Kata hidup baru kan, kenala ada aktiviti baru. Aku start gi gym balik. Kelmaren exactly. Punyalah berkurun tak bersenam, sampai nak gym pon rasa segan. hahaha. Lepas register balik, diorang pon cakaplah, ok kak dah boleh guna the gym.
Aku pon pegila dekat treadmill. Dek kerana dah lama tak senam, aku pon warm up la dulu. Stretching sikit-sikit, bukan apa mudah sangat nak tergeliat aku ni karang kalau tak stretching. Sekali masa tengah stretching tu, aku dah rasa cam pulled muscle dekat peha tu. Damn. Belum apa-apa dah nak tergeliat. Ya Allah malunya, macamana ni. Stretching pon tergeliat. Kalau kat rumah aku dah duduk sapu minyak dah. Tapi sebab err malu, aku stretch lagi sikit dan gosok-gosok peha aku sikit. Ramai orang, ko. Padahal who gives a damn ada makcik ni tergeliat kaki kan. Lepas tu aku naik je treadmill tu, muahahahha. Abiskan 25 minit. Rasa nak mati sikit-sikit. Hahahha.
Lepas tu buat weights kaki tangan, toning dan ada mesin haper kebender tatau. Tapi aku daya buat mesin tu 5 minit jek, kaki aku dah rasa macam ada orang letak batu-bata kat situ punyalah berat. Overall camupur semua ada la 1 hour 15 minutes senam kelmaren.
Hari ni pergi gym lagi. Pergi pagi pulak. Bestnya pegi gym masa orang kerja ni, kosong jek gym tu. Ada satu couple chinese ni gamaknya 60-70++ kot umur diorang. Cool jek gi gym berdua, senam sebelah-sebelah. Fit ko diorang tu. Aku dok atas treadmill lagi, kali ni tambah intensity sikit. Owh nak pecah jantung aku tau tak. Pastu buat weight and toning, dan hari ni aku berjaya tambah 10 more minutes dekat mesin-haper-ke-bender tah tu. Sakit bontot guna mesin tu. Butt toning kah? Hahhaha.
Gila best tak kerja pastu buat aktiviti sihat. Pastu best jugak sebab boleh buat blog update kerap-kerap hahahha. Cuma tang duit jek tak berapa best. Okla korang aku nak gi opis kejap. Ada meeting. Cuti-cuti gak, sesekali kena masuk jugak. Karang kena buang kerja, tak pepasal jek aku kena dok rumah sampai bila-bila. Eii seram.
Dah masuk gym semula yek? *high 5!*
ReplyDeleteMula-mula je rasa sikit nak termati gitu tapi lama2 nanti, sampai berasap threadmill tu pon awok tak berenti lagik. Hehe!
wow.. apa ni.. lari lari..
ReplyDelete*clap clap.. happy for u.
cekna aritu kat komen testing tu aku request resepi lempeng ko kat bawah ni. apesal nmpk mcm tosei..
Sis pp,
ReplyDeleteHigh 5. Balik hehehe.tulah nak build fitness tu cam nak mati sikit2 rasanya. Koi kan sis semalam memang lencun la bj dr luar sampai dalam, pastu otak sampai rasa tak cukup oksigen jek, psiko2 hahaha. Tulah, kena gigih. Jom kita slim!
Joe,
Kenalah wei, rupa cam beruang camner. Aku jawab kan kat komen bawah tu. resepi lempeng biasa jek, cuma masa nak lenggang tu kena kuali bebetul panas, batter kena pekat sikit dan the lempeng kene nipis senipisnya, baru rupa cam tosei hahaha
tapi aku rs batter kita x sama.. apesal ko punye kaler coklat2 cam tosei.. aku punye mcm lempeng??
ReplyDeleteaku nye just tepung, air, secubit garam.. kdg2 taruk telur. tuje. sama ke?
Joe, telur tu aku rasa buat lempeng tu jadik garing sikit. Kalau ed dia suka rasanya cam lempeng, aku lak suka ada garing2 sikit. Kasik dia masak lama sikit jadikla kaler cekelat tuh, hahahhaha..
ReplyDelete