuka kat rumah mak aku. Tapi adek aku pulak dah cop soh masak baked macaroni. Bukan apa, kalau masak berie-ie karang penatla, pastu liat la nak gi terawikh tu.  Iyer, aku ni the Queen of Excuses. Kena sedar diri. 

Ada budak opis aku dah buat biskut raya weekend lepas, terujanya aku nak buat jugak. Kena tunggu weekend nihla. Kalau takde program, boleh buat hehehe. Aku ni kan, sorang2 pon jadik jek buat kuih ke biskut ke roti ke. Hahahah. Pathetic ke cam tu aaa? Lantakla pathetic ke tak, janji bila siap, boleh kasik orang makan, sudahhh.

Thursday, August 4, 2011

Nasi bukhari/nasi daging

Aku balik semalam takdelah awal sangat, sampai rumah dekat-dekat pukul 6 gitu dan mula memasak. Sebelum tu aku singgah kedai kejap sebab nak beli yogurt. Lepas tu naikler kat rumah dan start masak. Perap daging dengan halia, bawang putih dan bawang merah. Lepas tu sebok gak nak buat bawang goreng sendiri. Bawang goreng beli tu kan tak sedap. So lama la jugak hiris bawang tu. 

Lepas check that sumer barang dah siap hiris, blend, ketuk, bilas dan measure, aku mulalah menumis nasi tu. Memula aku tumis bawang dan penumis, diikuti dengan daging dan rempah kurma. Aku masak dalam pressure cooker, lepas dah menggelegak, aku terus tutup pressure cooker dan set timer 5 minit. Lepas tu aku bukak, gaul2 dan tengok daging tu dah lembut or not. So dah ok, so aku terusla masukkan beras, yogurt, lemon juice, tomato paste dan daun ketumbar. So masak balik dalam pressure cooker tu 5 minit. 

Masa nasi tu tengah masak, aku buala sambal or sos ketumbar tu. Aku ikut jek resipi dalam majalah tu. Hmmm banyaknyaaaalah sos tu. Dapat satu tupperware tu. Amenderla aku nak buat dengan sos banyak-banyak tu. Sempatla siap, tapi 2 minit lepas berbuka la. Anyways, here's the pic. 


Verdict? Sedap. Tak yah buat kuah apa-apa dah pon. Kena pulak dengan bawang goreng. Perghhh. Sos ijau tu pon ok. Cuma banyak sangat. Len kali kalau buat, kena halfkan the ingredient. Pastu kalau beras basmati lagi bagus. Aku takde beras basmati, nak beli dah habis lak kat kedai. Tak cantik sangat nasik tu. Tak berderai. Jap gilah aku tulis resepi. Busy sket. Eh korang nak ker resepi. Tak yah kot kan.

Ok Kak PB, here's the recipe :


Resepi Nasi Daging
4 pot kecik beras sebaiknya basmathi
2 sudu minyak sapi campur sedikit minyak masak
*2 ulas bawang putih      
*4 ulas bawang merah  
*Seinci halia

1 setengah bijik bawang besar dihiris
Penumis (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelage dan kulit kayu manis)
Daging dipotong kiub sederhana besar
Secawan yogurt
Sebatang serai diketuk
2 sudu rempah kurma
2 sudu tomato paste
Sebiji tomato dibelah 8
Daun ketumbar diambil daun sahaja
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

*Bahan di blend

Cara memasak
1.     
  1. Perap daging dengan sedikit bahan blend dan garam
  2. Panaskan minyak sapi+minyak masak, tumis bahan blend sehingga wangi
  3. Kemudian masukkan bawang besar, setelah lembut masukkan penumis.
  4. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air
  5. Kemudian masukkan daging yg diperap tadi
  6. Gaul sampai rata dan sampai empuk
  7. Masukkan beras, air, yogurt, tomato paste, (aku letak lemon sikit), garam dan gula, tomato dan daun ketumbar
  8. Siap

Sos Nasi Arab
2 biji tomato
3 biji cili hijau dibuang biji
Segenggam dalam 10-15 bhg batang daun ketumbar
Garam
Gula
Suku jus lemon/separuh limau nipis

1.       Blend semua barang di atas
2.       Siap

Wednesday, August 3, 2011

New recipe trial

Semalam aku tanya collegue aku,sebab aku  dapat hamper ada buah-buah baru ni. Nak buat apa eh dengan apple hijau banyak-banyak tu? Kerabu apple dia jawab. Wah menarik, aku pon surf dan carikla resipi kerabu apple tu. Macam senang jek nih. 

So balik rumah semalam aku singgah kedai kejap beli bahan sikit. Aku keluar awal sikit dalam 4.45 petang gitu.  Masa beli barang tu nampak la ada cempedak. Aku pon belilah, sebab terbau dekat rumah sape tah kat apartment aku hari tu kan, kakakaka. Haaaa, merebeh bahu bawak handbag, laptop, sayur-sayur dan cempedak tu. Hahahha. Sabo jelah.

