Monday, January 9, 2012

Chocolate brownie with walnuts

Salam kawan-kawan,

Aku sekarang berada di Kuantan. Amek baton dari mama teman baba di hospital pulak. Mama ada urusan sikit. So most probably 2 malam mama tak de dekat hospital. Aku ni dengan baba memang agak close. Maklumle aku kan anak pompuan sorang. Masa kecik-kecik baba aku panggil aku princess hahaha. Darjah 2 pon kekadang dukung lagi ngan baba sabo jelah. So aku kalau dok sepital bermalam-malam dengan dia pon takdela rasa awkward ker tatau nak sembang ke. Bila habis topik, aku buat jek kerja aku. Bapak aku ni sembang sikit-sikit jek orangnya. Dia mudah bosan orang sembang lebih-lebih hahaha. Kecik2 princess yer, dah tua2 ni jadikle princess shrek.. Arghhhh..

So aku dok mengupload some pics tadi. Aku gi jenguk anak buah aku kat asrama petang tadi sebelum sampai Kuantan. Nasib baik sempat masuk, pheww. He looked well, takdelah muka stress ke apa ker. Alhamdulillah, aku doakan dia belajar dengan baik, and learn how to become a better person and ummah di situ.  Adek dia yang kecik Si Bulat  gamaknya miss sangat abang dia, sikit-sikit peluk abang. Hahaha. Pastu dia pelik, sebab abang dia tidur dekat sekolah. "abang tidu dekat sholah ker? Ada katil ker?" hahah susah hati adek awok tu tau tak?

Anyways, masa minggu-minggu akhir sebelum bukak sekolah. Anak buah aku yang pompuan form 3, olin dan bulat tidur dekat rumah aku. Tah apa mimpi diorang. Nak sangat tido rumah cekna. Rumah sekangkang kucing pon nak datang, hahaha. Petang tu sumer dok main game. Pastu aku angkut gi Giant beli baju sikit. Malamnya, si kakak cakap nak buat kek or roti. Asalnya nak buat lasagna, tapi lambat sangat minah tu jaga dari tidurnya. Pukul 9 malam baru nak mula pukul berapa nak siap kan? 

So kami pon buatler brownie with walnut and chocolate frosting. Si kakak ni memang minat masak-masak ni. Masa kat afamosa hari tu pon dia jek yang buat all the pizza and sausage roll. Aku cuma bancuh jek. Here's some pics.




Rasanya ok. Berderai sikit. Aku suka kalau brownie tu mampat sikit. Yelah, brownie kan bukan kek. Agaknya over beat sikit kot. So teksturnya kembang sikit  Takpelah first time buat kan. Coklat atas tu tuang dalam zip lock bag jek bukannya ada piping bag pon. Lepas tu si Kakak design ler sesedap rasa. Ada yang dia tiru Alien dari Big Apple tapi tak sempat masuk gambar sebab dah masuk mulut. 

Lepas tu bebudak tu main calit2 coklat kat pipi la apala. Aku kasik can la. Siap aku amekkan gambar diorang comot2 tu. Agak-agak diorang nak go overboard jek, terus aku stopkan, that's it guys, time to kemas. Lepas tu diorang baring depan tv. Olin tidur atas sofa, sebab aku tak caye si bulat tidur atas sofa, pampers tak bawak. Dia tidur kat bawah dengan kakak. Berapa kali aku paksa dia gi kencing hahah. Ada one time tu, dia tak bukak mata pon, aku dudukkan jek atas toilet tu, beria dia cakap taknak kencing, sekali dah duduk, nah ko..Seb baik aku paksa gi bilik air.  Lepas tu tah kol berapa diorang tido, aku dengan Ed dah tido dulu. Esok kejut sumer kanak-kanak gi breakfast. Si Bulat memula taknak bangun siap tarik selimut lagi, sekali aku bukak TV terus duduk tegak sebab ada bunyi katun, sabo jelah.

Yang gambar last tu konon nak bagi dekat neighbour sebelah sebab nak pulangkan pinggan dia bagi aku lepat pisang hari tu. Tapi tak jadik sebab entah, Ed kata rupa tak beraoa comel dan nipis sangat. Cam tak berapa nak kasik jek. Hahahha.

So hari bila entah, aku buatla roti dan hantar la kat neighbour.

Tu dia, gemok-gemok.

Err terlebih gemok pulak, ada sebijik tu.
Ala roti kacang merah dan roti inti kentang dan daging jek. Hahaha aku tau..Oren ko mesti nak jadik neighbour aku.

Oklah dah malam, hishh wad ni banyak nyamukla. Hampess.


7 comments:

  1. Sis,
    Dekat Kuantan la ni yek? Baba awok pekabo? Any improvement?

    Kiranye awok bagus la weh, habis topik sambung buat keje. Koi time berkampung kat spital dulu jaga Mak koi, siap layan Supernatural sampai tertido. Nurse lak siap selimutkan koi :D

    Sedap tengok those brownies weh, double choc gitu. Dah langsai ke semua nye?

    Dok gelak baca part awok dudukkan si bulat suh kencing jugak. Haha! Tapi betul kan, dengan bebudak kena gitu.. kalo tak jenuh segala tilam.

    psst.. pasal info tu kan, seriously, don't worry and don't rush. sette kan segala hal awok dulu tau. koi teramat lah no hal nye, serious.

    ReplyDelete
  2. Sis Aida,

    Yes, kome di Kuantan ni. Kuantan still hujan apparently. Kat KL dah panas berdenting doh wei. Baba maybe dok sini about 304 weeks lagi. result infection yang dihantar ke lab UM dah diidentified. So another round of antibiotics, which had to be consumed in longer time, to prevent relapse nauzubillah.

    Owh awok balik yek, jaga omma awok. Koi memang bawak laptop balik kuantan. Siap submit proposal satu tadi ngeh..ngeh..ngeh.. Takpe pasal buku tu koi masuk opis kejap hari khamis, koi lookup kan info ok.. No worries, tak susah pon.

    ReplyDelete
  3. Sesekali bawak la roti pi school, kasi aku rasa! Kekekeke. Ko dah habis exam projek sgala ke beb?

    ReplyDelete
  4. Delinn,

    Hahah tak pernahnya terserempak dengan ko. Takpe lepas ni aku mode research balik, hahahha. Mana tau ada rezki ko merasa roti aku buat hehehe.

    ReplyDelete
  5. selamat jadi misi cik na...and guna masa utk rehatkan diri ko sekali yeahhh

    ReplyDelete
  6. aku pun skang ni mcm suka lepak buat keje kat lib dari kat tpt aku kat lab tu. tpt kat lab tu mcm tak condusive. idea salu stuck n takmo kuar, hehe.

    ReplyDelete
  7. Mawar,

    Bila baba pegi physio jek, aku bantai tido, hahahha.Dia dah balik pon kekadang aku tido lagi. Apart from that aku banyak buat kerja2 jugak. Proposal lah apalah..

    Delinn,
    Tulah aku kena gi library gak nanti. Maybe start february kot. Kasi semangat sikit.

    ReplyDelete