Salam kawan-kawan,
Hahaha nak tergelak, entry singgang pon banyak orang komen. Korang memang best! Memang versatile la singgang ni kan masing-masing ada version sendiri. Anyways, MummyRizq, ko ada mintak resepi kan. Mentang-mentang ko dah buat update yer, berani ko mintak update dalam bentuk resepi dari aku, hahahha.
Okla, okla ko punya pasal aku tulisla resepi singgang ni.
Singgang versi mama cekna
2 ekor ikan (tongkol, tenggiri, kerisi, merah kalau ikan besar2 2 slice cukup)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 ulas bawang merah dihiris
1 -2 inci lengkuas diketuk (tak reti nak bagi anggaran)
4-5 asam keping
Air
Garam
Gula/nisan (optional)
4-5 kacang bendi
Serbuk perasa kalau pakai
1. Rebus bawang putih, bawang merah, lengkuas dan asam keping, air jangan banyak sangat. Agak boleh tenggelam ikan sudah.
2. Masukkan garam, gula perasa.
3. Masukkan ikan
4. Masukkan kacang bendi.
Settle. Aku takde nisan aku pakai gula merah tu. Gula biasa pon ok. Bukan letak banyak just nak balancekan masam tu jek. Maybe sesudu kecik jek or less than that.
Hahaha aku dah agak dah sure ada yang tak tau nisan tu apa. I guess its singkatan for Manisan. Orang Kelantan panggil Nise. Mama ku orang kelantan and baba orang Pahang. So aku memang ler through and through orang pantai timur. Cakap loghat Pahang, terengganu dan Kelantan sumer boleh. Cuma slang kelantan aku sangat rusty, kalau pergi pasar siti Khadijah or my mom called it "Atah pasar (atas pasar)" memang mak aku soh dok diam2 jek, dan biarkan dia jek tawar-menawar. Gila I tell u skill mama aku ni menawar barang. Terkedu aku dan Ed menengoknya. Aku dan ed cuma tunjuk2 jek cam orang bisu muahahhaha. Fail.
Anyways, nisan tu ghopernyer adalah as below :
Sarung nisan guna daun nipah |
Pakcik yang buat nisan secara old school kat Terengganu |
Rupa nisan, yang aku amek dari blog sue-hasue |
Kalau korang nak baca more pasal nisan tu, sila pergi link pada watermark gambar2 tu. Nisan nih, masa kecik2 bila mama masak, aku akan mintak sikit, makan cam gula-gula. Sedap. Hahaha. Nisan ni kalau buat agar-agar santan gula melaka pon best. Tapi kena tapis sikit lepas masak tu. Nanti termasuk daun nipah tu. Bagi aku agar-agar gula melaka/nise tu lagi sedap dari agar-gar pandan yang hijau tu sebab gula melaka/nise ni ada rasa lemak-lemak sikit as compare to gula biasa.
Okeh bersedialah untuk mendapat banyak update dari aku selepas ni. Heheheh berani tu janji gitu. Aku dah mula cuti. Panjaaangggg. Panjang mana? Setakat ni Joe jek tau. Bukan Jojoe, tapi Joe Perantau tu. Dia tu cam pandai jek mengorek info dari aku. Subtle jek caranya tapi mudah jek aku tercerita. Hampesla, Pernah kejer dengan FBI ker? Hahhaha. Takpe nanti korang tau gak. Tungggguuu. Aku banyak entry2 terkumpul yang belum publish. Kasik aku habiskan backlog ok.
Later.
Macam bleh agak je cuti lama utk apa? Kalau betul, all the best. Aku doa2kan..
ReplyDeleteAku rasa ko teka betul tu Amy, thanks a lot. I need a lot of prayer.
ReplyDeleteaku cam agak-agak.. pas baca komen amy.. agaknye betul kot apa aku agak?
ReplyDeletenisan ni tempat aku panggil gulo naw. aka Gula Enaw.
ReplyDeleteJoe aku rasa apa yang ko agak dan apa yang Amy agak tu betul. Hehehe. U both know me long enough even though virtually jek heheh.
ReplyDeleteJoe, gula enaw tu orang mana panggil? First time dengor nih..
Luv U lah Cekna! And.. and.. aku ada nisan tu kat dlm fridge umah aku! Yeay!!
ReplyDeleteMR,
ReplyDeleteOWhh, ko ada dalam peti sejuk ko. Bagus2. KO panggil apa gula nisan tu? So bolehla try. Owh aku lupa nak tulis, kalau suka nak rasa pedas2 sikit boleh ketuk2 cili padi sikit or kalau rajen tumbuk sambal belacan makan dgn itu singgang.. hehehe.
selamat bercuti, beb..
ReplyDeleteoooo...ni le rupanya nisan tu..sini, aku panggil gula nipah jek..
ko nk pegi present kat Paris, eh?
ReplyDeleteaku malas meneka dlm kesamaran..hihihih...
nise mak mertua aku ckp..dari perkataan manisan kot ek..
ReplyDeletedan apakah? aku malas nak meneka haha
Oren,
ReplyDeleteOwh gula nipah yek? Gula nipah tu aku panggil untuk gula kabung, hahahha.
Owh aku tidak pergi present di Paris. Sabo jelah.
Angah,
Yup, mama panggil nise gak. Yo korang, janganlah meneka-neka, tunggu jelah aku cerita, yang entah bila tu. Oklah aku nak tido jap.