Sampai jek rumah dalam kol 5.45, terus start masak. Kali ni sure lambat siap, sebab lauk tak bawak keluar langsung daripada freezer. Memula aku buat the kerabu apple tu. Memula sagat, tapi halus sangat. Hancur apple tu. Hampes, so aku potong jelah halus-halus. Then masukkan bender-bender lain such as bawang, cili padi, limau dan apetah lagi. Pastu, aku gantikan daun pudina ke daun ketumbar. I used to hate daun ketumbar. Kawan aku panggil daun pijat, muahahha. But now I love it. Semenjak aku makan Chicken Bhuna dekat Khans kat Bayswater dulu aku jadik suka daun pijat tu eh daun ketumbar. Cuma daun ni cepat sangat layu kan. 

Lepas tu buat tomyam campur, dan ikan kerapu masam manis. Ikan kerapu tu ya ampunnn besarnya. Aku kena kerat dua dan goreng dua kali, sebab besar sangat. So makan masa sikit dah kat situ Takde kuali kat rumah yang fit the fish. Tulah termakan sangat dengan pujukan tokei ikan kat Kuantan tu. Makan dua orang jek. Ikan tu fresh sangat masa beli, dok dalam freezer almost 2 minggu pon rasa fresh lagi semalam.  Pastu aku soh Ed kopek cempedak dan amek buah-buahnya nak goreng. Siap sumer sebelum berbuka. Kecuali second batch of cempedak goreng.  Alhamdulillah. 
Masak berbuka semalam dan kelmarin.

The kerabu apple hijau tu sedap. Maybe sebab apple hijau tu sangat crunchy. Kalau tambah udang kering sangai mungkin sedap lagi dan kurangkan limau. Aku terlupa nak beli semalam. So tambah la satu lagi menu yang aku belajar buat. Aci tak letak gambar, ala bukannya mengiurkan mana pon kan gambar-gambar dari kameraphone nih kan. Kalau  korang tak suka ada gambar makanan masa bulan Ramadhan ni cakap eh, aku tak letak. 

Hari ni ada projek masakan lain. Nak try resipi nasi bukhari/arab daging. Tapi yang penting aku kena try the sos tu dulu. Alaa kalau makan dekat Al-Abraj atau Saba’ kan ada sos yang kaler hijau tu kan. Haaa nak try buat tu untuk makan dengan nasik. Kalau jadikla. Aku terjumpa dalam majalah Saji kot bebaru ni. Kalau jadik aku buat laporan masakan, hehehe. Tapi tataula kot termalas dan nak order Pizza je ker, hahaha. Tau jelah aku ni. Boleh jek ubah fikiran. 

Ni aku letak resipi Kerabu apple

2 bijik Apple hijau
Separuh bawang besar merah dihiris
Sebijik limau nipis diambil jusnya
Sesudu the nampla/fish sauce atau garam
Separuh carrot grated
Gula
Daun ketumbar/pudina
2-3 bijik Cili padi
Udang kering – disangai dan ditumbuk (optional) 

Oh ya, akibat makan makanan masam semalam iaitu, tomyam dan kerabu apple, aku terus gastric pagi tadi. Hmmphh baru nak start puasa esok, dah kena gastric. So langkah mencegah daripada bertambah buruk terus dilakukan. Ya Allah, jauhilah aku daripada gastric. Aku nak puasa.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kawan-kawan. Sahur apa pagi tadi. Aku simple-simple jek bab sahur ni. Dah sehari kan kita berpuasa. Macamana korang punya puasa.? Budak2 ok? Kat opis ada flexible hours bulan puasa ni, so waktu masuk kerja berkadar terus dengan time baliklah. Aku sengaja masuk lambat semalam, sebab kononnya kalau balik lambat kurangla jem. Konon-konon sumer orang akan berlumba-lumba balik awal..Iyerrla tu. Aku keluar 5.30, dekat depan opis pon dah jem. All the way sampai rumah aku. Lepas tu on the way nak sampai rumah ada 2 bazar ramadhan. Lagilah jem kan. 

Sampai rumah dah kol 6.20 petang. Ed dah sampai rumah dah. Sampai rumah jek terus ler memasak. Kelam-kabut gitu, sempat jugak siap laksa Pahang dan hehehe chocolate muffin sebelum berbuka. Tapi ikan aku dah siap-siap bakar dan perisi the day before, sebab tu ler sempat. Minum sirap selasih. Alhamdulilah.Alhamdulilah. 

Hari ni, aku masuk opis awal sikit. Gile selepas subuh terus jelah siap-siap gi pejabat. Nak balik awal sikit. Memang la aku ni jenis cepat bila memasak, tapi bila terkocoh-kocoh gitu, aku terpaksa masak jek dulu dan clean up later. Selalunya aku clean as I cook. So bila habis masak takdelah cam tongkang pecah dapur. Cam semalam sebab dah suntuk sangat masa, terpaksa la clean up later. Masa tu, nak pengsan tengok dapur. So aku taknak kelam kabut gitu. Masak perlu sesambil clean up. Baru aku tak stress. Korang tau jelah kan, aku bukannya suka mengemas-ngemas ni. 

Anyways, aku doakan kita sama-sama diberi kerajinan dan kegigihan untuk meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan ini dan seterusnya. Nak buat kuih ke apa ker, kena tolak tepi dulu, focus on ibadah first ye tak.Tu note to myself gak. Banyak sangat idea nak masak itu ini. Siap dah borong barang buat roti dan biskut, sabo jelah. Later, friends...