Tuesday, January 10, 2012

MIssion Impossible : The Ghost Protocol

Lambat gila baru buat review. Kat wayang pon dah tak tayang gamoknya. Hahaha. Busy ler tak dan nak buat. Ni pon sebab aku dok kat sepital teman baba aku so aku ada la masa sikit. Sorilah Ngah, memang aku bali Kuantan banyak kali, tapi memang aku memerap dekat hospital jek. Lagi pulak mama takde ni, so Baba ni memang my full responsibility la. Tak sempat ler nak jumpa2. 

Anyways, I watched the movie 2 weeks back. Tengok kat GSC Alamanda. MI 3 aku tak tenghok sebab aku kuciwa dengan MI 2. Apasal ada jiwang-jiwang. Bosan. Kalau nak cerita cintan, bior betul-betul cintan. Ni cerita spy-spy, pastu nak jiwang2, lembap2 gitu. Tak kose. Bila nengok Mi4 macam ok jek, terus ajak Ed tengok. Cerita gitu senang la nak ajak Ed. Kot kalau nak nengok ombak rindu takder nyer dia nak gi. Aku berani kerat kuku. Hahaha.
 
Overall, oklah MI4 ni. Fast pace, pastu aku memang suka Tom Cruise. Haiyyoh memek muka dia tu. Dasyat. No wonder one of the highest paid actor, walaupun tak cukup tinggi, hehehe. .Dalam cerita valkry tu dia tutup sebelah mata, so tak feel sikit tak dpt tengok face expression dia fully.  Pastu aku rasa aku suka cerita-cerita yang goes from one country to another, macam MI ni, Bourne series dan yang gitu-gitu la. Tapi cerita James Bond aku kurang minat pulak, oh ya sebab ada jiwang2 sikit dengan hero baru tu. Hahahah. Bila masuk country-country lain mulalah dok meneka-neka dekat mana dan pernah tak aku sampai situ. Muahahha. Padahal baru berapa negara sangatla yang aku dah sampai. Hahaha. Silalah gelakkan aku. Poyo tak hengat. Lempang sekali. Hahahha.
Dah 50 kan mamat ni. Still looks damn good kan.

Aku err selalu tak tengok cerita berat-berat, cerita kena fikir dalam2, mainan emosi tok nenek gitu. Kepala aku dah cukup banyak mender nak mikir, tak yah ler  menambah kan keserabutan. Hishh banyak pulak gambo Tom Cruise handsome-handsome nih, stress. Okla aku upload 2 jek la gambo mamat ni. Tak leh lebih-lebih. Hahahha.

8 comments:

  1. Sis,
    Erk.. dah tak tayang kat panggung ke? Jangan weh, koi tak gi tengok lagik ni.

    Hmm verdict OK je ke? Isk! Kalo tengok trailer tu memang nampah gah sungguh. Kalah spiderman.

    Koi pon sama macam awok, cerita berat2.. memang berat nak tengok. Serabut nak kena pikir. Kan?

    ReplyDelete
  2. Takpe aku paham..lenkali ada peluang kita jumpa la kannn

    Aku tengok masa laki ajak terkejut aritu..aku suka sebab kali ni missin dia sokmo tak jadi kan..

    Aku pun tak suka tengok cerita kena berfikir ni. tu sebab sedap layan tamil hahaha.

    Aku jarang lepas peluang tengok cerita yang ada few actors..like jeremy irons, tom cruise, anthony hopkins ngan john malkovich..2 last tu memang muka huduh tapi lakonan perghhhh

    ReplyDelete
  3. Sis Aida,

    Bestla basically. Pegilah tengok. Kat sini dah takde kot. Biasalah nak berebut-rebut dengan movie citer hantu kat malaysia ni kan.. tayangan memang sekejap.

    ReplyDelete
  4. Ngah,

    Aku dulu suka john malcovich entah start citer mana aku rasa tone suara dia sama jek.. hahahha..jeremy irons aku suka gak..

    ReplyDelete
  5. Tom Crusie nih kecik jer orangnya, sama saiz dengan Jon Bon Jovi.Aku dah 2 kali bersalam ngan Bon Jovi, lepas tgk konsert dia (*saja jer lah nak highlightkan benda tuh sebab ko pun selalu mengada-ngada ngan aku pasal ipad ko tuh kan? ekekekke ***larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk********)

    ReplyDelete
  6. Tulah kan kecik jek ek? Mana tinggi ngan ko? Hahahah. Mengada-ngada tau mat forex ni tau. Apa la takat ipad lama aku tu berbanding dengan pengalaman2 ko tuh.. err tapi kan bukan ker kita sama2 pernah nengok konsert bon jovi kat stadium shah alam in the 90s dulu? (pergi asing2 la )hahahahha...ada ke bon jovi tu cam impressed orang malaysia tahu lagu some day I'll be saturday night tu? KO ada tak masa tu? cer jawab..cer jawab..

    ReplyDelete
  7. laaa,aku ingat tuh,aku ingat tuh! ekekekek

    eh, ko ker yg asyik dok pandang aku yg berdiri atas kerusi sampai hentak2 kaki tuh? geram siot aku kat pompuan tuh, potong stim aje ekekeke

    ReplyDelete
  8. Haha, ingat pon. Hek eleh, tak kose aku nak pandang ko tu. Sure ko comot masa tu, hahahha. aku pegi dengan anak buah aku dan abang aku. Anak buah aku tu lilit kain pelikat kat leher cam herman tino, sakit ati aku tau tak. Reason, dia baru lepas gi solat. Tak yah letak kain pelikat tu kat leher or kat bahu boleh tak? Hahahah. Tu my first international concert. Tapi aku tak duduk depan stage yang standing section tu, takut kena raba. Hahhaha. Bukan ko berjoget depan stage tu ker?

    ReplyDelete