Thursday, January 19, 2012

Travel Tips / Tip melancong Part 1

Assalamualaikum wbh,

Ada update at private blog
Ada update at 10.30 am
Aku tengah kemas-kemas barang untuk my trip tu. Biasala aku, nak gerak Jumaat malam, beg dah bawak turun ahad malam lagi. Berhabuk gila beg tu. Jenuh la lap-lap dulu, sambil pakai mask. Aku masalah sikit kalau habuk-habuk ni, kena asthma attack tak pepasl karang. 

Aku dah lama nak buat travel tips ni. Korang boleh guna as guidance bila nak travel nanti. Dan more importantly, aku sendiri boleh guna for my trips in the future. Tapi aku err pendamkan dulu hasrat nak menulis nih sebab aku seganla. Macamla banyak sangat tempat yang aku dah travel. Aku dah ler belajar local jek. Bukannya pernah travel dulu-dulu masa student ke apa ke. Memang aku start travel bila dah kerja. Tapi takpelah, kalau korang yang baca ni ada antaranya very travel savvy maybe korang boleh add to the tips. Another thing, aku punya travel tips ni bukan untuk orang yang adventurous sangat sebab aku bukannya travel ala backpackers or solo traveller tu. Kalau nak baca pasal Solo Traveler boleh baca hanakirana.com. Ini awek manyak merani.  Aku travel selalunya as a couple dengan Ed and kami ni bukanlah adventurous sangat dan very calculated about risk dan safety. And satu lagi, kami pentingkan comfort. Comfort la bukan luxury. 

Okla enough justification and disclaimer. Here goes. Agaknya kena buat beberapa series kot. The followings are things to do prior to traveling.

Make list of places you would like to go 
Shortlist tempat-tempat yang korang minat nak travel. Aku suka ke tempat yang lain dari negara kita dari segi climatenya dan gaya hidup. Aku minat history, stories, and culture tapi kalau cam cultural shows aku tak minatla pulak. Tempat-tempat tu bergantung jugak apa tujuannya nak ke sana. Kalau main reasonnya memang nak shopping, pergilah tempat shopping best-best. Kalau suka tengok nature, pilihla lokasi yang punyai nature yang sungguh uni. Aku selalunya shopping ni side jek. Selalunya pergi sebab ada kerja dan keduanya ada benda nak tengok.

Subscribe to airlines or travel package provider
Kadang-kadang diorang ada promotion yang last for 24-48 hours gitu. Dan banyak juga yang ada internet promotion, so selalunya tak sempat keluar suratkhabar. Aku pernah berjaga dan telefon MAS start pukul 12 malam pukul 2.30  pagi untuk dapatkan a good ticket bargain. Memang good bargain. Less almost dua ribu ringgit dari normal price. Another thing silalah daftar as enrich member or other airlines punya loyalty cards so that you can get discounted price or even free flights. Aku ni bangang sikit, or rather kurang berpengetahun masa my first and second time gi London, aku tak daftar enrich lagi. Dahla kedua-dua tu aku gi naik Business Class. Ruginyaaaaaa. Kalau tak dah beratus ribu kot points aku. Oh ya ada jugak ways to add to the points contohnya enrich points tu. Korang boleh convert points dari credit card or debit card ke enrich points kalau. Tak pasti lak kalau bonuslink or other loyalty cards boleh convert jadik enrich points. 

Apart from that kalau nak pergi europe, maybe boleh pergi one county yang ada direct flight let say London or Amsterdam or Paris, lepas tu boleh ke negara-negara lain naik low cost carrier kat sana macam EasyJet or Ryan Air or apa-apa flight yang murah-murah kat sana. Or boleh jugak naik train. Tapi setelah beberapa kali aku check train ni agak mahal berbanding flight, or maybe kebetulan timing yang aku research tu tak tepat. Flight ni kalau dapat yang murah memang betul-betul murah. Teringat masa gi Paris, aku dapat flight yang hala perginya cam 3-4 pounds gitulah. Hala balik mahal sikit dalam 24 pounds  gitula.  Kalau tak rushing lagilah boleh pilih date yang memang dua-dua hala murah. Tapi perlu diingat harga tidak termasuk airport tax dan check in lugage.

Subscribe to Hotel/Accommodation  provider membership
Hotels pon ada macam ni punya membership. Aku pakai HotelClub dua kali, pergi Paris dan Perth. After first booking, ko akan entitle few USDs in your next booking. Tengokla harga hotel dan berapa malam ko book, mungkin boleh dapat puluh-puluh dollar jugak discountnya. For my next trip aku pakai Agoda, sebab Agoda tu ada partnership dengan Maybancard. So boleh dapat additional 6% discount on top of the hotel price. Lepas tu harganya pun murah sikit and of course mana-mana site pon akan ada user review, dan hotel ratings.
Ah terusla aku tulis pasal bookings kan. Penat la nak tulis banyak2 part. Bila nak book accommodation ni, terpulang pada tahap keselesaan dan juga kemampuan masing-masing. Sebab korang ada comfort level masing-masing. Aku tak biasa duduk kat hostel, so aku tak boleh bagi pandangan pasal tu. Ada one time nyaris jugak dah nak ambik homestay, tapi sebab trip tu tak jadik maka, tak jadikla ke homestay. 


Aku selalunya amek hotel. From 1-3 star hahaha. Hotel yang aku duduk di Paris takde star rasanya. Tapi lokasi superb, dekat dengan Arch de Triomphe dan Champs de Elysee eh macam salah eja jek. Memang walking distance, tapi hotelnya macam atas kedai gitu jek, susah jugak nak carik, bilik oklah comfortable dan yang penting ada bathroom dalam bilik hotel. Tengok part en suite tu bila tengok discription hotel. Sebab kadang-kadang ada hotel yang shared bathroom. Hotel aku stay tu ada lif pulak tu, walaupun lif kecik nak mampos, kena peluk-peluk sikit dengan Ed kalau dalam tu, hahaha. Tu pon nasib baik ada lif. 

Hotel kat Perth pon ok sangat. Di luar jangkaan aku. Sebab harganya oraitla. Tapi lokasi memang superb. Within walking distance ke train station, mall, dan ferry station. Dekat bawah hotel di kiri dan kanan ada restaurant halal. Opposite ada gift shop, dan jalan dalam 3 minit ada tempat sewa kereta. Bilik pon besar ada free internet. Owh free internet jugak penting sebab bila dah sampai kadang-kadang ko dah tak berapa sure address sesetengan tempat so penting ada connection untuk dapatkan info. Pastu mana-mana manusia yang taksub buat kerja/terpaksa macam aku dulu, lepas ronda-ronda siang malamnya buat kerja opis, ko. So kenalah ada connection. 

Aku punya requirement selalunya for accommodation ni ialah dekat dengan public transport maksudnya within walking distance to tube/train/tram/bus stop. Dan lagi bagus dekat dengan kedai. Al maklumler mana der duit nak naik teksi bagai. Nak sewa kereta pon hmmmm, kalau korang nak pergi jauh yang beratus kilometer dari tempat korang duduk, dan ramai maka berbaloila jugak. If not tak yah la sewa kereta. Nak parking tu satu hal ok. Bukan macam KL, asal hotel jek sure ada parking yek. Nak mampos carik parking karang. Belum campur parking fee lagi. Horror. Yang cun kalau location hotel tu central, nak ke mana-mana senang. Tapi yelah bila location superb sangat harga pon taklah murah sangat. Tapi believe me with some perseverance and research boleh carik Insyallah accommodation yang memenuhi requirement korang. Kena sabar sikit.  

Baca unbiased review
Sebelum book and pay mana-mana hotel, elokla pergi baca unbias review daripada orang yang pernah stay at the hotel. You can find them at the accommodation site and better yet kalau baca the review dekat Tripadvisor. Cuma kena careful, sebab kalau traveler tu dari US, dia akan banyak komen yang bilik hotel tu kecik. Bilik kat US gamaknya besar bagak macam keretanyalah yang besar bagak. So memanjang komplen bilik dan bathroom kecik. Hotel yang aku duduk tu memang banyak jugak bad review. As long as orang takde komplen banyak lipas, dekat kawasan yang tak selamat, staffnya mencuri ker, aku shortlist jek sekiranya memenuhi my requirement, I might still book that hotel. Tripadvisor tu bukan saja ada hotel review segala macam review ada, restaurant review, museum review, excursion review dan sebagainya. Apart from baca review boleh juga bagi ideas on what your itenaries are bila travel. 

Okay to be continued. Letih menaip dan mengantuk.

2 comments: